Skrip Pengerusi Program Formula A

You might also like

Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 3

KATA ALUAN ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAHI WABARAKATUH..

DAN SALAM SEJAHTERA.


Yang Dihormati ,
Encik Muhammad Syafie Bin Abdullah,
Pengasas Ad Dhuha Service & Consultant
selaku penceramah kita pada petang ini.

Yang Berusaha,
Pn Nor Azlina binti Md Yusof,
Penolong Kanan Petang SMK Taman Kota Jaya,

Pn. Maswati binti Tumin


Penyelaras Program Motivati Formula Juara A+

Barisan guru sesi petang SMKTKJ,

Serta murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah bersyukur kehadrat Illahi kerana dengan


keizinannya dapat kita berkumpul bersama-sama dalam
Program Motivati Formula Juara A+ pada hari ini.

BACAAN DOA Bagi memohon keberkatan majlis kita pada petang ini, majlis
menjemput Ustaz Farhi Naim bin Abdul Kadir untuk bacaan
doa.
Dipersilakan

Amin..

Terima kasih diucapkan kepada Ustaz Farhi Naim atas bacaan


doa itu tadi.

UCAPAN Melihat teruna terkelu lidah


SELAMAT Menjadi sejarah satu kenangan
DATANG
Orang di nanti berkunjung sudah
Selamat datang kami ucapkan
Selamat datang jdiucapkan kepada
Yang Dihormati ,
Encik Muhammad Syafie Bin Abdullah,
Pengasas Ad Dhuha Service & Consultant
selaku penceramah kita pada petang ini.Terima kasih atas
kesudian tuan untuk bersama-sama berkongsi ilmu kepada
warga pendidik dan anak murid SMK Taman Kota Jaya.

PENGENALAN Hadirin Sekalian,


PROFIL
PENCERAMAN/
Sebentar lagi kita akan mengikuti slot ceramah yang akan
disampaikan oleh penceramah jemputan kita. Sebelum
itu,izinkan saya membacakan serba sedikit biodata diri
penceramah kita pada petang ini

Encik Muhammad Syafie Bin Abdullah merupakan


Pengasas Ad Dhuha Service & Consultant yang beroperasi di
Dewan Perniagaan Islam Malaysia, Kempas Utama, Johor
Bahru. Mempunyai ijazah dalam bidang psikologi.Telah
berkahwin dan kini menetap di Pasir Gudang.
Merupakan timbalan Pengerusi Pertububan Harmoni
*DAKWAH* PELBAGAI MASYARAKAT MAJMUK

Beliau juga berpengalam dalam bidang syarahan dan telah


menyandang Naib Juara Mahrajan Islami 2017 peringkat
kebangsaan kategori (syarahan) JABATAN AGAMA ISLAM
JOHOR. Manakala menjadi JOHAN Mahrajan Islami 2019
kategori (Syarahan) peringkat Negeri JABATAN AGAMA
ISLAM JOHOR

Beliau merupakan
Master Trainer
-Formula Juara A+
- Ibubapa Terbaik Anak Hebat (IBTAH)
-Sahsiah Jati Diri pelajar bermasalah (mencungkil masalah
dalaman pelajar)

MENJEMPUT Tanpa melengahkan masa, majlis menjemput Encik


PENCERAMAN
Muhammad Syafie Bin Abdullah untuk menyampaikan
ceramahnya pada hari ini.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

------------------------------------------------------------------------

Majlis mengucapkan jutaan terima kasih kepada .


Yang dihormati Encik Muhammad Syafie Bin
Abdullah Pengasas Ad Dhuha Service & Consultant,atas
ceramah dan aktiviti yang cukup menarik pada hari ini.

PENYERAHAN Sidang hadirin sekalian,


CENDERAMATA

Seterusnya adalah penyampaian cenderahati sebagai tanda


kenangan sekalung budi seuntai kasih, majlis mempersilakan
Yang Berusaha Pn Nor Azlina binti Md Yusof,
Penolong Kanan Petang SMK Taman Kota Jaya untuk
menyampaikan cenderamata kepada penceramah kita pada
hari ini.

Dipersilakan Yang dihormati Encik Muhammad Syafie Bin


Abdullah untuk menerima cenderahati.

Terima kasih diucapkan kepada Yang berusaha Yang


Berusaha Pn Nor Azlina binti Md Yusof,
dan terima kasih juga kepada penceramah kita pada hari ini.

Terima kasih daun keladi


Kalau dijemput datanglah lagi

PENUTUP Syabas semua atas kesabaran dan perhatian yang diberikan sepanjang
slot ini diadakan. Mudah-mudahan ada sesuatu yang telahpun kita perolehi
pada majlis hari ini .
Majlis kita telah sampai ke penghujungnya.
Murid-murid boleh ke kantin untuk rehat seterusnya ke surau bagi
menunaikan solat Fardu Asar
Seterusnya pada pukul 5.45 dikehendaki berkumpul di dataran untuk
Perjumpaan Kokurikulum Sukan dan Permainan.

Sekian,wabillahitaufiqwahidayah..assalamualaikum dan salam sejahtera.

You might also like