Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

1.

0 Pengenalan

Tidak dapat dinafikan bahawa setiap ibu bapa adalah pelengkap kepada sekolah. Jaringan
hubungan yang baik dan berkesan antara pihak sekolah dan ibu bapa merupakan faktor
penentu kecemerlangan anak-anak dalam akademik. Hubungan istimewa antara pihak
sekolah dengan ibu bapa membolehkan pihak sekolah menggunakan peluang yang sedia
wujud untuk mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama.. Sekolah cemerlang dan
berkesan diterajui oleh pentadbir dan guru-guru yang bersedia melakukan perubahan
dengan kerjasama yang padu daripada ibu bapa. Sejajar untuk menghasilkan pendidikan
berkualiti, sokongan dan kerjasama ibu bapa memainkan peranan penting untuk menjadikan
sesebuah sekolah itu hebat dan berjaya.

Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP) 2006-2010 yang dilancarkan adalah


bermatlamatkan pembangunan satu sistem pendidikan bertaraf dunia untuk melahirkan
modal insan ’Minda Kelas Pertama’ yang dapat melonjakkan Malaysia ke status negara
maju. Antara faktor kritikal kejayaan yang dikenalpasti untuk mencapai kecemerlangan
institusi pendidikan adalah kerjasama dan komitmen warga pendidikan serta kerjasama dan
komitmen semua pihak berkepentingan (stakeholders). Pihak berkepentingan yang
dinyatakan ini adalah merujuk kepada ibu bapa manakala warga pendidikan pula merujuk
kepada pihak sekolah seperti guru dan pentadbir. Jadi, kedua-dua pihak ini perlu saling
bekerjasama dan memainkan peranan masing-masing khususnya mereka yang terlibat
dalam program Pemulihan Khas.

2.0 Peranan ibu bapa terhadap Program Pendidikan Pemulihan di sekolah

Ibu bapa memainkan peranan yang penting dalam sesebuah keluarga. Sebagai
anak, seseorang itu memerlukan bantuan dan sokongan daripada ibu bapa untuk mencapai
kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Dengan bantuan dan doa daripada ibu bapa,
anak-anak mampu mencipta kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran. Ibu bapa
mempunyai tanggungjawab yang amat besar terhadap anak-anak dan rumah tangga.
Sekiranya, ibu bapa sering mengabaikan anak-anak, anak-anak pasti berasa dirinya terabai
dan mereka akan melibatkan diri dalam kegiatan gejala sosial yang tidak baik. Oleh hal yang
demikian, ibu bapa perlulah bertanggungjawab dan memastikan anak-anaknya cemerlang
dalam pelajaran. Persoalannya, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan oleh ibu bapa
untuk membantu anak-anak mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelajaran?

1
2.1 Peranan ibu bapa membina hubungan yang baik dengan pihak sekolah

Oleh yang demikian, dalam usaha mencapai matlamat PPIP ini ibu bapa perlu
membina hubungan yang baik dengan pihak sekolah. Hubungan baik ini boleh terbina
melalui amalan kolaborasi yang berkesan antara ibu bapa dengan pihak sekolah. Ibu bapa
haruslah sering mengadakan perbincangan dengan pihak sekolah untuk pencapaian
akademik murid. Melalui perbincangan tersebut ibu bapa akan mendapat maklum balas
tentang kemajuan akademik anak-anak dan mereka juga boleh turut menyumbang idea
berkaitan kaedah pengajaran yang lebih sesuai bagi mengoptimumkan pencapaian
akademik anak-anak. Di samping itu, guru-guru juga dapat mengenali latar belakang murid
dengan lebih mendalam melalui perbincangan yang dijalankan. Namun, perbincangan ini
bukanlah hanya tertumpu kepada bidang akademik semata-mata malah, ibu bapa juga
boleh mengamalkan budaya berbincang apabila berlaku sesuatu kes melibatkan murid
seperti kes disiplin.

Tambahan lagi, ibu bapa perlulah sentiasa berhubung dengan pihak sekolah
terutama guru kelas dan guru disiplin bagi mendapatkan maklumat tentang perkembangan
sahsiah mereka. Usaha ini penting kerana jika anak-anak menghadapi masalah dalam
pelajaran atau masalah disiplin, ibu bapa boleh bertindak segera untuk menangani masalah
tersebut. Seterusnya, majlis permuafakatan ilmu boleh dijadikan sebagai medium dalam
pembinaan hubungan baik antara ibu bapa dengan pihak sekolah secara lebih praktikal.
Misalnya, ibu bapa menghadiri majlis kecemerlangan atau ceramah yang dianjurkan oleh
pihak sekolah. Melalui ceramah ini, ibu bapa akan memperoleh bimbingan tentang
bagaimana untuk membantu anak-anak dalam pelajaran. Kajian Epstein (2001) pula
mendapati pencapaian murid adalah lebih baik apabila ibu bapa terlibat dalam pendidikan
anak-anak tanpa mengira aspek sosio-ekonomi, latar belakang, etnik atau keturunan, dan
tahap pendidikan mereka.

2.1 Peranan ibu bapa mewujudkan kolaborasi dengan pihak sekolah

Selain itu, ibu bapa boleh mewujudkan kolaborasi dengan pihak sekolah dengan
harmoni dalam usaha memajukan pencapaian anak-anak dalam akademik. Kolaborasi
antara pihak berkepentingan ini boleh dilihat melalui program perkongsian pintar.
Perkongsian pintar adalah satu gabungan strategik yang membawa faedah sinergi kepada
semua pihak yang terlibat. Ibu bapa boleh turut sama menyumbang idea, tenaga atau
kepakaran dalam usaha memantapkan penguasaan akaddemik murid seperti mana yang
terkandung di dalam surat pekeliling ikhtisas bil. 1/2018: Garis panduan penglibatan ibu
bapa/ penjaga dan komuniti sebagai sukarelawan di dalam kelas (SdK). Usaha ini dijalankan
adalah untuk mencapaikan hasrat Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

2
iaitu, memupuk kerjasama dengan ibu bapa, komuniti dan sektor swasta secara meluas. Ibu
bapa turut berperanan dalam memberi sumbangan tenaga dan bahan kepada tempat
program intervensi itu dijalankan yakni sekolah. Terdapat pelbagai sumbangan antaranya
ialah dengan menyediakan alat bantu mengajar, mewujudkan persekitaran yang ceria di
dalam kelas. Mengikut Khairulaniza (2007), kejayaan misi membangunkan modal insan
bukan hanya terletak di bahu pihak sekolah mahupun kerajaan, tetapi harus didokong oleh
ibu bapa.

Dalam isu menyerahkan sepenuhnya pendidikan anak-anak kepada sekolah menjadi


budaya kebanyakan ibu bapa yang tidak berfikiran terbuka. Ibu bapa menyerahkan bulat-
bulat anak mereka kepada sekolah untuk memberi pendidikan yang sewajarnya. Menurut
Ann Vivien (2015), Ketua Pergerakan Wanita Umno Pensiangan Hajah Zaiton OKK Anik
berkata, tanggapan segelintir ibu bapa yang menyerahkan bulat-bulat adalah tidak betul
kerana pendidikan awal kanak-kanak sebenarnya bermula di rumah dan ibu bapa yang
memulakannya sebelum mereka melangkah ke alam persekolahan. Dalam menangani isu
disiplin pula, guru-guru berhadapan dengan pelbagai dilema, cabaran dan tekanan. Jika
berlaku masalah disiplin dalam kalangan murid-murid, guru akan dipersalahkan. Pihak
sekolah pula menerima tekanan yang hebat apabila ibu bapa tidak menyokong tindakan
guru membendung masalah disiplin. Oleh yang demikian ibu bapa perlu memainkan
peranan mereka dengan menggalas tugas yang sama seperti guru khususnya dalam aspek
pembelajaran anak-anak.

2.2 Peranan ibu bapa dalam memberi intervensi awal

Peranan ibu bapa bukan hanya dilihat pada bakti mereka dalam pembelajaran anak
di sekolah semata-mata, malah mereka juga berperanan dalam memberi intervensi awal di
rumah. Tujuan intervensi awal adalah membekalkan perkhidmatan, pendidikan, dan
sokongan kepada kanak-kanak yang berisiko atau yang mengalami kelambatan dalam
perkembangan fizikal atau mental seterusnya mengganggu perkembangan pembelajaran
mereka. Penglibatan ibu bapa dalam intervensi awal ini mampu memberikan kesan positif
terhadap murid pemulihan. Kajian mendapati bahawa jika ibu bapa melibatkan diri dalam
pendidikan anak-anak, pencapaian akademik anak menjadi bertambah baik (Kim, 2002).
Berbeza pula dengan anak yang sering melakukan aktiviti program intervensi tanpa
sokongan ibu bapa di mana mereka tiada semangat untuk melakukannya.

Salah satu intervensi awal yang boleh ibu bapa berikan adalah merujuk pakar
perubatan berkaitan permasalahan yang dialami oleh anak mereka. Mereka perlu berkongsi
segala maklumat dengan pakar ini untuk tujuan mencari penyelesaian bagi masalah
tersebut. Tujuan sebenar pemberian maklumat daripada ibu bapa adalah supaya pihak

3
profesional terbabit mengetahui dan mendiagnosis masalah anak mereka dan secara tidak
langsung memberi beberapa panduan atau langkah pencegahan supaya anak mereka tidak
menjadi lebih teruk di kemudian hari.

Selain itu, ibu bapa perlu mengambil berat tentang pembelajaran anak-anak bagi
tujuan untuk mengukuhkan pembelajaran mereka. Melalui amalan ini, ibu bapa dapat
mengetahui apa yang dilakukan dan diajar kepada anaknya pada hari tersebut. Maka,
mereka dapat menentukan sama ada aktiviti tersebut sesuai atau tidak dengan jenis
ketidakupayaan anak mereka. Setelah tempoh program intervensi dilakukan terhadap anak
mereka, ibu bapa perlu mendapatkan maklum balas dari guru berkaitan dengan perubahan
tingkah laku anaknya sepanjang berada di kelas. Tujuannya adalah untuk ibu bapa
mengetahui keberkesanan program intervensi tersebut dan membuat keputusan samada
program intervensi tersebut perlu diteruskan atau tidak. Selain itu, guru akan memberitahu
segala perkara berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak tersebut hasil dari
pemerhatiannya di kelas.

Justeru, program intervensi awal ini perlu dberi perhatian oleh ibu bapa. Walaupun ia
dianggap remeh tetapi ia amat memberi kesan positif terhadap anak yang mengalami
pelbagai jenis ketidakupayaan. Jika ibu bapa peka dengan keadaan yg dialami oleh anak,
maka langkah pencegahan boleh dilaksanakan supaya ia tidak menjadi lebih teruk. Tanpa
disedari atau tidak, secara tauladan dan arahan, ibu bapa telah mengajar anak-anak sejak
dari awal lagi iaitu sebelum anak-anak melangkah ke alam persekolahan. Segala perlakuan
dan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa mempengaruhi perkembangan pembelajaran
anak-anak. Hal ini selari dengan kenyataan yang dibuat oleh National Parent Teacher
Association (NPTA) di Amerika Syarikat iaitu selain daripada menjadi ibu bapa, mereka
berperanan sebagai model ikutan dan menjadi guru yang paling awal kepada anak-anak
(Hassan, 2006) dalam (Abidah, 2014).

3.0 Kesimpulan

Natijahnya, jelaslah kepentingan ibu bapa melibatkan diri secara aktif dalam alam
pendidikan anak-anak tidak dapat dinafikan. Ibu bapa perlu lebih proaktif dalam membina
hubungan dengan sekolah untuk mewujudkan “chemistry” antara kedua-dua pihak. Ini
membolehkan pihak sekolah menggunakan peluang-peluang yang sedia wujud untuk
mendapatkan bantuan, sokongan dan kerjasama demi kebaikan sistem pendidikan di
sekolah tersebut.

4
RUJUKAN

Abidah Abd. Rahman. (2014). Penglibatan ibu bapa dalam pelaksanaan rancangan
pendidikan individu (RPI) murid berkeperluan khas. Universiti Pendidikan Sultan
Idris.

Ann Vivien. (2015). Ibu bapa boleh membantu meningkatkan pencapaian anak, Sayang
Sabah, 21 November, Diakses pada 5 Mac 2018 daripada
https://www.sayangsabah.com/ibu-bapa-boleh-membantu-meningkatkan-
pencapaian-anak/

Epstein, J.L. (2001). School, Family, and Community Partnerships: Preparing Educators and
Improving Schools. Boulder:Westview Press.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2018). Garis panduan penglibatan ibu bapa/ penjaga
dan komuniti sebagai sukarelawan di dalam kelas (SdK). Surat pekeliling iktisas bil
1/2018, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Kementerian Pendidikan Malaysia (2013). “Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-


2025. Diakses pada 6 Mac 2018 daripada
https://www.moe.gov.my/images/dasarkpm/PPP/articlefile_file_003107.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia (2006). “Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PPIP)


2006-2010.

Khairulaniza Khairudin (2007). “Peranan Ibu Bapa Membangunkan Modal Insan.” Jurnal
Ehwal Pendidikan. 1. 38 – 41.

Kim, E. (2002). The relationship between parental involvement and children’s educational
achievement in the Korean immigrant family. Journal of Comparative Family Studies,
33 (4), 529-540.

You might also like