Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 33

Empat kesalahan penggunaan tatabahasa

ii) Menganalisis empat kesalahan pengunaan tatabahasa oleh murid di dalam bilik
darjah.

1.0 Pengenalan kesalahan tatabahasa. Secara umumnya konsep kesalahan bahasa dapat
ditakrifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan bahasa sama ada
ejaan, perkataan, susunan frasa atau ayat. Antara kesalahan pengunaan tatabahasa dalam
bilik darjah adalah kesalahan morfologi, kesalahan tanda bacaan, kesalahan sintaksis dan
kesalahan ejaan.
2.0 Kesalahan morfologi.
2.1 Kata sendi nama
2.1.1 Murid kerap tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan
di …
salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di
dapati, di anjurkan, urus niaga di gantung
betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar,
didapati, dianjurkan

2.1.2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke
salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan
betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

2.1.3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada


Murid kerap keliru dan melakukan kesalahan pengunaan kata sendi "dari". Sewajarnya
pengunaan tatabahasa yang betul yang melibatkan arah, tempat dan masa
A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)
T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)
M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)
Sementara pengunaan kata sendi "daripada" sewajarnya wujud seperti berikut:
K– keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)
A – asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati)
B– banding / beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza
daripada)
O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada
PPUSM)
S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

2.1.4 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak
(banyak). Antara kesalahan yang berlaku di dalam kelas adalah
salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli
betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

2.1.5 Menganggap penggunaan kata sendi "pada" dan "kepada" boleh bertukar ganti
2.1.5.1 Kata sendi "pada"
Kata sendi "pada" berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan
benda. Contohnya:
Buku itu ada pada Encik Bean.
Adik menampal poster itu pada dinding.
Kata sendi "pada"jua menunujukkan maksud sandaran. Contohnya:
Pada pandangan saya, guru itu baik.
Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan pokok itu.
Kata sendi "pada" bagi masa pula adalah seperti
Pada waktu malam,
Pada era globalisasi

2.1.5.2 Kata sendi "kepada" juga meimbulkan kekeliruan dalam sesi pembelajaran dalam
bilik darjah. Antaranya adalah
menunjukkan sasaran bagi manusia.
(Surat ini ditujukan kepada Encil Ahmad)
(Ali sentiasa menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)
menunjukkan perubahan
(Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Muar meningkat kepada
paras bahaya)
menunjukkan pecahan
(Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

2.2 Kata bilangan


Kesalahan timbul apabila pengguna tidak menggandakan kata bilangan himpunanan.
Contohnya:
salah – beratus murid, beribu rakyat, berguni baja
betul – beratus-ratus murid, beribu-ribu rakyat, berguni-guni baja

2.3 Kata pemeri


Kesalahan wujud dalam penggunaan kata darjah penghabisan. Contohnya
salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali
betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

2.4 Frasa kerja (frasa kerja transitif atau frasa kerja tak transitif)
Kesalahan wujud dalam penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu "akan".
Contohnya
salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan
betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

2.5 Menjarakkan imbuhan pinjaman


Berapa situasi kesalahan tatabahasa menjarakkan imbuhan pinjaman kerap berlaku di
kalangan murid seperti
salah– juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang
betul– sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

2.6 Frasa yang lewah.


Berikut adalah antara frasa bahasa Melayu yang sering kali diungkapkan secara salah.

Salah Benar
Selain daripada itu selain itu
Antara prasarana kemudahan yang Antara prasarana yang disediakan
disediakan termasuklah termasuklah
Demi untuk negara tercinta Demi negara tercinta
Semua pengguna perlu membaca terma dan Pengguna perlu membaca terma dan syarat
syarat
Semua guru-guru diminta Semua guru diminta
Ada murid-murid yang Ada murid yang

2.7 Menggandakan kata selepas saling


Kesalahan ini juga berbentuk lewah yang kerap berlaku di dalam bilik darjah. Contohnya:
salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan
betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan
3.0. Kesalahan tanda baca:
3.1 Tanda sempang (-)
Kesalahan tanda sempang berlaku seperti awalan se – diikuti oleh Kata nama Khas ( huruf
awalnya huruf besar), untuk menulis kata ulang ( kata ganda ) dan untuk memperjelaskan
ungkapan
3.2 Noktah bertindih.
Murid kerap meletakkan nokhtah bertindih pada nilai wang dan sen serta dalam pengunaan
waktu.Contohnya:
RM 23:50 (salah) RM 23.50 (betul)
Pukul 5.24 petang (salah) Pukul 5:24 petang (betul)

3.3 Tanda tanya dan tanda seru ( ?, ! )


Murid selalu tidak meletakkan tanda tanya pada akhir perkataan pada ayat tanya. Begitu
juga keadaannya dengan ayat seruan. Murid juga melakukan kesalahan dengan
meletakkan tanda seru selepas kata seruan. Contohnya:
Wah! Cantiknya baju kamu. (salah)

4.0. Kesalahan sintaksis:


4.1 Ayat tergantung (ayat tiada subjek/ predikat)
4.2 Ayat pasif (ganti nama diri pertama/ kedua atau ganti nama diri ke-3)
Kesalah tatabahasa wujud dalam pembentukan ayat pasif. Contohnya
Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)
Surat itu telah kami hantar. (betul)
Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)
Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)
Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)
Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

4.3 Struktur ayat tidak tepat


Kesalahan tatabahasa yang dilakukan murid juga melibatkan kesalahan penggunaan kata
atau istilah dan satu kesalahan tatabahasa. Contohnya :
Selepas merebus bawang, tukang masak itu masukkan ayam dan santan ke dalam kuali.
(Salah)
Selepas menumis bawang, tukang masak itu memasukkan ayam dan santan ke dalam
kuali. (Betul)
4.4 Ayat yang kabur/ menyimpang makna
Perkara ini kerap kedengaran ketika murid meminta izin untuk pergi ke tandas. Contoh
kesalahan yang dilakukan adalah "cikgu, tandas sekejap"

5.0. Kesalahan ejaan


5.1 Ejaan kata asli bahasa Melayu
Terdapat kesalahan ejaan dan satu kesalahan penggunaan imbuhan wujud untuk situasi
ini. Contohnya:
Pantauan dilakukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kaki tangan syarikat itu
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. (salah)
Pemantauan dilakukan dari masa ke semasa untuk memastikan kaki tangan syarikat itu
menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. (betul)

5.2 Ejaan kata pinjaman sama ada daripada bahasa Inggeris atau bahasa-bahasa
serumpun.
Sebagai contoh:
Disember (betul), December(salah)

5.3 Ejaan kata majmuk


Kesalahan ini termasuk pengejaan kata majmuk yang telah mantap
penggunaannya. Contohnya:
Salah: Pasaraya, pasaria, alatulis, lebuhraya, bandararaya
Betul: Pasar raya, pasar ria, alat tulis, lebuh raya, bandar raya
6.0 Penutup.
Nik Safiah Karim (1980) menyatakan kesalahan bahasa sebagai penggunaan bahasa yang
melanggar peraturan bahasa yang telah dipersetujui sama ada di peringkat sebutan, pilihan
kata, susunan frasa atau ayat. Maka, seorang guru wajar memperkasakan diri dengan
kemahiran bahasa bagi menjayakan pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Kesalahan
tatabahasa harus dikesan dan dibetulkan secara murni

ANALISIS KESALAHAN PENGGUNAAN


TATABAHASA
1.0 Analisis Kesalahan Penggunaan Tatabahasa

Dua bidang utama yang wujud daripada tatabahasa ialah morfologi dan sistaksis.
Pemasalahan yang masih wujud tentang kesalahan tatabahasa ialah penggunaan tatabahasa oleh
murid di dalam bilik darjah sama ada dalam bentuk lisan mahu pun penulisan.Kesalahan yang
dimaksudkan ini ialah penggunaan tatabahasa yang tidak mematuhi hukum tatabahasa bahasa
Melayu dengan betul. Menurut Nik Safiah Karim (1980) yang mengatakan kesalahan
bahasa ditarifkan sebagai penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-peraturan bahasa yang
telah dipersetujui sama ada pada peringkat sebutan,pilihan kata atau susunan frasa dan ayat.
Menurut Corder (1981) pula, kesilapan atau kesalahan bahasa ialah suatu bentuk penggunaan
bahasa yang menyimpang daripada sistem bahasa yang diterima oleh penutur jati dan kesilapan itu
meliputi aspek bahasa seperti tatabahasa, ejaan, sebutan, penggunaan perkataan, istilah dan
sebagainya.

Kesalahan tatabahasa yang masih wujud di kalangan murid di bilik darjah adalah
disebabkan mereka masih belum dapat menguasai rumus-rumus tatabahasa yang telah mereka
pelajari di sekolah. Melalui esei ini, akan membincangkan analisis beberapa kesalahan penggunaan
tatabahasa oleh murid di dalam bilik darjah. Kesalahan tatabahasa tersebut dikesan dan sering
dilakukan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan dalam penggunaan kata yang betul,
penulisan ayat dan karangan. Ini mungkin disebabkan kurangnya pengetahuan tentang tatabahasa
dan kemahiran berbahasa mereka.

1.1 Analisis Kesalahan Penggunaan Imbuhan

Antara kesalahan tatabahasa yang dapat dikesan dan sering dilakukan oleh murid-murid
ialah dalam penggunaan imbuhan. Kesalahan ini sering dilakukan oleh murid-murid ketika mereka
hendak membentuk atau membina ayat dengan kata-kata berimbuhan. Seperti yang kita ketahui
imbuhan bermaksud bentuk terikat yang ditambah pada sesuatu kata. Selepas membuat penilaian
terhadap latihan murid berkaitan penggunaan imbuhan ini, terdapat tiga faktor kesalahan yang
dilakukan oleh murid dalam penggunaan imbuhan tersebut. Faktor kesalahan penggunaan imbuhan
tersebut ialah:

a.) Murid menggunakan imbuhan yang tidak tepat atau tidak sesuai pada tempatnya.

Contoh :

Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun supaya dia

tidak berlaku jenayah lagi. (salah)

sepatutnya

Penjenayah itu telah dijatuhkan hukuman penjara selama 20 tahun supaya dia

tidak melakukan jenayah lagi. (betul)

b.) Murid menggunakan imbuhan pada kata atau tempat yang tidak sepatutnya menerima

imbuhan.

Contoh :

Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiupi angin. (salah)


sepatutnya

Pokok kelapa itu melambai-lambai apabila ditiup angin. (betul)

c.) Murid menggunakan imbuhan di tempat yang tidak perlu diletakkan imbuhan.

Contoh :

Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya meninggal di Kuala

Kangsar. (salah)

sepatutnya

Dahulu saya tinggal di Alor Setar, tetapi sekarang saya tinggal di Kuala

Kangsar. (salah)

1.2 Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Majmuk

Seterusnya kesalahan tatabahasa yang dikesan oleh murid semasa di dalam kelas ialah
kesalahan semasa menggunakan kata majmuk. Proses pemajmukan kata berlaku apabila dua kata
dasar atau lebih dirangkaikan. Kata majmuk ini terbahagi kepada dua jenis iaitu kata majmuk bebas
iaitu dieja secara berasingan contohnya seperti kereta api, alat tulis manakala kata majmuk mantap
pula dieja secara serangkai contohnya warganegara, olahraga dan lain-lain lagi.Terdapat tiga
kesalahan yang dapat dilihat semasa murid menggunakan kata majmuk ini. Antara kesalahan
tersebut ialah :

a.) Murid tidak dapat membezakan antara kata majmuk yang ditulis serangkai dengan kata majmuk
yang tidak ditulis secara berasingan.

Contoh 1:

Pemandangan di sekitar bandaraya Ipoh sangat indah. (salah)

Sepatutnya

Pemandangan di sekitar Bandar raya Ipoh sangat indah. (betul)

Contoh 2 :

Encik Ahmad ialah warganegara Malaysia. (salah)

Sepatutnya

Encik Ahmad ialah warga negara Malaysia. (betul)


b.) Murid menggadakan keseluruhan kata majmuk atau mengulang kata nama kedua dengan
menggadakan perkataan kedua.

Contoh :

Kapal terbang-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara.(salah)

Sepatutnya

Kapal-kapal terbang itu sedang membuat pertunjukkan di udara. (betul)

 Dalam penggandaan kata majmuk, perkataan pertama sahaja yang digandakan manakala
perkataan kedua dibiarkan kekal.

c.) Murid mengasingkan kata majmuk yang menerima imbuhan apitan.

Contoh :

Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita dianggap telah

berjaya. (salah)

sepatutnya

Usaha kerajaan untuk menyatu padukan rakyat di negara kita dianggap telah

berjaya. (betul)

 Kata majmuk yang menerima imbuhan apitan hendaklah ditulis serangkai.

1.3 Analisis Kesalahan Penggunaan Kata Sendi

Menurut Tatabahasa Dewan Edisi Baharu (1997), kata sendi nama ialah bentuk morfem atau
kata yang letaknya di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan ialah di,
ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan, hingga, tentang dan lain-lain lagi.Kesalahan
penggunaan kata sendi ini yang sering dilakukan oleh murid di dalam kelas terbahagi kepada
beberapa jenis kesalahan seperti:

a.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘di’. Di sini apa yang dapat dilihat, murid-murid di dalam kelas
terkeliru dengan penggunaan kata sendi ‘di’ dan imbuhan ‘di’.

Contoh 1:

Bola itu di sepak dengan kuat oleh abang. (salah)

sepatutnya
Bola itu disepak dengan kuat oleh abang. (betul)

Contoh 2:

Datuk dan nenek saya tinggal dikampung. (salah)

sepatutnya

Datuk dan nenek saya tinggal di kampung. (betul)

b.) Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘akan’. Apa yang dapat diperhatikan murid-murid di dalam
kelas terdorong untuk menulis kata sendi akan dengan singkatan ‘kan’.

Contoh:

Puan Siti sangat rindukan anaknya yang tinggal di asrama.(salah)

sepatutnya

Puan Siti sangat rindu akan anaknya yang tinggal di asrama.(betul)

 Penggunaan singkatan “kan”hanya sesuai digunakan dalam bahasa lisan dan tidak pada bahasa
tulisan.

c.) Kesalahan penggunaan kata sendi ‘dari’ dan ‘daripada’. Melalui kata sendi nama ‘dari’ dan
‘daripada’, murid sering terkeliru antara penggunaan dari dan daripada. Seperti yang kita ketahui
kata sendi dari digunakan untuk menunjukkan arah sesuatu tempat dan masa manakala daripada
pula menunjukkan punca sesuatu perkara.

Contoh 1:

Saya berasal daripada Kuala Kangsar. (salah)

sepatutnya

Saya berasal dari Kuala Kangsar. (betul)

Contoh 2:

Sarung tangan itu diperbuat dari susu getah.(salah)

sepatutnya
Sarung tangan itu diperbuat daripada susu getah (betul)

Contoh 3:

Program motivasi itu diadakan daripada pukul lapan pagi hingga lima petang

Sepatutnya

Program motivasi itu diadakan dari pukul lapan pagi hingga lima petang

d.) Kesalahan penggunaan kata sendi nama ‘oleh’. Apa yang dapat diperhatikan murid sering
menggunakan kata sendi nama oleh dengan kata hubung kerana iaitu membentuk ‘oleh kerana’.

Contoh :

Oleh kerana hujan lebat, perlawanan bola sepak itu terpaksa

ditangguhkan. (salah)

sepatutnya

Oleh sebab hujan lebat, perlawanan bola sepak itu terpaksa

ditangguhkan.(betul)

1.4 Analisa Kesalahan Penggunaan Frasa.

Kesalahan yang terakhir yang dilakukan oleh murid semasa di dalam kelas ialah kesalahan
penggunaan frasa. Kesalahan penggunaan frasa ini banyak dilakukan oleh murid adalah
disebabkan susunan kata yang digunakan dalam frasa itu tidak mematuhi hokum D-M. Hukum D-M
bermaksud unsur yang diterangkan mendahului yang menerang. Hukum D-M ini telah diperkenalkan
oleh Profesor Takdir Alisiabbana dalam bukunya Tatabahasa Baru Melayu Indonesia. Antara
kesalahan umum yang dilakukan oleh murid-murid ialah mendahului kata penerangan dengan kata
yang diterang.

Contohnya:

i. Goreng pisang sepatutnya pisang goreng

ii. Ikan kari sepatutnya kari ikan


iii. Ali klinik sepatutnya Klinik Ali

iv. Lembu kereta sepatutnya kereta lembu

v. Tom Yan Restoran sepatutnya Restoran Tom Yam

RUMUS - Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu

Kesalahan tatabahasa bahasa Melayu

1 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama di…dengan imbuhan di …

salah – disekolah, dipasar, diJohor, disini, disamping, diutara, di beri, di ambil, di hantar, di dapati, di
anjurkan, urus niaga di gantung (seperti yang ditulis papa papan kenyataan sebuah pejabat pos di
Ampang)

betul – di sekolah, di pasar, di Johor, di sini, di samping, di utara, diberi, diambil, dihantar, didapati,
dianjurkan

2 Tidak dapat membezakan antara kata sendi nama ke dengan imbuhan ke

salah – keMelaka, kepadang, kesana, kehadrat, keselatan

betul – ke Melaka, ke padang, ke sana, kehendak, ketua, ke kasih

3 Tidak dapat membezakan penggunaan dari dan daripada

dari – rumus ATM

A –arah (dari belakang, dari timur, dari depan)

T – tempat (dari Saratok, dari Kajang, dari sekolah, dari kantin)

M –masa (dari semalam lagi, dari pagi tadi, dari pukul enam petang)

daripada – rumus KABOS

K – keanggotaan (daripada Persatuan Bahasa Melayu)

A – asal (asal kejadian sesuatu benda: daripada getah, daripada kayu jati, daripada tepung)

B – banding /beza (perbezaan dan perbandingan sesuatu: lebih daik daripada, berbeza daripada)

O – orang / organisasi (daripada Ahmad, daripada Kementerian Pertahanan, daripada PPUSM)

S – sumber ( sumber sesuatu: daripada guru besar, daripada markah ujian, daripada petikan)

4 Mengulang kata atau menggunakan kata ganda selepas kata bilangan jamak (banyak)
salah – semua guru-guru, segala alat-alat, kebanyakan ahli-ahli

betul – semua guru, segala alat, kebanyakan ahli

5 Tidak menggandakan kata bilangan himpunanan

salah – beratus orang, beribu penonton, berguni padi

betul – beratus-ratus orang, beribu-ribu orang, berguni-guni padi

6 Kesalahan penggunaan kata darjah penghabisan

salah – paling tinggi sekali, terlalu mahal sekali

betul – paling tinggi, tinggi sekali, terlalu mahal, mahal sekali

7 Menggandakan kata selepas saling (kesalahan berbentuk lewah)

salah – saling hormat-menghormati, saling bermaaf-maafan

betul – saling menghormati, hormat-menghormati, saling bermaafan

8 Pembentukan ayat pasif

Surat itu telah dihantar oleh kami. (salah)

Surat itu telah kami hantar. (betul)

Laporan itu perlu disiapkan oleh anda. (salah)

Laporan itu perlu anda siapkan. (betul)

Majalah itu telah mereka edarkan. (salah)

Majalah itu telah diedarkan oleh mereka. (betul)

Kesimpulannya, INGAT.. Kata Sendi Nama oleh hanya untuk Kata Ganti Nama Diri Orang Ketiga; yakni
mereka, baginda, ibu, ayah Raju, dan lain-lain. Kata Sendi Nama oleh tidak boleh digunakan untuk orang
pertama (aku, saya, patik, beta, hamba, kami, kita dan lain-lain) dan kedua (engkau, awak, anda, kalian,
dan tuanku).

9 Penggunaan imbuhan –kaN di tempat kata bantu akan

salah – sayangkan, rindukan, bencikan, cintakan

betul – sayang akan, rindu akan, benci akan, cinta akan

10 Menjarakkan imbuhan pinjaman

salah – juru taip , ko kurikulum, pasca moden, anti dadah, anti kerajaan, pro pembangkang
betul – jurutaip, kokurikulum, pascamoden, antidadah, antikerajaan, propembangkang

betul – sosioekonomi, ekabahasa, prasekolah, dwitahunan, mahasiswa

11 Menganggap penggunaan kata sendi pada dan kepada boleh bertukar ganti

Pada

berperanan sebagai kata sendi di bagi manusia, haiwan, perkara dan benda ( Buku itu ada pada Encik
Bean), (taji hanya ada pada ayam jantan), (Adik menampal poster itu pada dinding)

bagi menunujkkan maksud sandaran. (pada pandangan saya, guru itu baik/ Tindakan yang bakal diambil
bergantung pada keputusan mesyuarat petang ini/ Adik tidak jatuh kerana sempat berpaut pada dahan
pokok itu)

bagi masa (pada waktu malam, pada era globalisasi, pada musim buah-buahan)

Kepada

menunjukkan sasaran bagi manusia (surat ini ditujukan kepada Encil Azman/ Acapan sentiasa
menunjukkan contoh yang baik kepada adik-adiknya)

menunjukkan perubahan (Hujan lebat yang berterusan telah menyebabkan paras air Sungai Ampang
meningkat kepada paras bahaya)

menunjukkan pecahan (Peserta perkhemahan itu dibahagikan kepada beberapa kumpulan)

. Latar Belakang Masalah

Bahasa sangat penting bagi manusia dalam kehidupan sehari-hari. Bahasa Indonesia berfungsi sebagai
lambang kebanggaan Nasional, lambang identitas Nasional, alat pemersatu berbagai masyarakat yang
berbeda latar belakang sosial, budaya dan bahasanya, bahkan sebagai alat perhubungan antar budaya
dan antar daerah.

Seseorang dapat berkomunikasi dengan baik dalam suatu bangsa apabila orang tersebut menguasai
sistemnya dan dilakukan dengan orang lain yang juga menguasai sistem bahasa itu, sempurna atau
tidaknya bahasa sebagai alat komunikasi umum, ditentukan oleh kesempurnaan sistem atau aturan
bahasa dari masyarakat pemakainya.

Salah satu keterampilan berbahasa yang mempunyai fungsi sebagai sarana untuk berkomunikasi adalah
menulis. Komunikasi yang dimaksudkan adalah komunikasi secara tidak langsung bertatap muka dengan
orang lain. Pada dunia pendidikan di sekolah, ketrampilan menulis dapat dipraktikkan pada kegiatan
mengarang.
Apabila siswa mampu membuat kalimat yang dirangkai menjadi paragraf, maka siswa dianggap telah
mampu menyusun karangan dengan baik. Padahal suatu karangan itu dapat dikatakan baik apabila
disusun menurut kaidah yang benar.

Dari pengamatan penulis, siswa kelas II dan V SD Kr. Brawijaya 3 Tahun Pelajaran 2011 / 2012
Kecamatan Kedungkandang, Kota Malang belum dapat dikatakan menulis karangan yang baik dan benar.
Hal ini disebabkan siswa belum memiliki kemampuan berbahasa Indonesia secara maksimal.

Analisis kesalahan dalam karangan siswa dapat ditinjau dari kesalahan berbahasa dan titik beratnya
pada kesalahan ejaan pemakaian huruf kapital, kesalahan penggunaan preposisi dan kesalahan tanda
baca titik dan koma.

B. Rumusan Masalah

Adapun rumusan masalah dalam makalah ini adalah sebagai berikut.

a. Adakah kesalahan pemakaian huruf kapital ?

b. Adakah kesalahan penggunaan preposisi ?

c. Adakah kesalahan pemakaian tanda baca titik dan koma ?

C. Tujuan Penelitian

Sesuai dengan permasalahan diatas, tujuan penelitian ini adalah sebagai berikut

a. Mendeskripsikan kesalahan pemakaian huruf kapital

b. Mendeskripsikan kesalahan penggunaan preposisi (kata depan di, ke, dari)

c. Mendeskripsikan pemakaian tanda baca titik dan koma

Karangan Siswa SD
BAB II
PENYAJIAN DAN PEMBAHASAN DATA

Penyajian Data

Dari contoh karangan siswa kelas V SD Kr. Brawijaya 3 banyak mengalami kesalahan. Dalam karangan
tersebut terdapat beberapa huruf kapital, kesalahan, preposisi dan kesalahan tanda koma

Hasil penelitian ini dapat dilihat dalam karangan siswa yang mengalami kesalahan–kesalahan :

Kesalahan huruf kapital

Kalimat yang mengalami kesalahan huruf kapital dipaparkan dibawah ini :

No

Kalimat yang salah

Pembetulan

…. saya pergi ke sitiarjo

.… saya pergi ke Sitiarjo

Kesalahan Preposisi

Dari karangan tersebut tidak terdapat kesalahan preposisi (kata depan)

Kesalahan Tanda Baca Koma

Kalimat yang mengalami kesalahan tanda baca titik dan koma dipaparkan dibawah ini
No

Kalimat yang salah

Pembetulan

Pada saat saya kelas 4 SD saya libur sekolah.

Pada saat saya kelas 4 SD, saya libur sekolah.

Saya dan mama, papa akhirnya sampai di rumah kakek.

Saya, mama, dan papa akhirnya sampai di rumah kakek.

Kesalahan penggunaan kata

No

Kalimat yang salah

Pembetulan

…. jalannya banyak yang berkelok-kelok hingga tak bisa naik karena keberatan badan.

…. jalannya banyak yang berkelok-kelok hingga tak bisa naik karena keberatan muatan.

Ada orang yang jatuh di jalan, mereka ditolong orang dan dipisahkan dari jalan ….

Ada orang yang jatuh di jalan, mereka ditolong orang dan diangkat dari jalan ….

Karena ada polisi perjalanannya lancar dan tidak berantakan di jalan

Karena ada polisi perjalanannya lancar dan teratur di jalan

… bermain kepada keluarga

… bermain dengan keluarga


5

Dan 1 minggu saya pulang ke rumah

Setelah 1 minggu saya pulang kembali ke rumah

Data kesalahan dan pembahasan yang mengalami kesalahan tanda huruf kapital akan dibahas sebagai
berikut :

1. Pada hari libur sekolah saya pergi ke sitiarjo …

Seharusnya huruf S pada kata Sitiarjo menggunakan huruf kapital karena merupakan nama kota.

Data kesalahan dan pembahasan yang mengalami kesalahan tanda baca titik dan koma akan dibahas
sebagai berikut :

1. Pada saat saya kelas 4 SD saya libur sekolah.

Seharusnya menggunakan tanda baca koma di belakang keterangan pada awal kalimat.

2. Saya dan mama, papa akhirnya sampai di rumah kakek

Seharusnya menempatkan tanda hubung dan tanda koma di antara unsure-unsur dalam suatu perincian.

Data kesalahan dan pembahasan yang mengalami kesalahan penggunaan kata akan dibahas sebagai
berikut :

1. …. jalannya banyak yang berkelok-kelok hingga tak bisa naik karena keberatan badan.

Seharusnya kata keberatan badan diganti dengan keberatan muatan.

2. Ada orang yang jatuh di jalan, mereka ditolong orang dan dipisahkan dari jalan ….

Seharusnya kata dipisahkan dalam kalimat tersebut diganti dengan kata diangkat.

3. Karena ada polisi perjalanannya lancar dan tidak berantakan di jalan.

Seharusnya kata tidak berantakan diganti dengan kata teratur.

4. … bermain kepada keluarga.

Seharusnya kata kepada diganti dengan kata dengan atau bersama.

BAB III

PENUTUP
SIMPULAN

Berdasarkan analisis data penggunaan bahasa khususnya penggunaan huruf kapital, penggunaan
preposisi dan penggunaan tanda baca titik dan koma, pada karangan siswa kelas V SD Kr. Brawijaya 3
masih banyak ditemukan kesalahan.

Penulis dapat menyimpulkan bahwa :

1. Penggunaan huruf kapital pada karangan siswa, masih banyak mengalami kesalahan. Kesalahan huruf
kapital ini banyak terjadi pada huruf pertama dan nama kota. Selain itu kesalahan huruf kapital juga
terjadi pada huruf pertama kata pada awal kalimat.

2. Penggunaan preposisi pada karangan siswa tidak mengalami kesalahan.

3. Penggunaan tanda baca koma pada karangan siswa kelas V juga masih mengalami kesalahan.
Kesalahan yang paling banyak dalam penggunaan tanda baca koma adalah kesalahan kata atau
ungkapan penghubung antar kalimat yang terjadi pada awal kalimat tanpa disertai tanda koma seperti
setelah itu, sesudah itu, kemudian dan lain-lain.

SARAN

Berdasarkan kesimpulan diatas penulis menyampaikan saran sebagai berikut :

1. Siswa kelas V dalam minat baca agar lebih ditingkatkan, berlatih dengan sungguh-sungguh serta
dengan meningkatkan pemahaman tentang kalimat dan ejaan yang disimpurnakan, khususnya pada
huruf kapital, preposisi dan tanda baca koma.

2. Guru kelas V diharapkan dapat lebih memahami kaidah kebahasaan dan mutu pendidikan lebih
ditingkatkan lagi

Contoh Kajian Tindakan Bahasa Melayu

Pendahuluan:

Kajian Tindakan merupakan salah satu cara mengenalpasti dan mencari jalan penyelesaian ke atas
masalah yang dikenalpasti. Kajian ini dijalankan untuk mengatasi masalah penggunaan imbuhan dalam
ayat yang dihadapi oleh murid-murid tahun 4. Kemahiran pengimbuhan merupakan komponen
kemahiran yang tidak boleh diabaikan. Pengimbuhan perkataan merupakan proses yang kompleks
kerana apabila seseorang itu mendengar, otaknya juga berfungsi untuk mentafsir makna perkataan
berimbuhan tersebut. Seramai 30 orang murid terlibat dalam kajian ini. Tinjauan awal telah
dilaksanakan melalui ujian bulanan dan ujian pra. Hasil tinjauan menunjukkan murid kurang faham
dengan perkataan dasar yang jika digunakan imbuhan yang berlainan akan membawa maksud yang
berlainan. Ini mungkin disebabkan mereka baru melepasi kemahiran di tahap 1 dan tahun 4
memerlukan kemahiran yang lebih meluas. Perancangan tindakan difokuskan kepada mengenal pasti
murid kepada perkataan-perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan atau ayat. Murid telah
didedahkan dengan kaedah imlak selama satu jam tiga puluh minit dan kajian ini telah selesai dalam
tempoh satu bulan. Maksud imlak ialah mendengar dan menulis semula petikan yang diperdengarkan.
Keputusan ujian pos telah menunjukkan peningkatan prestasi murid. Dapatan pemerhatian pula
menunjukkan murid lebih seronok belajar mata pelajaran Bahasa Melayu jika dirangsang dengan bahan
dan aktiviti yang pelbagai.

1.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN YANG LALU.

Saya meninjau pencapaian dan penguasaan Bahasa Melayu murid-murid tahap 1 sebelum melangkah ke
tahap 2. Berdasarkan pengalaman saya jika murid-murid tahap 1 dapat menguasai kemahiran-
kemahiran bahasa maka ini akan membantu kecemerlangan pencapaian Bahasa Melayu mereka pada
tahap 2 dan seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSR. Terdapat dua kertas Bahasa Melayu
iaitu Bahasa Melayu Pemahaman dan Bahasa Melayu Penulisan. Hasil daripada penandaan latihan
karangan, tidak dinafikan ada ketika murid-murid tiada idea untuk disampaikan dan dikembangkan
dalam karangan. Kesalahan yang dapat saya kenal pasti ialah masalah struktrur ayat akibat kesalahan
penggunaan imbuhan. Hal ini akan memberi kesan kepada markah penulisan dan mempengaruhi
maksud ayat.

Bagi saya membina ayat yang mudah dan lengkap bergantung kepada pengimbuhan perkataan dan
struktur ayatnya. Ini bermakna pengimbuhan perkataan yang salah akan menyebabkan fungsi ayat
berubah daripada maksud sebenar yang hendak disampaikan. Ini tentu menyulitkan pemahaman
pembaca malah menimbulkan makna yang berbagai-bagai.

Melalui pengalaman saya, lemahnya penggunaan imbuhan dalam kalangan murid disebabkan kurangnya
penjelasan serta tumpuan murid terhadap pentingnya aspek penggunaan imbuhan yang saya berikan
sama ada dalam proses pengajaran dan pembelajaran atau aktiviti sampingan di luar bilik darjah.
Kelemahan ini juga berpunca daripada kurangnya penumpuan saya terhadap kepentingan penguasaan
imbuhan. Sekiranya tidak membetulkan keadaan ini, saya pasti murid tidak dapat menjawab dengan
baik soalan karangan dan soalan membina ayat bagi Bahasa Melayu kertas 2 yang akhirnya akan
menyebabkan kemerosotan markah murid. Di sekolah rendah Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR)
adalah salah satu pengukur kepada kecemerlangan sesebuah sekolah.

2.0 FOKUS KAJIAN.

Walaupun saya mengesan banyak masalah yang dihadapi oleh murid saya dalam penulisan karangan
saya hanya akan fokuskan kajian ini terhadap masalah penguasaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan.
Aspek imbuhan amat penting dikuasai pada peringkat awal, terutama setelah murid memasuki tahap 2
(Tahun 4-6) kerana terdapat penulisan karangan dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

Hasil refleksi didapati murid-murid banyak melakukan kesilapan apabila membina ayat.
Kesilapan-kesilapan yang yang sering dilakukan oleh murid ialah:

- murid-murid tidak dapat memberikan imbuhan yang tepat dan betul kepada sesuatu

perkataan.

- Kesilapan penggunaan perkataan berimbuhan dalam ayat.

- murid-murid tidak dapat membezakan perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

petikan atau ayat.

Saya akan cuba membantu murid memahami dan menguasai penggunaan imbuhan, saya yakin murid
boleh membina ayat dengan betul, tepat dan jelas maksudnya serta membolehkan mereka menulis
karangan dengan lebih baik. Hal ini seterusnya diharapkan akan dapat membantu mereka lulus dengan
cemerlang dalam kertas Bahasa Melayu Penulisan. Keadaan ini juga akan membantu murid-murid lebih
mudah menulis karangan kelak.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

3.1 Objektif am:

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan penguasaan penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan
dalam mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2 Objektif khusus Kajian ini adalah bertujuan untuk:

3.2.1 Murid dapat mengenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam

petikan yang diberi.

3.2.2 Murid dapat mengklasifikasikan perkataan-perkataan berimbuhan awalan,

akhiran dan apitan.

3.2.3 Murid dapat menggunakan pengimbuhan yang betul dalam struktur ayat

3.2.4 Pelajar berminat dan seronok untuk belajar mata pelajaran Bahasa Melayu.

3.2.5 Guru dapat mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran yang lebih
menyeronokkan murid.

4.0 KUMPULAN SASARAN.

Murid-murid yang terlibat dalam kajian ini terdiri daripada 15 orang murid lelaki Melayu dan 15 orang
murid perempuan Melayu dalam Tahun 4.

5.0 PELAKSANAAN KAJIAN.

5.1 Tinjauan masalah:

Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk mengumpul maklumat awal bagi

kajian ini.

5.1.1 Ujian Pra:

Ujian Pra diberikan kepada kumpulan sasaran untuk mengesan sejauh mana kefahaman mereka
tentang penggunaan imbuhan awalan, akhiran dan apitan. Murid juga diuji tentang kefahaman mereka
mengenai makna perkataan yang telah menggunakan imbuhan yang berlainan dengan membina ayat
daripada perkataan yang diberi. Selepas saya menyemak kertas ujian pra, saya dapati murid-murid
lemah dengan penggunaan perkataan berimbuhan yang diberi.

5.1.2 Pemerhatian:

Saya telah membuat pemerhatian ke atas tingkahlaku murid semasa proses pengajaran dan
pembelajaran berlangsung sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian dijalankan murid kurang
memberi respons kepada pengajaran dan pembelajaran. Sebagaimana biasanya, murid perempuan yang
lebih bersedia untuk belajar dan menunjukkan kesungguhan sebaliknya pelajar lelaki kurang
bersungguh-sungguh dan kurang mengambil bahagian dalam pengajaran dan pembelajaran yang
dijalankan. Faktor minat dan memberi tumpuan sepenuhnya membantu murid-murid mengikuti
keseluruhan pengajaran dan pembelajaran.

5.2 Analisis tinjauan masalah:


5.2.1 Analisis Ujian Pra:

Jadual 1 : Pencapaian Ujian Pra

Pencapaian (Gred)

Bilangan Sampel

Peratus (%)

A (80 – 100)

10

B (60 – 79)

10

33.3

C (40 – 59)

10

33.3

D (20 – 39)

16.7

E (0 – 19)

6.7

JUMLAH

30

100
Berdasarkan Jadual 1, 76.7% (23 orang) murid telah lulus dan 23.3% (7 orang) murid telah gagal.
Daripada analisis yang dibuat atas kesalahan-kesalahan murid terdapat empat soalan yang mendapat
peratusan kesalahan paling banyak iaitu soalan 7 (66.7 %), soalan 10 (90%), soalan 13 (80%) dan soalan
15 (70 %). Soalan–soalan tersebut berkaitan dengan imbuhan akhiran dan apitan.

5.2.2 Analisis pemerhatian:

Pemerhatian dalam kajian adalah untuk mengenal pasti sikap belajar murid-murid semasa pengajaran
dan pembelajaran.

Jadual 2 : Mengenal pasti tingkah laku belajar

Tingkah laku

Peratus %

Kesungguhan

50

Kurang mengambil bahagian

30

Kurang tumpuan (bermain, berbual dan mengganggu kawan)

20

5.3 Tindakan yang dijalankan:

Dalam melaksanakan tindakan, saya menjalankan 5 aktiviti seperti di bawah:

- Mengenalpasti perkataan berimbuhan

- Mengelaskan jenis perkataan berimbuhan (awalan, akhiran dan apitan)

- Membina ayat - Bercerita


- Ujian Pos

5.4 Perlaksanaan tindakan dan pemerhatian / penilaian:

5.4.1 Aktiviti 1 : Mengenal pasti perkataan berimbuhan:

i. Saya menggunakan sebuah petikan cerita yang dirakamkan sebagai bahan rangsangan yang
panjangnya kira-kira 100 patah perkataan.

Hari ini sekolah Musa mengadakan Sambutan Hari Kanak-kanak. Antara kanak-kanak yang paling
gembira termasuklah Musa. Cikgu Afida telah menghadiahinya sebungkus coklat. Mujib memegang
coklat itu erat-erat.

“Mengapa kamu tidak makan coklat itu, Musa?” Tanya Cikgu Afida.

Musa hanya tersenyum mendengar pertanyaan Cikgu Afida. Coklat pemberian Cikgu Afida itu ingin
ditunjukkan kepada ibunya di rumah. Musa menerima coklat itu kerana dia murid yang baik. Sebaik
sahaja loceng berbunyi, Musa terus pulang. Mujib tidak sabar menunggu ibunya pulang dari kerja.

Akhirnya, Musa terlena di dalam biliknya. Dia tersedar apabila ibu mengejutkannya. Musa terus
teringat akan coklatnya itu. Dia ke dapur untuk memberitahu ibunya.

“Ibu, saya ingin menunjukkan sesuatu kepada ibu,” kata Musa.

Musa berlari ke bilik untuk mengambil seluar sekolahnya. Malangnya seluar sekolah yang
dipakainya siang tadi tiada di dalam bilik itu. Seluar itu telah direndam oleh ibunya di dalam baldi.

ii. Petikan ini diperdengarkan sebanyak dua kali dan murid diminta mengenal pasti dan mencatat
perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan.

iii. Murid membacakan perkataan berimbuhan yang dicatat.

iv. Saya menerangkan dan memberi contoh mengenai perkataan berimbuhan Pengimbuhan ialah proses
yang memberikan imbuhan atau penambahan kepada sesuatu perkataan . Hasil daripada proses
pengimbuhan ini akan terbentuklah kata terbitan. (contoh : terbersih, bersihkan, membersihkan)
v Saya memperdengarkan semula petikan cerita

vi Murid mencatatkan semula perkataan berimbuhan.

Pemerhatian :

Murid-murid telah menunjukkan respon yang tinggi untuk mendengar. Mereka juga lebih bersedia
untuk mengecam dan menyenaraikan perkataan berimbuhan yang diperdengarkan.

Jadual 3 : Peratus Mengenal pasti Perkataan Berimbuhan

Markah

Peratus %

A (80 – 100)

10

B (60 - 79)

43.3

C (40 – 59)

40

D (20 – 39)

6.6

E (0 – 19)

Jadual 3 menunjukkan hanya 6.6% sahaja murid yang tidak dapat mencatat perkataan.

Refleksi :

Murid tidak dapat kenal pasti perkataan berimbuhan yang terdapat dalam petikan cerita.
5.4.2 Aktiviti 2 : Mengkelaskan jenis imbuhan:

i. Saya mempamerkan carta imbuhan dan menerangkan jenis imbuhan. Terdapat empat jenis imbuhan
dalam Bahasa Melayu, iaitu;

1. Awalan – imbuhan yang hadir sebelum kata dasar

2. Akhiran - imbuhan yang hadir selepas kata dasar

3. Apitan - imbuhan yang hadir serentak sebelum dan selepas kata dasar

4. Sisipan - imbuhan yang hadir di tengah-tengah kata dasar.

(Bagi murid tahap 1 hanya imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang terdapat dalam sukatan)

ii. Saya membacakan petikan cerita

TABUNG BULUH HANIM

Hanim baru saja balik dari sekolah. Dia terus masuk ke dalam biliknya. Hanim menyeluk kocek baju
sekolahnya lalu mencapai tabung di bawah katil. Hanim memasukkan wang ke dalam tabung buluh itu.

Digoncang-goncangnya tabung buluh itu. Bunyi duit syiling di dalam tabung itu berdeting-deting.
Hanim tersenyum gembira. Dalam masa yang singkat, wang di dalam tabungnya sudah banyak.

Hanim bercadang untuk membuka akaun simpanan di bank. Dia memberitahu ayah dan ibunya
tentang cadangannya itu.

Ayah dan ibu Hanim sangat bangga akan sikap Hanim itu. Mereka berharap agar sikap Hanim yang
suka menabung itu menjadi contoh kepada adik-adiknya yang lain.

iii. Murid mengkelaskan perkataan imbuhan yang didengar mengikut jenisnya dalam lembaran yang
diberikan.
Pemerhatian :

Aktiviti 2 menghasilkan keputusan seperti berikut:

Jadual 4 : Peratus Mengkelaskan Perkataan Berimbuhan

Markah

Peratus %

A (80 – 100)

25

B (60 - 79)

55

C (40 – 59)

20

D (20 – 39)

E (0 – 19)

Jadual 4 menunjukkan 25% murid mendapat markah 80 – 100 dan tidak ada seorang pun yang
mendapat markah 39 ke bawah.

Saya dapati dengan kaedah imlak ini murid amat teruja untuk mengecam jenis perkataan berimbuhan
yang didengar untuk dicatatkan di ruangan yang betul. Murid juga menumpukan perhatian terhadap P &
P.

Refleksi :
Saya berpuas hati dengan peningkatan pemahaman murid apabila berjaya mengelaskan perkataan
berimbuhan mengikut jenis imbuhan.

5.4.3 Aktiviti 3 : Membina ayat:

i. Gambar bersiri dipamerkan dan murid fahami gambar yang dilihat.

ii. Murid menyatakan apa yang dilihat. (Contoh :Monyet nampak buah pisang

masak)

iii. Guru mencatatkan ayat-ayat yang murid-murid bina.

iv. Perbincangan – mengenal pasti kesalahan struktur ayat dan membina ayat

dengan menggunakan perkataan berimbuhan yang betul. (Contoh : Seekor

monyet ternampak setandan pisang yang masak di atas sebatang pokok

pisang)

v. Latih tubi membaca ayat yang telah dibetulkan struktur ayatnya.

vi. Guru pembantu membuat pemerhatian terhadap respon murid dalam aktiviti

perbincangan

Jadual 5: Aktiviti-aktiviti yang digemari murid

Aktiviti

Bilangan murid

% pencapaian

Perbincangan

22

43.6

Membaca

26
56.4

Pemerhatian :

Saya dapati murid lebih seronok belajar Bahasa Melayu jika menggunakan sesuatu bahan sebagai
rangsangan.

Refleksi :

Saya mula sedar bahawa selama ini masalah ini timbul adalah disebabkan murid- murid tidak dibimbing
untuk menggunakan perkataan berimbuhan dalam perbualan harian.

5.4.4 Aktiviti : Ujian Pos:

Ujian ini dijalankan bertujuan untuk melihat pencapaian murid. Kertas Ujian Pos disediakan, murid
menjawab soalan-soalan serupa dengan soalan Ujian Pra tetapi diubahkan kata dasar.

Saya mengedarkan kertas soalan terlebih dahulu. Murid dikehendaki menjawab semua soalan. Kertas
ujian ini mengandungi 5 bahagian yang membawa pemberian markah sebanyak 50 markah.

Bahagian A - Imbuhan awalan

Bahagian B - imbuhan akhiran

Bahagian C - imbuhan apitan Bahagian D - membina ayat

Bahagian E - Tandakan _/ atau X menggunaan imbuhan dalam ayat.

Masa yang diberikan kepada murid untuk menjawab soalan pra ini selama 30 minit.

Markah

Bilangan murid

A (80 – 100)

10

33.3
B (60 - 79)

15

50

C (40 – 59)

16.7

D (20 – 39)

E (0 – 19)

Refleksi :

Dapatan Ujian Pos menunjukkan terdapat peningkatan pencapaian murid. Jika dalam Ujian Pra ada
murid yang gagal tetapi dalam Ujian Pos semua murid lulus malah peratus pencapaian setiap gred juga
meningkat.

5.5 Refleksi keseluruhan:

Pencapaian murid dalam Ujian Pra dan Ujian Pos menunjukkan peningkatan yang agak ketara.
Kebolehan murid menguasai penggunaan imbuhan yang betul merupakan salah satu peningkatan yang
menyumbang kepada markah karangan. Pada keseluruhannya boleh disimpulkan bahawa pencapaian
murid telah meningkat selepas tindakan diambil. Saya dapati murid mempamerkan satu peningkatan
prestasi yang amat baik.

Jadual 7 : Prestasi murid mengikut peratus lulus

Pencapaian

Ujian pra
Ujian pos

Lulus

23 (76.6 %)

30 (100 %)

Gagal

7 (33.4 %)

Jumlah

30 (100 %)

30 (100 %)

Berdasarkan Jadual 7 di atas, 76.6% murid lulus dan 33.4% murid dalam ujian Pra. Manakala dalam Ujian
Pos, hasil dapatan menunjukkan 100% murid lulus ujian tersebut. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa
tindakan yang diambil berkesan meningkatkan pencapaian murid dalam penguasaan penggunaan
imbuhan .

Rumusan pemerhatian aktiviti-aktiviti yang dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran semasa sesi
P & P dijalankan dapat dilihat murid-murid lebih berminat dan seronok dengan aktiviti yang dijalankan.
Hasil kajian ini menunjukkan bahawa murid boleh dibantu untuk menikmati pengalaman berjaya dalam
penulisan karangan jika menguasai salah satu kemahiran berbahasa iaitu penggunaan imbuhan. Saya
berasa puas hati dengan perkembangan yang ditunjukkan oleh murid-murid. Bukanlah mudah untuk
menggalakkan murid mengikuti P&P dengan minat serta memberi tumpuan terhadap isi pelajaran yang
ingin diajarkan oleh guru untuk difahami oleh murid.

6.0 Cadangan kajian seterusnya.

Saya telah menggunakan kaedah imlak dalam membantu murid-murid untuk menguasai penggunaan
imbuhan awalan, akhiran dan apitan yang betul dalam struktur ayat. Saya bercadang meneruskan
kaedah imlak dalam pengajaran dan pembelajaran akan datang kerana murid sudah menguasai
penggunan imbuhan namun masih lemah dalam membina struktur ayat. Seterusnya saya akan
menjalankan satu lagi kajian yang berkaitan dengan struktur ayat menggunakan kaedah imlak. Saya juga
mencadangkan kaedah ini dapat digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran oleh guru-guru yang
mengajar Bahasa Melayu dibantu dengan aktiviti –aktiviti yang menarik dan menggunakan pelbagai
media seperti audio–visual yang menarik dan berkesan

Kesalahan Umum Dalam Karangan Pelajar

Hal ini demikian kerana (salah)

Ini Kerana (salah)

Ini adalah kerana (salah)

Hal ini berlaku kerana (salah)

Hal ini berlaku demikian kerana (Betul)

Salah satu sebab mengapa (salah)

Salah satu sebab (betul)

Oleh sebab "mengapa" ialah kata tanya, kita tidak boleh menulisnya pada tengah-tengah ayat kecuali
untuk tujuan bertantakan soalan. Contohnya:

(i) Mengapakah Ali tidak hadir ke sekolah?


(ii) Ali tidak hadir ke sekolah mengapa?

Satu lagi kesalahan ialah

(i) Sekolah ialah tempat di mana kita belajar. (SALAH)

(ii) Selolah ialah tempat kita belajar. (BETUL)

di peringkat (salah)

pada peringkat (betul)

Banyak murid yang suka menulis frasa "di peringkat" padahal kita tahu bahawa kata sendi "di" hanya
boleh diikuti oleh "tempat" sahaja. Pembetulannya ialah "pada peringkat".

You might also like