Radio Akt If

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

6.

1 Bahan Radioaktif
Bahan Radioaktif
■ Bahan radioaktif ialah unsur yang mempunyai nukleus yang tidak stabil.
■ Simbol bagi bahan radioaktif

■ Contoh-contoh bahan radioaktif ialah:


► uranium-235 atau uranium-238
► plutonium-239
► radium
► karbon-14
► kobalt-60
► iodin-131
► fosforus-32

Pereputan Radioaktif
■ Pereputan radioaktif adalah perpecahan nukleus bahan radioaktif tidak stabil untuk membentuk
pecahan kecil nukleus yang lebih stabil.
■ Semasa proses pereputan nukleus tidak stabil, sinaran radioaktif yang tidak kelihatan terbebeas
daripada bahan radioaktif.
■ Terdapat tiga jenis sinaran radioaktif, iaitu:
► Sinaran alfa (α)
► Sinaran beta (β)
► Sinaran gama (γ)
■ Proses pereputan radioaktif
► Proses pereputan pertama yang ditemui ialah pereputan alfa, pereputan beta, pereputan gama.
► Pereputan alfa berlaku apabila nukleus mengeluarkan partikel alfa (nukleus helium).
► Pereputan beta berlaku apabila nukleus mengeluarkan elektron.
► Tenaga nukleus aktif boleh dikeluarkan sebagai satu sinar gama dalam pereputan gama.
► Proses pereputan berlaku secara rawak dan secara spontan, yang tidak boleh dikawal oleh mana-mana faktor
luaran seperti tekanan atau suhu.
Sinaran radioaktif
■ ■ Ciri-ciri sinaran radioaktif
x Ciri-ciri Sinaran alfa Sinaran beta Sinaran gama
Jenis zarah Nukleus helium yang bercas Elektron bertenaga tinggi Gelombang elektromagnet
positif (+) yang bercas negatif (-) yang bertenaga tinggi dan
neutral dari segi elektrik
Kelajuan pergerakan Paling perlahan Laju Paling laju
Kuasa penembusan Sangat rendah Lebih tinggi Paling tinggi
Dapat dihalang oleh Sehelai kertas Sekeping aluminium Blok plumbum atau konkrit
tebal
Pemesongan dalam medan Dipesong oleh plat negatif Dipesong oleh plat positif Tidak dipesong dalam
elektrik medan elektrik

Kegunaan Bahan Radioaktif


■ Radioisotop
► Isotop yang tidak stabil
► Nukleus yang tidak stabil akan mengeluarkan sinaran berbahaya yang tidak kelihatan dan kehilangan
sebahagian daripada tenaga mereka untuk menjadi lebih stabil.
► Kestabilan nukleus bergantung pada nombor proton dan nuetron di dalam nukleus.
► Atom nukleus yang tidak stabil akan mengalami proses pereputan dan memancarkan sinaran radioaktif.
■ Kegunaan bahan radioaktif
Bahan radioaktif Kegunaan
Kobalt-60 Sinaran gama digunakan untuk membunuh sel-sel kanser tanpa pembedahan (radioterapi)
Iodin-131 Disuntik ke dalam badan pesakit untuk mengesan kerosakan kelenjar tiroid dan ketumbuhan di otak
Karbon-14 ◉ Mengkaji lintasan karbon dalam proses fotosintesis pada tumbuhan hijau

◉ Mengkaji usia artifak purba (pentarikhan karbon)

Natrium-24 ◉ Disuntik ke dalam badan untuk mengesan pembekuan darah dalam otak

◉ Digunakan untuk mengesan kebocoran paip air bawah tanah

Sinaran gama ◉ Mensteril makanan seperti buah-buahan dan bijirin dengan membunuh bakteria dan kulat
dalam makanan
◉ Mencegah ubi kentang, bawang putih, bawang besar dan halia daripada bercambah

◉ Melambatkan buah seperti pisang, jambu batu dan mangga menjadi masak
Kesan-kesan pencemaran radioaktif keatas manusia

Sinaran radioaktif boleh menyebabkan molekul di dalam sel-sel hidup terus menjadi ion.

Bentuk ion kemudiannya bertindak balas dengan ataom lain di dalam sel untuk menghasilkan kerosakan.

Pada dos sinaran yang rendah seperti sinaran radioaktif yang kita terima dari alam sekitar, sel-sel berupaya
memperbaiki kerosakan yang berlaku.

Pada dos sinaran yang tinggi (sehingga 1 gy), sel tidak berupaya memperbaiki kerosakan sehingga menyebabkan
sel-sel mati atau tak normal.

Sel tak normal kemudiannya membahagi untuk membentuk lebih banyak sel-sel lain.

Dalam sesetengah keadaan, salah satu kesan dari pendedahan sinaran radioaktif ialah risiko untuk mendapatkan
penyakit kanser adalah lebih tinggi.

Organ

Pada dos melebihi 1 Gy, sel yang rosak tidak dapat diganti dengan cepat untuk menyebabkan sesetengah organ
seperti saluran penghadaman tidak dapat berfungsi sepenuhnya.

Apabila keadaan seperti ini terjadi, penyakit yang berlaku dikenali sebagai penyakit sinaran radioaktif.

Antara gejala penyakit yang dapat diperhatikan dalam penglibatan saluran penghadaman adalah seperti loya,
muntah dan lemah anggota badan yang terhasill akibat saluran pemakanan tidak dapat berfungsi untuk
menyerap sumber pemakanan.

Pada dos melebihi 4 Gy pula, fungsi ketahanan badan yang menentang jangkitan akan terjejas dan kebanyakan
mangsa akan mati akibat jangkitan kuman.

Merurut kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat, setiap orang dewasa menerima sejumlah 0.36 Gy untuk
keseluruhan tubuh setiap tahun.

Kebanyakan sinaran radioaktif ini datangnya dari sumber radioaktif yang terdapat di sekeliling kita.

Sumber sinaran radioaktif latar ini termasuklah sinaran kosmik (sinaran partikel bertenaga tinggi dan gelombang
elektromagnet dari angkasa lepas), sinaran yang diinduksikan oleh sinaran kosmik (seperti pembentukan C danH di
dalam atmosfera oleh sinaran kosmik) dan sinaran semulajadi yang terdapat di dalam bumi (seperti uranium,
thorium dan radon).

Sinaran radioaktif latar ini merupakan lebih kurang 82% dari dos sinaran tahunan yang diterima oleh manusia.

Kanser merupakan penyakit paling utama berlaku akibat terdedah kepada sinaran radioaktif.

Untuk kanak-kanak, kanser yang paling cepat berlaku selepas dedahan sinaran radioaktif yang tinggi ialah
leukemia terutama sekali mielositik akut dan kronik.

Dedahan

Biasanya kanser ini muncul antara 2 hingga 4 tahun selepas dedahan dan risiko kemunculan penyakit akan kekal
dalam tempoh masa 10 tahun selepas dedahan pertama.

Selain daripada leukamia, kanser otak dan buah pinggang juga telah dilaporkan apabila kanak-kanak terdedah
kepada sinaran radioaktif yang tinggi.

Untuk orang dewasa, kanser yang kerap berlaku ialah kanser paru-paru, usus, pundi kencing, tulang dan kulit.

Bagi wanita, kanser buah dada sering dilaporkan. Oleh kerana sinaran radioaktif latar ini tidak dapat dicegah,
maka usaha untuk menghalang sebarang kejadian yang akan meningkatkan sinaran latar ini seperti ujian-ujian
nuklear dan loji-loji nuklear perlu diharamkan.

KESAN AKIBAT KESAN CARA MENGATASI

alam sekitar tercemar,


KEMALANGAN Penggunaan reaktor nuklear hendaklah dihadkan
maut,kanser, kemandulan

alam sekitar tercemar, Pembuangan sisa r/aktif hendaklah dilaksanakan


PENCEMARAN SISA
kanser, kehidupan akuatik dengan baik seperti tempat pelupusan dasar laut
RADIOAKTIF
terjejas atau gurun.

PEPERANGAN Pembinaan senjata Menghadkan penggunaan bahan radioaktif


pemusnah yang besar dalam pembinaan senja

You might also like