Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

LAPORAN AKTIVITI MEMBALUT BUKU TEKS

Aktiviti ini dijalankan pada 10 Januari 2017, Khamis. Aktiviti ini dilaksanakan
pada pukul 7.15 pagi sehingga 8.15 pagi. Aktiviti membalut buku teks dilaksanakan
untuk tujuan meningkatkan rasa tanggungjawab murid terhadap buku teks dan
sayangi akan buku teks masing-masing.

Pada 9 Januari 2017, semua murid diingatkan untuk membawa semua buku
teks yang dibekalkan. Pada pukul 7.15 pagi, semua murid telah berkumpul di ruang
makanan RMT. Murid-murid telah membawa kesemua buku teks yang dibekalkan.
Mula-mula, guru SPBT telah memberikan sedikit ucapan berkenaan kepentingan
menjaga buku teks. Guru SBPT telah mengira buku teks murid-murid untuk
mengenalpasti sekiranya terdapat murid-murid yang kekurangan buku teks.

Seterusnya, guru telah minta murid mengetepikan buku teks yang tidak
dibalut. Guru SPBT telah menunjuk ajar cara membalut buku teks kepada murid-
murid. Kemudian, murid-murid telah dibekalkan pembalut buku dan pelekat. Murid-
murid telah membalut buku teks masing-masing. Aktiviti ini akan membolehkan
murid-murid lebih bertanggungjawab dan mempunyai rasa kesepunyaan terhadap
buku teks masing-masing. Guru SPBT telah membantu murid-murid yang tidak tahu
membalut buku teks.

Pada pukul 8.10pagi, murid-murid telah menunjukkan buku teks yang siap
dibalut kepada guru SPBT. Akhirnya, guru SPBT menekankan akan kepentingan
menjaga buku teks masing-masing.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………....... …..…………………………
(CIK.N.PUNITHA) (PN.S.PUSPAVALLI)
SU SPBT HEM
Laporan Bergambar

Murid-murid sedang mengira buku teks

Murid sedang mengasingkan buku teks yang tidak dibalu


Murid dibimbing cara membalut buku teks

Murid sedang membalut teks tanpa bimbingan guru


Laporan Pemeriksaan Mengejut Buku Teks (Sport Check Buku Teks)

Pada 8 Mac 2017, unit SPBT dengan kerjasama guru-guru SJK(T) Ladang
Kim Seng telah mengadakan pemeriksaan buku teks pada waktu pertama disetiap
kelas.

Pemeriksaan menyeluruh terhadap buku teks murid termasuklah balut buku


teks, maklumat diri murid di belakang buku teks, buku teks rosak, buku teks bukan
hak milik dan buku teks hilang.

Murid yang melakukan kesalahan diatas telah diberi amaran serta


pemantauan kali kedua akan dilaksanakan pada minggu seterusnya. Murid-murid
akan diingatkan setiap pagi perhimpunan pada minggu akan datang oleh guru SPBT
supaya membalut buku teks dan menulis maklumat diri serta penjagaan yang baik
terhadap buku teks masing-masing.

Dengan ini, diharapkan murid mempunyai kesedaran, menyayangi serta


menghargai buku teks masing-masing melalui penjagaan yang elok terhadap buku
teks.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………....... …..…………………………
(CIK.N.PUNITHA) (PN.S.PUSPAVALLI)
SU SPBT HEM
Laporan bergambar

Murid sedang mengeluarkan kesemua buku teks yang dibawa pada hari tersebut

Buku teks yang tidak dibalut


Pemeriksaan maklumat diri murid
LAPORAN AKTIVITI MEMBAIKPULIH BUKU TEKS

Pada 19 April 2017 (Rabu), aktiviti membaik pulih buku teks dilaksanakan.
Aktiviti ini dilaksanakan pada pukul 7.15pagi sehingga 8.15pagi. Murid-murid telah
dikumpulkan di ruang makanan RMT. Murid telah membawa buku teks yang perlu
dibaikpulih.

Pertamanya, guru SPBT telah menerangkan peraturan SPBT dimana


membalut buku teks dengan plastik lut sinar, membawa buku teks ke sekolah, tidak
meninggalkan buku teks di kelas atau merata-rata tempat, tidak meminjamkan buku
teks kepada pelajar lain, tidak menconteng,merosakkan atau menghilangkan buku
teks dan mengambil dan memulangkan buku teks pada waktunya. Melalui aktiviti
ini, semua murid telah mengetahui kesemua peraturan yang perlu dipatuhi.

Seterusnya, guru SPBT menerangkan cara membaikpulih buku teks yang


betul. Contohnya, murid boleh memperbaiki buku yang koyak dengan menggam dan
menampal. Murid-murid tidak boleh menggunakan pelekat hitam untuk menampal
bahagian buku teks yang rosak. Selepas taklimat guru SPBT, murid-murid mula
membaikpulih buku teks masing-masing. Guru SPBT telah membimbing murid-murid
untuk memperbaiki buku teks.

Aktiviti ini membolehkan kesemua murid mengetahui akan cara membaikpulih


buku teks yang betul. Selepas memperbaiki buku teks, murid-murid telah
menunjukkan buku teks kepada guru SPBT.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

……………………....... …..…………………………
(CIK.N.PUNITHA) (PN.S.PUSPAVALLI)
SU SPBT HEM
Laporan bergambar

Guru bimbing murid membaikpulih buku teks

You might also like