Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

Transkrip Sesi Kaunseling

Sesi 6
Tarikh :
Masa :
Fasa : Intervensi Teknik Modelling

Klien : Assalamualaikum cikgu.

Kaunselor : Waalaikumussalam Ali. Nampak awal harini Ali.

Klien : Malas laa cikgu nak belajaq.

Kaunselor : Cikgu perasan sedikit kelainan pada diri kamu harini Ali. Nampak lemah dan tak
bermaya berbanding sebelum ni. Ada apa-apa yang berlaku ka?

Klien : Hmmm..Dalam dua tiga hari ni saya ada merokok sikit cikgu.

Kaunselor : Okay. Cuba cerita sikit bagaimana kamu boleh merokok tu?

Klien : Kawan saya ajak laa cikgu. Rasa macam kurang motivasi sikit.

Kaunselor : Agak-agak kenapa ya?

Klien : Hmmm.. Saya pun taktau laa cikgu.

Kaunselor : Okay tidak mengapa. Adakah hari ni kamu ingin meneruskan sesi kaunseling?

Klien : Boleh cikgu. Tapi nak teknik dulu lagi ka? Bosan laa cikgu.

Kaunselor : Kenapa dengan teknik disensitasi bersistem yang lepas tu?

Klien : Sebenarnya saya dah lupa sikit cikgu. Hehehehehe…

(Klien berkata sambil menggaru-garu kepalanya)

Kaunselor : Haaa.. Tidak mengapa.. Apa perasaan kamu selepas menjalani sesi yang
lepas?

Klien : Sejujurnya pada mulanya saya tak faham teknik tu nak buat apa cikgu. Yang
saya tau saya takut ja. Tapi takda rasa nak berhenti pun. Tapi sekarang saya
rasa saya boleh memahami sedikit teknik tu. Saya tahu kesan dan akibat
merokok. Saya rasa macam ada kesedaran dalam diri saya tentang
perbuatan saya ni.

Kaunselor : Hmmm.. Macam tu ya.. Tidak mengapa. Hari ni kita takkan sentuh pasal teknik
tu lagi. Harini cikgu nak tanya kamu sikit sebab kita akan menggunakan teknik
modelling harini.
Klien : Apa tu cikgu?

(Klien mula menunjukkan minat)

Kaunselor : Kamu ada idola tak?

Klien : Idola macamana tu cikgu?

Kaunselor : Idola tu adalah orang yang kamu minat, mungkin kerana tingkah lakunya
atau apa-apa yang menarik minat kamu. Tentang individu yang menjadi
idola kamu tu.

Klien : Ohhh.. Saya minat Dr Mahathir cikgu.

Kaunselor : Haaa.. Cuba kamu cerita sikit tentang idola kamu ni.

Klien : Hebat laa cikgu. Saya suka dia. Banyak jasa beliau kepada negara. Nak tau
lagi tak cikgu? Dia dua kali jadi PM(Perdana Menteri) kita tau.

(Klien senyap sebentar)

Kaunselor : Bagaimana kehebatan beliau tu?

Klien : Alaaa… Dr Mahathir kan banyak bantu kita. Mak kata Dr Mahathir banyak
bantu ekonomi negara kita. Mak kata hidup kami senang masa dulu. Sekarang ni
Dr Mahathir dah jadi PM semula. Harap hidup kami makin senang.

Kaunselor : Amin.. Semoga kita semakin senang nanti.

Klien : Haaa.. Satu lagi cikgu. Dr Mahathir ni tak berapa nak aktif bersukan. Tapi beiau
tetap jaga kesihatan dengan bersenam.

Kaunselor : Bersenam macamana tu?

Klien : Bersenam santai ja cikgu. Beliau kan sudah tua. 93 tahun tu cikgu. Sikit lagi nak
seratus.

Kaunselor : Ohhh begitu. Kamu rasa kenapa beliau rajin menjaga kesihatan begitu?

Klien : Kesihatan kan penting cikgu. Tulaa Dr Mahathir bersenam.

Kaunselor : Beliau merokok tak?

Klien : Tak cikgu.

(Klien senyap sebentar)

Kaunselor : Kenapa kamu senyap?

Klien : Saya tau saya tak jaga kesihatan.


Kaunselor : Kenapa kamu tak cuba untuk mengikut jejak langkah Dr Mahathir?

Klien : Jejak langkah macamana tu cikgu?

Kaunselor : Kamu boleh ikut dan mencontohi apa yang beliau lakukan.

Klien : Boleh tu boleh cikgu. Tapiiii…

(Klien senyap sebentar)

Kaunselor : Tapi apa tu?

Klien : Susah laa cikgu.

Kaunselor : Saya yakin kamu pasti boleh. Beliau kan idola kamu. Kamu past boleh
mencontohi beliau. Mungkin suatu hari nant kamu juga jadi pemimpin yang hebat
di dunia ni macam Dr Mahathir?

(Klien tersenyum)

Klien : Wahh.. Bestnya tu cikgu…

Kaunselor : Kalau nak jadi hebat. Kita kena ikut orang hebat. Kalau kamu berusaha ebih
mungkin kamu boleh menjadi lebih hebat lagi dari beliau.

Klien : Baiklah cikgu. Saya rasa bleh kot kalau nak cuba ikut.

Kaunselor : Untuk permulaan ni apa perancangan kamu?

Klien : Untuk permulaan ni cikgu, saya nak cuba ikut gaya hidup dan pemakanan dia.
Jaga kesihatan laa kan. Kan saya nak berhenti merokok. Betul laa tu cikgu kan.

Kaunselor : Wah.. Itu sudah bagus.. Itu permulaan yang baik bagi kamu.

Klien : Terima kasih cikgu.

Kaunselor : Bagaimana kali ni Ali? Apa perasaan kamu pada sesi kali ini?

Klien : Selepas kita bercerita tentang idola saya ni, saya rasa berkobar-kobar laa
cikgu. Saya betul-betul nak berubah. Saya rasa gembira sangat-sangat.

Kaunselor : Baiklah, baguslah macam tu Ali. Masa pun hampir tamat. Cikgu nak kamu cuba
aplikasi apa yang kamu rancang dulu. Boleh tak?

Klien : Baiklah cikgu.

Kaunselor : Baiklah kalau begitu kita akan bertemu dalam sesi kita yang terakhir nanti ya.

Klien : Baiklah cikgu. Teima kasih cikgu.

Kaunselor : Sama-sama Ali.

You might also like