Professional Documents
Culture Documents
Modul Kertas 3 Pulau Pinang
Modul Kertas 3 Pulau Pinang
PANEL:
1. PN WAN BASTHIAH BT HJ ABDUL
RAHMAN
2. CIK SOPIAH BT SAID
3. PN SHANTINA BT JUSOH
4. DR AZIANS BT ABU HASSAN
5. PN CIK SALMIAH BT AYOB
6. PN RAHIMAH BT ABDUL AKIB
7. PN SURIYANI BT LAMIN
8. EN ABD RANI B HJ ABD RAZAK
9. EN KHAIROL FAIZAL B ABDULLAH
10. EN MOHD FADZIL B YAACOB
11. PN NOR HAFZAN BT RAMLI
12. PN KHAIRUNNIZA BT ABDUL
HAMID
13. PN SITI NOR SYIQAH BT AZMI
Isi kandungan
1 |JPNPP
15 Bagaimanakah usaha kerajaan dalam melaksanakan pengagihan 12
ekonomi yang adil kepada semua kaum dapat melahirkan rakyat yang
sejahtera dan harmoni?
16 Bagaimanakah pembangunan ekonomi dapat dimanfaatkan untuk 13
kesejahteraan rakyat?
17 Jelaskan manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan 14
Pembangunan Ekonomi Lima Tahun.
18 Jelaskan kemajuan yang boleh dicapai oleh Malaysia sekiranya kita 16
mengamalkan pembangunan ekonomi terancang.
19 Keberkesanan dasar pembangunan ekonomi di Malaysia hingga hari ini. 19
20 Nilaikan sumbangan dasar pembangunan ekonomi negara di persada
23 antarabangsa.
21 Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk
24 kesejahteraan rakyat?
22 Kesan kejayaan pembangunan ekonomi Malaysia hingga hari ini. 24
23 Bagaimanakah Dasar Pembangunan Ekonomi yang diperkenalkan 25
mampu memenuhi keperluan ekonomi moden yang berteraskan
perindustrian
24 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan
27 nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan negara
– cabaran 1
25 Langkah mengatasi cabaran 1 29
26 Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan
33 nyatakan langkah-langkah yang perlu diambil untuk memajukan negara
– cabaran 2
27 Langkah mengatasi cabaran 2 34
28 Iktibar/ Nilai yang diperolehi daripada tajuk yang dikaji. 35
29 Pengetahuan 36
30 Nilai Murni 37
31 Unsur Patriotisme 38
32 Harapan Kepada Bangsa dan Negara 38
2 |JPNPP
Pengenalan
3 |JPNPP
(LPN) 1971 berfungsi menstabilkan harga padi. Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) 1971
berperanan membangunkan dan memodenkan industri perikanan serta meningkatkan taraf
hidup nelayan.
Rancangan Malaysia Ketiga merupakan lanjutan Rancangan Malaysia Kedua yang terus
mendokong aspirasi DEB. Usaha membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat
terus menjadi matlamat segala program pembangunan ekonomi. Program pembangunan
pertanian dan perindustrian diteruskan untuk meningkatkan produktiviti, membuka peluang
pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyat. Pembukaan tanah secara besar-besaran
dilaksanakan di bawah program pembangunan wilayah oleh agensi terlibat seperti Lembaga
Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA), Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH),
Lembaga Kemajuan Pahang Tenggara (DARA) dan Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan
(KESEDAR). Tumpuan diberikan terhadap penanaman getah dan kelapa sawit untuk keperluan
eksport. Agensi pembangunan wilayah diluaskan peranannya dalam sektor pembangunan
industri dan pembangunan bandar baru.
4 |JPNPP
program pembangunan ekonomi dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Rancangan Malaysia
Keempat pula memberikan tumpuan kepada perkembangan perusahaan berat berasaskan
pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi serta keperluan tenaga kerja mahir.
Kerajaan telah menubuhkan Perbadanan Industri Berat Malaysia (HICOM) pada akhir
tahun 1980. Penubuhan HICOM adalah untuk mengenal pasti, memulakan dan menguruskan
projek industri berat dengan cekap seperti yang dikendalikan oleh sektor swasta. Bagi
menggiatkan perindustrian dan menggalakkan pelaburan modal asing, perusahaan baru telah
dibuka seperti di Skudai (Johor), di Senawang (Negeri Sembilan), di Bintulu (Sarawak) serta di
Menggatal dan Likas (Sabah). Zon perdagangan bebas telah diperkenalkan di Bayan Lepas
(Pulau Pinang) dan di Sungai Way (Selangor). Bagi memastikan keberkesanan projek
perindustrian, dua program telah dilancarkan pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian
Malaysia dan Pelan Induk Perindustrian. Kelemahan dalam struktur perindustrian negara
dikenal pasti oleh Kajian Dasar Perindustrian Malaysia.
Pelan Induk Perindustrian pula menyediakan hala tuju pembangunan industri dan
strategi pelaksanaannya. Pengenalan Dasar Penswastaan dan Dasar Pensyarikatan Malaysia
merupakan perkembangan baharu dalam Rancangan Malaysia Keempat kerana melibatkan
sektor swasta dalam menjana pembangunan ekonomi negara. Penglibatan sektor swasta dapat
mengurangkan bebanan kewangan yang ditanggung oleh kerajaan. Bagi mengimbangi
pemilikan harta dan saham perindustrian antara kaum bumiputera dengan bukan bumiputera.
Permodalan Nasional Berhad (PNB) telah ditubuhkan dan Skim Amanah Saham Nasional
(ASN) telah dilancarkan pada tahun 1981.
5 |JPNPP
Rancangan Malaysia Kelima (RMK5)
Rancangan Malaysia Kelima merupakan rancangan lima tahun ekonomi yang terakhir
untuk merealisasikan aspirasi DEB yang genap 20 tahun pada tahun 1990. Penekanan utama
Rancangan Malaysia Kelima adalah untuk meningkatkan sektor perindustrian dengan
melonggarkan peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta.
Syarat pelaburan modal asing dilonggarkan untuk meningkatkan pelaburan sektor perindustrian
berorientasikan eksport. Pada masa sama, kerajaan berusaha meningkatkan kecekapan
pengurusan agensinya agar dapat bekerjasama dengan sektor swasta dengan lebih berkesan.
Satu lagi penekanan Rancangan Malaysia Kelima adalah dalam bidang penyelidikan
dan pembangunan. Dimajukan untuk meningkatkan keupayaan dan kecekapan guna tenaga
tempatan untuk meningkatkan produktiviti negara. Namun pada tahap kedua, pelaksanaan DEB
berjaya merapatkan jurang antara kaum serta wilayah. Kadar kemiskinan menurun manakala
pendapatan per kapita dan hak milik modal saham kaum bumiputera meningkat. Walaupun
begitu, peningkatan hak milik modal saham bumiputera hanya setakat 20.3% sedangkan
sasaran yang ditetapkan 30%. Hak milik modal saham kaum bukan bumiputera meningkat
kepada 46.2% melebihi sasaran 40% yang ditetapkan. Peningkatan hak milik modal saham
kedua-dua golongan ini sekurang-kurangnya berjaya mengurangkan hak milik modal saham
orang asing kepada 33.5%.
6 |JPNPP
Dasar Pembangunan Ekonomi
Dasar Pertanian Negara (DPN) yang dilancarkan pada 12 Januari 1984 bermatlamat
untuk meningkatkan pendapatan sektor pertanian ke tahap maksimum menerusi pengurusan
sumber ekonomi negara yang cekap dan berkesan. Dasar Pertanian Negara juga bermatlamat
untuk memaksimumkan pendapatan pekebun kecil disamping memajukan komoditi utama yang
berpotensi untuk dieksport. Antara strategi yang dilaksanakan ialah menggalakkan pembukaan
tanah baharu di bawah rancangan FELDA, agensi pembangunan wilayah dan kerajaan negeri.
Selain itu, program pembangunan in-situ diperkenalkan untuk memulihkan kawasan yang
berproduktiviti rendah. Penglibatan sektor swasta dalam projek penswastaan pertanian di
bawah Kementerian Pertanian dilaksanakan.
7 |JPNPP
Dasar Penswastaan
Dasar Penswastaan telah dilancarkan oleh Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Mahathir
pada bulan Mac 1983. Menerusi dasar ini, kerajaan memindahkan perkhidmatan, perusahaan,
kepentingan, pelaburan dan kuasa tertentu kepada sektor swasta. Dasar Penswastaan
bermatlamat mengurangkan beban kewangan kerajaan. Selain itu, dasar ini bertujuan
meningkatkan produktiviti serta kualiti perkhidmatan atau barangan kerana sektor swasta
dianggap lebih cekap daripada sektor awam. Dasar Penswastaan diyakini dapat mempercepat
pembangunan ekonomi negara melalui pelaburan modal oleh sektor swasta. Unit Perancangan
Ekonomi (UPE) bertindak sebagai jawatankuasa penswastaan yang memberikan garis panduan
kepada sesebuah kementerian atau jabatan yang ingin menjalankan penswastaan.
Berdasarkan garis panduan yang disediakan, penswastaan boleh dilaksanakan sama ada
secara sepenuhnya ataupun secara sebahagian. Menerusi Dasar Penswastaan kerajaan dapat
mengurangkan beban kewangan dan mengalihkan tumpuan terhadap pembangunan sektor
lain.
Dasar Hala Tuju Cara Baru ialah dasar kerajaan untuk membangunkan kawasan luar
bandar. Dasar ini merupakan pendekatan baharu kerajaan membangunkan kawasan tersebut.
Matlamat utama dasar ini adalah untuk meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja
desa melalui penglibatan mereka dalam sektor pelaburan. Dasar ini dilaksanakan melalui tiga
strategi. Strategi pertama adalah dengan mengelompokkan kampung-kampung menjadi
petempatan yang lebih besar supaya segala kemudahan dapat disediakan dengan lebih
ekonomik. Strategi kedua, meningkatkan pendapatan golongan petani dan pekerja desa melalui
program usahawan desa yang terlibat dengan industri pembuatan barangan. Strategi ketiga
ialah pelaksanaan projek pembangunan oleh agensi kerajaan untuk meningkatkan pendapatan
penduduk luar bandar.
8 |JPNPP
Dasar Peningkatan Daya Pengeluaran Negara (DPDPN)
Dasar Kependudukan
9 |JPNPP
Rancangan Pembangunan Ekonomi telah menghasilkan kejayaan kepada Malaysia.
Buktikan pernyataan tersebut.
Jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
dapat dirapatkan. Taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan terutama di kawasan luar bandar.
Selain itu, pelbagai aktiviti ekonomi telah wujud seperti perindustrian. Sumber pendapatan
negara tidak lagi terlalu bergantung kepada komoditi utama/ bijih timah/ kelapa sawit.
Pembukaan tanah baharu untuk pertanian dibuka secara besar-besaran. Kegiatan pertanian
secara besar-besaran / ladang diusahakan dengan pesatnya.
10 |JPNPP
4.4% setahun. Hak milik modal saham bumiputera meningkat melalui ASN. Pelaburan modal
asing meningkat dengan syarat pelaburan modal asing dilonggarkan.
Dasar Ekonomi Baru berjaya merapatkan jurang antara kaum, antara bumiputera dan
bukan bumiputera. Selain itu, dasar ini juga mampu merapatkan jurang antara wilayah dan
antara luar bandar. Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 49.3% kepada 17.1%.
Manakala KDNK negara berjaya ditingkatkan daripada RM21,548 juta kepada RM59,155 juta.
Oleh itu, perpaduan wilayah diwujudkan. Apabila perpaduan dalam negara ditingkatkan,
kerajaan boleh menumpukan kepada peningkatan taraf hidup rakyat tanpa mengira kaum
di bandar dan luar bandar. Jelaslah bahawa DEB berjaya mengukuhkan perpaduan kaum
dan meningkatkan kemakmuran negara.
Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan
dalam bidang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti
benih yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada
pemodenan pertanian.
11 |JPNPP
Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu
dengan adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga
membantu dalam perkembangan perindustrian.
Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring
dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan
dalam pembangunan infrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa
Sepang (SIC). Pembangunan infrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar
terancang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.
Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untukk melahirkan
jaguh sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicole Ann David. Hal ini
kerana kita dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkaan
jaguh sukan.
12 |JPNPP
Selain itu, Dasar Ekonomi Baru (DEB) yang dilancarkan oleh kerajaan pada tahun
1970 memberi tumpuan terhadap usaha membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum. Dasar
DEB juga merupakan usaha untuk menambahkan pendapatan dan menyediakan peluang kerja
merapatkan jurang ekonomi serta menghapuskan identiti kaum mengikut fungsi ekonomi.
Buktinya kadar kemiskinan dapat dikurangkan daripada 49.3% pada tahun 1970 kepada 17.1%
pada tahun 1990. Jelaslah bahawa DEB mampu melaksanakan ekonomi yang adil dan
melahirkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni.
Selain itu, pembangunan kawasan luar bandar terus diberi perhatian oleh kerajaan.
Penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan supaya menyumbang kepada
pertumbuhan ekonomi negara. Kerajaan menggalakkan industri desa yang berpontensi seperti
kraf tangan. Malah kemudahan kredit dan insentif telah diperluaskan melalui Bank Pertanian,
Skim Pinjaman Khas Pertanian dan Amanah Ikhtiar Malaysia. Jelaslah bahawa kerajaan
memberi perhatian pembangunan luar bandar bagi usaha melahirkan rakyat yang berdaya
saing dan sejahtera.
13 |JPNPP
Federal Land Development Authority (FELDA) pula berperanan untuk meningkatkan
taraf hidup masyarakat luar bandar. Selain itu, FELDA juga untuk meningkatkan hasil pertanian.
Contohnya, bagi menjayakan rancangan ini, kawasan tanah baharu dibuka secara besar-
besaran dengan kemudahan asas yang lengkap disediakan. Kesannya FELDA telah berjaya
mengurangkan jurang pendapatan masyarakat luar bandar dan bandar serta membantu dalam
mengurangkan kadar kemiskinan. Hal ini secara langsung dapat mengharmoni dan melahirkan
kesejahteraan dalam kalangan rakyat.
Jelaskan manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan Ekonomi Lima
Tahun.
Manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun
ialah kadar kemiskinan tanpa mengira kaum dan wilayah. Hal ini kerana pada ketika itu
kerajaan melaksanakan program dengan begitu terancang untuk meningkatkan taraf ekonomi
penduduk luar bandar dan bumiputera. Contohnya pelbagai agensi dibentuk dan digerakkan
seperti MARA, FAMA, Bank Pertanian, FELDA, FELCRA , MADA, KADA dan lain-lain
untuk mencapai hasrat tersebut. Hasilnya kadar kemiskinan telah menurun daripada 49.3
peratus
14 |JPNPP
dalam tahun 1970 kepada 17.3 peratus pada tahun 1987. Jelaslah dengan pelaksanaan yang
terancang dalam Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun telah berjaya mencapai
matlamat serampang dua mata iaitu membasmi kemiskinan dalam kalangan rakyat tanpa
mengira kaum dan menyusun semula masyarakat Malaysia supaya dapat menghapuskan
pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Oleh itu, masyarakat menikmati manfaat daripada
pembangunan ini.
Seterusnya, wujud pelbagai aktiviti ekonomi seperti perindustrian dan perusahaan. Oleh
itu, sumber pendapatan negara tidak lagi bergantung kepada komoditi utama seperti bijih timah
dan kelapa sawit. Selain itu, banyak tanah baharu untuk pertanian telah dibuka secara besar-
besaran melalui pembukaan ladang dan pertanian dalam skala besar. Sektor perindustrian
berkembang, contohnya dalam industri berat. Sektor perdagangan juga berkembang dengan
mengutamakan pasaran eksport. Zon perdagangan bebas diwujudkan seperti di Bayan Lepas
dan Sungai Way. Hal ini menyebabkan banyak peluang pekerjaan disediakan dalam pelbagai
sektor kepada masyarakat. Jelaslah, masyarakat di negara ini akan menikmati manfaat yang
besar hasil Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun yang dilaksanakan oleh kerajaan.
Manfaat yang diperoleh rakyat hasil Rancangan Pembangunan ekonomi Lima Tahun
yang seterusnya ialah KDNK Negara berjaya ditingkatkan daripada RM 21,548 juta kepada RM
59,155 juta. Keluaran Dalam Negara Kasar ini dipacu pada ketika itu dengan pengenalan
pembukaan tanah baru seperti FELDA dan penubuhan agensi lain seperti RISDA malahan
pada masa sama eksport negara telah ditingkatkan secara maksimum. Apabila kerajaan
melaksanakan segala dasar secara efektif ini secara tidak langsung telah meningkatkan
ekonomi negara. Bukan itu sahaja, malahan Pendapatan Per Kapita juga berjaya ditingkatkan
daripada RM 1,109 kepada RM 6,180. Kelangsungan ekonomi negara ketika itu telah
membawa kepada kemakmuran hidup rakyat dan menyebabkan negara kita dapat bersaing
secara sihat dengan negara jiran. Tuntasnya, peningkatan per kapita ini juga turut memberi
manfaat yang menyeluruh kepada masyarakat baik di bandar mahupun luar bandar.
15 |JPNPP
rakyat telah meningkat dan kadar buta huruf telah dapat dikurangkan manakala kehidupan di luar
bandar menjadi semakin baik. Jelaslah apa yang dilksanakan dalam rancangan
pembangunan telah memberikan banyak manfaat kepada penduduk tanpa mengira kaum dan
bangsa.
Jelaskan kemajuan yang boleh dicapai oleh Malaysia sekiranya kita mengamalkan
pembangunan ekonomi terancang.
Merapatkan jurang antara wilayah dan antara luar bandar. Baik pada tahap pertama
mahupun pada tahap kedua, fokus utama kerajaan pada ketika itu adalah untuk merapatkan
jurang antara wilayah. Pelaksanaan program pembukaan tanah baharu mahupun pengenalan
Buku Merah telah dengan jayanya mencapai matlamat ini. Jelas terbukti apa yang telah
digerakkan oleh kerajaan ketika itu telah memberikan manfaat kepada rakyat.
Kadar kemiskinan berjaya diturunkan daripada 49.3% kepada 17.1% pada tahun 1990
kesan daripada Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Kadar kemiskinan berjaya dikurangkan
kerana pada ketika itu kerajaan melaksanakan program dengan begitu terancang. Bukan
itu sahaja, agensi yang ditubuhkan juga telah memainkan peranan dalam memacu ekonomi
negara. Penubuhan RIDA misalnya telah banyak membantu masyarakat luar bandar. Jelaslah
dengan pelaksanaan yang terancang menyebabkan masyarakat mendapat manfaat daripada
Rancangan Pembangunan Lima Tahun.
KDNK Negara berjaya ditingkatkan daripada RM 21,548 juta kepada RM 59,155 juta.
Keluaran Dalam Negara Kasar ini dipacu pada ketika itu dengan pengenalan pembukaan tanah
baru seperti FELDA dan penubuhan agensi lain seperti RISDA malahan pada masa sama
eksport negara telah ditingkatkan secara maksimum. Apabila kerajaan melaksanakan segala
16 |JPNPP
dasar secara efektif ini secara tidak langsung telah meningkatkan ekonomi negara.
Kesimpulannya, peningkatan KDNK telah memberikan manfaat kepada rakyat Malaysia ketika
itu.
Bukan sahaja berlaku peningkatan dalam KDNK negara malahan Pendapatan Per
Kapita juga berjaya ditingkatkan daripada RM 1,109 kepada RM 6,180. Kelangsungan ekonomi
negara ketika itu telah membawa kepada kemakmuran hidup rakyat dan menyebabkan negara
kita dapat bersaing secara sihat dengan negara jiran. Peningkatan per kapita ini juga turut
memberi manfaat yang menyeluruh kepada masyarakat baik di bandar mahupun luar bandar.
Modal saham milik bumiputera berjaya ditingkatkan daripada 2.4% kepada 20.3%
manakala modal saham bukan bumiputera meningkat kepada 46.2%. Peranan Permodalan
Nasional Berhad (PNB) dan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) yang dimulakan pada tahun
1981 memberikan banyak manfaat kepada rakyat Malaysia ketika itu. Tuntasnya peningkatan
pemilikan saham ini telah banyak memberikan manfaat kepada rakyat negara ini hasil
pembangunan rancangan jangka panjang lima tahun yang dilaksanakan pemerintah ketika itu.
Peningkatan taraf hidup rakyat jelas terbukti apabila DEB telah berjaya mencapai
matlamatnya pada tahun 1990. Peranan pemimpin negara ketika itu sangat jelas di mana setiap
pemimpin memastikan ekonomi negara dapat ditingkatkan. Sepanjang Rancangan
Pembangunan Lima Tahun Tahap Pertama dan Tahap Kedua dilaksanakan banyak manfaat
telah dikecapi rakyat. Antara kejayaan yang dicapai adalah seperti menstabilkan harga
padi, memodenkan industri perikanan, membangunkan bandar, membantu pekebun kecil
dan lain-
17 |JPNPP
lain lagi. Apabila semua program ini dilaksanakan dengan bersepadu, ini secara tidak langsung
telah memberikan banyak manfaat kepada rakyat dan seterusnya memakmurkan kehidupan
rakyat.
Banyak peluang pekerjaan untuk rakyat dalam pelbagai sektor sepanjang Rancangan
Pembangunan Lima Tahun dilaksanakan. Pembukaan tanah baru seperti FELDA telah
membantu membasmi kemiskinan rakyat ketika itu. Penubuhan PETRONAS telah mewujudkan
banyak peluang pekerjaan. RISDA pula telah membantu pekebun kecil meningkatkan hasil
getah mereka. Zon perdagangan bebas secara tidak langsung mewujudkan banyak peluang
pekerjaan apabila kilang-kilang dibuka di bandar-bandar utama. Sektor pelancongan pula telah
memberikan peluang pekerjaan seluas-luasnya dibidang perhotelan. Jelaslah pembangunan
secara terancang ini telah meberikan peluang pekerjaan kepada rakyat ketika itu.
Industri berat bertambah maju seperti berjaya menghasilkan kereta nasional. Di bawah
Rancangan Malaysia Keempat, tumpuan utama adalah kepada perusahaan berat yang
berorientasikan pelaburan modal dan penggunaan teknologi tinggi. Kilang kereta Proton di
18 |JPNPP
Shah Alam bukan sahaja untuk memenuhi keperluan pasaran tempatan malahan juga
untuk dieksport ke luar negara. Perkembangan ini bukan sahaja merancakkan ekonomi
negara malahan telah membuka banyak peluang kerajaan. Nyatalah, apabila perindustrian
ditekankan manfaat kepada negara dan rakyat dapat dikongsi bersama-sama.
Rancangan Malaysia Kelima telah menukarkan status negara daripada negara pertanian
kepada negara industri apabila ianya dilancarkan pada tahun 1986. Bagi merealisasikan hasrat
tersebut, peraturan mengawal hak milik syarikat dan pelesenan dalam sektor swasta telah
dilonggarkan. Pada masa sama juga, pembangunan kawasan luar bandar terus diberikan
tumpuan dimana penggunaan tanah dengan lebih cekap dititikberatkan. Industri desa ketika itu
telah mendapat tumpuan kerana potensinya untuk berkembang dimana segala kemudahan
seperti Amanah Ikhtiar diberikan bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi. Jelaslah,
perancangan ekonomi yang terancang telah memberi banyak manfaat kepada negara dan
rakyat.
19 |JPNPP
Rancangan Pembangunan Lima Tahun yang dilaksanakan pada 1956 hingga 1990 telah
berjaya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar. Pembukaan tanah secara
besar-besaran di bawah program pembangunan wilayah oleh beberapa agensi seperti
KEJORA, KETENGAH, DARA dan KESEDAR dengan jayanya telah mengurangkan kadar
kemiskinan penduduk luar bandar. Tumpuan diberikan kepada penanaman semula getah dan
kelapa sawit telah berjaya mengurangkan kadar kemiskinan penduduk luar bandar. Boleh
disimpulkan di sini, apabila kerajaan melaksanakan rancangan pembangunan lima tahun kesan
positif kepada penduduk luar bandar amatlah memberangsangkan.
Jurang perbezaan pendapatan antara penduduk luar bandar dengan penduduk bandar
dapat dirapatkan dengan dasar kerajaan ini. Sepanjang 34 tahun pelaksanaannya oleh
kerajaan pelbagai program dan agensi telah ditubuhkan. Tujuannya adalah bagi memantau
keberkesanan dasar dan program yang dijalankan. Kejayaan DEB ini merangkumi kawasan
bandar dan luar bandar, ini terbukti Pendapatan Per Kapita negara pada 1970 adalah
pada angka RM 1109 dan telah meningkat kepada angka RM 6180 pada tahun 1990. Jelaslah
angka ini membuktikan jurang perbezaan antara bandar dan luar bandar telah berjaya dirapatkan.
Taraf hidup rakyat berjaya ditingkatkan terutama di luar bandar apabila kerajaan ketika itu
telah melaksankan dasar dan program pembangunan di bawah Rancangan Pembangunan Lima
Tahun pada tahap pertama dan kedua. Ini terbukti apabila penduduk luar bandar mula
mengecapi hidup yang lebih sempurna. Adanya agensi seperti MARA, secara tidak langsung
telah berjaya meningkatkan taraf hidup rakyat, malahan kerajaan juga pada masa itu telah
menyediakan pelbagai kemudahan kepada rakyat bagi meningkatkan taraf hidup mereka.
Antara kemudahan yang disediakan adalah pinjaman kredit melalui institusi kewangan seperti
Bank Pertanian. Jelaslah apa yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu berjaya meningkatkan
taraf hidup rakyat dan seterusnya meningkatkan ekonomi negara pada ketika itu.
20 |JPNPP
pembinaan kilang-kilang elektronik di Senawang, Seremban mahupun Bayan Baru di Pulau
Pinang. Manakala di luar bandar pula, industri ringan diberikan tumpuan contohnya kraftangan
bagi meningkatkan ekonomi penduduk tempatan. Jelaslah dengan adanya kegiatan
perindustrian negara kita telah berjaya membangun selepas negara mencapai kemerdekaan
dan bangkit mengikut acuan sendiri.
Sumber pendapatan negara tidak lagi terlalu bergantung kepada komoditi utama seperti
bijih timah dan kelapa sawit sahaja malahan sektor lain juga turut diberikan penekanan dalam
Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Selain sektor pertanian, sektor perindustrian juga
diberikan tumpuan misalnya kerajaan telah menubuhkan HICOM untuk meningkatkan
perindustrian. Di luar bandar pula, kerajaan menumpukan kepada industri kecil bagi
meningkatkan ekonomi negara. Pada masa yang sama, kerajaan juga telah menubuhkan
PETRONAS bagi memajukan industri petroleum negara. Bukan itu sahaja, sektor pelancongan
juga diberikan tumpuan bagi meningkatkan ekonomi negara dengan mengadakan Tahun
Melawat Malaysia bagi menarik palancong untuk datang ke negara kita. Jelaslah, apabila
tumpuan kerajaan telah dipelbagaikan, sumber pendapatan negara kian bertambah dan secara
tidak langsung turut meningkatkan kualiti dan jurang pendapatan antara bandar dan luar
bandar.
21 |JPNPP
mereka. Jelaslah, apa yang dilakukan kerajaan ketika itu telah memberikan kesan yang positif
kepada negara.
Hak milik modal saham bumiputera meningkat melalui ASN di mana pada tahun 1970
jumlahnya adalah 2.4% telah meningkat kepada 20.3% pada 1990. Pemilikan modal kaum
bukan bumiputera juga telah meningkat kepada 46.2%. Pemilikan modal bumiputera dan bukan
bumiputera bukan sahaja meningkatkan ekonomi malahan telah meningkatkan kualiti hidup
rakyat. Jelaslah, dengan adanya pengenalan saham menyebabkan rakyat mendapat manfaat
daripada pengenalan DEB di negara kita.
22 |JPNPP
Nilaikan sumbangan dasar pembangunan ekonomi negara di persada antarabangsa.
Selain itu, Malaysia juga merupakan pengeluar utama komoditi dunia menerusi tanaman
getah, kelapa sawit dan kopi. Kejayaan ini adalah hasil perlaksanaan Dasar Pertanian Negara
yang bermatlamat untuk meningkatkan pendapatan dalam sektor pertanian ke tahap
maksimum. Agensi seperti FELDA turut memainkan peranan penting menggalakkan
pembukaan tanah baharu supaya komoditi utama tersebut dapat dieksport dan dibekalkan
secara berterusan.
Malaysia diiktiraf sebagai negara hab halal di rantau Asia Tengara. Kepelbagaian
produk mahupun makanan halal keluaran bumiputera menerusi program anjuran MARA yang
menggalakkan penyertaan bumiputera dalam bidang perniagaan. Justeru, pengiktrafan ini
bukan sahaja membantu golongan bumiputera dalam meningkatkan ekonomi negara bahkan
turut mempermudahkan umat islam untuk memperolehi produk halal di rantau Asia Tenggara.
23 |JPNPP
Bagaimanakah memanfaatkan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan rakyat?
Melalui Federal Agricultural Marketing Authority (FAMA) pula petani dapat mengatasi
masalah pemasaran hasil pertanian , justeru dapat meningkatkan pendapatan mereka. Majlis
Amanah Rakyat (MARA) ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan bumiputera dalam sektor
perusahaan dan perdagangan. Hal ini menyediakan peluang kepada mereka untuk
meningkatkan taraf ekonomi.
Salah satu kesan kemajuan ekonomi di Malaysia ialah kemajuan dan pemodenan dalam
biang pertanian. Perkembangan teknologi seperti penggunaan jentera moden, kualiti benih
yang lebih baik serta Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) membawa kepada pemodenan
pertanian.
24 |JPNPP
Kemajuan ekonomi juga membawa kepada perkembangan perindustrian. Hal ini dibantu
dengan adanya kemajuan pengangkutan dan komunikasi. Pelaksanaan k-ekonomi juga
membantu dalam perkembangan perindustrian.
Selain itu, kemajuan ekonomi juga telah membawa perkembangan ICT yang seiring
dengan kemajuan dalam bidang pendidikan. Kemajuan ekonomi turut memainkan peranan
dalam pembangunan insfrastruktur bertaraf dunia seperti KLIA, KLCC dan Litar Antarabangsa
Sepang (SIC). Pembangunan insfrastruktur turut membawa kepada pembentukan bandar
terancang seperti Putrajaya, Cyberjaya dan Nusajaya.
Kemajuan ekonomi turut memberi peluang kepada negara kita untuk melahirkan jaguh
sukan bertaraf dunia seperti Datuk Lee Chong Wei dan Datuk Nicol Ann David. Hal ini kerana kita
dapat membiayai jurulatih serta peralatan yang canggih untuk melahirkan jaguh sukan.
26 |JPNPP
negara melalui keistimewaan yang dimiliki oleh Malaysia iaitu memilik tanah yang subur , iklim
khatulistiwa yang panas dan lembap sepanjang tahun serta mempunyai sumber hutan yang
banyak. Keistimewaan anugerah Tuhan ini menjadikan Malaysia boleh berkembang maju dalam
bidang pertanian sepanjang tahun, kemudian menjana revolusi perindustrian berteraskan aktiviti
pertanian.Seterusnya dengan perkembangan ICT , teknologi pembuatan dan aktiviti R&D,
ia mampu mengubah ekonomi Malaysia dari asas tani kepada perindustrian dan
perkhidmatan dan terkini pembangunan k-ekonomi. Dasar Kependudukan yang dikemukakan
pada 29 Mac
1984 turut menyumbang kepada pembangunan ekonomi moden berteraskan perindustrian
. Dasar ini menyasarkan pertumbuhan penduduk 70 juta orang menjelang 2100 bagi memenuhi
bekalan tenaga kerja dalam pelbagai sektor ekonomi berteraskan perindustrian dan peluasan
pasaran. Jelas sudah gabungjalin antara dasar-dasar pembangunan ekonomi memberikan
manfaat kepada pembangunan ekonomi menjelang Wawasan 2020, Malaysia sebagai sebuah
negara maju dengan menggunakan acuan sendiri setanding dengan negara maju yang lain
kerana Malaysia memiliki masyarakat demokratik yang matang, maju dan saintifik serta adil dan
saksama ekonominya.
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara dan nyatakan langkah-
langkah yang perlu diambil untuk memajukan negara
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara adalah pasaran
produk keluaran negara agak terhad, persaingan dengan negara-negara jiran serta negara
industri dunia. Teknologi yang digunakan juga masih rendah serta pengeluaran masih dalam
skala yang kecil serta kurang berkualiti. Ini mengakibatkan produk yang dihasilkan negara
gagal untuk bersaing dan menembusi pasaran luar negara. Pasaran ekonomi negara kita
terlalu kecil berbanding negara lain. Produk ynag dihasilkan masih terkongkong dengan
ekonomi tradisional serta sikap berdaya saing yang rendah dalam kalangan masyarakat turut
memberi cabaran kepada kemajuan negara.
Kejatuhan mata wang negara turut memberi kesan dan menjadi cabaran untuk
memajukan negara. Kos pengeluaran yang semakin meningkat, sementara peniaga kecil sukar
membuat pinjaman. Pelabur asing yang melabur di negara kita berpindah ke negara lain
apabila tempoh bebas cukai selama lima tahun telah tamat dan upah buruh yang semakin
meningkat. Hal ini mencabar kemajuan negara kita.
27 |JPNPP
Cabaran lain yang dihadapi oleh Malaysia dalam memajukan negara ialah terdapat
segelintir masyarakat yang mengamalkan rasuah contohnya kakitangan awam. Amalan ini
bukan sahaja mendatangkan mudarat kepada pelakunya tetapi juga meninggalkkan kesan
buruk terhadap negara. Hal ini akan mencemarkan nama dan imej negara seterusnya akan
menghalang kemajuan negara.
Seterusnya budaya negatif yang mencemarkan nama baik negara seperti demonstrasi
jalanan dan perhimpunan haram, akan menimbulkan kebimbingan pelabur untuk melabur di
negara kita. Budaya ini bukan sahaja memperjudikan suasana aman dan damai negara tetapi
akan memberi gambaran kepada orang luar seolah-olah politik negara kita tidak stabil dan
negara tidak aman.
Sikap negatif masyarakat terutamanya remaja seperti suka membuang masa, lumba
haram, budaya lepak, keruntuhan akhlak, pergaulan bebas, terpengaruh dengan budaya luar
yang negatif serta vandalisme akan menjadi halangan untuk melahirkan modal insan yang
produktif bagi membantu pembangunan ekonomi negara.
Kegiatan jenayah yang sukar dikawal dan semakin berleluasa seperti mencuri dan
merompak, menghisap dadah dan pemerdagangan manusia turut menjadi cabaran kepada
negara untuk maju. Keadaan ini juga menjejaskan imej negara di mata dunia.
Cabaran lain ialah masalah perpaduan dalam kalangan masyarakat pelbagai kaum
yang sukar dicapai serta sentimen perkauman yang menebal, dengan membangkitkan isu-isu
yang sensitif dalam masyarakat, contohnya menafikan agama Islam sebagai agama rasmi
negara. Walaupun Malaysia sering dipuji dan digembar-gemburkan oleh dunia mempunyai
kestabilan politik kerana dapat mentadbir walaupun mempunyai satu komuniti masyarakat
majmuk yang pelbagai, tetapi akhir-akhir ini keutuhan kenyataan itu nampak goyah. Keadaan
28 |JPNPP
ini menunjukkan bahawa pelbagai komuniti masyarakat di Malaysia sudah berani untuk
mempersoalkan perlembagaan negara seterusnya menggugat keselamatan dan kedaulatan
negara dan menyukarkan usaha-usaha untuk memajukan negara serta menjamin perpaduan
dan kesejahteraan rakyat.
Langkah bagi mengatasi cabaran untuk memajukan negara supaya dapat menghasilkan
produk yang banyak dan berkualiti, dapat bersaing di persada antarabangsa serta dapat
menembusi pasaran dunia adalah barangan dan perkhidmatan negara kita tidak boleh berada
dalam kitaran negara sahaja. Ia perlu "dijual" merentasi negara-negara lain. Sektor
pengangkutan dan perhubungan perlulah dimajukan seiring dengan kemajuan ekonomi yang
dicapai untuk memudahkan lagi perjalanan kita ke sesuatu destinasi. Selain itu, sekolah-
sekolah yang menawarkan bidang teknikal perlulah ditambah supaya dapat melahirkan lebih
ramai lagi tenaga mahir di dalam negara kita. Seperti yang kita ketahui, teknologi negara asing
seperti negara Jepun lebih canggih berbanding negara kita. Justeru kita boleh membuat
pertukaran teknologi agar negara kita juga setanding dengan negara mereka. Seterusnya,
negara kita perlulah meningkatkan teknologi ICT agar setanding dengan negara luar.
Pemberian bantuan kewangan kepada syarikat tempatan secara langsung atau tidak
langsung merupakan satu langkah yang perlu diteruskan, supaya syarikat tempatan dapat terus
bersaing dengan syarikat luar atau produk luar. Bentuk subsidi yang boleh diberikan oleh
kerajaan adalah seperti pinjaman jangka panjang dengan kadar faedah yang rendah,
29 |JPNPP
pemberian taraf perintis, geran dan insentif atau pelepasan cukai kepada usahawan atau
syarikat tempatan. Dengan pemberian subsidi, syarikat tempatan akan menjadi semakin
kompetitif untuk terus bersaing dengan syarikat luar dalam era goblalisasi ini.
Seterusnya negara kita juga perlu membangunkan projek pelestarian minyak dan gas
negara. Melahirkan modal insan kelas pertama serta membina platform tenaga mampan dan
berdaya saing melalui sistem pendidikan yang bertaraf dunia. Usaha-usaha meningkatkan
penyelidikan dan pembangunan (R & D) bagi menghasilkan satu produk yang baharu serta
berkemampuan untuk bersaing dalam pasaran global perlu dimantapkan lagi. Kita juga perlu
mempertingkat pertumbuhan ekonomi hiliran iaitu ekonomi yang berkaitan dengan pelbagai
kegiatan yang berkembang daripada kegiatan utama. Kita perlu menarik golongan professional
dan tenaga mahir untuk berkhidmat di dalam negara .
Langkah-langkah yang perlu diambil untuk mengatasi masalah rasuah yang berleluasa
sehingga menjadi cabaran untuk memajukan negara adalah memperkasakan dan
memperketatkan undang-undang negara terhadap pelaku rasuah supaya mereka berfikir dan
takut untuk memberi dan menerima rasuah. Masyarakat perlu diterapkan dengan nilai-nilai
integriti dan mengamalkan budaya anti rasuah supaya menjadi insan yang mulia.
Pihak kerajaan perlu mengatur strategi yang lebih mantap bagi mempertingkatkan lagi
usaha menangani masalah dadah daripada terus menular. Sikap masyarakat terhadap tabiat
merokok perlu diperbetulkan disamping memperketatkan pengiklanan dan penajaan oleh
syarikat-syarikat rokok tersebut. Pengiklanan dan penajaan ini telah meningkatkan lagi
penglibatan remaja dalam tabiat merokok dan seterusnya terjebak dengan dadah.
Seterusnya budaya negatif yang mencemarkan nama baik negara seperti demonstrasi
jalanan perlu dihentikan segera. Sekiranya tindakan mengadakan perhimpuan tersebut
diadakan dengan hasrat untuk menjatuhkan pemimpin, ia sepatutnya dilakukan menerusi
pilihanraya. Untuk itu masyarakat perlu didedahkan tentang fungsi sistem demokrasi yang
30 |JPNPP
diamalkan di negara ini. Terdapat pelbagai platform bagi menyuarakan pandangan mereka dan
salah satu cara adalah menerusi para pemimpin dan wakil rakyat untuk membawa segala
permasalahan dan pandangan untuk perhatian kerajaan.
Masyarakat perlu dilibatkan dalam usaha mengatasi sikap negatif. Individu dan ibu bapa
perlu berpegang teguh pada ajaran agama dan institusi kekeluargaan perlu diperkukuhkan. Kita
perlu sentiasa berwaspada dengan segala tindakan serta menilai baik buruk sesuatu tindakan
sebelum bertindak. Pihak media perlu menulis perkara positif dan mengelak daripada menulis
perkara yang negatif. Kementerian Penerangan perlu menyekat filem atau drama bersiri yang
tidak beretika. Pengamal media juga perlu bertanggungjawab menyiarkan program yang
berfaedah dan bersesuaian dengan masyarakat kita.
Langkah bagi mengatasi perpaduan perlu dilaksanakan dari akar umbi iaitu sejak
di bangku sekolah rendah. Sekolah Kebangsaan diharap dapat dijadikan tempat untuk generasi
muda hidup bermasyarakat, saling bekerjasama serta melahirkan rakyat yang setia dan
menyumbang kepada kesejahteraan negara. Bagi memupuk perpaduan kaum, ibu bapa perlu
menghantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan agar anak-anak saling mengenali
budaya kaum lain sejak usia muda lagi. Dengan ini mereka akan saling menghormati budaya
kaum lain dan tidak akan membangkitkan isu-isu sentitif. Seterusnya rumah terbuka semasa
musim perayaan juga dapat membentuk perpaduan kaum. Aktiviti sukan dan penggunaan
bahasa yang sama iaitu Bahasa Melayu juga dapat membantu menghadapi cabaran untuk
menyatupadukan rakyat.
31 |JPNPP
kata lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat
meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang
kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti
“Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara.
Semangat patriotik juga dapat dipupuk melalui contoh dan teladan daripada
pemimpin-pemimpin negara dan pemimpin masyarakat tanpa mengira bangsa, agama dan
fahaman politik. Para pemimpin perlulah selalu mengingatkan dan menekankan kepentingan
menghargai kemerdekaan yang telah dicapai hasil perjuangan dan titik peluh pejuang-pejuang
kemerdekaan yang terdahulu dan menghayatinya dengan sepenuh hati. Sekiranya perkara ini
tidak dititikberatkan pasti kemerdekaan yang dinikmati sukar untuk dipertahankan dan tidak
tidak akan memberi makna lagi kepada generasi yang akan datang.
32 |JPNPP
Cabaran 2
Bincangkan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat dan langkah untuk mengatasi cabaran tersebut
Cabaran yang dihadapi oleh Malaysia dalam usaha menjamin perpaduan dan
kesejahteraan rakyat adalah jurang ekonomi antara kaum yang jauh berbeza. Pemilikan saham
kaum bumiputera dan penglibatan bumiputera dalam bidang perniagaan juga masih jauh
ketinggalan berbanding dengan kaum-kaum lain yang berada dalam negara ini. Pembangunan
antara bandar dan luar bandar serta pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang
menjadi cabaran kepada negara dalam usaha menjamin perpaduan dan kesejahteraan rakyat.
Kawasan luar bandar atau pedalaman masih ketinggalan jika dibandingkan dengan kawasan
bandar terutamannya dari pembangunan teknologi, sistem perhubungan dan juga sistem
pengangkutan.
Cabaran seterusnya ialah, ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang
agama. Kelompok ini sanggup melakukan sesuatu di luar batas kemanusiaan demi mencapai
matlamat masing-masing. Selain daripada itu, terdapat juga pihak yang mengeksploitasi isu-isu
politik, ekonomi dan sosial negara untuk mendapatkan sokongan terutama dari kalangan parti
politik dan badan bukan kerajaan. Kehadiran pendatang asing turut menjejaskan imej dan
keharmonian negara. Mereka suka menimbulkan masalah dan menghuru-harakan keselamatan
negara. Selain daripada itu, ancaman juga boleh datang daripada kegiatan pemalsuan
dokumen-dokumen penting kerajaan seperti pasport antarabangsa Malaysia, kad pengenalan
33 |JPNPP
dan sijil lahir. Senario ini amat merbahaya dan perlu ditangani dengan sebijak mungkin. Selain
daripada ancaman dari dalam negara kita juga mesti berwaspada dengan ancaman yang hadir
dari luar seperti aktiviti pengintipan dan cubaan menjatuhkan nama baik Malaysia dari kaca
mata kuasa-kuasa besar.
Langkah Cabaran 2
Langkah bagi menghadapi jurang ekonomi berbeza adalah, kerajaan perlu melibatkan
semua kaum dalam usaha membangunkan negara. Kerajan juga perlu membasmi kemiskinan
dengan meningkatkan pendapatan dan menambah peluang-peluang pekerjaan untuk semua
rakyat Malaysia tanpa mengira kaum, dan mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat untuk memperbaiki ketidakseimbangan ekonomi.
Langkah bagi mengatasi cabaran pembangunan antara bandar dan luar bandar serta
pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang pula ialah, pihak kerajaan perlu
memperkasakan pembangunan ekonomi di setiap wilayah. Ranacangan-rancangan
pembangunan wilayah seperti KEJORA, KETENGAH dan lain-lain perlu diterus dan
diperluaskan ke negeri-negeri lain di Malaysia. Sistem pengangkutan dan perhubungan bagi
wilayah-wilayah atau kawasan-kawasan yang masih ketinggalan perlu segera diberi perhatian dan
dinaiktarafkan.
Antara langkah yang boleh diambil bagi mengatasi cabaran sentimen perkauman
yang menebal dan membangkitkan isu-isu yang sensitif dalam masyarakat adalah dengan
mengadakan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan yang melibatkan semua kaum seperti aktiviti
gotong-royong. Aktiviti kemasyarakatan ini dapat memupuk integrasi nasional. Perdana Menteri,
Tun Dr Mahathir pernah menegaskan bahawa bulat air kerana pembetung, bulat manusia
kerana muafakat. Ini membuktikan bahawa perpaduan merupakan kekuatan negara.
34 |JPNPP
keruh, ambil yang jernih” ternyata mampu menjalin hubungkan semangat perpaduan yang
tersedia utuh.
Di samping itu, kekuatan negara dapat dibina dengan menggalakkan ibu bapa
menghantar anak-anak ke sekolah kebangsaan . Pergaulan mesra dan semangat bersatu padu
yang dijalin mampu menjadi tiang kukuh untuk membuktikan bahawa rakyat Malaysia patuh
pada Rukun Negara. Hal ini penting untuk memupuk semangat perpaduan dalam sanubari
anak-anak sejak dari bangku sekolah.
Bagi mengatasi ancaman daripada puak-puak ekstrimis kaum dan penyimpang agama,
instutisi kekeluargaan perlu dimantapkan. Semua ahli masyarakat perlu memainkan peranan
bagi mengukuhkan pegangan agama anak-anak sejak dari kecil lagi. Pengukuhan pegangan
agama ini perlu diperteguhkan melalui sistem pendidikan yang dirancang rapi. Untuk itu
kurikulum pendidikan perlu dimantap dan diperkasakan.
Iktibar yang diperolehi ialah sentiasa berfikiran positif dan berpandangan jauh dalam
merealisasikan dasar pembangunan sosio ekonomi negara bagi mencapai Wawasan 2020.
Selain itu, mengamalkan toleransi tanpa ada sikap prejudis terhadap kaum lain mahupun dasar
pembangunan sosio ekonomi yang diperkenalkan oleh kerajaan adalah kejayaan besar kepada
negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang kaum.
35 |JPNPP
Seterusnya, menghargai usaha kerajaan atau pemerintah dan bersyukur kerana telah
menyediakan pelbagai program demi kesejahteraan rakyat. Setiap individu harus bijak merebut
peluang yang disediakan oleh kerajaan menerusi dasar pembangunan sosio ekonomi negara
seperti penubuhan MARA yang berperanan membantu usahawan bumiputera agar berdaya
saing dalam ekonomi negara.
Lantaran itu, kita perlu menyemai budaya ilmu dan menanam sifat kreatif dan inovatif
dalam setiap ahli masyarakat agar mencapai negara maju menjelang wawasan 2020 kelak.
Sikap bertanggungjawab terhadap tugas dan amanah yang diberikan menjamin kejayaan dalam
setiap dasar pembangunan yang dilaksanakan. Malah, sikap keterbukaan menerima pengaruh
luar yang positif juga mampu meningkatkan lagi kegemilangan sosio ekonomi negara.
Sehubungan itu, semangat berdikari dan berani meneroka peluang baharu menerusi
dasar pembangunan sosio ekonomi mampu mengubah kehidupan individu mahupun
masyarakat ke tahap yang lebih baik. Bercita-cita tinggi dan berwawasan jauh dalam menyahut
cabaran dalam dasar-dasar yang diperkenalkan mendorong ianya berjalan dengan lancar.
Pengetahuan
Daripada tugasan yang dilaksanakan, pengetahuan yang dapat diperoleh adalah apabila
Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, semua kepincangan tinggalan penjajah terpaksa dipikul
oleh kerajaan yang memerintah untuk membangunkan ekonomi dan sosial demi kesejahteraan
rakyatnya.
36 |JPNPP
Program-program pembangunan ekonomi di negara kita dilaksanakan melalui
Rancangan Pembangunan Lima Tahun. Agenda utama dalam pembangunan negara ialah
kesejahteraan rakyat.
Kesejateraan rakyat dapat dicapai dengan pengenalan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Rancangan ini bermatlamat untuk mewujudkan perpaduan kaum dengan mengurangkan
jurang perbezaan ekonomi antara kaum sama ada di kawasan bandar atau luar bandar.
Selain itu, DEB juga bertujuan mengurangkan kadar kemiskinan dalam kalangan
penduduk luar bandar. Rancangan ini bermatlamat untuk mempelbagaikan aktiviti ekonomi dan
sumber pendapatan negara.
Rancangan ini juga adalah rancangan pembangunan yang memberikan penekanan dan
perhatian yang serius terhadap sektor ekonomi, sosial dan awam. Dalam sektor ekonomi
misalnya, pertanian digiatkan, penanaman semula getah oleh pekebun kecil dan secara ladang
digalakkan, dan hasil keluaran pertanian dipelbagaikan.
Nilai Murni
Nilai murni yang boleh kita hayati ialah kerjasama antara kaum dapat menyediakan asas
kepada negara kita untuk lebih maju pada masa hadapan. Kerjasama kaum dapat melahirkan
masyarakat harmoni dan negara yang aman.
Kita juga seharusnya tidak mudah berputus asa dan berusaha mencari jalan untuk
menyelesaikan setiap cabaran yang dihadapi. Contohnya, dalam menghadapi masalah
kegawatan ekonomi dunia, pemimpin negara kita telah menggalakkan kemasukan pelabur-
pelabur asing untuk melabur di negara kita. Sikap ini dapat menjadikan kita warganegara yang
mempunyai semangat yang kuat.
Selain itu, kita perlu sentiasa bersikap positif dalam menghadapi setiap dugaan dan
rintangan. Sikap positif ini adalah dengan cara tidak menimbulkan prasangka buruk terhadap
sesuatu yang berlaku.
37 |JPNPP
Seterusnya sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersikap inovatif supaya dapat
menghasilkan ciptaan baru dan seterusnya dapat bersaing dengan negara lain di peringkat
global.
Kita mestilah mempunyai sikap taat dan setia kepada negara. Contohnya, kita mestilah
sentiasa bersedia untuk mengekalkan perpaduan kaum. Dengan perpaduan tersebut, kita akan
dapat mengekalkan kedaulatan negara.
Unsur Patriotisme
Unsur patriotisme dalam tajuk yang dikaji telah memperlihatkan bahawa semangat
perpaduan, kepimpinan, dan kebijakan dilihat sebagai faktor penting dalam kejayaan
melaksanakan sesuatu dasar kerajaan.
Hasil usaha daripada kesepakatan antara pemimpinan dan juga rakyat Malaysia telah
menjadikan negara dikenali oleh dunia pada masa ini.
Marilah kita sama-sama meletakkan harapan agar masyarakat berbilang kaum di negara
kita sedia bertoleransi untuk membina perpaduan. Hal ini menyebabkan negara kita sentiasa
aman dan sejahtera.
Selain itu, kita patut sandarkan harapan agar masyarakat kita memiliki jati diri yang
tinggi. Masyarakat sentiasa bersedia untuk bersaing di peringkat antarabangsa demi menaikkan
imej negara. Hal ini menyebabkan identiti negara yang menjadi kebanggaan kita sentiasa
terpelihara.
38 |JPNPP
Pemimpin dan rakyat perlu memainkan peranan untuk memastikan kecemerlangan
ekonomi Malaysia bergerak seiring dengan kemajuan rohaniah.
SOALAN TAMAT
39 |JPNPP