3

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK)

Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti ditubuhkan pada 9 Jun


2014 diketuai oleh seorang Pengarah berpangkat Komisioner Polis dan dibantu oleh dua
Timbalan Pengarah iaitu Timbalan Pengarah (Perancangan Strategik) dan Timbalan Pengarah
(Operasi).

Objektif

Objektif utama Jabatan ini adalah untuk merangka strategi, melaksanakan inisiatif-inisiatif
dengan objektif untuk mengurangkan jenayah dan meningkatkan persepsi keselamatan.

Visi

Peneraju utama pencegahan jenayah bagi mengekalkan Malaysia aman dan sejahtera.

Misi

Mencegah jenayah secara holistik ke arah pengwujudan komuniti sejahtera.

Sejarah Penubuhan JPJKK

Kerajaan Malaysia pada tahun 2009 telah mengumumkan satu pelan transformasi kerajaan
(Government Transformation Plan, GTP) di mana enam (6) bidang keberhasilan utama
negara (National Key Result Area, NKRA) telah dikenalpasti.

Salah satu darinya ialah NKRA - Mengurangkan Jenayah di mana kajian-kajian telah
menunjukkan bahawa rakyat agak bimbang dan meletakkan isu jenayah sebagai satu isu yang
penting untuk ditangani oleh kerajaan. Agensi pelaksana bagi bidang yang telah
mensasarkan 55 inisiatif ini ialah PDRM.

Justeru pada hujung tahun 2009, satu Urusetia NKRA telah diwujudkan untuk melaksanakan
semua inisiatif yang telah dikenalpasti.

Pada tahun 2013, sesi percambahan minda telah diadakan untuk mengkaji dan melihat
kesesuaian untuk diwujudkan satu jabatan baru bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab
pencegahan jenayah secara mantap dan bersepadu.

Pada 1 Julai, 2013, Ketua Polis Negara telah mengumumkan penubuhan Jabatan Pencegahan
dan Pembanterasan Jenayah (JPPJ) sempena perasmian IPD Sg. Siput, Perak.

Bagi memantapkan lagi struktur organisasi jabatan baru ini, beberapa siri simulasi telah
diadakan di IPD Petaling Jaya dan Balai Polis Damansara di samping menyampaikan
taklimat kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tentang untuk penyediaan kertas kabinet
bagi mewujudkan satu jabatan baru khusus untuk pencegahan jenayah yang lebih fokus dan
sesuai dengan kehendak semasa.

Ini diikuti dengan beberapa taklimat kepada Jawatankuasa Pembangunan Organisasi (JPO)
dan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi memperhalusi struktur organisasi jabatan baru
ini.
Pada 9 Jun 2014, Waran Perjawatan K69 telah diluluskan dan pada 25 Julai 2014 secara
rasminya Jabatan Pencegahan Jenayah & Keselamatan Komuniti (JPJKK) telah diumumkan
penubuhannya oleh Tan Sri Ketua Polis Negara.

Fungsi-fungsi

1. Mencegah jenayah

Pendekatan proaktif dan bersepadu bagi mencegah jenayah.

2. Menghapus peluang jenayah

Menghapuskan peluang melakukan jenayah, mengesan dan menangkap untuk mengekang


dari perlakuan jenayah.

3. Menghapus niat jenayah

Menghapuskan hasrat untuk melakukan jenayah.

4. Memperkasa komuniti

Mendidik serta membudayakan masyarakat tentang tanggungjawab bersama dalam mencegah


jenayah.

5. Menangani persepsi negatif masyarakat

Menangani dan mengurangkan persepsi masyarakat tentang isu keselamatan.

6. Penasihat komuniti

Memainkan peranan konsultatif kepada komuniti, institusi pendidikan, institusi perniagaan,


agensi kerajaan dan agensi bukan kerajaan.

Bahagian-bahagian JPJKK

JPJKK dibahagikan lima(5) bahagian di mana setiap bahagian diketuai oleh seorang Ketua
Penolong Pengarah (KPP) berpangkat SAC dan seorang Urusetia berpangkat ACP dengan
tanggungjawab seperti berikut:
1. Bahagian Pengurusan Dasar / Sumber

 Pentadbiran
 Perjawatan
 Kewangan
 Sokongan Logistik
 Latihan

2. Bahagian Operasi Darat

 Mobile Patrol Vehicle (MPV)


 Unit Rondaan Bermotosikal (URB)
 Bit Rondaan
 E-Sector

3. Bahagian Kordinasi Sumber Sokongan

 Polis Bantuan (PB)


 Simpanan Sukarelawan Polis (SSP)
 Suksis
 Kor Kadet Polis

4. Bahagian Kepolisan Komuniti

 Kolaborasi Bersepadu
 Kepolisan Masyarakat
 Kordinasi Persatuan / Sekolah
 Komuniti Perniagaan
 Rakan Cop

5. Bahagian Pendataan / Analisis

 Analisis Data Jenayah


 Pendataan
 Sistem Pemantauan Bandar Selamat (SPBS)

6. Urusetia JPJKK
Modern Policing (pendigitalan aset dan operasi dalam kepolisan moden )

Maksud : Transformasi Perkhidmatan PDRM ke arah Bertaraf Dunia

- Memperkenalkan perkhidmatan moden selari dengan cabaran dan ekspektasi


semasa

Asas Transformasi :

- Bermula di balai2 polis yang merupakan pihak yang paling hampir dengan
masyarakat
- Transformasi ke arah modenisasi bermula dengan penambahbaikan proses
kerja dan infrastruktur yang mesra rakyat
- Mewujudkan balai polis yang diperkasakan dengan teknologi terkini

Modern Policing mensasarkan Empat Konsep Perubahan antaranya ialah :

1) Perubahan Perkhidmatan (Meningkatkan

2) Teknologi (penambahbaikan Sistem Laporan Polis (sPRS), penggunaan teknologi 'drone')

3) Perwakilan Kuasa (meningkatkan teknologi bilik gerakan serta peranan Ketua Polis Balai,
dan mengemaskini peranan tugas)

4) Penambahbaikan sedia ada ( pewujudan balai polis mesra masyarakat),

Benefits Of Modern Policing :

1) helped crime rates go down as well as improve the overall public perception of crime in
the area.

2) programme has brought the community and police closer together.

3) modern policing programme worked well with the existing community policing
programme.

4) Used a technology such as online reporting system is very good as it used to be a hassle to
lodge police reports previously.

You might also like