Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

MINIT MESYUARAT PANITIA MATEMATIK

BIL 2 TAHUN 2017

----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Tarikh : 26 April 2017
Masa : 1.30 petang
Tempat : Bilik Mesyuarat SK Penghulu Jusoh
===================================================================

KEHADIRAN
1. Cg Muhammad Shatir Bin Shafiee Pk Pentadbiran
2. Cg Zainol Bin Talib Ketua Panitia
3. Cg Norhafishah Bt Mohd Isa Setiausaha
4. Cg Zairomi Bin Zainol
5. Cg Nadwatul Husna Bt Abd Rahman
6. Cg Bibiyanti Bt Ghni

Agenda:
1. Perutusan Pengerusi
2. Pengesahan Minit Mesyuarat Yang Lalu
3. Perkara Berbangkit
4. Headcount
5. Postmortem Ujian Mac
6. Hari Matematik 2017
7. Hal-hal lain

Agenda 1: Perutusan Pengerusi


1. Pengerusi mengucapkan selamat datang dan terima kasih kerana dapat meluangkan masa untuk
mesyuarat Panitia Matematik kali ke-2.
(Makluman)
2. Pengerusi memaklumkan tujuan mesyuarat kali ke-2 ini adalah untuk berbincang mengenai post mortem
ujian Mac.
(Makluman)

3. Pengerusi meminta semua guru menyediakan analisis item bagi ujian bulan Mac dan dimasukkan ke
dalam fail panitia.
Tindakan: Guru Matematik

4. Pengerusi juga memaklumkan bahawa perancangan strategik Panitia Matematik perlulah lebih berfokus
untuk tahun semasa.
Tindakan: Ketua Panitia

5. Pengerusi juga memaklumkan mengenai lawatan dari pihak PPD/JPN dan juga Rakan Elit
memandangkan SKPJ merupakan sekolah transformasi Lawatan penanda aras yang diadakan pada 22
April yang lalu telah memberikan pelbagai input berguna untuk SKPJ mula mengorak langkah ke arah
sekolah transformasi. (Makluman)

1
Agenda 2: Pengesahan Minit Mesyuarat
6. Cg Zainol Bin Talib (Ketua Panitia) membentangkan minit mesyuarat 1/2017. Minit disahkan tanpa
sebarang pindaan.
Cadangan: Cg Bibiyanti Bt Ghni
Sokongan: Cg Zairomi Bin Zainol

Agenda 3: Perkara Berbangkit

7. Setiausaha memaklumkan mengenai Teknik Menjawab UPSR 2017 kali pertama bagi Matematik masih
akan dijalankan pada 8 Mei 2017. Pihak panitia telah menjemput JU Matematik iaitu Cg Sarina Salim
untuk menyampaikan ceramah tersebut.
(Makluman)

Agenda 4: Headcount
8. Setiausaha diminta oleh pengerusi supaya mewujudkan satu fail untuk menyimpan maklumat mengenai
headcount. Maklumat mengenai headcount boleh di akses terus daripada sistem SAPS.
Tindakan: Setiausaha

9. Guru diminta untuk menghantar HC2 & HC3 yang telah siap kepada setiausaha untuk disimpan di dalam
fail headcount.
Tindakan: Semua guru Matematik.

10. Pengerusi memaklumkan mengenai HC1 yang akan disediakan sendiri oleh Ketua Panitia.
Tindakan: Ketua Panitia

Agenda 5: Postmortem Ujian Mac


11. Semua guru diminta melengkapkan borang analisis item dan mengembalikan kepada Ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru Matematik

12. Pengerusi memaklumkan guru-guru perlu mengenal pasti kumpulan murid di dalam kelas dan
mengenalpasti punca masalah pembelajaran bagi setiap kumpulan dan cara untuk mengatasinya.
Tindakan: Semua Guru Matematik

13. Cg Nadwatul Husna menyatakan kepada semua ahli mesyuarat masalah yang dihadapi oleh murid-murid
6 Bestari dan 4 Bestari ialah ;
a) ramai yang gopoh dan cuai untuk menjawab soalan tanpa memikirkan kehendak soalan tersebut. Murid
dari kelas B masih lagi lemah dalam penguasaan operasi asas.
b) disiplin murid amat berbeza berbanding murid tahun lepas di mana murid pada tahun ini sering pulang
awal ketika hari kelas tambahan.
c) masih ramai murid yang lemah fakta asas.
d) masih ramai murid yang tidak menunjukkan minat untuk belajar terutama murid lelaki.
(Makluman)

14. Cg Zainol memaklumkan bahawa masalah yang sama juga turut dihadapi oleh murid tahun 4 Arif iaitu :
a) malas menyiapkan kerja rumah.
b) kerja yang dibuat juga tidak kemas
c) hanya menyalin jawapan sahaja semasa perbincangan dijalankan. Jalan kira sering diabaikan
d) hanya 5 orang murid sahaja yang menunjukkan minat serta potensi untuk Berjaya dalam matematik.
Selebihnya masih di awing-awangan. Disebabkan itu, keputusan Ujian 1 bagi kelas 4 Arif cukup
mengecewakan.
(Makluman)
2
15. Cg Zairomi memaklumkan bahawa murid tahun 3 Arif berkemungkinan mengahadapi masalah ketinggalan
topic memandangkan mereka hanya baru belajar topik penambahan sewaktu beliau mengambil alih tugas
daripada guru sebelumnya. Selain itu, murid bermasalah di dalam operasi darab dan bahagi
memandangkan mereka kurang menguasai sifir.

16. Cg Nadwatul Husna Bt Abd Rahman memberikan cadangan supaya latih tubi diadakan terhadap murid-
murid tersebut terhadap soalan yang secara turus dan kemudian ditukar kepada soalan bercorak berfikir
agar murid dapat membiasakan diri dengan bentuk soalan..
Tindakan: Semua Guru

17. Cg Norhafishah memaklumkan sukatan pelajaran yang terbaru bagi tahun 1 adalah agak tinggi sedikit
untuk dicapai.

18. Pengerusi mengumumkan keputusan keseluruhan Ujian Bulan Mac yang lalu adalah seperti dalam
lampiran.

(Makluman)

19. Pengerusi memaklumkan mengenai modul Smart A/Pewajam yang telah diedarkan kepada semua murid
Tahun 6 yang bertujuan untuk membantu meningkatkan prestasi murid.
Tindakan: Guru Matematik Tahun 6

Agenda 6: Hari Matematik 2016


20. Ketua Panitia memaklumkan mengenai perancangan untuk mengadakan Minggu Matematik 2017 adalah
selepas UPSR sebagaimana diputuskan dalam mesyuarat Panitia Daerah.
(Makluman)

21. Antara aktiviti yang dipersetujui ialah:


 Explorace dengan check point yang memerlukan murid menyelesaikan soalan berkaitan Matematik.
 Reuse 3D Model yang mana murid akan diminta membina Model 3D dengan menggunakan kotak
terbuang (3D Blok).
 Teka bilangan gula dalam baling.
 Jualan Pakaian Terpakai yang mana ianya melibatkan konsep wang dan jual beli.
 Pertandingan Bijak Sifir.
(Makluman)
22. Semua guru Matematik akan terlibat secara langsung dan KP memohon kerjasama dari semua guru
Matematik bagi menjayakan program tersebut.
Tindakan: Semua guru Matematik

23. Semua kos perbelanjaan bagi program Hari Matematik 2017.


Tindakan: Ketua Panitia

24. Senarai ajk akan disediakan oleh Ketua Panitia Matematik akan diedarkan dalam masa terdekat.
Diharapkan semua guru dapat menjalankan tugas dengan sebaik mungkin.
Tindakan: Semua guru Matematik

Agenda 7: Hal-hal lain


25. Ketua Panitia memaklumkan kepada semua mengenai ABM & BBM Matematik ada disimpan di Makmal
Komputer sekolah. Semua guru boleh menggunakannya dengan mengisi borang penggunaan ABM dan
BBM yang telah disediakan.
Tindakan: Semua guru Matematik

3
26. Bagi Peperiksaan Pertengahan Tahun, soalan akan disediakan oleh JPN.
Tindakan: Semua guru Matematik

PENANGGUHAN
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 3.15 petang dan diakhiri dengan tasbih kafarah dan Surah Al-Asr.

Disediakan oleh: Disemak oleh:

……………………………………………… ………………………………...........................
(PN. Norhafishah Bt Md Isa) (CG ZAINOL BIN TALIB)
Setiausaha Ketua Panitia
Panitia Matematik Panitia Matematik
SK Penghulu Jusoh SK Penghulu Jusoh

You might also like