Esei 1 MDM Sauda Anta Lps Ub

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 Pengenalan sumber Pengajaran dan Pembelajaran dalam mata

pelajaran Sejarah

Bahan pengajaran dan pembelajaran ditakrifkan sebagai apa jua alat atau bahan yang
digunakan dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tujuannya ialah untuk
menolong,memudah dan memperkukuhkan lagi pengajaran guru supaya aktiviti pengajaran dan
pembelajaran akan berlangsung dengan sempurna dan lebih berkesan. Penggunaan bahan
pengajaran dan pembelajaran boleh menimbulkan empat rangsangan dan keinginan pelajar
untuk mengetahui lebih mendalam akan sesuatu aspek pengajaran di samping menjadikan
pembelajaran lebih menarik. Hal ini kerana dalam mempelajari subjek Sejarah memerlukan
keupayaan untuk menghafal sesuatu fakta dengan berkesan. Oleh itu, jika guru mengaplikasikan
pelbagai sumber maka murid-murid akan mudah untuk memahami dan mengingati fakta Sejarah.
Oleh itu, saya telah membuat kerja lapangan dengan cara menemu bual seorang guru Sejarah
di SK Jelutong dan membaca buku rujukan di perpustakaan. Hasil daripada temu bual dan
pembacaan saya telah perolehi beberapa sumber pengajaran dan pembelajaran iaitu bahan
bercetak, bahan elektronik dan bahan maujud.

2.0 Membanding beza jenis sumber pengajaran dan pembelajaran Sejarah

yang digunakan bagi meningkatkan ciri-ciri profesionalisme di sekolah

rendah

Di dalam proses mengaplikasikan proses membanding beza dalam jenis sumber


pengajaran dan pembelajaran terdapat beberapa aspek utama yang telah ditetapkan antaranya,
definasi setiap sumber, ciri-ciri sumber, contoh, kelebihan dan kekurangan. Menurut kamus
Dewan bahan bercetak didefinasikan sebagai bahan yang mempunyai tulisan dan wujud secara
fizikal. Hal ini bermakna, bahan bercetak adalah hasil daripada cetakan yang menunjukkan
tulisan yang memudahkan sesiapa sahaja untuk membuat pembacaan. Manakala untuk bahan
elektronik pula didefinasikan sebagai teknologi dunia terkini yang menggunakan bantuan internet
dan komputer agar dapat melestarikan bahan elektronik. Tambahan pula, bahan maujud di
definasikan sebagai bahan konkrit atau bahan sebenar yang boleh disentuh dan dipegang secara
langsung. Menurut Tajaddin Hassan pula(1996) bahan maujud adalah bahan yang kelihatan
nyata dan benar.

Terdapat beberapa ciri utama yang ada di bahan bercetak antaranya ialah bahan tersebut
mestilah dihasilkan melalui cetakan dan bukan hasil tulisan tangan mana-mana individu.
Kebiasaannya, bahan bercetak akan disimpan dan akan diletak dalam rak yang terdapat di
perpustakaan mahupun di arkib. Walaupun begitu, dalam konteks pendidikan pula, bahan
bercetak ini telah digunakan secara meluas dalam pengajaran dan pembelajaran. Guru-guru dan
murid sendiri menggunakan buku teks sebagai rujukan utama manakala buku latihan yang dibeli
di kedai buku adalah sebagai soalan latihan tambahan. Manakala pula, terdapat beberapa ciri
penting yang terdapat di bahan elektronik iaitu bahaan tersebut lebih berfokuskan kepada
penggunanya sendiri guru yang berkemahiran terhadap pengggunaan ICT mampu
mengendalikan bahan elektronik tersebut dan dapat melestarikan kelebihan ICT tersebut.
Dengan pengguasaaan ilmu ICT yang ada dalam diri guru akan mampu menghasilkan
penggunaan bahan elektronik secara terancang dan bersesuaian ini akan dapat menambah baik
dari aspek proses pengajaran dan pembelajaran agar dapat ditingkatkan secara cekap dan
berkesan.

Tambahan pula, terdapat beberapa perbezaan dari segi contoh-contoh sumber


pengajaran dan pembelajaran. Pertama sekali, Menurut Azman Larut et.al (2005), bahan
bercetak boleh terbahagi kepada buku dan bukan buku. Antara contoh bahan-bahan bercetak
bagi buku ialah buku fiksyen yang terdiri daripada buku cerita bahasa Melayu dan bahasa
Inggeris, buku bukan fiksyen pula terdiri kepada buku Sejarah dan Geografi manakala rujukan
pula terdiri kepada kamus, ensiklopedia, atlas dan buku teks Kemudiaan, bagi bahan bercetak
bukan buku ialah majalah, surat khabar dan risalah. Menurut guru yang telah ditemu bual di SK
Jelutong murid-murid di sekolah peratus keinginan pelajar untuk mempelajari Sejarah amatlah
kurang walau bagaimanapun buku latihan Sejarah yang dibeli di kedai buku banyak memberi
kesan yang positif untuk mereka lebih faham dan mengingat terhadap sesuatu fakta.
Bagi penggunaan bahan elektronik adalah dua sumber yang paling banyak perbezaan
jika dibandingkan dengan bahan bercetak. Bahan elektronik lebih kepada penggunaan teknologi
moden yang memberi kemudahan atau menarik minat dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Antara contoh-contoh bahan elektronik ialah komputer, laptop, projektor LCD,
radio kaset, OHP, televisyen, mikro filem dan lain-lain lagi. Kebanyakan guru kerap menggunakan
bahan ini kerana banyak membantu mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan
itu sahaja, murid-murid juga mudah tertarik dengan grafik yang ada pada bahan ini dan sekaligus
memudahkan mereka mengikuti pelajaran yang ingin disampaikan.

Manakala pula untuk bahan Maujud adalah satu sumber untuk memberi satu gambaran
yang realiti iaitu dengan mempelajari sesuatu fakta dan diaplikasikan kerana bahan maujud ini
memang wujud dan jelas serta mempunyai sifat-sifat yang boleh dikenalpasti oleh deria-deria kita
iaitu mata, telinga, lidah, hidung dan kulit. Terdapat dua jenis bahan maujud iaitu realia, diorama
Realia merupakan bahan sebenar yang mudah didapati dan selamat digunakan. Realia
digunakan untuk membantu pengajaran pendedahan atau ekpositori. Contoh relia ialah batuan,
tumbuhan, bahan awet basah dan kering. Diorama pula sistem pameran yang menggabungkan
latar depan tiga dimensi dengan latar belakang dua dimensi. Kombinasi latar depan dan belakang
dapat menghasilkan kesan realistik yang tinggi. Diorama digunakan untuk mengajar sejarah,
agama dan drama. Jenis bahan maujud iaitu model terdiri daripada model keratan, model pepejal
dan model keratan.

Setiap sumber-sumber pengajaran dan pembelajaran mempunyai kelebihan masing-


masing. Bagi sumber bahan bercetak kekuatannya terletak pada penggunaan dan kos
pembelian. Guru-guru dan murid sendiri menggunakan buku teks sebagai rujukan utama mereka.
Hal ini berikutan dengan kriteria yang terdapat pada bahan bercetak itu sendiri. Kos untuk
membeli bahan bercetak ini murah dan mudah didapati dimana-mana. Selain itu, bahan bercetak
turut senang dirujuk pada bila-bila masa sahaja. Walau pun begitu terdapat beberapa
kekurangnya. Kebiasaannya bahan bercetak selalu didapati dalam bentuk buku yang tebal
contohnya buku teks. Kekurangan ini menyukarkan bahan bercetak tersebut untuk dibawa kerana
berat selain tidak boleh disunting. Kadangkala peredaran zaman turut menyebabkan isi
kandungan buku tersebut tidak terkini dan ketinggalan.

Manakala untuk bahan elektronik juga mempunyai kekuatan serta kelemahan sendiri
antaranya, Penggunaan bahan elektronik ini efektif kerana guru boleh membuat pembetulan
sekiranya berlaku kesilapan pada slaid yang ingin disampaikan. Menurut Norasiah et.al (2009),
bahkan seseorang guru tersebut turut boleh memasukkan pelbagai grafik seperti video dan
gambar dalam persembahan power point mereka. Secara tidak langsung, murid akan fokus
terhadap pembelajaran guru tadi. Rentetan daripada itu, amat penting untuk guru tersebut
tersebut terus memantau pergerakan murid-murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlangsung. Namun begitu, terdapat juga kelemahan yang ada pada bahan bercetak ini.
Khususnya untuk kawasan pedalaman, tiadanya bekalan elektrik menyebabkan bahan ini sukar
untuk berfungsi. Kadangkala apabila bekalan elektrik terputus, guru harus sentiasa bersedia
untuk menggunakan kaedah kedua iaitu secara manual. Kemahiran yang tinggi juga amat
diperlukan untuk mengendalikan bahan elektronik ini. Sekiranya terdapat guru yang kurang mahir
teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) amat sukar untuk mereka menghasilkan persembahan
grafik yang mampu menarik minat murid.

Akhir sekali, Kelebihan yang terdapat pada bahan maujud ini adalah penglibatan murid
secara langsung dengan penggunaan bahan maujud ini menjadikan mereka aktif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Murid turut dapat membuat interpretasi sejarah berdasarkan
bahan maujud tersebut. Ciri bahan maujud tersebut yang bersifat realistik turut menggerakkan
murid untuk meneroka idea yang kompleks dan abstrak selaras dengan asas Kemahiran
Pemikiran Sejarah (KPS) yang harus diaplikasikan oleh murid. Walaupun begitu, setiap sumber
pengajaran dan pembelajaran ada kelemahannya tidak terkecuali sumber bahan maujud. Para
guru sukar untuk memperolehi bahan untuk menghasilkan bahan maujud itu sendiri. Kesukaran
ini sering berlaku kepada guru yang berada di pedalaman. Mereka terpaksa keluar ke bandar
bagi membeli bahan untuk menghasilkan bahan maujud ini. Terdapat juga sesetengah bahan
maujud yang mempunyai kos yang tinggi. Reka bentuk bahan maujud yang besar turut
menyukarkan guru untuk membawa bahan tersebut.

You might also like