Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HDPS3603
AWAL SAINS UNTUK KANAK-KANAK/ EARLY SCIENCE FOR CHILDREN
SEMESTER JANUARI 2019

NAME :

MATRICULATION NO. :

IC NO. :

PHONE NO. :

E-MAIL :

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2019
ISI KANDUNGAN

BIL ISI KANDUNGAN MUKA


SURAT

01 PENGENALAN 2

02 FENOMENA SIANG DAN MALAM 4

03 JUSTIFIKASI DAN SALAH FAHAM KANAK - KANAK 4

02 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN 8

03 KESIMPULAN 12

04 RUJUKAN 12

1
1.0 PENGENALAN

Pendidikan Prasekolah di Malaysia berkonsepkan program pendidikan tidak formal yang


menyediakan pengalaman pembelajaran kepada kanak-kanak berusia empat hingga enam tahun
sebagai persediaan sebelum masuk ke Tahun Satu di sistem persekolahan formal. Berikutan Akta
Pendidikan 1996 , pendidikan prasekolah telah diinstitusikan ke dalam Sistem Pendidikan
Kebangsaan dengan matlamat untuk menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan untuk
masuk ke sekolah rendah.

Peruntukan ini menunjukkan penumpuan Kementerian Pendidikan Malaysia dalam


mempertingkatkan kualiti pendidikan prasekolah. 162. Selaras dengan matlamat Falsafah
Pendidikan Kebangsaan, perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh, bersepadu dan
seimbang perlu diberi pertimbangan yang sewajarnya di dalam program prasekolah kerana
pengalaman prasekolah bakal mencorakkan perkembangan kanak-kanak seterusnya.

Pendidikan prasekolah pada tahun 1990-an tidak banyak berbeza daripada pendidikan
prasekolah pada tahun 60-an bahkan selalu menarik perhatian para ibu bapa, masyarakat
mahupun pemerintah sebagai pengambil keputusan iaitu mereka menyedari bahawa kualiti masa
awal kanak-kanak termasuk prasekolah merupakan cermin kualiti bangsa pada masa akan
datang.

Umumnya, Sains boleh didefinisikan sebagai ilmu yang boleh menerang dan memahami sifat
alam. Bidang sains mengandungi tiga aspek iaitu kognitif, konatif dan afektif. Menurut Joseph
Abruscato (2000), sains adalah proses yang melibatkan kemahiran intelek dan manipulatif bagi
mendapatkan maklumat berhubung alam semula jadi.

Dengan kata lain,sains adalah pengetahuan yang diperolehi melalui aplikasi proses saintifik.
Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diperoleh melalui pengalaman sains seharusnya dapat
membantu kanak-kanak memahami dan mencorakkan alam sekeliling. Oleh itu, pendedahan
awal dalam sains penting bagi membolehkan kanak-kanak membina rasa tanggunjawab dan
prihatin serta rasa hormat pada alam sekitar. Interaksi positif yang dialami secara terus
membantu peningkatan kanak-kanak dalam pembelajaran dan memperbaiki kualiti kehidupan
dalam jangka masa panjang.

2
Merujuk kepada pendidikan sains awal, ia menfokuskan dengan perkembangan deria/ sensori
dan pemahaman dunia persekitaran. Bidang pembelajaran ini lebih dikenali sebagai pra-sains.
Definisi Sains awal adalah subjektif iaitu sains adalah sesuatu yang dilakukan oleh kanak-kanak
setiap hari apabila mereka bertanyakan soalan, memerhati serangga, membuat ketulan ais,
menunggang basikal, mengasah pensel ataupun memasang lampu. Dengan kata lain, sains adalah
sesuatu yang berkaitan dengan persekitaran yang mana ia akan mewujudkan perasaan ingin tahu
kanak-kanak untuk meransang perkembangan kognitif dan deria mereka.

Menurut Johnston (1996), kanak-kanak pada umumnya bersifat ingin tahu atau inkuisitif.
Kenyataan ini dibuktikan melalui soalan-soalan yang kerap kali ditanya dengan tujuan
mendapatkan penjelasan dan kefahaman berhubung sesuatu yang menarik perhatian mereka.
Soalan-soalan ini biasanya berkaitan dengan perkara yang dialami oleh kanak-kanak. Melalui
proses ini, kanak-kanak akan cuba membina pengertian dan kefahaman berhubung dengan
fonomena yang dialami.

Proses Pendidikan Sains awal kanak-kanak pada peringkat awal menekankan konsep
pembelajaran aktif. Justeru, aktiviti-aktiviti yang dirancang adalah bercorak Hands-on yang
mana ia dapat melibatkan kanak-kanak secara aktif melalui interaksi dengan bahan-bahan
pembelajaran. Kanak-kanak belajar memahami sesuatu konsep dengan baik daripada
pemerhatian, sentuhan, rasa dan manipulasi bahan bagi membina kefahaman saintifik.

Pengetahuan sains awal yang diterapkan kepada kanak-kanak bermatlamat memberi pendekatan
hands-on dalam pengajaran sains dengan memberi ruang dan peluang kanak-kanak membina
kefahaman sendiri dengan bantuan guru. Harlan & Rivkin (1996), antara tujuan pendidikan sains
adalah membantu meningkatkan perkembangan bahasa dan kemahiran kanak-kanak, memberi
peluang kepada kanak-kanak mengkaji perhubungan kesan dan akibat, membantu kanak-kanak
menguasai kemahiran berfikir secara kreatif, kritis, analitis dan sisitematik dalam membuat
penakulan, membantu kanak-kanak membina dan menghayati sikap dan nilai murni.

Di dalam tugasan ini, salah faham yang selalu berlaku di kalangan kanak-kanak bagi topik
fenomena siang dan malam akan dibincangkan dan dijustifikasi. Selain itu, 3 rancangan
pengajaran harian akan di rangka yang mana ia dilakukan di dalam kelas dan juga luar kelas.

3
2.0 FAKTA SAINS TENTANG FENOMENA SIANG DAN MALAM

Kejadian siang dan malam berlaku kerana hanya sebahagian sahaja bumi yang menghadap ke
arah matahari ketika ia berputar di atas paksinya. Bahagian bumi yang menghadap ke arah
matahari mengalami siang, manakala bahagian yang membelakanginya akan mengalami malam.
Oleh kerana bumi berputar dari barat ke timur, maka bahagian timur bumi akan menerima
cahaya matahari atau mengalami siang terlebih dahulu berbanding sebelah barat. Putaran bumi
semasa membuat perkelilingan dengan matahari yang berlaku pada kecondongan 23.5o,
menyebabkan satah bumi-matahari juga condong pada kadar yang sama.

Perubahan kedudukan matahari di ekliptiknya, memberi kesan terhadap kedudukan terbit dan
terbenam matahari serta panjang slang dan malam. Berdasarkan paksi kutub, yang ditentukan
oleh nilai latitud sesuatu tempat, panjang siang dan malam setiap tempat di bumi berbeza-beza di
sepanjang tahun. Saiz lengkungan siang terletak di sebelah atas ufuk, manakala lengkungan
malam terletak di bawah ufuk. Apabila matahari berada di langit utara, penduduk di hemisfera
utara akan mengalami slang yang lebih panjang berbanding ketika matahari berada di selatan.

Selepas bulan Mac, waktu siang lebih panjang daripada waktu malam. Manakala pada bulan
Disember, waktu malam lebih panjang daripada waktu siang. Siang dan malam menjadi hampir
sama panjang pada masa masa berdekatan ekuinoks, iaitu bulan Mac dan September. Kesan ini
lebih ketara bagi negara-negara yang berada pada latitud tinggi. Perubahan ini juga menjelaskan
bagaimana waktu solat berubah-ubah di sepanjang tahun.

3.0 JUSTIFIKASI DAN SALAH FAHAM KANAK – KANAK MENGENAI


FENOMENA SIANG DAN MALAM

Di dalam buku Kaedah Mengajar Sains yang ditulis oleh Zurida Ismail, Syarifah Norhaidah Syed
Idros dan Mohd. Ali Samsudin menerangkan salah tanggapan atau miskonsepsi dapat
dikategorikan kepada beberapa jenis (National Academy of Science 1997) iaitu idea awal yang
diperoleh daripada pengalaman harian, kepercayaan bukan saintifik yang diperoleh daripada
sumber-sumber ilmu lain seperti pendidikan agama dan kepercayaan, pemahaman konseptual
hasil pengajaran dan pembelajaran konsep-konsep sains yang kurang kukuh, miskonsepsi
vernakular yang oleh penggunaan yang mempunyai maksud yang berlainan dalam kegunaan

4
harian pelajar dibandingkan dalam konteks saintifik dan miskonsepsi fakta yang disebabkan oleh
pembentukan konsep yang tidak betul dan dikekelkan terus sehingga diperingkat dewasa.

Loo (1994) di dalam buku yang sama juga menyatakan terdapat tiga punca terjadinya
miskonsepsi dalam biologi dikalangan pelajar. Ketiga-tiga punca ini adalah kerangka kefahaman
alternatif sedia ada pelajar-pelajar yang jarang diberi perhatian oleh guru menyebabkan idea
tidak tepat berkekalan, bahasa harian yang tidak dapat dibezakan dengan bahasa sains dan
masalah perhubungan dengan perkembangan dan pendekatan yang digunakan pengajaran
memudah alam timbul sekiranya konsep-konsep yang difahami kanak-kanak mengandungi salah
tanggapan ataupun bercanggah dengan penjelasan saintifik. Salah tanggapan ini menjadi
penghalang dan menyukarkan kanak-kanak bagi memahami konsep yang ditaja dalam kelas
semasa pengajaran dan pembelajaran dalam berlaangsung. Malah salah satu masalah benar yang
sukar dialami dalam pengajaran konsep sains adalah memindahkan ataupun mengubah
pandangan ataupun pegangan awal pelajaran pada satu konsep kepada penjelasan yang dapat
diterima oleh komuniti sains.

Di dalam buku Kaedah Mengajar Sains juga Gilbert, Osborne dan Fensham (1982) memberi
beberapa akibat yang mungkin timbul daripada keadaan itu. Pelajar mungkin tidak akan
mengubah konsep sedia ada ataupun mungkin menerima perspektif yang disampaikan sebagai
perkara yang berguna dalam peperiksaan dengan mengekalkan konsep sedia ada. Kemungkinan
juga pengajaran guru akan mengukuhkan pengetahuan ataupun konsep awal pelajar dan kerap
kali juga pengajaran guru akan hanya menambahkan kekacauan dan kekeliruan kepada pelajar.
Dalam keadaan ini, pelajar tidak mampu menyatukan idea baru yang diterima daripada gurunya
dengan pengetahuan sedia ada yang dipegangnya. Hasil paling ideal yang diharapkan adalah
pengajaran guru yang berhasil membawa perubahan pandangan awal pelajar kepada penjelasan
saintifik. Perkara ini adalah hasilan atau matlamat terakhir yang ideal bagi pengajaran sains.

Miskonsepsi tidak hanya terjadi pada kanak-kanak tetapi juga terjadi pada guru. Hal ini
menyebabkan miskonsepsi pada kanak-kanak semakin besar. Miskonsepsi juga terjadi pada
buku-buku yang dijual di pasaran. Jika buku tersebut digunakan oleh guru dan kanak-kanak
sebagai sumber belajar maka guru dan kanak-kanak tersebut akan mengalami konsepsi dan
makin memperkuat miskonsepsi yang sebelumnya sudah terjadi. Oleh kerana itu, memang tidak
mudah memperbaiki miskonsepsi namun guru hendaklah selalu berusaha untuk memperbaiki

5
penguasaan konsep yang dipelajarinya sehingga dapat mengenali apa yang berlaku pada kanak-
kanak.

Satu putaran lengkap bumi pada paksinya mengambil masa 24 jam yang menyebabkan
berlakunya siang dan malam. Bahagian bumi yang menghadap matahari akan mengalami waktu
siang dan sebaliknya pada bahagian yang membelakangkan matahari akan mengalamai waktu
malam. Ini merupakan asas dalam ilmu falak dengan memahami kejadian siang dan malam
kerana konsep putaran bumi pada paksinya dianggap mudah berbanding konsep lain yang lebih
abstrak. Namun terdapat banyak kajian yang di jalankn di seluruh dunia menunjukkan masih
terdapat salah faham yang meluas dalam kalangan murid mahupun guru mengenai konsep ini.

Sebagai contoh, kajian yang dijalankan di Malaysia oleh Zurida dan Mohd Zaaba (2001), ramai
murid menganggap fenomena siang dan malam terjadi disebabkan bumi beredar mengelilingi
matahari. Ketika disoal ‘apakah yang terjadi kepada matahari pada waktu malam?’, murid
menjawab ‘matahari pergi ke tempat lain’ atau ‘ matahari berada di sebelah hemisfera lain’. Ada
juga yang mengatakan ‘matahari akan turun ke laut, oleh itu matahari tidak dapat memancarkan
cahayanya’.

Manakala murid dalam kajian Mohd Zamani (2000) pula menganggap malam terjadi disebabkan
matahari berada di sebalik bukit atau awan. Malah apabila ditanya ‘apakah yang terjadi kepada
bulan dan bintang pada waktu siang?’ sebahagian besar murid memberikan jawapan ‘pada waktu
siang bulan dan bintang tiada’. Terdapat juga murid yang percaya pada waktu siang bulan ada
tetapi bintang tiada. Soalan ini juga kerap ditanya oleh kanak – kanak dan ada sesetengah mereka
beranggapan bulan dan bintang tidur pada waktu siang.

Salah faham mengenai ilmu falak dilaporkan wujud dalam pelbagai peringkat umur kanak-
kanak (Zurida dan Mohd. Zaaba 2001; Dunlop 1999; Sharp 1996; Vosnidau 1991; Baxter
1989; Nussbaum 1979; Mali & Howe 1979; Nussbaum & Novak 1976) dan juga golongan
dewasa (Young 2000; Franknoi 1998). Malah kajian juga menunjukkan salah faham mengenai
ilmu falak wujud dalam kalangan guru sama ada guru praperkhidmatan, guru permulaan atau
guru berpengalaman (Roslizah 2003; Parker & Heywood 1998; Summers & Mant1995;
Barbra & Rubba 1992). Menurut Harlen (1995) banyak guru sains salah faham terhadap konsep
yang mereka ajarkan kepada murid. Guru-guru juga dilaporkan mempunyai kefahaman

6
konsep yang tidak mantap terutama dalam bidang sains yang bukan merupakan pengkhususan
mereka (Hashweh 1987.

Di dalam kajian Pn Hjh Rosliza A. Samad yang bertajuk Salah Faham Beberapa Aspek Ilmu
Falak Dalam Pengajaran dan Pembelajaran ada menyatakan bahawa mengubah salah konsep
pelajar bukanlah perkara mudah kerana kajian menunjukkan murid berpegang teguh
dengan salah konsep mereka (Mestre 2002). Salah konsep ini akan diubah oleh murid
sekiranya didapati berbeza dengan pengajaran guru di bilik darjah (Vosnidau dan Brewer
1992). Walau bagaimanapun pengajaran dibuktikan hanya mampu mengubah sebahagian
daripada salah konsep murid manakala sebahagian yang lain masih kekal (Dunlop 1999). Jika
salah konsep diabaikan, murid mungkin keliru dan tidak dapat menerima pengajaran guru
(Mestre 2002).

Melalui Dampak Penyelidikan, Pembelajaran Sains Terhadap Perubahan Kurikulum yang telah
disampaikan oleh Professor Dr. Tamby Subahan Mohd. Meerah di Universiti Kebangsaan
Malaysia, pada 10 Julai 1999 di Bilik Jumaah Universiti Kebangsaan Malaysia, pembelajaran
sains dipengaruhi oleh banyak faktor, antaranya kurikulum yang mantap, kesediaan pelajar untuk
belajar dan kesediaan guru untuk membimbing pelajar. Kesediaan pelajar untuk belajar pula
bergantung pada keupayaan pelajar itu menyesuaikan konsep awal sains yang dimilikinya
dengan konsep sains yang diajar di sekolah serta dapat menggunakan teknik-teknik belajar yang
sesuai bagi memperolehi keputusan yang cemerlang. Guru-guru perlu memahami tanggapan
awal pelajar tentang sesuatu konsep sains yang bakal diajar. Di samping itu, guru-guru juga
harus memahami konsep sains dengan jelas selaras dengan konsep sains yang diterima oleh
saintis sebelum menyampaikan ilmu tersebut kepada pelajar. Keadaan ini perlu bagi
mengelakkan percanggahan antara apa yang diajar dengan konsep yang diterima oleh pelajar.

7
4.0 RANCANGAN PENGAJARAN

Rancangan Pengajaran Harian 1 (Aktiviti di Dalam Kelas)

Masa : 40 minit

Standard kandungan : SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard pembelajaran: SA 5.1.3 Meneroka fenomena alam yang biasa dijumpai seperti siang
dan malam

BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar.

Objektif : Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :

1) Mengenalpasti fungsi bulan dan matahari pada alam semesta.

2) Mengetahui bahawa matahari akan muncul pada waktu siang dan bulan pula muncul pada
waktu malam.

Langkah-langkah aktiviti :

1) Guru mengajak kanak – kanak menyanyikan lagu “twinklw twinkle little star”

2) Guru bertanyakan kepada murid apakah waktu pada waktu itu, adakah siang atau malam.

3) Guru bertanyakan kepada murid, adakah mereka melihat matahari?

4) Guru menunjukkan kad bergambar aktiviti waktu siang dan aktiviti waktu mal

8
4) Guru bertanya kepada kanak-kanak apakah yang akan terjadi jika matahari tiada. Guru
juga bertanya pada waktu malam apa yang murid dapat lihat.

5) Kanak-kanak menjawab soalan yang dikemukakan oleh guru dengan menggunakan


andaian mereka. (analisa)

Rancangan Pengajaran Harian 2 (Aktiviti di Dalam Kelas)

Masa: 40 Minit

Standard Kandungan : SA5.1Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard Pembelajaran: SA5.1.1Menyatakan pelbagai sumber cahaya

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar.

Objektif : Pada akhir pembelajaran ini, kanak-kanak dapat :

1. Menyatakan pelbagai sumber cahaya

2. Menceritakan pengalaman mengenai cahaya.

Standard Prestasi: Menyatakan sumber cahaya yang diketahui.

KBAT : Menganalisa, mengaplikasi dan menilai.

Langkah Aktiviti Pelajaran :

1. Guru mengarahkan kanak-kanak untuk menutup tingkap dan langsir.

2. kemudian guru menunjukkan satu objek di hadapan kelas dan meminta kanak-kanak
meneka apakah objek tersebut.

3. Kemudian guru memberikan lampu suluh kepada salah seorang kanak-kanak dan
mengarahkan untuk menyuluh ke arah objek tersebut.

4. Kanak-kanak diminta untuk membezakan apakah mereka dapat melihat dengan jelas
tanpa atau dengan lampu suluh.

5. Guru meminta kanak-kanak menerangkan mengapa mereka dapat melihat objek di tangan
guru apabila lampu suluh dinyalakan.

9
6. Guru membuat penambahbaikan mengenai penerangan kanak-kanak dan mengaitkan
dengan pelbagai sumber cahaya.

7. Kanak-kanak dibimbing untuk melihat pelbagai sumber cahaya (mengaplikasi):

i. Guru membawa kanak-kanak ke tingkap untuk melihat cahaya matahari.

ii. Guru menyalakan lampu pendaflour di ruang belajar.

iii. Guru menghidupkan mancis untuk menunjukkan cahaya daripada api.

8. Guru menayangkan video mengenai pelbagai sumber cahaya.


https://www.youtube.com/watch?v=LCEqlvHFIhM

9. Kanak-kanak diminta untuk berkongsi pengalaman mengenai sumber cahaya.

10. Guru memberi pujian kepada kanak-kanak.

Alat Bantu Mengajar : Lampu suluh, Video https://www.youtube.com/watch?v=LCEqlvHFIhM

Rancangan Pengajaran Harian 3 (Aktiviti di Luar Kelas)

Masa : 40 minit

Standard kandungan :SA 5.1 Meneroka alam fizikal dalam kehidupan seharian

Standard pembelajaran: SA 5.1.3 Menyiasat kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan


seharian.

BM 1.4.3 Bersoal jawab menggunakan ayat mudah

BM 1.2.1 Mendengar dan memberi respons terhadap cerita yang didengar.

Objektif : Di akhir pembelajaran, kanak-kanak dapat :

1) Mengetahui kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan seharian dengan betul.

2) Mengetahui matahari muncul pada waktu siang

Kemahiran berfikir aras tinggi: Mengaplikasi kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan
seharian.

Langkah-langkah aktiviti:

10
1) Guru membahagikan kanak-kanak kepada 3 kumpulan yang terdiri daripada 5 orang.

2) Setiap kumpulan diberikan satu sapu tangan dan baldi berisi air.

3) Guru mengarahkan setiap kumpulan untuk merendam sapu tangan tersebut kedalam baldi
berisi air, kemudian meletakkannya di bahawa cahaya matahari. Setelah itu, kanak-kanak di
minta menunggu selama 1 jam untuk melihat hasilnya.

4) Sementara menunggu, guru bertanya andaian kanak-kanak terhadap sapu tangan tersebut.

5) Kanak-kanak menyuarakan andaian dan pendapat mereka berkenaan sapu tangan


tersebut.

6) Guru menerangkan tentang kegunaan cahaya matahari dalam kehidupan seharian kepada
kanak-kanak.

Langkah Keselamatan:

1. Pastikan kanak – kanak membasuh tangan selepas menjalankan aktiviti.

2. Pastikan kawasan aktiviti selamat dari benda bahaya.

11
5.0 KESIMPULAN

Salah faham mengenai ilmu falak dilaporkan wujud dalam pelbagai peringkat umur kanak-
kanak (Zurida dan Mohd. Zaaba 2001; Dunlop 1999; Sharp 1996; Vosnidau 1991; Baxter
1989; Nussbaum 1979; Mali & Howe 1979; Nussbaum & Novak 1976) dan juga golongan
dewasa (Young 2000; Franknoi 1998). Malah kajian juga menunjukkan salah faham mengenai
ilmu falak wujud dalam kalangan guru sama ada guru praperkhidmatan, guru permulaan atau
guru berpengalaman (Roslizah 2003; Parker & Heywood 1998; Summers & Mant1995;
Barbra & Rubba 1992). Menurut Harlen (1995) banyak guru sains salah faham terhadap konsep
yang mereka ajarkan kepada murid. Guru-guru juga dilaporkan mempunyai kefahaman
konsep yang tidak mantap terutama dalam bidang sains yang bukan merupakan pengkhususan
mereka (Hashweh 1987).

Ilmu falak merupakan mata pelajaran yang penting diajar di sekolah dan menarik minat murid
walaupun sukar difahami. Salah faham mengenai ilmu falak dilaporkan terdapat dalam
kalangan guru dan juga murid. Salah konsep perlu ditangani secara serius kerana boleh
menimbulkan masalah di dalam proses pengajaran pemelajaran. Kajian-kajian yang telah
dibincangkan menunjukkan pemelajaran yang bermakna hanya akan berlaku sekiranya guru
dapat mengenal pasti salah konsep yang terdapat di dalam pengetahuan sedia ada murid.

(2640 patah perkataan)

Rujukan

Dunlop, J. 1999. How Children Observe The Universe. Electronic Publications Of The
Astronomical Society Of Australia. 17 (2) 194. Internet : Didapati Daripada:
http://www.atnf.csiro.au/pasa/17_2/
Hashweh, M. Z. 1987. Effects Of Subjects Matter Knowledge In The Teaching Of
Biology And Physics. Taching And Teacher Education. 3. 109 –120.
Kikas, E. 1998. Pupils Explanations Of Seasonal Changes: Age Differences And The
Influence Of Teaching. The British Journal Of Educational Psycology. 68 (4).
505.
Mohd Zamani Bin Mamat. 2000. Kerangka Alternatif Terhadap Konsep Asas Sains
Berkaitan Bumi Dan Alam Semesta Pelajar-Pelajar Sekolah Rendah. Thesis B.Sc.
Skudai. Universiti Teknologi Malaysia.

12
Mohapatra, J.K. 1991. The Interaction Of Cultural Rituals And The Concepts Of Science In
Student Learning : A Case Study Of Solar Eclipse. International Journal Of Science
Education. 13 (4). 431-438.
Nussbaum, J. 1979. Children’s Conception Of The Earth As A Cosmic Body . Across
Cultural Study. Science Education . 63(1). 83-93.
Nussbaum & Novak. 1976. An Assessment of Children Concepts of The Earth
Utilizing Structured Interviews. Science Education . 60(4). 535-550.

13

You might also like