Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

Duluan kehakiman

Duluan kehakiman (bahasa Inggeris Stare decisis) (sebutan bahasa Latin: [ˈstareː ˈdekisis],


sebutan bahasa Inggeris: [ˈstaːɹi dəˈsaɪsɪs], "untuk mengikut apa yang telah diputuskan") (lebih panjang,
"stare decisis et non quieta movere") adalah satu perkataan undang-undang dalam bahasa Latin, yang
digunakan dalam common law untuk menerangkan tanggapan bahawa keputusan mahkamahyang dahulu
mesti diterima sebagai mengikat menurut undang-undang kes.

Doktrin ini tidak diterima dalam bidang kuasa sistem perundangan sivil kerana ia dikatakan melanggar hak
para hakim menafsir undang-undang dan hak legislatif membuat undang-undang. Kebanyakan sistem
sebegini walau bagaimanapun mengiktiraf konsep jurisprudence constante yang mengemukakan
argumentasi bahawa walaupun para hakim bebas dalam membuat keputusan, mereka haruslah membuat
keputusan itu dalam cara yang boleh dijangka dan tidak mendatangkan huru-hara. Oleh demikian, hak
para hakim untuk menafsir undang-undang tidak bermakna tiadanya sejumlah kecil undang-undang kes
terpilih yang mesti dirujuk semasa menbuat keputusan dalam sesuatu kes.

Prinsip

Prinsip stare decisis boleh dibahagikan mengikut dua komponen:

Pertamanya merupakan peraturan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh mahkamah tinggi adalah
duluan mengikat yang mahkamah rendah tidak boleh batalkan.

Keduanya merupakan prinsip yang satu mahkamah tidak seharusnya membatalkan suatu keputusan yang
dibuat oleh dirinya sendiri pada suatu ketika dahulu kecualilah apabila terdapat satu alasan kuat untuk
berbuat demikian. Prinsip kedua ini lebih berbentuk nasihat yang boleh dan sememangnya diketepikan
mahkamah dari masa ke semasa.

Stare decisis secara menegak


Secara am, satu sistem common law mempunyai mahkamah perbicaraan, mahkamah
rayuan dan mahkamah tinggi. Mahkamah-mahkamah rendah mentadbirkan kebanyakan keadilan seharian.
Mahkamah-mahkamah ini juga dimestikan mengikut duluan yang diputuskan mahkamah rayuan untuk
bidang kuasa mereka dan mahkamah tinggi.

Mahkamah rayuan hanya dimestikan mengikut keputusan mahkamah tinggi. Aplikasi doktrin stare decisis
dari satu mahkamah tinggi pada mahkamah rendah kadangkala dirujuk sebagai stare decisis secara
menegak.

Stare decisis secara mendatar


Dalam sistem kehakiman persekutuan Amerika Syarikat, mahkamah rayuan perantaraan dibahagikan
mengikut "litar". Setiap panel hakim mesti mengikut capaian keputusan dalam kes rayuan yang terdahulu.
Duluan mahkamah rayuan Amerika Syarikat hanya boleh ditolak oleh mahkamah en banc, iaitu satu
sidangan kesemua hakim rayuan aktif litar berkenaan, atau Mahkamah Agung Amerika Syarikat.

Apabila satu mahkamah mengikat dirinya, aplikasi doktrin duluan ini kadangkala dipanggil stare decisis
secara mendatar. Negeri New York mempunyai struktur rayuan yang serupa kerana ia terbahagi dalam
empat jabatan rayuan yang diselia oleh mahkamah rayuan tertinggi Negeri New York. Keputusan satu
jabatan rayuan tidak mengikat jabatan lain, dan dalam sesetengah kes jabatan -jabatan berkenaan
mempunyai perbezaan secara signifikasi dalam perkara-perkara asas undang-undang.

Tempat rayuan terakhir


Mahkamah tertinggi United Kingdom iaitu House of Lords tidak perlu mengikut keputusan lepasnya sendiri
sehingga kes London Street Tramways lwn London County Council [1898] AC 375. Selepas kes ini
sebarang perubahan pada undang-undang berkenaan sesuatu perkara hanya boleh dipinda oleh Parlimen
melalui statut.

Situasi ini berubah selepas pengeluaran Penyataan Pengamalan pada tahun 1966. Ia membenarkan


House of Lords meminda undang-undang Inggeris bersesuaian peristiwa semasa. Dalam kes R lwn G & R
pada tahun 2003 House of Lords menolak keputusannya dalam kes Caldwell 1981 yang telah
membenarkan dirinya mendirikan mens rea ("minda yang bersalah") dengan menyukat kelakuan
seseorang defendan berbanding "seorang waras" dengan tidak mengira keadaan sebenar minda defendan
itu.

Walau bagaimanapun, Penyata Pengamalan amat jarang diaplikasi House of Lords dan hanya digunakan
sebagai pilihan terakhir. Dari tahun 2005 House of Lords menolak keputusannya yang terdahulu tidak lebih
daripada 20 kali kerana bimbang penggunaannya secara berlebihan akan memperkenalkan ketidakpastian
dalam undang-undang. Dalam R v Kansal (2002) umpamanya majoriti ahli House of Lords berpendapat
bahawa R v Lambert (kes terdahulu) diputuskan secara tidak betul akan tetapi tidak mahu menolak
keputusan terdahulu mereka.

Aplikasi pada sistem perundangan Inggeris dan Malaysia


Doktrin duluan mengikat atau stare decisis amat penting kegunaannya pada sistem perundangan Inggeris.
Satu duluan merupakan kenyataan yang dibuat oleh seorang hakim dalam membuat sesuatu keputusan.
Doktrin ini menyatakan bahawa satu keputusan yang dibuat oleh satu mahkamah atasan akan mengikat
mahkamah-mahkamah bawahan. Ini bermakna apabila para hakim membicarakan satu kes mereka akan
cuba mencari sama ada satu kes yang mempunyai fakta yang sama telah diputuskan oleh mahkamah
yang lebih tinggi atau sama statusnya terlebih dahulu dan sekiranya ada maka hakim berkenaan harus
mengikuti kata putus dalam kes itu sebagai duluan yang telah diputuskan. Jika terdapat satu duluan dalam
mahkamah yang lebih rendah, hakim berkenaan tidak perlu mengikutinya akan tetapi mungkin
menimbangkannya. House of Lords di England tidak perlu mengikut duluannya sendiri dan begitulah juga
keadaannya dengan mahkamah persekutuan di Malaysia, yang merupakan mahkamah tertinggi di
Malaysia.

Hanya kenyataan undang-undang mengikat, dan ini dikenali sebagai sebab keputusan atau dalam
istilah bahasa Latin, ratio decidendi. Kesemua alasan lain yang tidak penting dikenali sebagai obiter
dictum (atau obiter dicta sekiranya lebih daripada satu). Lihat kes Rondel lwn Worsley (1969) 1 AC 191.
Satu duluan tidak mengikat satu mahkamah sekiranya ia didapati bahawa terdapat kurangnya perhatian
dalam pengendalian kes itu ("Per Incuriam") sebagai contoh jika tiada provisi statut atau duluan lain yang
dibawa dan diimbangi mahkamah dalam kes berkenaan. Jika mahkamah mendapati bahawa terdapat
perbezaan material antara kes-kes maka ia boleh memilih untuk tidak mengikut duluan. Duluan menyakini
pula merupakan mereka yang diputuskan oleh mahkamah-mahkamah rendah atau asing, dan mungkin
menyakini tetapi tidak mengikat dalam pengaplikasian mereka. Perkara yang paling penting merupakan
fakta bahawa duluan boleh ditolak oleh satu keputusan mahkamah yang lebih tinggi atau satu Akta
parlimen. Keputusan kehakiman bersifat kebelakangan, manakala Akta parlimen sentiasa bersifat
kedepanan kecualilah dinyatakan sebaliknya.

Situasi terakhir ini merupakan masalah sistem duluan yang paling besar dalam pada bahawa sekiranya
satu mahkamah yang tinggi menolak satu duluan yang berusia, maka kemungkinan amat besar bahawa
banyak kes yang didasarkan duluan berkenaan akan kembali ke mahkamah. Justeru itu, kebarangkalian
satu duluan ditolak semakin kurang mengikut usianya.

]Bagaimana para hakim menafsir duluan


Terdapat tiga peraturan di mana para hakim di United Kingdom dan Malaysia guna dalam menafsir
undang-undang dan ini disenaraikan di bawah sebagai bantuan kebiasaan yang satu hakim punyai,
termasuk akses ke semua kes lalu, di mana satu duluan diputuskan dan satu kamus bahasa Inggeris atau
bahasa Melayu yang bagus.

Rukun Harafiah

Hakim seharusnya berlaku seperti kata perundangan berbanding cuba melakukan apa yang ia maksud,
iaitu hakim seharusnya menggunakan maksud harian untuk kata-kata, sekalipun jika ini menjadikan
keputusan yang tidak adil atau tidak dikehendaki. Satu contoh yang baik masalah kaedah ini adalah R v
Maginnis (1987) dalam mana beberapa hakim menemui beberapa maksud berbeza perkataan
"menyediakan" (supply).

Rukun Emas
Digunakan apabila pengaplikasian rukun harafiah akan menjadikan keputusan yang tidak logik. Mahkamah
seharusnya menemui kesusuhan yang nyata sebelum menolak penggunaan rukun harafiah. Terdapat dua
cara di mana Rukun Emas boleh diaplikasi;

a) Pengertian sempit

Apabila terdapat dua maksud berlawanan terhadap satu perkataan yang digunakan dalam satu provisi
perundangan ataupun ia mempunyai maksud samaran. Dalam kes sebegini, maksud yang lebih logik
digunapakai. Sebagai contoh dalam kes Adler lwn George (1964) defenden telah didapati bersalah
dibawah Akta Rahsia Rasmi 1920 dan mahkamah memutuskan untuk tidak mengikuti maksud harafiah
ayat-ayat Akta berkenaan.

b) Pengertian luas

Versi rukun emas ini digunakan hanya apabila terdapat satu cara di mana undang-undang yang diaplikasi
boleh ditafsirkan. Sebagai contoh, apabila penggunaan Rukun Harafiah akan membawa maksud tidak
logik. Sebagai contoh Re Sigsworth (1935).

Rukun Nakal

Merupakan kaedah yang paling fleksibel antara kaedah-kaedah lain yang berasal daripada Kes Heydon
(Heydon's Case (1584)) kerana ia membenarkan pengaplikasian tujuan satu statut berbanding apa yang
terkandung dalam statut berkenaan. Sebagai contoh dalam kes Corkery lwn Carpernter (1950) yang
berkenaan satu lelaki yang didapati mabuk dalam pengawasan satu gerabak, meskipun dia hanya
mempunyai satu basikal.

Sebagai tambahan kepada ketiga-tiga peraturan ini terdapat tiga lagi peraturan yang kurang penting,
iaitu Ejusdem generis (penggunaan perkataan am seperti "kucing, anjing dan perkataan-perkataan lain"
bermaksud haiwan belaan), Expressio unius est exclusio aleterius (kenyataan satu atau lebih perkara
membawa makna pengecualian kesemua yang lain) dan Noscitur a sociis (satu perkataan mesti
mengambil makna daripada konteks di mana ia dijumpai).

]Pengelakan

Meskipun mahkamah-mahkamah rendah diikat oleh duluan mahkamah lebih tinggi secara teorinya, dalam
realiti para hakim kadangkala cuba untuk mengelak duluan dengan membezakan mereka atas alasan-
alasan remeh. Juga, aayuan satu keputusan yang tidak mengikut duluan mungkin tidak berlaku kerana kos
perbelanjaan berbuat sedemikian akan melumpuhkan keupayaan pihak yang kalah membuat sedemikian.
Maka keputusan mahkamah rendah mungkin berdiri meskipun ia tidak mengikut keputusan mahkamah
atasan oleh sebab satu-satunya cara satu keputusan boleh dirayui adalah dengan permohonan salah satu
daripada pihak-pihak yang terikat padanya.
dan penentangan
Kadangkala juga satu hakim akan melafazkan rasa tidak setujunya terhadap keputusan-keputusan duluan
yang dibuat mahkamah atasan akan tetapi harus mengikutinya oleh sebab duluan mengikat. Notakan juga
yang duluan mengikat adalah berbeza dengan stare decisis yang merupakan keputusan mahkamah-
mahkamah lateral, rendah, atau mahkamah yang sama, dan membolehkan pembezaan berdasarkan
"alasan yang kukuh" (lihat Hilton v.s. Carolina Pub. Rys. Cmsn.m 502 U.S. 197, 202, 112 S. Ct. 560, 565
(1991).)

Kepincangan
Di Amerika Syarikat, stare decisis boleh berinteraksi dalam cara yang berlawanan dengan sistem
mahkamah persekutuan dan sistem mahkamah negeri. Dalam satu isu undang-undang persekutuan, satu
mahkamah negeri tidak terikat dengan pentafsiran undang-undang persekutuan pada peringkat daerah
atau litar tetapi terikat dengan pentafsiran Mahkamah Agung Amerika Syarikat. Dalam pentafsiran undang-
undang negeri, sama ada ia merupakan common law atau undang-undang statut, mahkamah persekutuan
terikat dengan pentafsiran mahkamah negeri tertinggi negeri berkenaan, dan biasanya perlu merujuk
duluan mahkamah menengah negeri juga.

Mahkamah boleh memilih untuk mengikut duluan bidang kuasa lain, tetapi ini bukan aplikasi doktrin stare
decisis kerana keputusan asing tidak mengikat. Satu keputusan asing yang diikut atas sebab
kemunasabahannya digelar autoriti berpengaruh — sekaligus menandakan bahawa pengaruhnya terhad
kepada alasan yang dikemukakannya.

Stare decisis dalam sistem perundangan sivil

Stare decisis tidak lazim digunakan dalam sistem perundangan sivil kerana ia melanggar prinsip yang
hanya legislatif boleh membuat undang-undang. Dalam teori, mahkamah rendah tidak terikat dengan
duluan yang ditetapkan mahkamah tinggi. Walau bagaimanapun dalam realiti keperluan untuk
kesinambungan dalam undang-undang memerlukan pengaplikasian duluan oleh mahkamah-mahkamah
rendah dan dalam bidang kuasa undang-undang sivil mahkamah tingginya sebagai contoh Cour de
cassation dan Conseil d'État di Perancis diiktiraf sebagai badan-badan kuasi-legislatif.

Doktrin stare decisis juga mempengaruhi bagaimana keputusan mahkamah disusun. Secara amnya,
keputusan mahkamah dalam bidang kuasa common law amat panjang dan menerangkan secara terperinci
bagaimana satu keputusan dicapai. Ini berlaku untuk menjustifikasikan satu keputusan berdasarkan
undang-undang kes terdahulu disamping menyenangkan penggunaannya sebagai duluan dalam kes-kes
masa depan.
Keadaan ini boleh dibandingkan dengan sususan mahkamah dalam bidang kuasa undang-undang sivil
(antara yang paling prominen merupakan Perancis) yang pendek dan menotakan perundangan yang
relevan serta tidak terus berhujah tentang bagaimana satu keputusan dicapai. Ini adalah keputusan
pandangan teori yang menyatakan bahawa suatu mahkamah hanya mentafsirkan pandangan legislatif dan
penerangan terperinci tidak perlu. Oleh sebab ini, kebanyakan penerangan mengenai undang-undang tidak
dilakukan oleh para hakim, malah sebaliknya cendiakiawan-cendiakiawan akademik undang-undang yang
membuat keterangan.

Dalam bindang kuasa undang-undang lain, seperti bidang kuasa Jerman, pandangan mahkamah lebih
panjang daripada yang terdapat di Perancis dan mahkamah sering memetik keputusan kes-kes lepas dan
tulisan akademik. Walau bagaimanapun, sesetengah mahkamah seperti mahkamah-
mahkamah Jerman tidak menekankan fakta-fakta kes tetapi sebaliknya lebih mengambil berat mengenai
argumentasi doktrin dan mencari pentafsiran undang-undang yang betul dan benar.

]Ketulenan dan stare decisis


Ketulenan, iaitu doktrin yang menyatakan bahawa pengertian penulisan sesuatu teks mesti diaplikasi,
merupakan satu lawan kepada stare decisis, tetapi tidak semestinya secara menyeluruh. Seperti yang
dinotakan di atas, "Stare decisis tidak lazimnya merupakan satu doktrin yang digunakan dalam
sistem undang-undang sivil kerana ia melanggar prinsip yang hanya legislatif berhak membuat undang-
undang"; Hakim Antonin Scalia dalam bukunya A Matter of Interpretation (Suatu hal pentafsiran) yang
Amerika merupakan satu negara undang-undang sivil dan bukannya negara common law dan dengan ini,
para pemikir ketulenan tidak suka mengunapakai duluan apabila ia bertentangan dengan perlembagaan.
Meskipun begini, Ketulenan adalah satu teori penafsiran berbanding pembinaan, dan masih terdapatnya
ruang dalam pemikiran pentulen untuk stare decisis; apabila pengertian literal boleh membawa kepada
maksud-maksud alternatif, keputusan lepas lazimnya dilihat sebagai satu panduan yang absah, dengan
alasan bahawa ia tidak boleh menyangkal apa yang dikatakan oleh teks tulen.

Sesetengah pemikir ketulenan pergi dengan lebih jauh lagi. Dalam perbicaraan pengesahannya,
Hakim Clarence Thomas menjawab soalan daripada Senator Strom Thurmond akan kesediaannya
menolak satu duluan:

Saya berpendapat yang menolak satu kes atau menimbang semula satu kes adalah satu perkara yang berat.

Semestinya, anda mestilah berpendapat yang satu kes itu diputuskan secara salah, tetapi saya fikir itupun tidak

mencukupi. Stare decisis memberi lanjutan kepada sistem kita, ia memberikan kepastian, dan dalam prosis

pembuatan keputusan dari satu kes ke satu kes, saya fikir ia satu konsep yang amat penting dan kritikal. Satu

hakim yang hendak menimbang semula satu kes punyai beban yang ia bukan sahaja tidak langsung, tetapi ia

perlu, dalam situasi berkenaan, dalam penglihatan stare decisis, untuk membuat langkah tambahan sedemikian.

— Clarence Thomas (1991), [1]
Kemungkinan beliau telah mengubah pendiriannya, atau terdapat satu badan besar kes yang memerlukan
"langkah tambahan sedemikian" tidak pedulikan doktrin itu; mengikut Scalia, "Clarence Thomas langsung
tidak mempercayai doktrin stare decisis. Jika satu autoriti perlembagaan salah, dia akan berkata, marilah
kita betulkannya."[2]

Kebaikan dan keburukan

Terdapat banyak perbincangan mengenai kebaikan dan keburukan pengunaan undang-undang


kes dibawah sistem sebegini. Penyokong sistem ini seperti pengurang berpendapat yang pengikutan
sistem duluan membuatkan keputusan "boleh diramal". Sebagai contoh, satu peniaga boleh dijamin
keputusan yang menyelelahinya sekiranya fakta kesnya sama dengan fakta kes satu peniaga yang berjaya
dalam satu kes lalu. Para pembangkang pula berpendapat yang sistem sebegini tidak demokratik kerana ia
membenarkan para hakim yang tidak dipilih membuat undang-undang, atau bahawa ia memelihara kes-
kes yang salah keputusannya. Satu balasan kepada bangkangan ini adalah jika legislatif ingin mengubah
undang-undang kes (berlainan dengan pentafsiran perlembagaan) denganstatut, ia boleh berbuat
sedemikian. Pengkritik kadangkala menuduh sesetengah hakim dengan pengaplikasian doktrin secara
rawak, dengan meluluskan duluan yang dipersetujuinya, dan membiarkan duluan yang tidak dipersetujui.

You might also like