Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

1

AKTIVITI PENTAKSIRAN

Kumpulan 1 dan 10 : Empat orang guru sedang membincangkan perihal murid B yang
diajar bersama-sama.

Guru Bahasa Melayu : “Si B selalu culas nak hantar latihan karangan, bila disemak selalu
tak siap..tapi bila ujian, selalu skor,”.

Guru Sains : “Eh, ye ke? Dia fokus dalam kelas saya, sebab tu selalu skor,”.

Guru Bahasa Inggeris: “ Dalam kelas saya dia suka main aje, speaking pandai tapi
markah cukup makan,”.

Guru Matematik : “Huh..budak tu ok je dalam kelas saya…”.

Bincangkan kesimpulan daripada perbincangan guru-guru di atas dan tentukan Satu Tahap
Penguasaan murid B berdasarkan pertimbangan profesional dengan memberi justifikasi dan
bagaimana guru boleh membantu untuk meningkatkan potensi murid berkenaan?

Kumpulan 2 dan 9 :

Bagi melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru perlu membuat


pentaksiran secara formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif ialah ujian formal
atau tidak formal untuk mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam
bilik darjah manakala Pentaksiran Sumatif ialah Ujian formal untuk mengesan
pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan.

Murid Tahap Markah Ujian PBD (Standard


Penguasaan Prestasi)
Kamariah Tahap 2 60
Zulkafly Tahap 3 48
Hassany Tahap 4 76
Razali Tahap 5 42
Fadhilah Tahap 6 87

Berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian Formatif dan Ujian Sumatif,


bagaimanakah guru menentukan tahap penguasaan murid secara keseluruhan
dalam PBD dengan menggunakan justifikasi pertimbangan profesional?

Kumpulan 3 dan 8:
2

Pencapaian murid diukur berdasarkan tahap penguasaan dalan Standard


Prestasi selepas PdP setiap kelompok SK dan SP yang dilaksanakan. Tahap
penguasaan juga merupakan satu bentuk pennyataan pencapaian yang
menunjukkan perkembangan pembelajaran murid.

Lengkapkan ruang berdasarkan penerangan tahap penguasaan murid secara


umum berdasarkan aspek pengetahuan, kompetensi dan perwatakan murid.

TP4 : TP5 : TP6 :


Murid Murid Murid berupaya
melaksanakan melaksanakan menggunakan
Aspek sesuatu kemahiran sesuatu kemahiran kemahiran sedia ada
dengan beradab pada situasi baharu pada situasi baharu
iaitu mengikut dengan mengikut secara sistematik,
prosedur atau prosedur atau tekal dan bersikap
secara sistematik secara sistematik, positif, kreatif, inovatif
tekal dan bersikap serta boleh dicontohi
positif

Pengetahuan

Kompetensi

Perwatakan

Kumpulan 4 dan 7: Analisis skor pembentangan hasil tugasan murid-murid di bawah.


Huraikan pencapaian murid-murid berkenaan berdasarkan markah yang diperoleh. Apakah
intervensi yang dapat dirancang untuk membantu meningkatkan kemahiran murid
berdasarkan pencapaian murid mengikut skema pemarkahan.

Situasi : Markah Aktiviti Pembentangan Tugasan Murid

Bil Skema Markah (10 markah) Kump.1 Kump.2 Kump.3 Kump.4


1 Isi/Fakta 5 8 6 9
2 Penerangan / Penyampaian 4 8 5 8
3 Kesesuaian Bahan 5 7 6 6
4 Penyoalan 2 6 4 4
5 Elemen Merentas Kurikulum 4 7 5 7
JUMLAH 20 36 26 34

Kumpulan 5 dan 6 :
3

Bagi melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD), guru perlu membuat pentaksiran
secara formatif dan sumatif. Pentaksiran formatif ialah ujian formal atau tidak formal untuk
mengesan penguasaan dan kemajuan pelajaran dalam bilik darjah manakala Pentaksiran
Sumatif ialah Ujian formal untuk mengesan pencapaian dalam sesuatu tahap persekolahan

MURID TAHAP PENGUASAAN MARKAH UJIAN


Murid A Tahap 2 60
Murid B Tahap 3 48
Murid C Tahap 4 76
Murid D Tahap 5 42
Murid E Tahap 6 87

1. Jelaskan bagaimana guru menggunakan Ujian Formatif untuk mengesan


penguasaan/kemajuan murid. Apakah tindakan guru yang selanjutnya untuk membaiki
kelemahan dan menggunakan Ujian Sumatif untuk mengesan pencapaian murid
berdasarkan beberapa unit pembelajaran dan pemeringkatan gred murid ?

2. Berdasarkan pencapaian murid dalam Ujian Formatif dan Ujian Sumatif, bagaimanakah
guru menentukan tahap penguasaan murid secara keseluruhan dalam PBD
berdasarkan pertimbangan profesional (professional judgement)?

You might also like