Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

2.

0 SKIM LENCANA UNTUK AHLI-AHLI BELIA BSMM

2.1 TUJUAN
Tujuan peraturan ini adalah untuk memberi garis panduan mengenai
penganugerahan Lencana Kecekapan kepada ahli-ahli Belia (Youth)
berdasarkan keaktifan dan komitmen mereka dalam projek-projek dan aktiviti
Bulan Sabit Merah Malaysia, khusus dalam bidang Pertolongan Cemas.
2.2 OBJEKTIF
Pada akhir pembelajaran dalam mata pelajaran yang disediakan kepada Ahli
Belia (ahli-ahli BSMM) mereka akan dapat:

2.1 menjalankan aktiviti Persatuan Bulan Sabit Merah di sekolah


2.2 menguasai pengetahuan:

 Pertolongan Cemas Asas dan CPR


 Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit Merah dan Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa dan
 Pendidikan Kesihatan
Di samping itu lain-lain pengetahuan yang digariskan di dalam sukatan
pelajaran BSMM.
2.3 memupuk semangat kesukarelaan, kesejagatan, disiplin, kepimpinan dan
bersedia untuk berkhidmat kepada masyarakat menjurus kepada modal insan.
2.3 CARA PENGAJARAN

 Syarahan
 Perbincangan
 Amali
 Simulasi
 Lawatan
 Pendidikan Luar
 Perkhemahan

2.4 Sukatan pelajaran untuk kursus-kursus adalah seperti berikut:


2.4.1 Kembaran C -Pendidikan Palang Merah/Bulan Sabit
Merah dan Asas Undang-undang
Kemanusiaan Antarabangsa - (13 jam)

2.4.2 Kembaran D - Pertolongan Cemas Asas dan CPR - (14 jam)


2.4.3 Kembaran E - Pendidikan Kesihatan - (6 jam)
2.4.4 Kembaran F - Kawad (25 perintah daripada 47)
2.4.5 Kembaran G - Kem Kraf (3 aktiviiti perkhemahan)
2.4.6 Kembaran H - Cegah Kebakaran - (6 jam)

2.5 LENCANA KECEKAPAN


Ahli-ahli belia BSMM akan dibenarkan memakai Lencana Kecekapan yang diperbuat
daripada kain berwarna merah berbentuk bulat dengan bergaris pusat 3 sm dengan
tulisan subjek berwarna putih seperti berikut:
2.5.1 PERSAHABATAN ANTRABANGSA
Ahli-ahli hendaklah terlebih dahulu lulus dalam mata pelajaran Pendidikan
Palang Merah dan Bulan Sabit Merah dan Undang-undang Kemanusiaan
Antarabangsa.
2.5.2 PERTOLONGAN CEMAS
Lulus ujian mata pelajaran Pertolongan Cemas Asas dan CPR dalam kedua-
dua bahagian iaitu teori dan amali.
2.5.3 KAWAD KAKI
Boleh memberi 25 perintah bahasa hukuman kawad dari 47 perintah yang
ditetapkan.
2.5.4 RAWATAN / KESIHATAN
Lulus ujian mata pelajaran Pendidikan Kesihatan. Mata pelajaran ini
mengandungi pelajaran teori sahaja.
2.5.5 CEGAH KEBAKARAN
Lulus ujian yang dijalankan oleh Pegawai Bomba (telah mendapat tauliah
perlantikan sebagai jurulatih Kebombaan) mengikut tatacara di dalam
sukatan pelajaran Pencegahan Kebakaran untuk pelajar sekolah menengah
2.5.6 KEM KRAF
Pelajar dikehendaki melengkapkan 3 aktiviti perkhemahan yang dipimpin oleh
Guru Pemimpin BSMM dengan bantuan (jika diperlukan) dari Pengakap
Bertauliah atau Badan Pakaian Seragam.

You might also like