Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 13

Novel yang dipilih ialah Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck hasil karangan Hamka

ataupun nama penuh beliau ialah Haji Abdul Malik Karim Amrullah. Beliau lahir di Molek,
Meninjau, Sumatra Barat, Indonesia pada tanggal 17 Februari 1908. Ayah beliau bernama Syeikh
Abdul Karim bin Amrullah (Haji Rasul). Ketika Hamka berumur 10 tahun ayahnya membangunkan
Islam di daerah Thawalib Sumatra di Padang Panjang. Di sana Hamka belajar tentang ilmu
agama dan bahasa Arab. Di samping belajar ilmu agama pada ayahnya, Hamka juga belajar
pada beberapa ahli Islam yang terkenal seperti Syeikh Ibrahim Musa, Syeikh Ahmad Rasyid,
Sultan Mansyur dan Ki Bagus Hadikusumo. Pada tahun 1927 Hamka menjadi guru agama di
Perkebunan Tinggi Medan dan di Padang Panjang pada tahun 1929. Pada tahun 1957-1958,
Hamka bertugas sebagai pensyarah di Universiti Islam Jakarta dan Universiti Muhamadiyah
Padang Panjang. Hamka tertarik pada beberapa ilmu pengetahuan seperti sastera, sejarah,
sosiologi, dan politik. Pada tahun 1928 Hamka menjadi ketua Muhammadiyah di Padang
Panjang. Pada tahun 1929 beliau membangunkan “Pusat Latihan Pendakwah Muhammadiyah”
dan dua tahun kemudian beliau menjadi ketua Muhammadiyah di Sumatra Barat. Pada 26 Julai
1957, beliau menjadi Ketua Majlis Ulama Indonesia.

Hamka sudah menulis beberapa buku seperti Tafsir Al-Azhar (5 jilid) dan novel seperti
Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, Di bawah Lindungan Ka’bah, Merantau Ke Deli, Di dalam
Lembah Kehidupan dan sebagainya. Hamka memperoleh Doctor Honoris Causa dari Universiti
Al- Azhar (1958), Doctor Causa dari Universiti Kebangsaan Malaysia (1974). Beliau meninggal
dunia pada 24 Julai 1981. Kehadiran unsur keagamaan dalam sastera adalah lambang
keagungan sastera itu sendiri.

Bentuk fizikal novel ini ialah sebanyak 270 muka surat. Novel ini mempunyai 28 bab yang
terkandung didalamnya. Setiap bab terdiri daripada 9 muka surat secara keseluruhannya. Novel
ini telah diolah prakatanya oleh ZF Zamir. Buku ini diterbitkan oleh PUTEH PRESS dan novel ini
diterbitkan pada tahun 2016. Buku ini mempunyai warna putih sebagai warna asas novel. Putih
melambangkan kesucian dimana kita dapat lihat kesetiaan dan kesucian cinta Zainuddin
terhadap Hayati begitu mendalam sehingga Zainuddin sanggup menunggu Hayati walaupun
Hayati telah dipaksa berrkahwin dengan lelaki lain. Tulisan tajuk novel adalah warna biru
melambangkan lautan biru sejauh pemandangan mata manusia yang tanpa diduga telah
menghancurkan cinta dua insan yang ikhlas mencintai antara satu sama lain sehinggakan telah
meragut nyawa insan yang dicintainya dan kemudian Zainuddin pula meninggal dunia.

Zainudin yang sedang memperhatikan keindahan alam dilautan Mengkasar, yang


rupanya telah melayang jauh sekali, bayangan cahaya merah matahari terbenam yang nampak
di mata, dari lautan dunia pindah ke lautan khayalan. Orang yang tinggal di Mengkasar dipanggil
sebagai orang Mandar. Ia teringat akan pesan ayahnya saat ayahnya hendak meninggal dunia.
Ayahnya berpesan bahawa negerinya yang asli bukanlah Mengkasar tapi Batih Sapuluh Koto
(Pandang Panjang). Latar belakang kehidupan Zainudin diceritakan melalui suatu kejadian
lampau kira-kira 30 tahun yang lalu. Ayahnya yang bergelar Pandekar Sutan, kemenakan Datuk
Mantari Labih, adalah Pandekar Sutan kepala waris tunggal dari harta peninggalan ibunya,
kerana dia tidak mempunyai saudara perempuan. Dia dan mamaknya, Datuk Mantari Labih
menguruskan harta peninggalan ibunya Namun, mamaknya itu menekuk dan menghabiskan
hartanya saja. Pandekar Sutan hendak mendirikan rumah tangga tetapi beliau mendapat
halangan dari mamaknya yang tidak membenarkannya menjual harta warisan ibunya. Berlaku
pertikaian antara Pandekar Sutan dengan mamaknya, Datuk Mantari Labih, yang akhirnya
membunuh mamaknya dengan pisau belati yang digenggam Pandekar Sutan. Kemudian
Pandekar Sutan ditangkap oleh orang-orang kampung. Pandekar Sutan kemudian diadili dan
mengaku secara terus terang atas kesalahannya. Dia dibuang negeri selama 15 tahun di Cilacap
iaitu, tempat hukuman pengasingan paling terkenal bagi orang Sumatra.

Apa yang dapat saya ulaskan disini ialah ayah Zainuddin merupakan satu-satunya anak
lelaki tunggal dalm keluarganya. Ayahnya menggalas tanggungjawab yang sangat berat untuk
memikul tanggungjawab keluarga. Ayahnya seorang yang bertanggungjawab dan bukannya
seorang yang pengecut kerana tidak lari daripada tanggungjawab yang sebegitu berat. Ayahnya
juga bersabar dengan sikap mamaknya yang ingin merebut harta peninggalan ibunya tersebut.
Sehingga ke suatu peringkat di mana ayahnya sudah tidak dapat bersabar dengan mamaknya
kerana perangai mamaknya yang tidak mahu harta peninggalan tersebut dijual. Pada pendapat
saya, tindakan Pandekar Sutan membunuh mamaknya adalah kurang wajar kerana sepatutnya
Pandekar Sutan merujuk kepada orang yang lebih arif tentang hal-hal urusan harta peninggalan.
Kesan tindakan Pandekar Sutan dibuang negeri adalah wajar kerana atas kesalahan membunuh
yang merupakan kesalahan berat. Pandekar Sutan juga boleh dikenakan hukuman yang lebih
berat kerana menumpahkan darah adalah perkara yang dilarang sama sekali di dalam semua
agama terutama agama Islam.

Kemudian dia dibawa berlayar dari Jawa ke Tanah Bugis, kerana Pendekar Sutan
bergelar “jago” untuk ikut dalam peperangan Bone. Ketika Pandekar Sutan mula dipenjarakan,
umurnya adalah 20 tahun. Di dalam penjara dia bergaul dengan seorang Madura berumur 40
tahun bernama Kismo, yang mempunyai ilmu batin. Pandekar Sutan berguru dengan Kismo.
Setelah menghabiskan hukumannya, Pendekar Sutan berada di Mengkasar. Kerana di
Minangkabau dia sudah tidak mempunyai saudara kandung. Dia enggan kembali ke kampung
halamannya. Oleh sebab itu, dia tinggal di Mengkasar selama beberapa tahun lamanya.
Pendekar Sutan dikahwinkan dengan Daeng Habibah, anak si pemilik rumah yang
ditumpanginya, seorang tua keturunan bangsa Melayu. Setelah kira-kira 3 hingga 4 tahun
berumah tangga, mereka dikurniakan anak lelaki bernama Zainudin.

Pandekar Sutan merupakan seorang yang peramah kerana mampu membina hubungan
persaudaraan dengan orang baru walaupun di dalam penjara. Pandekar Sutan juga merupakan
seorang yang cintakan ilmu kerana berusaha mendapatkan ilmu walau dimana sahaja dia berada.
Beliau juga seorang yang suka belayar ke negeri orang lain untuk menimba pengalaman dan
menambahkan pengetahuan sedia ada.

Mak Base, orang yang bertahun-tahun mengasuh Zainudin , menceritakan akan kisah
masa lalu Zainudin . Dia menceritakan saat-saat terakhir ibunya menghadapi kematian dan
menceritakan pesan-pesan yang ditinggalkannya kepada Zainudin sebelum maut menjemput.
Mak Base juga menceritakan setelah pemergian ibu Zainudin , ayahnya Pandekar Sutan tidak
mahu menikah lagi. Tambahan lagi dengan kiriman surat dari Padang yang meminta ayahnya
untuk kembali lagi, namun Pangeran Sutan tidak sampai hati meniggalkan pusara ibu Zainudin.
Pendekar Sutan pun tidak mahu membawa Zainudin ke Padang kerana adat di Padang
sangat berbeza dengan adat di Mengkasar . Orang Minangkabau akan merasa malu kalau bukan
keturunan dari kampungnya sendiri. Hingga tiba ayahnya, Pendekar Sutan akhirnya wafat
menjemput sang istri. Diakhir hayatnya pendekar Sutan memberikan wasiat berupa peti yang
berisi warisan yang kemudian dijadikan modal berdangang oleh mak Base, yang keuntungannya
diperuntukkan membiayai hidupnya bersama Zainudin.

Zaindin meminta izin kepada Mak Base hendak pergi ke tanah nenek moyangnya Padang.
Mula-mula Mak Base tidak mengizinkannya. Namun setelah penjelasan-penjelasan yang
diterangkan Zainudin, akhirnya lunaklah hati Mak Base, mengizinkan Zainudin mencari
keluarganya di Padang dan menuntut ilmu agama disana. Tibalah hari dimana Zainudin berlayar
menuju Padang. Sebelum berlayar, Zainudin dan Mak Base nyekar ke pusara ibu dan ayah
Zainudin. Sekembalinya pulang dari menyekar, mak Base mangeluarkan peti tempat menyimpan
uang. Memberikan bekal materi untuk ongkos berlayar. Pukul 5 sore mulai berlayarlah Zainudin
diiringi isak tangis dari Mak Base yang mengantarnya ke Pelabuhan. Zainudin sampai di Padang,
setelah itu langsung diteruskannya perjalanan ke dusun Batipuh, kampung halaman Ayahnya.
Dia tinggal di rumah persukuan yang dekat dengan ayahnya.

Disana dia memperkenalkan dirinya kepada Bokonya. Namun kedatangannya tidak


begitu ditunggu-tunggu. Dikarenakan ibunya bukan berasal dari Minangkabau, walaupun
ayahnya orang Minangkabau, dia dipandang orang lain juga. Sebab diMinangkabau bangsa
diambil dari ibu.

Zainudin bertemu dengan kakeknya disebuah kampung, di Ladang Lawas. Namun


kakeknya, yang bergelar Datuk Panduka Emas, tidak begitu peduli dengan kedatangnya, sampai
menawarkannya untuk tinggal bersama, kakeknya itu pun enggan melakukannya. Pengarang
menceritakan sebab-sebab Zainudin berkenalan dengan seorang gadis asli kampung Batipuh
bernama Hayati. Ketika hendak pulang ke Batipuh sepualngnya dari ladang, tiba-tiba hujan lebat
turun, mereka pun berteduh di Ekor Lubuk. Zainudin yang membawa payung, meminjamkan
payungnya kepada Hayati bersama dengan seorang temannya yang waktu itu hari sudah mulai
petang namun hujan belum juga reda. Zainudin gembira bisa berkenalan dengan Hayati.
Mukanya jernih, matanya penuh rahasia kesucian, menunjukan kegembiraannya. Ketika tengah
malam, dia pergi tidur ke surau. Dalam tidurnya dikerumuni dengan mimpi-mimpi yang indah
selepas kejadian turunnya hujan di petang itu.

Pagi-pagi seorang anak kecil datang menghampiri Zainudin di Surau. Anak itu membawa
payung yang dipinjamkannya kepada Hayati. Dia hendak mengembalikan payung dan
memberikan sepucuk surat dari Hayati kepada Zainudin . Zainudin tercengang menerima surat
dari Hayati, di bawanya ke dalam Surau, kemudian lekas-lekas dia membacanya. Isinya ucapan
terimakasih dari Hayati kepada Zainudin dan ungkapan keberuntungan bisa berkenalan dan
bersahut-sahutan mulut dengannya. Zainudin menafsirkan surat itu berisi penuh dengan
ketulusan dan keikhlasan. Zainudin dari Surau pulang kerunah bokonya. Sehabis makan, kira-
kira pukul 9 dia bergegas kesawah dengan penuh semangat. Setibanya di pinggir sawah,
Zainudin bertemu dengan seorang laki-laki tua sedang menyambit padi yang rupanya kenal akan
dirinya. Kemudian mereka pun berbincang-bincang. Saat sedang asyiknya Zainudin dan seorang
lelaki tua itu bercengkrama, datang seorang perempuan diiringi dengan adiknya, anak laki-laki
yang memulangkan payung Zainudin, melalui pematang sawah membawa bekal makanan untuk
lelaki tua tadi. Hayati melihat Zainudin ada di situ, dia pun tercengang, mukanya berubah merah.
Begitu juga dengan Zainudin.

Laki-laki tua itu mengenalkan kemenakannya, Hayati kepada Zainudin . Zainudin


mengaku telah mengenal Hayati. Kemudian diceritakannya kejadian hujan disore itu. Waktu
Dzuhur tiba, lelaki itu pun pulang kerumahnya, diiringi oleh kedua cucunya. Berpisahlah mereka
dengan Zainudin. Zainudin memandang Hayati dari kejauhan dengan tenang, tak sapatah
katapun keluar dari mulutnya. Pertemuan disawah itu, amat besar artinya bagi Zainudin . Sejak
berkenalan dengan hayati, dia tidak merasakan kesunyian lagi di Tanah Minangkabau yang
memandangnya orang asing itu. Perkanalan itu telah mengalirkan harapan yang baru dalam
hidupnya. Hayati sendiri pun semenjak waktu perkenalan itu, kerap kali hatinya merasakan
keanaehan. Kemudian Hayati pun berkirim surat dengan sahabatnya, bernama khadijah yang
tinggal di padang panjang, menceritakan bagaimana perasaan hatinya kala itu.
Sebenarnya, Hayati amat kasihan meliahat nasib Zainudin. Di Batipuh tidak mempunyai
kerabat karib, dan ayahnya yang telah meninggal pula. Sikap Zainudin yang lemah lembut,
matanya penuh dengan cahaya yang muram, cahaya dari tanggungan batin yang begitu hebat
sejak kecil, talah menimbulkan kasihan yang amat dalam dihati Hayati. Dan perasaan kasihan itu
tumbuh menjadi benih-benih cinta yang muncul dari sayang, kasih dan rindu yang kekal. Sudah
lama Hayati menunggu-nunggu suatu kalimat keluar dari mulut Zainudin, kalimat ungkapan cinta.

Hayati bertemu dengan Zainudin diliku jalan. Mereka saling bersapa-sapaan. Dalam
perjumapan yang tidak disengaja itu, Zainudin mengeluarkan sepucuk surat dari sakunya,
kemudian diberikannya ketangan Hayati dengan gemetar. Setelah tiba dirumah, sehabis
sembahyang dan makan malam, ditempat tidur dia segera mambaca surat dari Zainudin . Surat
itu ternyata di buat dengan sepenuh jiwa oleh Zainudin. Semua perasaan Zainudin
ditumpahkannya dalam secarik kertas. Yang tentunya membuat jiwa Hayati pun tersentuh.
Gemetar Hayati membaca surat tersebut. Dia baru menyadari bahwa perasaan terhadap
Zainudin yang dirasakan selama ini adalah perasaan cinta.

Dilain pihak, Zainudin sang pembuat surat, diserukannya diwaktu tengah malam dalam
doanya bahwa dia bersyukur dengan apa yagn telah Tuhan berikan pada, beroleh seorang
perempuan yang telah mengembalikan hatinya yang telah hilang bersama dengan kepergian
kedua orang tuanya. Zainudin dan Hayati dimalam itu teringat akan surat yang dikirimnya. Ada
perasaan takut dan cemas. Di Minangkabauatau pun di Mengkasar, anak muda yang berkirim-
kirim surat amat dicela orang sebab dipandang rendah budi.

Perjuangan batin yang begitau hebat telah menjadi perasaan cinta yang mulai subur,
namun dibayangi rasa ketakutan. Keesokan pagi, Zainudin bangun dari tidurya, dia merasa takut
dan malu bertemu Hayati, takut suratnya tidak akan diteri Hayati. Sehingga jika sedang dijalan
Zainudin selalu mempercepat langkahnya takut kalau-kalau bertemu dengan Hayati. Setelah
satu, dua hari surat itu dikirim, tidak mendapat balasan dari Hayati. Menambah rasa takunya akan
hal itu. Ketika bertemu Hayati di suatu jalan, Zainudin cuba menghindarinya mengecong ketempat
lain.
Ketika Zainudin datang dari sebuah lepau ditepi jalan dan hendak mendaki ke kampung
tempat tinggal, ditengah jalan dia bertemu dengan Hayati. Tiba-tiba Hayati menegur Zainudin ,
dia menayakan sebab-sebab mengapa Zainudin selalu menghindarkan diri darinya. Zainudin pun
menjawab dengan gemetaran bahwa dia merasa malu dan takut. Hayati lalu mambalas alasan
Zainudin dengan memuji surat yang disusun dengan kata-kata yang begitu indah yang dikirim
Zainudin untuknya dan mengapa Zainudin harus meras malu, sedang ia tidak membalas lantaran
merasa tidak pandai merangkai kata yang seindah apa yang ditulis oleh Zainudin . Demikinalah
pertemuan tatap muka itu memberikan penjelasan pertanyaan dalam hati.

Sejak Zainudin mengetahiu bahwa suratnya diterima baik oleh Hayati, yang artinya
pengharapannya bukan sekedar angan-angan. Zainudin kemudian memberanikan dirinya
mengirimi surat lagi kepada Hayati. Sampai kepada suratnya yang ketiga, saat Zainudin
menuggu-nugggu balasannya. Ahmad, adik Hayati, membawa surat balasan. Berdebar-debar
jantung Zainudin hendak membuka sampul surat itu. Setelah membacanya. Zainudin merasa isi
surat balasan Hayati dingin, dalam suratnya Hayati meminta bertemu dengan Zainudin di dangau
di sawah. Sore hari, saat orang-orang berangsur pulang dari sawah, Zainudin telah berdiri
menunggu Hayati di dangau tersebut. Tidak beberapa saat kemudian, Hayati datang pula
ditemani dengan adiknya.

Pengakuan Zainudin akan perasaannya terhadap Hayati dan meminta Hayati membalas
perasaannya. Awalnya pengakuan Hayati akan perasaannya tidak mencintai Zainudin , Hayati
meminta agar diantara keduanya lebih baik menjadi sahabat saja. Sebab dia merasa takut kalau-
kalau perasaannya membawa kesesatan iman. Penyataan Hayati yang menolak Zainudin
membuat jiwa Zainudin seketika mati. Maka pergilah Zainudin meniggalkan Hayati dengan
perasaan kacau. Meneteslah air mata Hayati, ternyata vonisnya telah memberikan kematian
terhadap dirinya sendiri. Dia tidak bisa membohongi perasaannya terhadap Zainudin . Melihat
keadaan Hayati yang seperti itu, Ahmad berlari-lari mengejar Zainudin , didapatinya Zainudin
tengah duduk tersimpuh ditepi bandar air. Dibimbingnya Zainudin kembali kedangau tadi. Setelah
Zainudin kembali, Hayati kemudian mengakui akan perasaan hatinya yang sebenarnya terhadap
Zainudin . Mencintai Zianudin. Pernyataan Hayati telah mengembalikan jiwa Zainudin yang
sempat mati.
Hubungan Hayati dan Zainudin kemudian tersiar didusun kecil itu, Batipuh, menjadi
perbincangan, gunjingan bisikan dan desas-desus dari mulut kemulut. Perbuatan Hayati dan
Zainudin yagn berkirim-kirim surat, bermain mata dan menjalin hubungan dianggap telah
mencoreng persukuan Hayati. Bagi negeri yang beradat perbuatan demikian, menghinakan
derajat anak-anak muda yang belum kawin seakan-akan kampung tak beradat.

Zainudin diajak berbincang-bincang oleh Datuk perihal perbincangan orang mengenai


hubungannya dengan Hayati, yang dianggap telah melakukan perbuatan buruk, yang pantang
benar didalam negeri yang beradat seperti Minangkabau. Dimintanya agar Zainudin menjauhkan
diri dari Hayati, menghilangkan perasaannya terhadap Hayati dan meminta Zainudin agar pergi
dari Batipuh.

Pernyataan Datuk kepada Hayati bahwasanya Zainudin tak sesuai dijadikan sebagai
pendamping hidupnya. Di rumah bokonya, Mande jamilah meminta Zainudin agar meninggalkan
Batipuh dan tinggal di Padang Panjang sebab nama Zainudin sudah menjadi buah bibir, yang
membuat anak-anak muda bermaksud jahat kepada Zainudin . Zainudin memutuskan untuk pergi
dari dusun Batipuh dan menuju ke Padang Panjang. Dalam perjalannya, ditepi jalan menuju
Padang Panjang, terlihat olehnya seorang perempuan bersama seorang anak laki-laki.
Perempuan itu adalah Hayati dan Ahmad.

Hayati melihat Zainudin yang hendak ke Padang Panjang di tepi jalan ditemani Ahmad.
Janji Hayati kepada Zainudin untuk selalu mencintainya apapun yang terjadi dan akan menunggu
Zainudin sampai kapan pun. Zainudin tinggal di Padang Panjang yang tidak begitu jauh dari
Batipuh. Hayati mengirimi surat Zainudin belajar mendalami ilmu agama. Dia juga belajar bahasa
inggeris dan mendalami bahasa belanda. Hayati menginap dirumah khadijah untuk menonton
pacu kuda dan pasar malam. Hayati berkenalan dengan Aziz. Zainudin dan Hayati bertemu di
pacu kuda yang saat itu Hayati berpakaian yang lain dari biasanya.
Zainudin mengirimkan surat kepada Hayati, mengomentari pakaian yang menurutnya tak
pantas untuk dikenakan. Makian khadijah terhadap surat yang dikirimkan Aziz. Niatan keluarga
Aziz yang hendak menjadikan hayati sebagai menantu. Keluarga Aziz datang mengunjungi
keluarga Hayati untuk meminang. Zainudin mendapat kabar duka dari Mengkasar lewat sepujuk
surat dari Daeng Masiga bahwa Mak Base telah wafat. Di dalam surat itu disertakan pula harta
peninggalan Mak Base, uang 3000. Zainudin memberanikan diri mengirimkan surat kepada Datuk
untuk meminang Hayati.

Ninik mamak hayati berkumpul untuk memusyawarahkan pinangan dari Aziz dan Zainudin
. Mereka memutuskan menerima pinangan Aziz dan menolak Zainudin dengan alasan kejelasan
persukuan dan pencaharian. Surat penolakan minangan Zainudin diterima yang memutuskan
harapan Zainudin . Zainudin pergi dari Padang Panjang selama 10 hari kebeberapa tempat di
sekitas Sumatra barat untuk menenangkan diri. Sekembalinya di Padang Panjang Zainudin
menerima surat dari Khadijah isinya memperingatkan agar dia tidak lagi mengganggu Hayati
yang akan menikah dengan kakaknya Aziz. Perkenalannya dengan Muluk yang kemudian
menjadi sahabat karibnya disaat suka mahupun duka. Zainudin meminta bantuan Muluk untuk
menyelidiki asal usul Zainudin.

Zainudin mengetahui perangai buruk dari Aziz melalui cerita Muluk. Zainudin mengirimi
surat kepada hayati mengenai perangai buruk Aziz. Hayati membalas surat Zainudin , isinya
memperingatkan agar Zainudin tidak usah lagi mengurusinya lagi dan pernyataan yang sudah
tidak mencintai Zainudin lagi. Nasihat Muluk agar Zainudin melupakan hayati dan mencari
perempuan baik lain yang lebih pantas bersanding dengannya. Berlangsungnya perkawinan
antara Aziz dan Hayati. Zainudin jatuh sakit mendengar kabar penikahan Hayati. Zainudin sakit
selama dua bulan lamanya.

Hayati datang menjenguk Zainudin bersama suaminya Aziz. Zainudin pulih dari sakitnya
dan menyadari bahwa Hayati sudah menjadi milik orang lain. Zainudin memutuskan untuk
meninggalkan tanah Minangkabau dan pindah ketanah jawa tepatnya di Jakarta bersama dengan
Muluk. Zainudin tinggal di Jakarta. Disana dia dan Muluk menyewa kamar kecil di kampung yang
masih sepi. Dia mulai menyelesaikan hikayat-hikayatnya yang sempat tertunda dan kemudian
mengirimkannya ke media surat kabar. Dari ditu dia mendapat honorarium walupun sedikit.
Namun tak disangka hikayatnya disenangi banyak orang. Dan kemudian Zainudin menjadi
penulis terkenal dengan permulaan huruf Z.

Zainudin dan Muluk pindah ke Surabaya. Di kota itu Zainudin mengembangkan karirnya
sebagai penulis dan menerbitkan sendiri karyanya sampai kepelosok nusantara. Hayati dan Aziz
pindak kekota surabaya, karena Aziz di pindah tugaskan. Hayati dan Aziz bergabung dalam club
anak sumatera. Mereka memenuhi undangan dalam acara club anak sumatera. Hayati, Aziz dan
Zainudin bertemu dalam acara kelab anak sumatera. Aziz tak menyangka penulis yang terkenal
itu adalah Zainudin orang yang selama ini dipandang hina. Aziz dan Zainudin mulai berkawan.

Perangai Aziz mulai nampak kepermukaan oleh Hayati. Rumah tangga mereka mulai
berantakan. Hingga pada suatu saat rumahnya disita karena Aziz terbelit hutang judi. Aziz
meminta bantuan kepada Zainudin . Kemudian Aziz dan Hayati tinggal menumpang di rumah
Zainudin. Aziz mencari pekerjaan ke Banyuwangi. Namun hayati tetap tinggal di rumah Zainudin
hingga Aziz mendapat pekerjaan. Selang beberapa bulan Aziz pergi. Aziz mengirimkan surat
cerai. Mengembalikan Hayati ke tangan Zainudin. Surat kabar memberitakan kematian seorang
Sumatera yang gantung bunuh diri dikamar hotel yang ternyata adalah Aziz.

Zainudin memutuskan untuk memulangkan Hayati ke Minangkabau. Sebenarnya Hayati


ingin tinggal bersamanya. Namun karena Zainudin masih enggan merajut lagi cintanya karena
masih teringat penghianatan Hayati terhadapnya. Hayati berlayar ke Padang dengan kapal Van
Der Wijck. Dia diantar kepelabuhan oleh muluk. Dititikannya sepucuk surat untuk Zainudin
sebelum kapal mulai berlayar.

Keesokan harinya Zainudin mendapat kabar bahwa kapal Van Der Wijck karam. Dia
cemas akan keadaan Hayati yang menumpangi kapal tersebut. Dicarinya informasi mengenai
keberadaan Hayati. Selamat atau tidaknya hayati. Kemudian Zainudin dan Muluk mencarinya ke
lamongan, tempat para korban kapal karam di beri pertolongan. Didapatinya hayati disana yang
sudah tergolek lemah. Hayati meninggal dunia setelah dua hati dirawat.
Zainudin terasa atas kematian Hayati. Dia tidak bergairah lagi mengarang, membuat
hikayat-hikayat indah. Zainudin jatuh sakit. Dalam sakitnya dia menulis surat wasiat yang isinya
mewariskan seluruh harta peninggalannya kepada Muluk, sahabat karibnya. Zainudin meninggal
dunia. Berita kematiannya dimuat dikoran-koran. Zainudin dikebumikan oleh Muluk disamping
pusara Hayati orang yang sangat dicintainya.

Antara ulasan yang dapat saya ulaskan ialah dalam novel Tenggelamnya Kapal Van Der
Wijck menceritakan suatu kisah cinta murni diantara sepasang remaja, yang berteraskan
keikhlasan dan kesucian jiwa, dimana watak utamanya itu mengalami kekecewaan dan
percintaannya yang terlalu mendalam kepada perempuan yang di sukainya oleh itu, saya lebih
menitik berat melalui pendekatan psikologi. Pendekatan psikologi menekankan analisis terhadap
karya sastra dari segi intrinsik, khususnya pada penokohan atau perwatakannya. Penekanan ini
dipentingkan kerana watak utama banyak mengalami masalah melibatkan hati dan perasaan.
Dan yang jadi pertanyaan, kenapa Zainuddin fustasi dan kecewa? Jawabanya karena dia kecewa
lamarannya telah di tolak oleh keluarga Hayati dengan alasan Zainuddin tidak mempunyai suku
dan Zainuddin frustrasi bahkan hampir gila karena Hayati menikah dengan sepupunya Khadijah
yang bernama Aziz.

Pada dasarnya pendekatan sosiologi sebagai alat bantu untuk memahami keadaan di
sekitar kita atau kehidupan baik dunia persahabatan, percintaan dan masih banyak lagi. Dalam
novel “Teggelamnya Kapal Vander Wijck” pada dasarnya menceritakan kisah seorang Zainudin
yang melakukan perjalanan ke kampung halamannya Minang Kabau dan sempat mengadu kasih
dengan seseorang pujaan hatinya iaitu Hayati, namun disebalik itu kehidupan Zainuddin tidak
mendapat restu keluarganya kerana dia orang yang tidak mempunyai suku.

Kekurangan yang terjadi dalam novel ini adalah tidak adanya sokongan dari keluarga
dalam hubungan percintaan kerana hanya disebabkan salah satu pihak tidak mengakui keaslian
kesukuan seseorang iaitu Zainuddin kerana adat Minangkabau harus suku asli di situ bukan
sistem peranakan. Sementara kita melihat latar belakang Zainuddin seorang keturunan
bangsawan akan tetapi ayahnya kahwin dengan suku Mekasar (Makassar) sehingga Zainudin
tidak diakui lagi sebagai orang suku Minangkabau.
Kekurangan didunia percintaan yang dialami Zainuddin adalah mengganggu komitmen
Hayati untuk menjalin kasih sayang walaupun tidak ada restu dari keluarga, sehingga
menghadirkan rasa kekecewaan dari salah satu pihak dan hubungan kedua-dua belah pihak
menjadi tidak baik dalam hubungan percintaan jauh lebih baik dari pada sebelumnya.

Ketika kita melihat realiti yang terjadi sekarang itu jauh lebih baik ketika dunia percintaan
yang ada dalam novel “Tenggelamnya Kapal Vander Wijck” kerana pada dasarnya hubungan
percintaan saat ini tidak menekankan kepada kesukuan akan tetapi lebih mementingkan kasih
sayang dan perasaan kerana demokrasi dalam bingkai kesamaan sosial masyarakat.

Apabila membaca karya-karya Hamka, termasuk dalam novel Tenggelamnya Kapal Van
Der Wjick, aspek-aspek keislaman dan dakwah keislaman dapat kita rasakan. Dalam novel
tersebut, dakwah keislaman itu terasa dari penokohan yang dilakukan pengarang. Sebagai
contoh, ada pernyataan dalam novel bahwa tokoh Zainuddin, setelah berpisah dengan Hayati,
berniat dan bercita-cita untuk mendalami ilmu dunia dan akhirat supaya nanti menjadi seorang
yang berguna. Angan-angan Zainuddin adalah menjadi orang alim, sehingga apabila kembali
kekampungnya dapat membawa ilmu. Zainuddin sendiri adalah keturunan dari ayah dan ibu ahli
ibadah.

Apa yang dilakukan Hamka dalam penokohan diatas, menurut saya adalah salah satu
cara dakwah yang dilakukanya, suatu upaya untuk memberitahu kepada pembaca bahwa betapa
mulia orang yang berilmu dan ahli ibadah. Dakwah yang dilakukan itu sangat halus. Dalam novel
Tenggelamnya Kapal Van Der Wjick karya Hamka aqidah atau kepercayaannya sangat kuat
dengan budaya islamik untuk lebih menjelaskan penulis memaparkan plot ceritanya sebagai
berikut :

“………….lepaskan saya berangakat kepadang. Kabarnya konon, disana hari ini telah ada
sekolah agama. Pelajaran akhirat telah diatur dengan sebagus-bagusnya apalagi, puncak
singgalang dan merapi sangat keras seruannya kepada ku rasanya. Saya hendak melihat tanah
asalku, tanah tempat ayahku dilahirkan hadulunya. Mak Base banyak orang memuji daerah
Padang, banyak orang yang bilang agama islam masuk kemaripun dari sanah. Lepaskan saya
berangkat kesana”.(1986:22)
Kata syari’ah adalah bahasa Arab yang diambil dari kata asal kata syari’ah. Dengan erti
kata lain ialah perundangan. Perkataan atau istilah “Syari’ah Islam” memberi erti hidup yang
harus dilalui atau perundangan yang harus dipatuhi oleh seorang yang beragama islam. Tuhan
itu adalah Syari’ah itu mengandung kebenaran menyeluruh, ertinya tidak ada kelemahan dan
pertentanagan dalam dirinya sendiri. Akhlak islam adalah suatu sikap mental dan perbuatan yang
luhur. Dan novel Tenggelamnya Kapal Van Der Wjickkarya Hamka, penulis menemukan pelbagai
akhlak yang sangat mulia terutama dari watak utama iaitu tokoh Zainuddin. Kebaikan akhlak
Zainuddin boleh kita lihat pada penggalan cerita berikut ini:

“Zainuddin seorang yang terdidik lemah lembut, didik ahli seni, ahli syair, yang lebih suka
mengalah untuk kepentingan orang lain”.(1986:27)

You might also like