Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 19

Bab 2 Pasaran

Jawab semua soalan:


1 Rajah 1 menunjukkan keluk permintaan suatu barang

Pernyataan manakah yang benar tentang keluk di atas?

A Peratus perubahan harga kurang daripada peratus perubahan kuantiti diminta


B Apabila harga jatuh RM10, kuantiti diminta berkurang sebanyak 2 unit
C Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah positif
D Penurunan harga 50% akan meningkatkan kuantiti permintaan 20%

2 Pernyataan manakah yang menyebabkan permintaan terhadap getah asli


tempatan meningkat?

A Cuaca bertambah baik


B Pemberian subsidi bertambah
C Harga getah tiruan meningkat
D Cukai import getah asli meningkat

1
3 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentuan permintaan ke atas suatu
barang

Harga dijangka meningkat pada masa depan

Rajah manakah yang menunjukkan kesan permintaan pada masa sekarang?

2
4 Jadual 3 menunjukkan hubungan antara harga dan kuantiti diminta terhadap
kereta tempatan.

Bulan Harga seunit (RM) Kuantiti Diminta (unit)


April 2008 55 000 15 000
Ogos 2008 55 000 19 500

I Cukai kereta import dinaikkan


II Harga petrol telah meningkat
III Pendapatan boleh guna
IV Kadar faedah skim sewa beli dikurangkan

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

5 Jadual di bawah menunjukkan peratus perubahan kuantiti diminta dan peratus


perubahan harga bagi dua jenis barang

Barang Peratus Perubahan Peratus Perubahan


Kuantiti Diminta Harga
X 20 10
Y 15 15

Apakah jenis keanjalan harga permintaan bagi Barang X dan Barang Y?

Barang X Barang Y
A Anjal Tidak anjal
B Tidak Anjal Anjak satu
C Anjal Anjal satu
D Tidak Anjal Anjal

6 Maklumat berikut berkaitan dengan Syarikat Pertiwi Sendirian Berhad.

Semasa kegawatan ekonomi Syarikat Pertiwi Sendirian Berhad mengurangkan


penawaran Barang X sebanyak 10% dan Barang Y sebanyak 5%.

Berapakah nilai keanjalan harga penawaran bagi kedua-dua produk tersebut jika
harga berubah 20%?

Barang X Barang Y
A 0.50 0.25
B 1.00 3.00
C 2.00 4.00
D 10.00 5.00

3
7 Jadual 6 menunjukkan permintaan dua individu terhadap barang P di paasaran

Harga Barang (RM) Kuantiti Diminta Barang P (unit)

Individu A Individu B
3 40 60
6 20 30

Rajah manakah yang menunjukkan keluk permintaan pasaran bagi barang P?

4
D

8 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta suatu barang

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


2 12
3 18

Jika harga naik dari RM2 ke RM3, berapakah nilai keanjalan harga permintaan
barang tersebut?

A 0.25
B 0.67
C 1.00
D 1.50

9 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentuan penawaran padi.

Kerajaan Terengganu telah memberi subsidi kepada pesawah yang terlibat


dalam tanaman padi secara kelompok di Setiu.

Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan tersebut kepada penawaran


padi?

5
B

10 Antara yang berikut, yang manakah meningkatkan penawaran kereta nasional?

I Pengurangan cukai jualan


II Peningkatan teknologi pengeluaran
III Kejatuhan harga besi keluli
IV Kenaikan harga petrol

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

6
11 Apabila harga sesuatu barang meningkat sebanyak 40% kuantiti barang yang
ditawarkan akan bertambah dari 5 unit ke 10 unit. Berapakah nilai keanjalan
harga penawaran barang tersebut?

A 0.4
B 0.8
C 1.25
D 2.50

12 Pernyataan manakah yang menerangkan tentang keluk permintaan pasaran?

A Diperoleh dengan menyambungkan titik-titik kuantiti diminta oleh semua


individu pada setiap tingkat harga
B Keluk permintaan pasaran lebih curam daripada keluk permintaan individu
C Hubungan antara harga dengan kuantiti diminta adalah secara positif
D Keluk permintaan pasaran mencerun ke bawah dari kanan ke kiri

13 Jadual di bawah menunjukkan penawaran dua buah firma terhadap suatu barang

Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit)


Firma M Firma N
2 5 10
3 8 15
4 10 20

Berapakah penawaran pasaran pada tingkat harga RM4?

A 20 unit
B 30 unit
C 45 unit
D 68 unit

14 Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran buah mangga di


pasaran

Harga (RM) Permintaan Pasaran (kg) Penawaran Pasaran (kg)


7 15 40
6 20 34
4 26 26
3 30 20

Pilih pernyataan yang benar

A Pada tingkat harga RM 3, berlaku lebihan penawaran sebanyak 20kg


B Pada tingkat harga RM 6, berlaku lebihan permintaan sebanyak 14kg
C Penawaran terhadap mangga menurun sebanyak 6kg apabila harga naik dari
RM 6 ke RM7
D Permintaan terhadap manga meningkat sebanyak 6kg apabila harga turun dari
RM6 ke RM4
7
15 Jadual di bawah menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran bagi suatu
barang.

Harga (RM) Penawaran (unit) Permintaan


Pasaran (unit)
Firma A Firma B
2 8 12 70
4 12 18 60
6 24 26 50
8 25 35 40

Berapakah harga keseimbangan?

A RM 2
B RM 4
C RM 6
D RM 8

16 Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran barang bagi lima firma di


pasaran.

Berapakah kuantiti yang ditawarkan oleh firma D jika penawaran pasaran pada
tingkat harga RM15 ialah 57 unit?

A 21 unit
B 23 unit
C 42 unit
D 49 unit

17 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan terhadap suatu barang.

8
Apakah titik baru bagi U jika kerajaan meningkatkan kadar cukai pendapatan
perseorangan?

A R
B T
C Q
D S

18 Rajah di bawah menunjukkan keluk permintaan individu A(DA) dan keluk


permintaan pasaran (Dp) bagi suatu barang.

Andaikan pasaran hanya terdiri daripada individu A dan individu B, berapakah


kuantiti diminta oleh individu B pada setiap tingkat harga?

RM 2 RM 3 RM 4
A 4 3 2
B 6 5 4
C 10 7 5
D 16 12 9

19 Rajah di bawah menujukkan keluk permintaan suatu barang.

9
Faktor manakah yang menyebabkan peralihan keluk dari D0D0 ke D1D1?

A Harga barang itu meningkat


B Cita rasa pengguna meningkat
C Pendapatan pengguna menurun
D Harga barang penggenap meningkat

20 Jadual di bawah menunjukkan hubungan antara tingkat harga dengan kuantiti


durian diminta.

Harga (RM) Kuantiti Durian Diminta (kg)


6 30
9 20
12 10

Jika harga meningkat dari RM 6 ke RM12, berapakah nilai keanjalan harga


permintaan?

A 0.50
B 0.67
C 1.33
D 1.50

21 Kenaikan harga kopi sebanyak 5% telah menyebabkan permintaan jatuh


sebanyak 10%. Berapakah nilai keanjalan harga permintaan kopi?

A 0.5
B 2.0
C 5.0
D 1.5

22 Pekali keanjalan harga permintaan ialah 1.8. Takrifkan pekali itu.

A Harga turun 1.8 %, kuantiti diminta meningkat 1 %


B Harga naik 1%, kuantiti diminta menurun lebih daripada 1.8%
C Harga turun 1.8%, kuantiti diminta meningkat lebih daripada 1%
D Harga naik 1%, kuantiti diminta menurun 1.8%

10
23 Maklumat berikut berkaitan dengan hubungan dangan tiga jenis barang

Barang X dan Barang Y adalah barang pengganti


Barang X dan Barang Z adalah barang penggenap

Jika harga Barang X turun, apakah kesan terhadap permintaan Barang Y dan
Barang Z?

Barang Y Barang Z
A Meingkat Meningkat
B Meningkat Menurun
C Menurun Menurun
D Menurun Meningkat

24 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi buah rambuatan.

Harga (RM) Kuantiti Diminta (kg)


1 60
2 30

Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga berubah dari RM 2


ke RM 1?

A 0.4
B 0.5
C 0.6
D 6.0

25 Kuantiti penawaran keropok ikan pada harga RM 2 adalah sebanyak 200


bungkus. Nilai keanjalan harga penawaran keropok ikan ialah 2. Berapakah
kuantiti penawaran baharu bagi koropok ikan jika harga meningkat sebanyak
30%?

A 230 unit
B 260 unit
C 320 unit
D 400 unit

11
26 Rajah di bawah menunjukkan keluk-keluk permintan individu dan keluk
permintaan pasaran suatu barang

Berapakah kuantiti yang diminta oleh individu T pada tingkat harga RM 5 jika
Dp ialah keluk permintaan pasaran?

A 10 unit
B 15 unit
C 20 unit
D 35 unit

27 Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti diminta bagi suatu barang

Harga (RM) Kuantiti diminta (unit)


8 6
10 4
Berapakah nilai keanjalan harga permintaan apabila harga naik dari RM 8 ke
RM10?

A 0.40
B 0.75
C 1.33
D 2.50

28 Ciri manakah yang benar tentang keanjalan permintaan tak anjal?

A Kecerunan keluk permintaan adalah lebih curam


B Pekali keanjalan harga permintaan lebih daripada satu
C Pengeluar menurunkan harga barang untuk meningkatkan hasil jualan
D Peratus perubahan kuantiti yang diminta lebih besar daripada peratus perubahan
harga

12
29 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentuan penawaran getah.

Kerajaan memberi subsidi baja dan anak pokok kepada pekebun getah

Rajah manakah yang menunjukkan kesan tindakan tersebut kepada penawaran


getah?

13
30 Maklumat berikut berkaitan dengan satu penentu penawaran ke atas suatu
barang.

Harga barang Y meningkat

Rajah manakah yang menunjukkan kesan perubahan harga kepada penawaran


barang tersebut.

14
D

31 Jadual di bawah menunjukkan penawaran barang Q oleh dua buah firma di


pasaran

Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit)

Firma A Firma B
3 8 12
5 10 16

Rajah manakah yang menunjukkan keluk penawaran pasaran bagi barang Q?

15
C

32 Jadual di bawah menunjukkan penawaran terhadap suatu barang.


Harga (RM) Kuantiti Ditawar (unit)
2 12
4 18

Berapakah nilai keanjalan harga penawran barang tersebut jika harga naik dari
RM2 ke RM4?

A 0.5
B 0.7
C 1.5
D 2.0

33 Sesuatu pasaran boleh wujud jika ada

I Penjual dan pembeli


II Barangan yang diniagakan
III Penjual dan pembeli mesti bertemu
IV Tingkat harga yang dipersetujui bersama

A I, II dan III
B I, II dan IV
C I, III dan IV
D II, III dan IV

16
34 Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran suatu barang

Apakah yang akan berlaku apabila harga naik lebih tinggi daripada P0?

A Kuantiti permintaan pasaran kurang daripada kuantiti penawaran pasaran


B Kuantiti penawaran pasaran kurang daripada kuantiti permintaan pasaran
C Tingkat harga akan cenderung naik lagi
D Berlaku lebihan permintaan pasaran

35 Jadual di bawah menunjukkan penawaran pasaran bagi tiga firma.

Harga Seunit Kuantiti Penawaran (unit)


(RM) Firma P Firma Q Firma R
8 60 100 75
6 50 85 70
4 40 60 65
2 30 45 60

Berapakah tingkat harga keseimbangan pasaran jika kuantiti permintaan pasaran


ialah 165 unit

A RM 2
B RM 4
C RM 6
D RM 8

17
36 Rajah di bawah menunjukkan perubahan penawaran terhadap motosikal

Antara yang berikut, yang manakah menyebabkan perubahan penawaran


tersebut?

A Harga besi meningkat


B Penggunaan teknologi robotic meningkat
C Harga motosikal dijangka naikpada masa hadapan
D Cukai eksais ke atas pengeluar tempatan meningkat

37 Istilah permintaan adalah berkaitan dengan

I Kemampuan seseorang individu


II Tingkat pendapatan negara
III Kos pengeluaran
IV Harga barang

A I dan II
B I dan IV
C II dan III
D III dan IV

38 Rajah di bawah menunjukkan keluk penawaran suatu barang.

Berapa nilai N jika keanjalan harga penawaran barang tersebut ialah 8.0?

A 180 unit
B 360 unit
C 400 unit
D 480 unit

18
39 Peningkatan harga baju dari RM40 ke RM50 menyebabkan kuantiti ditawarkan
bertambah dari 100 unit ke 150 unit.
Berapakah nilai keanjalan harga penawaran barang tersebut?

A 0.5
B 2.0
C 2.5
D 3.0

40 Rajah di bawah menunjukkan keseimbangan pasaran bagi suatu barang.

Pilih pernyataan yang benar

A Kuantiti keseimbangan berlaku pada Q1


B Wujud lebihan permintaan pada tingkat harga P1
C Wujud lebihan penawaran pada tingkat harga P2
D Harga tidak senderung untuk berubah pada tingkat harga P0.

19

You might also like