Kebaikan Gotong-Royong

You might also like

You are on page 1of 2

Karangan Bahan Rangsangan (Bahagaian A) Kebaikan menjalankan aktiviti gotong-royong di sekolah

(Definisi) Aktiviti gotong-royong merupakan satu aktiviti yang dilakukan oleh sekumpulan orang untuk
menyiapkan sesuatu tugas mengikut tempoh yang ditetapkan.(Huraian) Aktiviti gotong-royong banyak
dijalankan oleh masyarakat pada zaman dahulu terutamanya ketika meraikan sesuatu majlis. (Senario pada hari
ini) Sungguhpun demikian, aktiviti gotong-royong semakin dipinggirkan oleh masyarakat pada zaman
kontemporari ini. (Contoh) Sebagai contohnya, aktiviti gotong-royong yang dijalankan di sekolah kurang
mendapat sambutan daripada ibu bapa dan muri-murid sekolah itu sendiri. Persoalannya, mengapakah amalan
gotog-royong semakin dipinggirkan? Oleh hal yang demikian, kebaikan menjalankan aktiviti gotong-royong di
sekolah akan dikaji dengan teliti hingga ke akar umbi agar yang baik dijadikan teladan, yang butuk dijadikan
sempadan.

(A1-Ayat Topik)Kebaikan perdana menjalankan aktiviti gotong-royong di sekolah ialah dapat mengindahkan
dan menceriakan kawasan sekolah. (A2-Bagaimana) Hal ini dikatakan demikian kerana selepas aktiviti
gotong-royong selesai, kawasan sekolah akan kelihatan lebih menarik dan cantik berbanding dengan
keadaan sebelumnya. (A3-Contoh ) Sebagai contohnya, melalui aktiviti gotong-royong, murid-murid dan para
guru akan mengecat pagar sekolah dan melukis mural pada dinding bangunan. Selain itu, murid-murid juga
bergotong-royong menanam pokok hiasan seperti pokok bunga kertas di halaman sekolah serta membina
taman mini. (A4-Kesan) Sebagai kesannya, mural dan pokok-pokok bunga yang berwarna-warni dapat
mencantikkan lagi pemandangan sekolah dan memukau hati sesiapa yang melihatnya. (A5-Penegas) Maka,
jelaslah bahawa kebaikan perdana menjalankan aktiviti gotong-royong di sekolah ialah dapat mengindahkan
dan menceriakan kawasan sekolah.

(A1-Ayat Topik) Lontaran idea saya yang kedua tentang kebaikan menjalankan aktiviti gotong-royong di
sekolah ialah dapat menghindari pelbagai penyakit. (A2-bagaiamana ) Hal ini dikatakan demikian melalui
aktiviti gotong-royong, kawasan sekeliling sekolah yang kotor termasuk kelas akan dibersihkan. (A3-Contoh )
Sebagai contohnya, sesetengah murid akan mengutip sampah-sarap, manakala sesetengah murid lagi akan
mencabut rumput, menebas lalang serta menyapu daun-daun kering. (A4-Kesan) Sebagai kesannya,
bekas-bekas yang bertakung air akan dikutip dan dibuang dan ini secara tidak langsung dapat menghapuskan
tempat pembiakan nyamuk Aedes yang akan mengundang penyakit demam denggi. Malah, aktiviti
gotong-royong membersihkan kelas seperti mengelap meja dan kerusi dapat menghindari penyakit tangan,
kaki dan mulut yang mudah menular melalui sentuhan dan udara. (A5-penegas) Pendek kata, kebaikan
menjalankan aktiviti gotong-royong di sekolah ialah dapat menghindari pelbagai penyakit.

(A1-Ayat Topik)Lontaran idea saya yang ketiga tentang kebaikan menjalankan aktiviti gotong-royong di
sekolah ialah dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah. (A2-Bagaimana) Hal ini
dikatakan demikian kerana ketika sesuatu aktiviti gotong-royong dijalankan, guru-guru dan murid-murid yang
berbilang kaum dan berlainan agama akan bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk menyiapkan sesuatu
tugasan. (A3-Contoh) Sebagai contohnya, dalam aktiviti gotong-royong menyediakan makanan untuk
peserta-peserta pekhemahan unit beruniform, murid-murid yang berbangsa Melayu, Cina dan India akan
bantu-membantu antara satu sama lain untuk memasak dan menghidangan makanan. (A4-Kesan) Sebagai
impaknya, semangat kerjasama dapat dibajai dalam sanubari mereka sekaligus mengeratkan silaturahim
persis kata orang tua-tua “Tak kenal maka tak cinta.” (A5-Penegas) Izharnya, kebaikan menjalankan aktiviti
gotong-royong di sekolah ialah dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan warga sekolah.
Kesimpulannya, isu yang bersangkut paut dengan _______________(Kehendak
Soalan)__________________________________________________________________________________
_________telah dikupas dengan mendalam. Namun, usaha untuk ___________________________________

_____________________________________________________________tidak akan berjaya sekiranya tiada


sokongan padu daripada pelbagai pihak. Oleh hal yang demikian, setiap lapisan masyarakat di bawah payung 1
Malaysia hendaklah bekerjasama bagai aur dengan tebing untuk
_______________________________________________________________________________________
Ingatlah bahawa Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

You might also like