Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

1.

0 PENGENALAN

Ahmad Redzuwan Mohd Yunus (2003) berpendapat bahawa golongan remaja


merupakan golongan yang terbesar di Malaysia dan merupakan aset penting yang bernilai
kepada bangsa dan negara untuk merealisasikan matlamat negara termasuklah wawasan
2010. Walaubagaimanapun, golongan remaja yang paling banyak terlibat dengan masalah
sosial. Ini dibuktikan dengan statistik kes pembuangan bayi yang dikeluarkan yang Polis
Diraja Malaysia (PDRM) pula menunjukkan 396 kes dicatatkan dari 2005 hingga tahun lalu.
Ia menunjukkan peningkatan walaupun ada penurunan pada 2007. Sebanyak 67 kes
dilaporkan pada 2005, 83 kes pada tahun 2006 yang menurun kepada 65 kes pada 2007, 102
kes pada tahun 2008, 79 kes pada 2009 dan 91 kes dicatatkan pada tahun 2010. Bagi tahun
2011, kepada semakin parah apabila dalam bulan Januari sahaja sebanyak 34 kes buang
bayi dilaporkan di akhbar-akhbar utama Malaysia. Rentetan dengan itu, ramai pihak sama
ada dari badan-badan kerajaan mahupun bukan kerajaan (NGO) telah tampil untuk
memberikan cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini. Namun, kita
sering terlepas pandang bahawa sistem-sistem Jenayah Islam yang telah wujud sejak 1400
tahun yang lalu telah memberikan solusi dalam menyelesaikan permasalahan tersebut.

2.0 SEBAB-SEBAB BERLAKUNYA MASALAH SOSIAL

Banyak tokoh-tokoh akademik telah mengutarakan pandangan mereka melalui


medium cetakan dan medium lisan berkenaan faktor-faktor berlakunya masalah sosial.
Berikut merupakan sebab-sebab berlakunya masalah sosial.

2.1 KURANG PENGETAHUAN TENTANG AGAMA

Menurut Firdaus Khalil Al-Bakri Al-Azizi (2013) berpendapat bahawa amat


malang bagi umat Islam jika hanya tahu tentang agamanya secara serpihan sahaja
dan ada yang faham agama itu dalam hal-hal yang berkaitan dengan ibadah
sembahyang, puasa, tahlil, aqiqah dan beberapa bahagian kecil sahaja dan mereka
tidak tahu agama Islam itu sudah cukup menyeluruh dalam semua aspek. Jelaslah di
sini bahawa agama Islam yang kita anuti sekarang bukan agama yang mengajar
kepada solat, puasa dan zakat sahaja bahkan merupakan agama yang syumul atau
menyeluruh untuk semua aspek yang ada di dunia ini sama ada dalam aspek ekonomi,
perubatan, pendidikan dan pertanian.

2.2 KERUNTUHAN INSTITUSI KEKELUARGAAN

Menurut Abd. Rahim Abd. Rashid (2006), gejala sosial yang berlaku di negara
kita hari ini disebabkan keruntuhan istitusi kekeluargaan. Individu yang mempunyai
masalah keluarga seringkali mencari tempat bagi melepaskan tekanan yang mereka
ada. Sewaktu mereka berhadapan dengan masalah dalam keluarga, mereka mudah
terpengaruh dengan rakan-rakan dan ini punca utama kepada remaja untuk terlibat
dalam masalah sosial seperti masalah penzinaan, rompakan dan pengambilan
minuman keras atau dadah. Sebetulnya, peranan daripada setiap ahli keluarga dapat
membantu mereka menentukan arah perjalanan mereka dalam menghadapi cabaran
zaman moden ini.

2.3 PENGARUH MEDIA SOSIAL

Menurut Rohanizan Mohammad (2012) penggunaan media sosial yang


semakin berkembang pesat di Malaysia hari ini menyebabkan ibu bapa berdepan
dengan cabaran yang besar dalam mengawal anak-anak mereka dari tidak menyalah
gunakan teknologi tersebut ke arah yang tidak sepatutnya. Antara penyalahgunaan
yang paling popular sekarang adalah penyebaran video dan gambar lucah di telefon
3G yang mereka ada sekarang memalui medium what’s Apps. Muat turun video ini
amat mudah didapati di lama-laman sosial secara percuma. Bermula dengan
ketagihan menonton video ini, remaja ingin mencuba. Maka terjadilah kes seks bebas
dan masalah pembuangan bayi yang semakin kritikal. Jadinya, peranan keluarga
untuk sentiasa memantau anak-anaknya dalam penggunaan media sosial.

3.0 LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASINYA BERPANDUKAN SISTEM-SISTEM


JENAYAH ISLAM
Dalam kesibukan kita mencari ramuan bagi mengatasi masalah sosial yang wujud di
negara kita, kita terlepas pandang bahawa Islam sendiri sudah ada ramuan dalam mengatasi
jenayah tersebut berdasarkan acuan Islam. Dalam perundangan Islam, jenayah
diklasifikasikan kepada 3 bahagian seperti di bawah.

Perundangan
Islam

Hudud Qisas Ta'zir

(rajah 1 menerangkan klasifikasi yang ada dalam perundangan Islam)


Dalam penulisan akademik ini, saya akan menfokuskan kepada sistem jenayah Hudud
dan saya akan cuba menghuraikan bagaimana sistem jenayah Hudud mampu menyelesaikan
masalah sosial di negara kita.

3.1 PENYELESAIAN BAGI MASALAH PEMBUANGAN BAYI

Masalah pembuangan bayi merupakan rentetan daripada masalah penzinaan


yang berlaku antara seorang lelaki dan seorang perempuan yang bukan mahram.
Sedar atau tidak sedar Islam sendiri sudah menyediakan ramuan bagi masalah
jenayah zina ini. Dr Wan Salim (2015) berpendapat bahawa jenayah zina merupakan
satu jenayah sosial yang besar kerana menceroboh hak masyarakat dan
memudaratkan para anggotanya. Lantaran itu, Islam mengenakan hukuman yang
berat ke atas penzina untuk mencegah orang daripada terdorong kepada keinginan
nafsu syahwat dan naluri seksual tanpa kawalan. Bagi menyelesaikan permasalahan
ini, Islam telah menggariskan 3 tatacara bagi menjalankan ke atas penzina. Bagi cara
pertama adalah hukuman sebat sebanyak seratus kali bagi pelaku yang belum
berkahwin. Bagi cara kedua adalah pelaku zina dibuang negeri dan daerah supaya
masyarakat melupai kejadian berkenaan. Cara ketiga adalah dengan penzina yang
disabitkan kesalahannya itu direjam dengan batu sehingga mati. Hukuman ini
merupakan sunnah Rasul S.A.W ke atas penzina yang sudah berkahwin. Jika
hukuman ini dijalankan ke atas penzina-penzina, semestinya masalah pembuangan
bayi dapat diselesaikan.

3.2 PENYELESAIAN BAGI KES ROMPAKAN ATAU KECURIAN

Ramai dalam kalangan remaja hari ini berhadapan dengan kes-kes juvana
sehinggakan ramai dalam kalangan mereka terlibat dalam kes-kes kecurian yang
melibat orang-orang awam. Perbuatan mencuri ini adalah satu jenayah besar yang
diharamkan oleh syari’at Islam. Jika kita memenuhi nafsu kita untuk mendapatkan
harta orang lain dengan cara yang menyakitkan orang lain adalah satu perbuatan yang
keji yang tidak harus diremehkan. Jenayah ini tidak dapat diselesaikan dengan
hukuman-hukuman yang ringan kerana ianya tidak dapat mencegah pencuri tersebut
daripada mengulangi perbuatan jahatnya itu di samping tidak mampu menghalang
orang-orang lain daripada melakukan tindakan yang sama. Hanya hukuman yang
keras sahaja seperti memotong tangan pencuri yang mampu menghalang seseorang
daripada melakukan jenayah ini, seterusnya berusaha mendapatkan harta menerusi
jalan-jalan yang halal memandangkan jalan yang haram akan mengakibatkan
tangannya menjadi kudung. Jelaslah bahawa hukuman potong tangan jika disabitkan
kesalahan ini mampu menyelesaikan kes-kes yang melibatkan rompakan dan
kecurian.

3.3 PENYELESAIAN BAGI KES PENGAMBILAN MINUMAN KERAS DAN DADAH

Ardiah Jamali, Zaidah Mustapha & Rokiah Ismail (2009) berpendapat bahawa
Malaysia adalah sebuah negara kecil, namun menduduki tangga ke 10 dalam
kalangan negara yang penduduknya mengambil atau minum minuman beralkohol atau
dikenali sebagai minuman keras di Malaysia. Lebih bertambah parah lagi apabila umat
Islam sendiri yang mengambil minuman keras dan dadah. Kita perlu tahu bahawa
arak dan dadah ini menyebabkan seseorang itu mabuk. Dalam keadaan mabuk,
seseorang boleh melakukan tindakan-tindakan yang tidak tergamak dilakukan oleh
orang yang berakal. Menurut sunnah Nabi S.A.W, peminum arak atau pengambilan
bahan-bahan yang memabukkan akan dikenakan hukuman 80 kali sebatan. Sudah
terang lagi bersuluh, bahawa 80 kali sebatan ini dijalankan ke atas individi atau
kumpulan yang bersalah, maka kes-kes yang melibatkan pengambilan minuman keras
dan bahan-bahan yang memabukkan ini mampu diselesaikan secara menyeluruh.

4.0 KESIMPULAN

Kesimpulannya, saya ingin menyatakan bahawa hokum hudud adalah hukum yang
ditetapkan oleh Allah S.W.T untuk kepentingan dan kebaikan hamba-hambaNya. Allah yang
mencipta manusia sudah tentu mempunyai rahsia dan hikmah di sebalik segala hukum
tersebut. Jadinya, kita sebagai hambanya sepatutnya meyakini bahawa sistem perundangan
Islam merupakan system penyelesaian masalah yang paling tepat.

You might also like