Senioriental Islam

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

Seni Islam merupakan sebahagian daripada kebudayaan Islam dan perbezaan

antara seni Islam dengan seni barat ialah dari segi niat, tujuan dan nilai akhlak yang
terkandung dalam hasil seni Islam. Perkembangan yang dibuat oleh seni Islam itu
juga merupakan sumbangan daripada tamadun Islam di mana tujuan seni Islam ini
adalah kerana Allah swt. Dalam seni islam, umatnya bebas berimiginasi dan
berkreativiti dalam pemikiran mereka, namun perlu dijaga dan disuburkan dalam
ruang dan batasan syariat. Seni Islam terdiri daripada elemen yang diulang-ulang
berbentuk geometrid dan tiada elemen-elemen figura. Kesenian Islam berteraskan
konsep tauhid dan bertujuan untuk mempertingkatkan agama.

Dalam seni islam juga terdapat falsafah seni. Antaranya ialah Al-Farabi yang
menjelaskan seni sebagai ciptaan yang berbentuk keindahan, Al-Ghazali pula
menjelaskan seni dengan maksud kerja yang berkaitan dengan rasa jiwa manusia
yang sesuai dengan fitrahnya. Manakala menurut Al-Faruqi, konsep seni Islam
adalah berlandaskan konsep Tauhid dan pengabdian diri kepada Tuhan. Beliau
menegaskan bahawa:‘Setiap motif ‘arabesque’ dengan apa sahaja medium adalah
penegasan kebenaran estetika yang tiada Tuhan melainkan Allah.

Perkembangan seni islam juga terkenal dari segi kaligrafi iaitu seni khat. Seni
kaligrafi khat ialah satu ilmu yang memperkenalkan bentuk-bentuk huruf tunggal,
penyusunannya dan cara-cara merangkainya menjadi sebuah tulisan yang tersusun.
Khat merupakan seni tulisan indah yang mempunyai nilai-nilai kehalusan dan
kesenian. Nilainya tinggi kerana ianya mudah dirobah mengikut penulisan, bahkan
tulisannya seolah-olah mempunyai irama. Seni khat juga mempunyai kaitan rapat
dengan jiwa islam, memandangkan penulisannya menggunakan huruf-huruf al-
quran. Antara Seni Khat ialah seni Kufi, Thuluth, Nasakh, Farisi, Riq'ah, Diwani,
Diwani Jali dan Raihani.

Satu lagi seni Islam ialah seni bina di mana ianya menapai tahap yang
mengagumkan. Seni bina bermaksud satu bidang seni untuk mendirikan bangunan,
reka bentuk yang direka oleh manusia. Menurut Ibn Khaldun seni bina merupakan
satu daripada asas tamadun yang paling utama yag merupakan lambang atau
menifestasi daripada sesuatu tamadun. Oleh itu berdasarkan pencapaian ini maka
keagungan dan ketinggian sesuatu tamadun itu dapat diukur. Buktinya dapat dilihat
melalui tamadun-tamadun purba yang agung. Pada seni bina pastinya akan timbul
hiasan padanya, seni islam juga memperkembangankan seni lukisan dan arca.
Pelbagai barang seni yang dihasilkan untuk perhiasan yang diperbuat dari emas,
pohon dan batu mahal dan ukiran seni halus ini juga terdapat pada perabot rumah,
piring, kulit buku, jubin, tembikar, daun pintu, makam, gading dan lain-lain. Seni arca
ini juga terdapat pada objek-objek antaranya ukiran kayu dan logam. Begitu juga
seni seramik yang juga terdapat pada piring dan tembikar.

Dalam menghasilkan hiasan di atas, seni islam telah mencipta satu corak iaitu
corak arabesque. Corak ini bermula pada zaman khalifah Muawiyah di Damsyik dan
ia biasanya tertera pada helaian al-Quran yang dihiasi dengan corak lukisan bunga
dan gambar arabesque dengan pilihan warna emas, buku-buku sejarah yang dihiasi
dengan gambar-gambar warna yang cantik.

3.0 Kesimpulan.

Falsafah seni oriental seperti falsafah seni yang lain juga merupakan satu proses
mencari jawapan kepada keindahan. Malahan ia juga memberikan gambaran
tentang gabungan nilai keindahan, rasa dan simbol yang dipersembahkan oleh
seseorang pengkarya seni dalam seni yang dihasilkan. Falsafah seni Islam lebih
berkonsepkan keagamaan. Kesenian Islam dilarang meniru bulat-bulat keindahan
ciptaan tuhan, di mana hasil seni tidak harus menyerupai apa-apa objek sekalipun.
Maka hasil seni Islam kebanyakannya berbentuk geometrik. Falsafah China
mengutamakan kehalusan seni dan direalisasikan dengan sangat abstrak dan
kreatif. Pemahaman falsafah China dipecahkan pula kepada Mencius, Confucius
dan Taoisme. Manakala falsafah India pula disebut Darsana, yang bersifat
ketuhanan, spiritual dan percaya seni berkait rapat dengan masyarakat.

You might also like