Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 18

PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK 4-6 TAHUN

AHMAD FARMIZI BIN HASHIM


CHE HAFIZIE BIN CHE HASSAN
MOHD PAZLI BIN FHAUZI
AZWEN ZUWITA BINTI HUSSIN
MOHD ALIFF BIN MOHD KAMARUDIN
(Fakulti Pendidikan Teknikal Dan Vokasional)
Jabatan Teknikal Dan Vokasional
(Universiti Pendidikan Sultan Idris 2010)
18 Oktober 2010

ABSTRAK
Kajian ini membincangkan perkembangan awal kanak – kanak yang berumur di antara

4 hingga 6 tahun. Kajian ini telah di jalankan oleh lima orang pelajar program

Pendidikan Kemahiran Hidup yang mengambil subjek Asuhan dan Pendidikan Awal

Kanak-kanak pada tahun 2010 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Kajian ini

telah di jalankan secara terperinci bagi mengetahui Perkembangan kanak-kanak

dibincangkan seperti bahasa, kognitif, sosioemosi, dan Fizikal. Kajian ini dapat memberi

pengetahuan dan panduan kepada guru dan ibu bapa bagi mengenali kanak-kanak

dalam pelbagai aspek. Di samping itu, ia dapat membantu meningkatkan

perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti pengajaran dan

pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.


PERKEMBANGAN AWAL KANAK-KANAK PERINGKAT 4-6 TAHUN.

DEFINISI PERKEMBANGAN KANAK-KANAK

Mengikut Freud, pada peringkat ini kanak-kanak selalu memegang organ

kejantinaan untuk mendapatkan kepuasan. Kanak-kanak telah mula mempunyai

perasaan terhadap ibu bapa sendiri. Kanak-kanak lelaki terhadap ibu sendiri dan

mudah berlaku konflik Oedipus sementara kanak-kanak perempuan berlaku konflik

Elektra. Oleh itu ibu bapa mesti memainkan peranan penting dalam mengawal dan

memenuhi perasaan supaya konflik tidak berlaku.

Pelbagai perkataan atau frasa digunakan merujuk kanak-kanak dan hubungannya

dengan pendidikan dan penjagaan. Perkataan ‘pendidikan awal kanak-kanak’ diberi

pelbagai takrif oleh pelbagai penulis. Misalnya, menurut Kostelnik dan rakan-rakan

(1993) dalam Nor Hashimah Hashim & Yahya Che Lah (2003) early childhood

meliputi kanak-kanak sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kana-kanak

sejak daripada lahir sehingga lapan tahun, iaitu kanak-kanak di taman asuhan atau

taman didikan, prasekolah dan sekolah rendah.


PERKEMBANGAN FIZIKAL, SOSIAL, DAN KOGNITIF KANAK-KANAK AWAL.

Pengetahuan berkaitan perkembangan kanak-kanak dapat membantu orang

dewasa membuat pemerhatian ke atas penguasaan mereka. Pelbagai maklum

balas dapat diguna pakai dalam membuat jangkaan masa hadapan atau langkah-

langkah pencegahan ke atas sebarang petanda negative kanak-kanak. Dengan itu,

setiap kanak-kanak akan membesar mengikut perkembangan dengan kadar yang

berbeza. Orang dewasa perlu memahami dan bersedia bagi memajukan aspek

kekuatan dan membaiki kelemahan dalam diri kanak-kanak itu. Mudah –mudahan

potensi setiap daripada mereka dapat dibangunkan ke tahap optimum (Putri

Zabariah 2003). Perkembangan kanak-kanak dibincangkan seperti berikut:

 Bahasa
 Kognitif
 Sosial
 Sosioemosi
 Fizikal
 Kepintaran

Kadar pertumbuhan kanak-kanak adalah lebih perlahan berbanding dengan kadar

pertumbuhan bayi. Kadar pertumbuhan bayi yang pesat kian berkurangan selepas

bayi berusia 1 tahun. Selain peningkatan dari segi ketinggian dan berat badan,

kanak-kanak juga mengalami perubahan dari segi bentuk badan dan rupa paras.

Kanak-kanak yang berusia 6 tahun akan kelihatan lebih dewasa berbanding dengan

kanak-kanak berusia 2 tahun dari segi bentuk badannya. Misalnya lapisan lemak

yang tebal dalam badan bayi yang berusia satu tahun yang memberikan rupa bayi

(babyish appearance) semakin berkurangan selepas usia bayi memasuki tahun


kedua. Kanak-kanak yang berusia 6 tahun hanya memiliki 50% daripada lemak yang

ada di badannya ketika berusia satu tahun. Selain perubahan dari segi kuantiti,

taburan tisu lemak turut berubah hasil daripada pertumbuhan tulang dan otok yang

pesat. Perubahan ini juga telah mengubah bentuk badan kanak-kanak. Misalnya,

pinggang kanak-kanak berusia 6 tahun lebih kecil daripada bahu dan pehanya jika

dibandingkan dengan bayi yang mempunyai pinggang yang sama dengan dada dan

pehanya. Saiz pinggang bayi yang besar adalah disebabkan oleh ketebalan tisu

lemak dan kadar pertumbuhan organ dalaman yang lebih cepat daripada bahagian-

bahagian lain. Selain pinggang, kanak-kanak juga mempunyai saiz dan panjang

kepala yang lebih seimbang jika dibandingkan dengan bayi. Panjang kepala bayi

yang baru dilahirkan didapati meliputi satu perempat daripada keseluruhan

ketinggiannya. Perubahan dari segi taburan tisu lemak, dan saiz kepala

menyebabkan kanak-kanak 6 tahun lebih menyerupai orang dewasa jika

dibandingkan mereka yang berusia 2 tahun yang masih menyerupai bayi. Kajian

juga mendapati berat otak bayi yang berusia 2 tahun telah mencapai 75% daripada

berat otak orang dewasa dan kanak-kanak yang berusia 5 tahun telah mencapai

90% daripada berat otak orang dewasa. Pada keseluruhannya, otak berkembang

dengan paling pesat dan bahagian atas kepala (contoh: otak dan mata) berkembang

lebih cepat berbanding dengan bahagian bawah (contoh: rahang dan dagu).

Perkembangan fizikal dan motor kanak-kanak boleh dibincangkan berdasar dua

peringkat perkembangan iaitu peringkat awal kanak-kanak (2 -3 tahun) dan kanak-

kanak prasekolah (3-6 tahun) dan peringkat pertengahan kanak-kanak (6 -13 atau

14 tahun).
a. Perkembangan fizikal.
Abi (2009) menyatakan bahawa kanak-kanak berumur empat tahun boleh berlari

menggunakan hujung kaki dan berlari dengan sekuat hati. Mereka boleh

bergantungan di ‘monkey bar’, melompat dengan satu kaki dan ‘rope skipping’ serta

boleh membaling bola. Pada umur begini otot-otot kecil mereka lebih banyak yang

boleh dikawal. Selain itu, mereka juga boleh melukis secara kasar untuk

menggambarkan objek tertentu. Purata kadar pertumbuhan fizikal kanak-kanak

pada peringkat ini ialah 2½ inci dan 5 hingga 7 inci setahun. Kanak-kanak

perempuan adalah lebih ringan dan lebih kecil berbanding dengan kanak-kanak

lelaki. Misalnya purata ketinggian dan berat badan bagi kanak-kanak perempuan

yang berusia 3 tahun ialah antara 35.5 hingga 40 inci dan 25.5 hingga 36.5 lb,

manakala kanak-kanak lelaki pada usia yang sama mempunyai purata ketinggian

lebih kurang 36 hingga 41 inci dan berat antara 27 hingga 38 lb. Pertambahan berat

tahunan agak tekal dan kemudian beransur kurang sehingga mencapai umur baligh.

Kanak-kanak baik lelaki mahupun perempuan kelihatan langsing (slim down) apabila

mencapai usia pra sekolah kerana badan menjadi panjang walaupun kepala masih

kelihatan lebih besar daripada badan. Pada akhir peringkat prasekolah badan

kanak-kanak kelihatan lebih seimbang dan kandungan lemak menurun, oleh itu

rupanya tidak lagi kelihatan tembam. Kanak-kanak perempuan didapati mempunyai

lebih banyak tisu otot lemak berbanding dengan kanak-kanak lelaki yang

mempunyai lebih banyak tisu otot. Pertumbuhan dan perkembangan fizikal seperti

tinggi, berat, dan kekuatan adalah berbeza mengikut individu. Perbezaan ini adalah

kesan daripada pengaruh faktor perwarisan dan persekitaran seperti nutrisi, status

sosio-ekonomi, dan penjagaan. Menurut Meredith (1978), dua faktor penyumbang


yang penting kepada ketinggian ialah etnik dan nutrisi. Masalah seperti mulnutrisi

dan jangkitan penyakit yang kronik boleh membantutkan pertumbuhan dan

perkembangan kanak-kanak. Pertumbuhan yang lambat boleh mendatangkan

masalah kepada kanak-kanak dari segi social dan psikologi seperti rendah diri,

kecewa dan masalah persahabatan.


Tumbesaran mereka adalah perlahan tetapi berterusan. Mereka telah mahir

mengawal otot-otot penting. Kebanyakan mereka sudah mempunyai deria

pengimbangan yang baik. Mereka boleh berdiri dan berjalan di atas kayu palang-

pengimbang. Mereka suka melakukan persembahan berbentuk fizikal, seperti

bergantungan di ‘monkey bar’ dan menggunakan ‘walking turtle’. Mereka berasa

gembira menguji kekuatan dan kemahiran otot. Mereka suka melakukan lompat tali

atau ‘skipping’, berlari, bergulingan, dan menari bersama muzik. Mereka boleh

menangkap bola kecil, mengendali butang dan zip pakaian. Mereka boleh belajar

mengikat tali kasut, menulis nama, meniru lakaran dan bentuk termasuk nombor dan

huruf. Mereka menggunakan sudu- garfu dan alatan dengan betul dengan pantauan

Lingkungan umur Pergerakan: Motor Kasar


4 hingga 5 tahun  Berjalan ke belakang
 Melompat ke hadapan 10 kali tanpa terjatuh.
 Naik dan turun tangga bersendirian.
 Menggolekkan badan.(somersault)
5 hingga 6 tahun  Berlari perlahan secara berjinjit.
 Berjalan di atas palang kayu.
 Boleh melompat-lompat sejauh 2 meter.
 Skipping menggunakan satu kaki bergilir-gilir.
Lingkungan umur Pergerakan: Motor Halus
4 hingga 5 tahun  Memotong mengikut garis berterusan.
 Meniru symbol tambah.(+)
 Meniru bentuk segi empat.
 Menulis beberapa huruf besar.
5 hingga 6 tahun  Memotong bentuk-bentuk yang mudah.
 Meniru bentuk segi tiga.
 Menyurih bentuk berlian.
 Meniru tulisan namanya.
 Menulis angka satu hingga lima.
 Mewarna dalam garisan yang diberikan.
 Memegang pensel seperti orang dewasa.
 Ketepatan penggunaan tangan kanan ataupun kiri
( kidal).
 Menampal dan mengegam dengan betul.

b. Perkembangan motor.

Apabila kanak-kanak mencapai usia 2 tahun, mereka bukan hanya boleh berjalan,

tetapi juga boleh melakukan pelbagai aktiviti motor seperti mengutip benda,

menyusun blok, membuka tali kasut dan sebagainya. Kemahiran motor ini boleh

dibahagikan kepada kemahiran motor kasar dan kemahiran motor halus.

Perkembangan motor kanak-kanak pada peringkat ini memperlihatkan koordinasi

yang baik antara otak dengan mata. Kanak-kanak juga mempunyai keupayaan

untuk berdikari seperti boleh melakukan sendiri pelbagai tugasan harian seperti

makan dan pakai baju. Kemahiran motor kasar dan motor halus yang telah dikuasai

oleh kanak-kanak boleh dijelaskan seperti berikut:

i) 2 – 3 umur ( tahun )

melompat dan berlari ulang-alik menunjukkan tahap aktiviti yang paling tinggi

Suka menconteng, mendiskriminasi objek tetapi tidak boleh melukis objek

ii) 3 – 5 umur ( tahun )


memanjat, menendang bola dan menunggang basikal kecil

Memegang gelas dengan sebelah tangan, mengutip objek, menyusun blok secara

menegak, membuka tali kasut, makan dengan menggunakan sudu, menuang air

dari bekas, dan boleh menyalin bulatan dan melukis garisan lurus

iii) 4 – 5 umur ( tahun )

melakukan aktiviti fizikal yang lebih mencabar dan lasak seperti memanjat tangga

dengan sebelah kaki menunjukkan kebolehan luar biasa di taman permainan dan

melakukan aksi gimnastik yang mudah. Melukis bentuk yang mudah, menulis huruf

yang besar dan menggunakan gunting untuk memotong.

iv) 5 tahun dan ke atas

lari dengan lebih laju dan suka berlumba lari dengan rakan. Boleh melompat sejauh

3 kaki dan setinggi 1 kaki. Boleh melompat dengan sebelah kaki dan melakukan

gerakan kaki seperti bermula, berpusing dan berhenti dengan berkesan.

Boleh berjalan atas palang, melontar dan menangkap bola. Menarik zip, membutang

baju, membina rumah dengan blok, mengikat tali kasut, melukis atau menyalin

bentuk, contohnya segi empat, tetapi tidak boleh melukis bentuk diamond kerana

tidak simetri.

c. Perkembangan Sosial.

Perkembangan sosial merupakan satu proses perkembangan yang membolehkan

kanak-kanak berinteraksi dengan orang lain mengikut cara yang boleh diterima oleh
sesuatu masyarakat serta budaya. Hal ini kerana perkembangan sosial melibatkan

proses sosialisasi yang membolehkan kanak-kanak mempelajari tingkah laku sosial

atau melakukan penyesuaian sosial mereka. Mereka juga mempelajari peraturan-

peraturan sosial yang diamalkan oles sesuatu kumpulan sosial. Contohnya, mereka

mempelajari cara pemaparan emosi yang sesuai, dan cara mentafsir tingkah laku

dan pernyataan emosi orang lain dengan tepat. Proses sosialisasi ini pula

ditentukan oleh konteks budaya. Tingkah laku sosial yang sesuai bagi sesuatu

budaya mungkin dianggap tidak sesuai bagi budaya yang lain. Namun demikian,

terdapat banyak tingkah laku sosial yang bersifat universal dan merentasi pelbagai

kumpulan etnik dan budaya. Perkembangan sosial ini dapat dikaitkan dengan teori

yang dikemukakan oleh Erik Erikson yang dikenali dengan Teori Perkembangan

Psikososial Erikson. Erikson menerangkan perkembangan sosial manusia sebagai

satu siri perkembangan yang terdiri daripada lapan peringkat dan setiap peringkat

mengandungi kecenderungan atau keinginan yang berkonflik. Erikson menyatakan

peringkat ini kanak-kanak berada pada tahap Berdaya Tindak lawan Rasa Bersalah,

iaitu:

i. Pembentukan kesedaran kendiri melalui identifikasi dengan ibu bapa dan

kesedaran tentang tanggungjawab atas tindakan sendiri.


ii. Kecekapan yang diperlukan ialah pembentukan kesedaran tentang daya usaha

dan daya tindak tetapi masih wujud keinginan untuk mengekalkan keselesaan dan

keselamatan yang diperoleh dengan menerima kawalan dan tanggungjawab

daripada orang dewasa. Dalam pembentukan kesedaran ini ibu bapa perlu

memainkan peranan penting dalam memberi sokongan terutama dalam identifikasi


d. Perkembangan Kognitif.

Kanak-kanak mentafsir pengalaman mengikut peringkat perkembangan mental mereka.

Bukan sahaja mereka kurang berpengalaman secara kuantitatif tetapi pengetahuan

mereka berbeza dari segi kualitatif. Perkembangan kognitif kanak-kanak merangkumi

zaman awal kanak-kanak dan pertengahan kanak-kanak. Tetapi di sini kita hanya

menitik beratkan zaman awal kanak-kanak.

Alam kognitif awal kanak-kanak atau kanak-kanak pra sekolah adalah kreatif, bebas

dan imaginatif, contohnya mereka melukis manusia menyerupai orang-orangan

(scarecrow). Kanak-kanak peringkat ini juga terlalu egosentrik dari segi pemikiran.

Mereka melihat persekitaran mereka melalui perspektif diri mereka dan belum berupaya

melihat melalui perspektif orang lain. Menurut Piaget kanak-kanak akan menggunakan

konsep yang sedia ada untuk mentafsir idea atau pengalaman baru melalui proses

asimilasi dan proses akomodasi iaitu apabila kanak-kanak mengubah suai konsep

sedia ada kepada idea atau pengalaman baru untuk menjadi lebih bermakna tambah

Piaget lagi, perkembangan kognitif kanak-kanak berlaku kerana proses adaptasi iaitu

interaksi antara asimilasi dan akomodasi. Konsep ini menjadi lebih luas melalui

asimilasi dan diubahsuai melalui akomodasi. Menurut Spodek et al. (1987), kognitif

merujuk pada intelek atau pemikiran individu. Perkembangan kognitif memfokuskan

kepada cara kanak-kanak belajar dan memproses maklumat iaitu suatu proses

memperkembangkan daya fikir atau membina pengetahuan kanak-kanak.


Jean Piaget merupakan ahli psikologi yang menyatakan kanak-kanak berfikir

berbeza daripada orang dewasa. Beliau melihat pemikiran sebagai proses sedar

dan memberi penekanan kepada peringkat perkembangan yang berkait rapat

dengan pematangan. Menurut Piaget perkembangan kognitif kanak-kanak awal ini

di beri konsep sebagai pemikiran pra-olahan:

i. Semulajadi:
Permulaan kebolehan menyusun semula dalam pemikiran apa yang telah dibina dari

segi tingkah laku, dan peralihan penggunaan simbol daripada primitif kepada yang

lebih sofistikated. Belum lagi boleh berfikir dari segi olahan.

ii. Sub peringkat fungsi simbolik:


Sub peringkat ini berlaku lebih kurang pada umur 2 dan 4 tahun dan

menggambarkan sifat pemikiran simbolik, egosentrik dan animisme

iii. Sub peringkat pemikiran intuitif:


Kanak-kanak berumur antara 4 dan 7 tahun. Intuitif kerana kanak-kanak kelihatan

amat yakin dengan pengetahuan mereka. Tetapi tidak tahu bagaimana mereka

mengetahuinya. Menyoal tidak berkesudahan dan kurang pengetahuan dari segi

ketekalan.

Umur 5,6 dan 7 tahun


Kanak-kanak berumur 5, 6 dan 7 tahun selalunya amat teruja untuk memulakan

persekolahan dan tanggungjawab baru mereka, kecuali sebilangan kecil kanak-

kanak yang sebelumnya tidak dibiasakan dengan berkawan di Taska atau tadika.

Pada umur begini, ibu bapa adalah insan yang paling penting di dalam hidup

mereka. Adalah penting untuk menentukan had-had yang dibenarkan dan

memastikan mereka tahu apa yang diharapkan daripada mereka. Lakukan dengan

dengan suara yang lembut, sabar, jelas dan konsisten. Setiap kanak-kanak perlu

berasa istimewa dan diambil berat dalam jagaan anda. Kanak-kanak pada usia

begini sangat menggembirakan hati. Mereka suka menjadikan diri mereka berguna

kepada orang-orang dewasa.

Lingkungan umur Bidang Kemahiran


4 hingga 5 tahun  Bermain dengan perkataan seperti mencipta pantun sendiri,
menyebut atau mereka perkataan yang sama bunyi.
 Menunjuk atau menamakan enam jenis warna.
 Memadankan gambar-gambar lazim seperti kasut, stoking,

kaki, rambutan, durian ataupun pisang.


 Melukis rajah manusia dengan dua hingga enam anggota

yang dapat dicam seperti kepala, kaki dan tangan. Dapat

menamakan ataupun memadan anggota yang dilukis dengan

anggotanya sendiri.
 Melukis, menamakan, dan menjelaskan gambar yang biasa.
 Menghafal angka hingga lima, meniru orang biasa.
 Mengetahui nama jalan dan Bandar tempat tinggal.
 Memiliki tumpuan perhatian lebih lama. Belajar melalui

pemerhatian dan mendengar orang dewasa serta melalui

penerokaan. Mudah terganggu.


 Memahami sebahagian ataupun seluruh hubungan konsep,

fungsi, dan masa. Fungsi atau kegunaan objek disebut di

samping menamakannya.
 Pemahaman konsep berkaitan masa bertambah. Boleh

bercakap berkenaan semalam ataupun minggu lepas ( masa

lampau), hari ini, dan apa yang berlaku esok.

5 hingga 6 tahun  Menceritakan semula daripada buku bergambar dengan tepat.


 Menamakan beberapa huruf dan angka.
 Mengira secara hafalan satu hingga sepuluh.
 Mengasingkan objek mengikuti cirri seperti mengikut warna,

bentuk ataupun saiz.

e. Perkembangan Sosio - Emosi


Mereka memikir tentang diri mereka lebih dari tentang orang lain sehingga umur

mereka 7 hingga 8 tahun. Mereka selesa bermain dalam kumpulan tetapi kadang-

kandang memerlukan masa bermain bersendirian. Ramai kanak-kanak punyai

seorang kawan karib dan musuh permainan. Mereka lebih selesa bermain bersama

kanak-kanak yang sama jantina. Mereka selalu mengacum sesame mereka. Mereka

lakukan ini kerana 2 sebab; membantu mereka memahami peraturan dan mendapat

perhatian orang dewasa. Mereka tidak menyukai kritikan dan kegagalan. Paling baik

adalah untuk membuatkan mereka bersaing dengan diri sendiri, bukan dengan

kanak-kanak lain. Mereka boleh menolong untuk tugasan-tugasan mudah. Mereka

berkehendakkan kasih-sayang daripada ibu bapa. Mereka mula memahami

perasaan dan kehendak orang lain. Mereka mungkin mula pandai bermain atau

menjaga kanak-kanak lebih muda. Bagi mereka, baik dan buruk adalah apa yang

ibu bapa dan guru mereka gariskan. Mereka mula memahami tentang kejujuran,

membina cita rasa jenaka dan mula berminat dengan irama-irama yang pelik.

Mereka akan kecewa jika kelakuan atau kerja sekolah mereka dikritik atau tidak

dipedulikan.

Lingkungan umur Bidang Kemahiran : Bantu Diri


4 hingga 5 tahun  Memotong makanan yang mudah dengan pisau.
Contohnya: Timun, ubi kentang, dan kepingan tomato.
 Mengikat tali kasut.
5 hingga 6 tahun  Mengenakan pakaian dengan lengkap.
 Mengikat reben.
 Menggosok gigi tanpa bantuan.
 Melintas jalan raya dengan selamat.
Lingkungan umur Bidang Kemahiran: Sosial
4 hingga 5 tahun  Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
 Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan

tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.


 Bermain mengenakan pakaian.
 Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
5 hingga 6 tahun  Memilih rakan sendiri.
 Bermain permainan meja yang mudah.
 Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
 Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama

yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas

dengan adil.

f. Perkembangan Kepintaran

Mereka boleh membezakan kiri dan kanan. Kemahiran bercakap dan menyatakan

kehendak mereka berkembang dengan amat pantas. Kejayaan di sekolah adalah

penting. Mereka bercakap tentang diri mereka dan keluarga kepada sesiapa sahaja.

Ketika bermain, mereka belajar menggunakan perkataan-perkataan yang tepat dan

bahasa yang mereka belajar di sekolah. Mereka mula memahami masa dan hari

dalam seminggu. Mereka menyukai irama-irama dan lagu-lagu pelik dan jenaka.

Tempoh tumpuan mereka semakin panjang. Mereka boleh mengikuti cerita-cerita

yang lebih panjang. Mereka boleh belajar huruf dan perkataan. Selalunya pada

umur 6 tahun, mereka sudah boleh membaca ayat-ayat mudah.

g. Perkembangan Bahasa
Pengetahuan memahami perkembangan bahasa dan komunikasi perlu diketahui oleh

semua guru. Perkembangan bahasa dan komunikasi adalah media pengantara yang

digunakan oleh guru dan kanak-kanak di pra sekolah. Kefahaman dan pertuturan

kanak-kanak berbeza mengikut kumpulan umur.pengetahuan ini penting untuk guru-

guru memahami cara berinteraksi dengan kanak-kanak. Pengajaran akan lebih

berkesan dengan mengaplikasikan pengetahuan yang sesuai dengan tahap keupayaan

yang sesuai dengan tahap keupayaan kanak-kanak berbahasa dan berkomunikasi.

Lingkungan umur Bidang Kemahiran: Sosial


4 hingga 5 tahun  Bermain dan berinteraksi dengan kanak-kanak lain.
 Bermain drama lebih mirip keadaan sebenar dengan

tumpuan perhatian pada perincian, masa dan tempat.


 Bermain mengenakan pakaian.
 Menunjukkan minat mengetahui perbezaan jantina.
5 hingga 6 tahun  Memilih rakan sendiri.
 Bermain permainan meja yang mudah.
 Bermain permainan berlawanan ataupun bersaing.
 Bersama kanak-kanak lain bermain secara bekerjasama

yang memerlukan kata sepakat dan menentukan tugas

dengan adil.

Rumusan

Kesimpulannya, pengetahuan bagi mengenali kanak-kanak dalam pelbagai aspek

dapat memberi panduan kepada guru dan ibu bapa. Di samping itu, ia dapat membantu
meningkatkan perkembangan kanak-kanak ke tahap yang seterusnya melalui aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang akan dilaksanakan di tadika.

BIBLIOGRAFI

Abi. 2009. Perkembangan Kanak-kanak 4 tahun. Diperoleh pada 3 September 2010


Dari http://www.orangekid.biz/2008/index.php?option=com_content&view=
article&id=82:perkembangan-kanak-kanak-4-tahun-sambungan&catid=54:umur-
3-4-tahun&Itemid=83

Nor Hashimah Hashim dan Yahya Che Lah (2003) early childhood. Kuala Lumpur: Dewan

Bahasa Dan Pustaka

Perkembangan Fizikal Dan Kognitif Kanak-kanak. Diperoleh pada 23 September 2010


dari http://www.scribd.com/doc/4853347/Perkembangan-Fizikal-dan- Kognitif-
Kanak-kanak.

Piaget, J. 1930. The Child’s Conception of The World. New York: International
Universities Press

Putri Zabariah Megat A. Rahman, Bustam Kamri & Raja Hamizah Raja Harun (2005) ,Tadika

Berkualiti. Kuala Lumpur: PTS Profesional

Spodek, B.S., Saracho, O.N.& Davis, M. 1987. Fondation of Early Childhood


Education. New Jersey: Prentice Hall. Inc.

You might also like