Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

FAKULTI PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL

BBP 30102 REKABENTUK INDUSTRI

TUGASAN 1

TAJUK

PROPOSAL PROJEK

NAMA MUHAMMAD LUQMAN BIN MUHAMMAD SAIFUL HAQ


CB170044
KHAIRUL AZREE BIN RAHIM CB 170047
MOHAMAD NASRUL HADI BIN MOHD AYOP CB170018
MOHAMAD AMIRUL HAZIQ BIN SALMAN CB 170077
MOHAMMAD ROFIQ BIN CHARISHUN CB 170011
MOHD FAIZ BIN HAMED CB170037
SEKSYEN 2
NAMA PENSYARAH DR NIZAMUDDIN B RAZALI
DR KHAIRUL ANUAR B RAHIM
TARIKH 12 MARCH 2019
MARKAH
REMPEYEK SPINNER

1.0 PENGENALAN

Industri Kecil Sederahana (IKS) adalah sebahagian daripada industri yang terpenting dalam
mengembangkan kemajuan ekonomi di Malayisa. IKS merupakan industri yang mempunyai
modal permulaan yang tidak melebihi RM 500,000.000 dan bilangan pekerja tidak melebihi 50
orang (citation). Penggunaan teknologi dalam IKS adalah masih lagi pada paras yang sederhana
berbeza dengan Industri Skel Besar (IBS) yang telah menggunakan teknologi yang
terkehadapan dalam menghasilkan produk. Kekurangan penggunaan teknologi dalam IKS
bukanlah disebabkan oleh kurang pengetahuan oleh pengusaha IKS tetapi disebabkan oleh
beberapa kekangan yang dihadapi. Penggunaan teknologi dalam industri untuk menghasilkan
sesutau produk amat penting kerana ia dapat membantu produk meningkatkan kualiti dan juga
mampu menjimatkan kos dan masa. Oleh itu, dalam kursus Reka Bentuk Industri (RBI) ini
memerlukan kepada pembangunan produk industri yang dapat membantu pengusaha IKS
dalam penghasilan produknya. Berdasarkan pemerhatian IKS yang telah dilakukan di sekitar
Batu Pahat, terdapat sebuah IKS yang menghasilkan produk makanan seperti rempeyek
kancang. Perusahaan itu diusahakan oleh En. Rosman dan keluarganya sendiri. Beliau telah
mengusahakan perusahaan ini selama hampir 10 tahun. Mengikut data daripada temu ramah
yang telah dijalankan. dalam masa satu bulan, IKS tersebut dapat menghasilkan sebanyak 3 tan
kerepek persamaan 3000 kg. Namun, apbila tibanya perayaan seperti Hari Raya, penghasilan
rempeyek tersebut meningkat dengan mendadak sehingga boleh mencecah sehingga 10 tan
dalam masa sebulan. Dari segi pasaran, IKS ini telah berjaya memasarkan produk rempeyek
tersebut ke serata Malaysia, termasuk juga di negeri Sabah. 70 peratus daripada pemasaran
tersebut telah dibekalkan di sekitar ibu negeri kota, Kuala Lumpur. Selain itu, antara
pencapaian IKS ini juga adalah berjaya memasarkan serta membekalkan produk makanan
mereka ke pasaran dunia iaitu di negara China. Selain daripada itu, tterdapat juga beberapa
kekangan yang dihadapi oleh perusahaan IKS ini yang akan dibincangkan pada bahagian
seterusnya.
2.0 TUJUAN PROJEK

a) Membangunkan sebuah produk industri.


b) Membantu perusahaan Industri Kecil Sederhana (IKS) dalam meningkatkan
produktiviti dan kualiti produk IKS.

3.0 LAWATAN TAPAK

Bahagian Proses Penghasilan Rempeyek


Proses Mengeringkan Rempeyek

Perbincangan Bersama Pengusaha IKS


4.0 LATAR BELAKANG MASALAH

Berdasarkan temubual yang telah dijalankan di Kampung Parit Bengkok bersama


pengusaha industri kecil sederhana (IKS) dalam bidang pembuatan kerepek, terdapat beberapa
kekangan yang telah dihadapi dalam proses menghasilkan produk IKS seperti kerepek dan
rempeyek. Antara kekangannya, proses penghasilan produk.

Proses Penghasilan Produk

Kaedah pembuatan produk secara tradisional merupakan salah satu kekangan yang
terdapat dalam kalangan pengusaha IKS. Dalam menghasilkan produk seperti rempeyek,
terdapat beberapa proses yang terlibat bermula dengan mencetak, menggoreng dan
mengeringkan. Ketika mencetak rempeyek, terdapat 10 acuan yang akan digunakan pada
sesuatu masa. Manakala, ketelitian pula merupakan faktor yang sangat dititikberatkan ketika
proses mencetak kerana bentuk rempeyek yang dihasilkan akan memberi impak kepada kualiti
penghasilan produk. Selepas rempeyek siap dicetak, proses menggoreng akan mula dilakukan.
Antara faktor penting ketika menggoreng rempeyek ialah suhu minyak masak, tempoh masa
menggoreng. Proses mengeringkan rempeyek juga merupakan proses yang sangat penting
sebelum proses pembungkusan rempeyek. Proses mengeringkan kerepek telah dilaksanakan
kerana jika rempeyek yang dihasikan tidak dikeringkan dengan sempurna akan menyebabab
produk tersebut tidak tahan lama dan cepat berbau. Namun, ketiga-tiga proses yang terlibat
masih dijalankan secara manual atau tradisional.

Kewangan

Dalam mengendalikan perusahaan IKS, kewangan merupakan elemen yang paling


utama kerana kewangan yang tidak stabil akan menimbulkan pelbagai masalah iaitu
ketidakmampuan mendapatkan peralatan yang berteknologi tinggi bagi meningkatkan
produktiviti dan kualiti produk yang dihasilkan. Selain itu, kos untuk membayar gaji pekerja
merupakan kos yang paling tinggi dalam menghasilkan rempeyek kerana gaji pekerja dibayar
mengikut kepakaran dan kemahiran yang terdapat pada seseorang pekerja tersebut. Sebagai
contoh, ketika menggoreng rempeyek memerlukan pekerja yang berkemahiran tinggi supaya
produk dihasilkan tidak berminyak dan mengikut kehendak pelanggan. Akhir sekali, kesan
ketidakcukupan modal yang diperlukan akan menghalang perkembangan saiz IKS sekaligus
menyekat penggunaan teknologi moden dalam perusahaan mereka.

Kepakaran dan Tenaga Mahir

Proses menghasilkan rempeyek secara manual memerlukan tenaga kerja yang mahir
dan pakar. Walaubagaimanapun, IKS ini berhadapan dengan cabaran kesukaran untuk
mempertahankan perhijrahan tenaga kerja mahir. Tenaga kerja mahir sangat diperlukan dan
menjadi tulang belakang ekonomi IKS terutamanya apabila menjelang musim perayaan kerana
jumlah pengeluaran produk akan meningkat sehingga tiga kali ganda berbanding hari biasa.
Kebiasaanya, tenaga kerja yang mahir akan meninggalkan IKS untuk menyertai firma- firma
besar kerana menawarkan gaji yang lebih lumayan dan pelbagai insentif. Menurut Encik
Rosman juga, penghijrahan golongan muda ke bandar juga menyebabkan beliau sukar untuk
menambah bilangan pekerja yang sedia ada. Penggunaan tenaga kerja yang kurang
berkemahiran akan menyebabkan produk yang dihasilkan kurang berkualiti, tidak seragam
serta tidak mampu memenuhi permintaan pelanggan. Berdasarkan pengalaman yang
dikongsikan oleh pengusaha IKS ini, pekerja yang mencetak dan menggoreng rempeyek
mestilah mempunyai kepakaran tinggi bagi menjaga kualiti.

Produktiviti dan Penggunaan Teknologi

Setelah membuat lawatan ke IKS, hanya proses menggoreng rempeyek yang


menggunakan mesin yang ringkas dan berteknologi rendah. Oleh sebab itu, produk yang
dihasilkan juga terhad. Menurut Encik Rosman, beliau pernah membeli mesin untuk
mengeringkan rempeyek namun mesin yang dibeli tidak sesuai kerana hampir 60% rempeyek
menjadi hancur selepas dikeringkan. Mesin tersebut hanya digunakan beberapa kali sahaja
kerana kualiti yang dihasilkan dari mesin tersebut sangat teruk. Penggunaan teknologi dalam
IKS memberi impak yang sangat positif dari segi produktiviti dan kualiti. Teknologi
ketinggalan zaman, kurang inovasi menghalang perkembangan IKS

5.0 CADANGAN PENYELESAIAN MASALAH

Berdasarkan kekangan yang dihadapi, dapat dilihat bahawa perusahaan IKS ini
memerlukan penambahan teknologi dalam penghasilan produk. Bersesuaian dengan tajuk yang
diberikan iaitu pembangunan produk industri, dicadangkan kepada perusahaan IKS membuat
rempeyek untuk menghasilkan sebuah mesin pengering rempeyek. Mesin ini dihasilkan adalah
untuk membantu dalam proses pengeringan di mana ia dapat menjimatkan tenaga pekerja, kos
dan meningkatkan kualiti produk.

6.0 KONSEP PRODUK

Idea asal pembinaan produk adalah berdasarkan konsep seperti pengering mesin basuh.
Idea ini tercetus selepas melawat IKS tersebut kerana proses mengeringkan kerepek masih
menggunakan kaedah tradisional iaitu kipas angin, kertas dan bekas. Produk ini menggunakan
gabungan konsep elektrik dan mekanikal yang dapat membantu dan mempercepatkan proses
mengeringkan serta mampu meningkatkan kualiti produk. Berikut merupakan carta alir
bagaimana konsep pengering mesin basuh yang cuba diaplikasikan kedalam mesin pengering
rempeyek yang bakal dihasilkan:

Masukkan rempeyek yang telah siap digoreng ke


dalam bekas yang disediakan dalam mesin

Tekan suis'ON/OFF' dan laraskan 'TIMER'

Tekan butang 'SPEED' untuk memilih kelajuan


mengering

Tekan butang 'START' untuk mula mengeringkang


rempeyek

Apabila masa tamat, mesin ada berhenti secara


automatik
7.0 ANGGARAN KOS PRODUK

Kos Komponen Elektrikal

Hara satu
No. Item Unit Harga (RM)
Unit (RM)
1. Push Button “Start” 1 26.98 26.98
2. Push Button “Stop” 1 26.98 26.98
3. Speed Controller 1 53.34 53.34
4. Time Delay Relay 1 381.99 381.99
5. Wire 5 Metre 8.00 45.00
6. On/Off Switch 1 24.00 24.00
7. Pilot Lamp 1 14.35 14.35
Jumlah 572.64

Kos Komponen Mekanikal


Harga satu
No. Item Unit Harga (RM)
unit (RM)
1. Fan Motor 1 149.00 149.00
2. Screw and Nuts 1 pack 8.00 8.00
3. Stainless Steel - 300.00 300.00
4. Wheel 3 39.14 117.42
5. Rubber Stand 3 13.00 39.00
6. Perspex 2 5.50 11.00
Jumlah 624.42

Jumlah Keseluruhan Anggaran Kos

No. Item Harga (RM)


1. Komponen Elektrikal 572.64
2. Komponen Mekanikal 613.42
Jumlah 1 197.06
8.0 SPESIFIKASI PRODUK

1
7
2

5
3

4
6

Bilangan Bahagian Bahan Ukuran


1 Penutup Perspek lut Sinar 460 mm ⌀
2 Penapis Standard Steel 380 mm ⌀
3 Motor Motor Kipas 240 V, 1400 rpm
4 Kaki Getah 70 mm
5 Controler Standard Steel 150x100 mm
6 Roda Roda Getah 100 mm
7 Body Standard Steel 420 mm
9.0 LUKISAN KEJURUTERAAN
RUJUKAN

Bahron, A. (2016). Penggunaan Teknologi Dalam IKS Di Sabah: Faktor-Faktor Penghalang Dan
Penggalak. Jurnal Kinabalu, 3.

Ismail, R., & Jajri, I. (2009). Sumbangan perubahan teknologi terhadap pertumbuhan output industri
skel kecil dan sederhana di Malaysia. International Journal of Management Studies (IJMS), 16(2), 39-
61.

You might also like