Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

4.

0 Dapatan kajian

Permohonan bagi penyenaraian premis makanan sedia dimakan ke Singapura boleh dibuat di
Cawangan Eksport, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), Kementerian
Kesihatan Malaysia (KKM).

4.1 Syarat Permohonan Untuk Penyenaraian Premis Makanan Sedia Dimakan Di


Singapura.

Permohonan boleh dibuat setelah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia


(SSM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Pendaftaran Premis Makanan dan
borang (Borang KKMPPKM-1/09) serta premis mempunyai lesen atau kelulusan daripada
Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau surat pengesahan dari mana-mana agensi kerajaan.
Bagi pemohon yang bukan pengilang, pemohon perlu mendapatkan bekalan dari
pembekal/pengilang yang telah disenaraikan oleh KKM. Selain itu pemohon bukan pengilang
perlu mengemukakan senarai pembekal/pengilang beserta kod premis untuk setiap pembekal.
Premis pengeksport perlu mematuhi keperluan negara pengimport dan Akta Makanan 1983
serta peraturan-peraturan di bawahnya. Premis pemprosesan untuk produk yang dieksport
perlu melaksanakan Program Jaminan Keselamatan Makanan (PJKM) sekurang-kurangnya
MeSTI. Bagi premis pemprosesan yang melaksanakan PJKM selain daripada KKM,
pemeriksaan premis perlu dijalankan dan memperolehi rating pemeriksaan tidak kurang dari
85%. Pemeriksaan premis dikecualikan bagi premis pemprosesan yang mempunyai pensijilan
MeSTI/GMP/HACCP dari KKM.

Syarikat boleh dikeluarkan dari senarai penyenaraian premis makanan sedia dimakan ke
Singapura sekiranya tidak mematuhi serta mengingkari beberapa perkara. Antaranya
adalahjika pemantauan oleh pihak Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) atau Pejabat Kesihatan
Daerah (PKD) atau Pejabat Kesihatan Bahagian (PKB) atau Pejabat Kesihatan Kawasan
(PKK) mendapati pihak syarikat tidak mengekalkan kepatuhan terhadap keperluan yang
ditetapkan. Selain itu, syarikat terlibat dengan kejadian keracunan makanan atau syarikat
tidak lagi beroperasi di premis yang dilesenkan. Seterusnya syarikat terlibat dengan
penolakan/perlanggaran bagi pengeksportan ke Singapura. Sebarang penambahan produk
atau penukaran nama atau alamat premis, pemohon perlu mengemukan surat rasmi bersama
borang permohonan lengkap kepada Cawangan Eksport, Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan
Malaysia (BKKM) tanpa dikenakan fi. Premis pengeksport perlu memastikan produk yang
dieksport mematuhi keperluan negara pengimport melalui verifikasi sendiri (own check).
Permohonan perlu dikemukakan dengan menggunakan Borang KKM/2016/EX/F.CLS.00
. Dokumen-dokumen yang perlu disertakan bersama borang permohonan adalah Sijil
Pendaftaran Syarikat dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Sijil Pendaftaran
Premis/Slip pendaftaran premis dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Lesen
pengilangan atau kelulusan daripada PBT atau surat pengesahan dari mana-mana agensi
kerajaan. Permohonan yang tidak lengkap akan dikembalikan kepada pemohon untuk
dilengkapkan.

Setiap permohonan akan dikenakan fi iaitu sijil tempoh sah laku. Kadar bayaran fi
bergantung kepada pemilikan sijil GMP/HACCP KKM atau tanpa sijil GMP/HACCP KKM.
Rujuk jadual 1. Fi permohonan baru atau pembaharuan perlu dibayar bersama fi pemeriksaan
premis (surveilan).

PERKARA TEMPOH SAH LAKU FI (PER SIJIL)


i. Mempunyai sijil GMP/HACCP KKM
a) Permohonan baru 3 tahun RM500.00
b) Pembaharuan 3 tahun RM500.00
c) Surveilan 3 tahun RM500.00
ii. Tanpa sijil GMP/HACCP KKM
a) Pemohonan baru 3 tahun RM1000.00
b) Pembaharuan 3 tahun RM1000.00
c) Surveilan 3 tahun RM850.00
Jadual 1: Kadar bayaran fi yang dikenakan kepada pemohon bagi penyenaraian premis
makanan sedia dimakan di Singapura

Bayaran fi tersebut perlu dibuat di dalam bentuk deraf bank / kiriman wang / wang
pos di atas nama “Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia” dan hendaklah
dikemukakan ke BKKM. Permohonan bagi pembaharuan penyenaraian perlu dikemukakan
tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat tempoh sah laku. Prosedur bagi permohonan
pembaharuan penyenaraian adalah mengikut prosedur permohonan yang terkandung di dalam
dokumen ini. Penyenaraian premis makanan sedia dimakan ke Singapura sah untuk tiga (3)
tahun. Surveilan pengeksport makanan sedia dimakan ke Singapura yang telah disenaraikan
dengan KKM akan dijalankan ke atas premis yang melaksanakan PJKM selain daripada
KKM sekurang-kurangnya sekali dalam setahun selama 3 tahun.

Pensampelan dijalankan mengikut kehendak negara pengimport dan Akta Makanan


1983 dan peraturan-peraturan dibawahnya. Persampelan akan dijalankan oleh JKN atau
PKD/PKB/PKK dan sampel dihantar ke Makmal Keselamatan dan Kualiti Makanan
(MKKM) pada permohonan pertama kali, semasa audit surveilan sekurang-kurangnya sekali
setahun dan permohonan pembaharuan. Keputusan analisa mematuhi keperluan negara
pengimport atau Peraturan Makanan 1985.
4.2 Proses Permohonan Penyenaraian Premis Makanan Sedia Dimakan ke Singapura

Permohonan sijil ini perlu melalui beberapa prosedur yang telah ditetapkan. Rujuk
carta alir 1dan 2.

Carta alir 1 menunjukkan prosedur permohonan bagi penyenaraian premis makanan


sedia dimakan di Singapura bagi yang mempunyai sijil MeSTI/GMP/HACCP KKM.
Pemohon akan membuat permohonan di BKMM (ibu pejabat) dan permohonan akan
direkodkan. Permohonan tersebut akan disemak sekiranya lengkap seterusnya akan dihantar
ke JKN dan persampelan akan dihantar ke MKKM. Manakala jika permohonan tidak
lengkap, hal tersebut akan dimaklumkan kepada pemohon dan pemohon perlu memohon
semula di BKMM. Keputusan analisis persampelan dikeluarkan dan keputusan tersebut akan
disemak sekiranya mematuhi penyediaan laporan penyenaraian akan dibuat. Sekiranya
keputusan yang disemak tidak mematuhi pemohon akan dimaklumkan untuk membuat
tindakan pembetulan. Laporan penyenaraian akan dihantar dari JKN ke BKMM (ibu pejabat)
untuk disemak bagi mendapat kelulusan dari BKMM. Mesyuarat kelulusan di BKMM akan
memaklumkan kepada pemohon untuk bayaran sekiranya lulus, manakala jika tidak lulus
BKMM akan memaklumkan kepada JKN. BKMM akan menerima bayaran dari pemohon
dan direkodkan untuk mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon dan Salinan kepada
JKN.

Carta alir 2 menunjukkan prosedur permohonan bagi penyenaraian premis makanan


sedia dimakan di Singapura tanpa sijil MeSTI/GMP/HACCP KKM. Pemohon akan membuat
permohonan di BKMM (ibu pejabat) dan permohonan akan direkodkan. Permohonan tersebut
akan disemak sekiranya lengkap seterusnya akan dihantar ke JKN dan pemeriksaan premis
akan dilakukan manakala persampelan akan dihantar ke MKKM. Manakala jika permohonan
tidak lengkap, hal tersebut akan dimaklumkan kepada pemohon dan pemohon perlu
memohon semula di BKMM. Markah keputusan premis dan analisis persampelan
dikeluarkan, keputusan tersebut akan disemak sekiranya mematuhi, pemeriksaan akan
dibuat (sekiranya perlu) seterusnya penyediaan laporan penyenaraian akan disediakan.
Sekiranya keputusan yang disemak tidak mematuhi pemohon akan dimaklumkan. Laporan
penyenaraian akan dihantar dari JKN ke BKMM (ibu pejabat) untuk disemak bagi mendapat
kelulusan dari BKMM. Mesyuarat kelulusan di BKMM akan memaklumkan kepada
pemohon untuk bayaran sekiranya lulus, manakala jika tidak lulus BKMM akan
memaklumkan kepada JKN. BKMM akan menerima bayaran dari pemohon dan direkodkan
untuk mengeluarkan surat kelulusan kepada pemohon dan Salinan kepada JKN.

You might also like