Peranan Dewan Bahasa Dan Pustaka

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PERANAN DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA

pada tanggal 22 Jun 1956 Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Dewan Bahasa dan
Pustaka dalam usaha memartabatkan Bahasa Melayu. Penubuhan Dewan Bahasa
dan Pustaka (DBP) bertujuan untuk mengembangkan Bahasa Melayu yang bakal
dijadikan bahasa kebangsaan pada ketika itu. Pada tahun 1959, DBP telah
dinaikkan taraf sebagai sebuah badan berkanun menerusi Ordinan Dewan Bahasa
dan Pustaka 1959.

Peranan-peranan DBP :

membina dan memperkaya bahasa kebangsaan dalam semua bidang termasuk


sains dan teknologi. Sepertimana yang diketahui umum bahawa dalam bidang
sains dan teknologi, hanya perkataan-perkataan daripada Bahasa Inggeris yang
digunakan untuk membina atau menghasilkan sesuatu penemuan atau penciptaan
yang baru khususnya dalam bidang perubatan. Oleh hal yang demikian, pihak
Dewan Bahasa dan Pustaka telah berusaha dan memainkan peranan yang sangat
penting bagi memperkaya bahasa kebangsaan kita iaitu Bahasa Melayu
supaya lebih banyak perkataan daripada Bahasa Melayu dihasilkan di dalam
bidang-bidang yang pesat berkembang sperti bidang sains dan teknologi

Memajukan bakat kesusasteraan, terutama dalam bahasa kebangsaan.Menurut


Berita Harian, DBP mengiatkan program dari semasa ke semasa iaitu Minggu
Penulis Remaja dengan motif melahirkan dan memupuk penulis muda. Program ini
juga bertujuan melahirkan pewaris ilmu kesusasteraan pada masa depan. Dalam
usaha memperkasakan ilmu kesusasteraan ini, DBP sekali lagi menggunakan
kaedah penganugerahan bagi menggalakkan sasterawan-sasterawan menceburi
bidang ini. Kepentingan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) adalah begitu penting
sehingga ia diiktiraf oleh jabatan kerajaan sebagai Badan Berkanun melalui Akta
Parlimen pada tahun 1959 dalam memantapkan lagi pengembangan bahasa
sastera. Begitu juga dengan pengaturan rancangan memupuk bahasa sastera
dengan baik.

Mencetak atau menerbitkan atau membantu usaha percetakan atau penerbitan


buku-buku, risalah-risalah dan lain-lain bentuk persuratan dalam bahasa
kebangsaan. Pihak DBP merupakan sebuah organisasi yang begitu penting dalam
industri percetakan dan penerbitan buku-buku, risalah-risalah, kamus-kamus, serta
pelbagai bentuk bahan ilmiah kerana ia merupakan salah sebuah organisasi
penerbitan yang terbesar di Malaysia. Pihak DBP telah banyak mencetak dan
menerbitkan buku-buku untuk sekolah-sekolah seperti buku teks dan buku rujukan
yang merupakan bahan ilmiah yang sangat penting bagi pelajar-pelajar sekolah
rendah mahupun sekolah menengah. DBP juga bergiat aktif dalam menerbitkan
buku-buku kesusasteraan Bahasa Melayu mahupun dalam Bahasa Inggeris. Ini
bermakna peranan yang dimainkan oleh DBP adalah sangat penting dan ia
juga memberi impak yang baik dalam bidang kesusasteraan, pendidikan, dan
juga industri percetakan Negara.Menurut Bekas Menteri Kehakiman Malaysia,
Dato’ Dr. Sulaiman Hj. Daud (1990: 1) bahawa Dewan Bahasa dan Pustakan (DBP)
sejak 20 tahun lalu berjaya menerbitkan tidak kurang daripada 50 judul buku
undang-undang Bahasa Melayu. Ini menunjukkan DBP juga bertindak sebagai
medium penterjemahaan karya-karya asing. Maka ilmu dari luar dapat diadaptasikan
dalam Bahasa Melayu bagi memperkayakan perbendaharaannya. Dalam masa yang
sama DBP juga memerlukan penglibatan para sarjana, pengkritik dan pemantau
bahasa, agar buku-buku terbitan DBP dapat dianalisa dan diberi ulasan-
ulasan fragmentasi atau resensi buku, agar orang ramai akan dapat menikmati dan
memahami intipati buku-buku yang diterbitkan oleh DBP.

membakukan ejaan dan sebutan, dan membentuk istilah-istilah yang sesuai


dalam bahasa kebangsaan; Pelaksanaan dasar bahasa yang menjadikan bahasa
Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah rendah, menengah dan hinggalah ke
peringkat institusi pengajian tinggi menggerakkan kegiatan peristilahan yang
didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Banyak Jawatankuasa Istilah
(JKI) telah ditubuhkan oleh DBP dengan kerjasama institusi pengajian tinggi
awam untuk mengumpul, membentuk dan menyebar luas istilah bahasa
Melayu dalam bidang sains asas dan sains gunaan. Perubahan ini menyaksikan
perancangan korpus bahasa Melayu berkembang dengan cepat sekali.

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan yang betul.Sepertimana


yang sedia maklum, tidak ramai atau hanya segelintir sahaja daripada rakyat
Malaysia yang menggunakan Bahasa Melayu dengan betul. Majoriti daripada
mereka menggunakan Bahasa Melayu yang tidak betul. Sebagai contoh yang paling
ketara ialah rakyat Malaysia menggunakan bahasa pasar sebagai bahasa
percakapan harian mereka. Bukan sahaja sebagai bahasa percakapan harian,
malah notis-notis ataupun risalah-risalah awamyang diedarkan kebanyakannya
tidak menggunakan Bahasa Melayu yang betul seperti risalah-risalah ataupun
poster-poster untuk konsert dan promosi kompleks-kompleks beli-belah. Oleh hal
yang demikian, pihak DBP perlu memainkan peranan yang sangat penting untuk
mengatasi masalah yang telah berleluasa hingga ke hari ini seperti mewujudkan
buku-buku dan risalah-risalah dan akhbar-akhbar yang menggunakan dan
memperbetulkan penggunaan Bahasa Melayu yang tidak betul di kalangan rakyat
Malaysia. Walaupun DBP menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan namun
setelah masa beredar melangkaui peredaran zaman kini banyak pecampuran
bahasa seperti bahasa rojak yang sedang menular dalam masyarakat masa kini.
Oleh itu, dengan adanya DBP masalah penyalahgunaan bahasa ini dapat
dibendung. Disamping itu, keaslian bahasa kebangsaan ini tidak dicemar. Begitu
juga dengan penggunaan bahasa singkatan. Contohnya, singkatan bagi sungai,
bukit, jalan, dan sebagainya. Penggunaan singkatan ini memudahkan penulis surat
bagi alamat dan kawasan.

untuk menggalakkan penggunaan bahasa kebangsaan supaya ia akan


digunakan secara meluas bagi segala maksud mengikut undang-undang yang
sedang berkuat kuasa. Dalam usaha memperkembangkan bahasa Melayu DBP
melaksanakan pelbagai program melalui fungsi pengukuhan dasar bahasa
kebangsaan, pemantauan,pemupukan, penataran, pekhidmatan dan
penyebaran. Pelbagai kegiatan dilaksanakan melalui fungsi-fungsi ini bagi
memastikan kedudukan bahasa Melayu terus menjadi mantap sebagai bahasa
kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa perpaduan negara Malaysia. Di sinilah
peranan yang dimainkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) sangat penting ke
arah memasyarakatkan secara meluas penggunaan bahasa Melayu dengan
pendekatan dan kaedah yang menarik dan selaras dengan perkembangan teknologi
info-telekomunikasi. Daripada kaedah biasabiasa dan stereotype yang sering
digunakan, DBP perlu meneroka pendekatan baru melalui industri kreatif, media
sosial dan elektronik mengadakan program pembelajaran bahasa Melayu dan
menghasilkan promo, iklan, drama dan sitkom televisyen dan radio yang
bersangkutan dengan bahasa Melayu.

Menjadikan Bahasa Melayu sebagai bahasa komunikasi yang cekap dan berkesan
dalam semua bidang terutama dalam bidang pentadbiran negara, dalam bidang
pengajian tinggi, dan dalam kegiatan yang maju dan kompleks seperti kegiatan
intelektual, kegiatan kebudayaan, ekonomi dan perdagangan. Masalah
dan kekangan yg timbul ialah terdapat golongan yang berpandangan bahawa
bahasa Inggeris merupakan bahasa yang maju dan bersifat saintifik. Tetapi kita
jangan lupa bahawa bahasa Melayu pernah menjadi bahasa lingua franca suatu
ketika dahulu yang dituturkan dan digunakan sebagai bahasa komunikasi oleh
golongan pedagang, golongan agama, golongan pemodal di nusantara ini. Bahasa
Melayu kini telah dituturkan oleh masyarakat di negara ini sebagai bahasa
komunikasi, bahasa perpaduan dsb.

Antara perkara yang termaktub dalam perlembagaan 152 di


Malaysia
(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui
undang-undang oleh Parlimen: Dengan syarat bahawa—
(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi),
atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan
(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-
mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-
mana kaum lain di dalam Persekutuan.

(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam
kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi
yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih—
(a) segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak
dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan
(b) segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkanoleh Kerajaan
Persekutuan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan
selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah
Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang
diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan
dalam bahasa Inggeris.

(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala
prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa
Inggeris.
Maksud bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi
(i) Bahasa Kebangsaan :
-identiti nasional/negara
-lambang bagi sesuatu bangsa atau negara
-bahasa yang digunakan untuk tujuan politik dan komunikasi rasmi
-ada kaitan rapat dengan sejarah bangsa dan negara itu sendiri
(ii) Bahasa Rasmi :
-bahasa yang digunakan dalam situasi rasmi
-urusan pemerintahan dan pentadbiran
-sistem pendidikan
-urusan perdagangan dan perusahaan
-kehakiman
-upacara rasmi
-antarabangsa

Organisasi-organisasi yang memperjuangkan bahasa Melayu


sebelum merdeka
1.Angkatan Sasterawan 50(ASAS 50)
2.Lembaga Bahasa Melayu(LBM)
3.Balai Pustaka/Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP)
4.Persatuan Guru-guru Malaysia Singapura
5. Pejabat Karang Mengarang
6.Persatuan Guru-guru Melayu SITC
7.Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM)

Kedwibahasaan
 Kedwibahasaan berlaku dalam kalangan masyarakat yang
menggunakan banyak bahasa. Kedwibahasaan atau
bilingualisme ialah penguasaan dua bahasa seperti penutur
bahasa asli.
 Penggunanya menggunakannya sebagai bahasa komunikasi,
yakni menggunakan satu bahasa rasmi untuk berkomunikasi,
dan bahasa ibunda untuk hubungan lain misalnya orang Cina
dan India yang menggunakan bahasa Melayu untuk
komunikasi rasmi tetapi bahasa ibunda di rumah.
 Kedwibahasaan yang sempurna ialah penguasaan
sepenuhnya dua bahasa oleh penutur.
 Kedwibahasaan majmuk ialah individu yang memperoleh dua
bahasa semasa kecil.
 Kedwibahasaan kordinat pula berlaku apabila individu tersebut
memperoleh salah satu bahasa tersebut sebagai bahasa
pertama dan bahasa kedua pula diperoleh kemudian.
 Kedwibahasaan lahir dalam masyarakat majmuk yang pelbagai
budaya, etnik,agama, bangsa, kaum dan lain-lain. Individu
dwibahasa tidak akan mempunyai pengetahuan kedua-dua
bahasa yang sama baik. Kadang-kadang individu tersebut
hanya memahami sahaja tetapi tidak boleh menulis atau
bertutur dengan baik.
 Malaysia menggunakan dialek Melayu-Johor sebagai bahasa
rasmi tetapi menggunakan dialek masing-masing di rumah
misalnya dialek Kelantan, Terengganu, Perak, Negeri
Sembilan, Kedah dan sebagainya.
 Dasar pendidikan sesebuah negara mencerminkan masyarakat
yang lahir misalnya Malaysia yang menjadikan bahasa Inggeris
sebagai bahasa kedua dalam sistem pendidikan negara akan
melahirkan penutur dwibahasa.
 Satu lagi unsur yang mewujudkan kedwibahasaan ialah
perkahwinan campur dalam masyarakat majmuk yang
melahirkan kanak-kanak yang berdwibahasa sejak dari lahir
lagi. Pemerolehan dua bahasa serentak berlaku apabila kedua
ibu dan bapa menggunakan kedua-dua bahasa ibunda mereka
dalam kehidupan seharian.

You might also like