Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 14

A) Bincangkan isu-isu utama yang timbul berkaitan ketaksamaan peluang pendidikan di

Malaysia

Malaysia merupakan sebuah negara harmoni yang terdiri daripada berbilang


bangsa, kaum dan agama. Sebelum Malaysia mencapai kemerdekaan, kaum Melayu,
Cina, India dan kaum-kaum yang lain telah hidup bersama secara harmoni, bersatu
padu memajukan negara ini dan kita dapat lihat bahawa semangat ini berterusan
sehingga kini. Ini adalah kerana masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbilang
bangsa, kaum dan agama ini mampu bersatu padu dan bertoleransi bagi memastikan
keselamatan, keamanan dan kedaulatan negara Malaysia sentiasa terjamin dan
terpelihara. Oleh itu, kepelbagaian kaum dan semangat perpaduan Malaysia ini
merupakan salah satu khazanah negara yang amat disegani oleh negara-negara lain
dan sentiasa diteladani oleh mereka.

Namun begitu, kekayaan dan kemakmuran negara Malaysia tidak dapat


dinikmati sepenuhnya oleh segelintir golongan masyarakat. Ini adalah kerana dalam
sesebuah masyarakat, sudah tentunya wujud ketaksamaan peluang. Segelintir rakyat
yang kurang bernasib baik akan tercicir ataupun ditindas haknya untuk menikmati
kekayaan dan kemakmuran negara ini. Antara contoh ketaksamaan peluang ialah
ketaksamaan peluang pekerjaan, ketaksamaan peluang pendidikan dan sebagainya.
Ketaksamaan peluang pendidikan merupakan salah satu isu serius yang perlu diberikan
perhatian di Malaysia. Ini adalah kerana pelajar-pelajar kita merupakan masa depan
negara ini dan harus mereka harus diberi segala peluang dan hak pendidikan yang
sewajibnya. Menurut Kamus Dewan, ketaksamaan merujuk kepada ketidakadilan,
ketidakupayaan dan ketidaksamaan. Oleh itu, ketaksamaan peluang pendidikan boleh
didefinisi sebagai ketidakadilan dan ketidakupayaan dalam perolehan hak-hak dan
peluang-peluang pendidikan. Di Malaysia, terdapat beberapa isu-isu utama yang timbul
berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia. Antaranya ialah isu
kelas sosial, jantina, kumpulan minoriti dan kumpulan berkeperluan khas.
Kelas sosial mempunyai beberapa definisi yang menarik. Antaranya ialah definisi
daripada Stalcup (1968), dimana beliau mendefinisikan kelas sosial sebagai lapisan
dalam masyarakat, mereka menganggap diri mereka sama dari segi later belakang
keluarga, peringkat pendidikan, pekerjaan, ras dan sikap terhadap isu-isu sosial.
Meighan (1986) pula menjelaskan bahawa walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap
menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan dalam suatu bangsa yang
sama. Di samping itu, Rothman (2005) mengertikan kelas sosial sebagai satu
kumpulan individu atau keluarga yang berada pada satu kedudukan yang serupa dalam
sistem ekonomi pengeluaranm penyebaran dan penggunaan bahan serta perkhidmatan
dalam masyarakat. Contohnya kelas dibahagikan sebagai golongan atasan, menengah
dan rendah.

Masyarakat kapitalis pula membahagikan kelas sosial kepada dua golongan iaitu
bourgeoisie dan proletariat. Bourgeoisie merujuk kepada golongan masyarakat yang
memiliki punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran manakala Proletariat pula
merujuk kepada golongan masyarakat yang mampu menyumbangkan tenaga kerja
sahaja. Seterusnya saya berpendapat bahawa definisi kelas sosial oleh Max Weber
amat sesuai untuk menggambarkan golongan kelas sosial di dalam Malaysia dengan
tepat. Menurut Max Webber (2010), terdapat lima kelas sosial dalam masyarakat kini.
Golongan pertama merupakan golongan bangsawan (Aristokrat) iaitu golongan atasan,
orang kaya dan ahli korporat. Mereka merupakan golongan bangsawan dan elit yang
amat kaya dan hidup dengan mewah. Seterusnya, golongan kedua merupakan
golongan professional ataupun golongan pertengahan atasan berpendidikan tinggi.
Masyarakat dalam golongan kedua ini kebanyakkannya professional dan memegang
jawatan yang baik dalam sesebuah organisasi. Golongan ini juga berprestij dan
menikmati gaji yang tinggi. Golongan ketiga pula merupakan golongan masyarakat
pertengahan bawahan yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah ataupun
graduan universiti yang memiliki sijil ijazah, diploma ataupun master. Golongan ketiga
ini lazimnya amat mementingkan pendidikan anak-anak mereka dengan harapan
bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik. Selain itu,
golongan keempat pula merupakan golongan kelas pekerja atau kolar biru yang hanya
memiliki sijil peperiksaan awam seperti SPM dan PMR. Golongan masyarakat ini
kebanyakkannya bekerja di kilang-kilang, sektor-sektor swasta, ataupun mempunyai
perniagaan kecil-kecilan. Akhir sekali golongan kelima merupakan golongan
masyarakat yang mempunyai kelulusan akademik yang amat rendah ataupun tidak
pernah langsung melalui pendidikan formal. Golongan ini juga tidak mempunyai
kemahiran 3M( Membaca, mengira dan menulis). Oleh itu, golongan kelima ini amat
miskin dan bergaji sikit. Selepas meneliti definisi kelas sosial daripada pakar-pakar di
atas, saya dapat simpulkan bahawa kelas sosial merujuk kepada kebiasaan criteria
yang digunakan untuk mengelompolkan anggota dalam kelas2 tertentu berdasarkan
kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu pengetahuan.

Akan tetapi, bagaimanakah kelas sosial dapat mempengaruhi ataupun


menyebabkan ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia? Pertama sekali, wang
ringgit memainkan peranan penting dalam peluang pendidikan di Malaysia. Sejajar
dengan zaman teknologi dan globalisasi, pendidikan telah diniagakan dan menjadi satu
salah sektor perkhidmatan yang amat menguntungkan. Pelanggan tetap sektor
pendidikan ini adalah golongan atasan ataupun golongan yang berpendapatan tinggi
dan mempunyai keupayaan kewangan yang kukuh. Mereka akan memastikan anak-
anak mereka dapat menikmati akses kepada pelbagai pilihan dan peluang pendidikan
yang sedia ada sama ada di Malaysia atau di luar negara. Antara contohnya ialah
menghantar anak-anak mereka ke kelas tusyen, sekolah antarabangsa (International
School), kolej-kolej ataupun institusi persendirian yang terkenal dan sebagainya.

Golongan pertengahan dan bawahan pula mempunyai akses kepada peluang


pendidikan yang agak terhad. Ini adalah kerana mereka tidak mempunyai kewangan
yang kukuh untuk membiayai pendidikan kelas tambahan anak-anak mereka, apatah
lagi menghantar anak-anak mereka ke kolej-koleh luar negara, pendidikan swasta dan
sebagainya. Disebabkan itu, anak-anak golongan masyarakat ini hanya mampu
mengharapkan bantuan biasiswa kerajaan tetapi dengan satu harga- mendapat
keputusan yang amat cemerlang di dalam peperiksaan awam. Disebabkan oleh ini,
golongan pertengahan dan bawahan sentiasa tercicir dan tidak dapat menikmati
peluang pendidikan yang terunggul.

Menurut Rusli Md Zain (1998), terdapat hubungan positif antara pencapaian


akademik dengan pendapatan keluarga. Mereka yang berpendapatan tinggi akan dapat
memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Ini terbukti dimana
golongan atasan ini bukan mampu menghantar anak-anak mereka ke institusi pendidik
yang terbaik tetapi juga mampu memberikan anak-anak mereka alat bantu belajar yang
moden dan terkini. Anak-anak mereka dilengkapi dengan gajet-gajet tercanggih seperti
telefon bimbit pintar, komputer riba, internet, kamus elektronik dan sebagainya. Gajet-
gajet ini mampu membantu anak-anak golongan pertama untuk cemerlang dalam
pelajaran dan seterusnya dapat menikmati peluang pendidikan yang terbaik. Selain itu,
mereka juga mempunyai akses internet dan mampu menikmati bahan bantuan
pembelajaran daripada alam maya dengan cepat dan pantas.Sebaliknya, golongan
pertengahan dan bawahan pula sukar untuk membekalkan alat bantu belajar yang
moden dan terkini kepada anak-anak mereka. Kebanyakkannya hanya mampu
membekalkan alat bantu belajar seperti buku latihan amali, buku nota dan sebagainya.
Alat bantu belajar ini akan membosankan mereka terumatanya jika mereka ialah kanak-
kanak alaf baru. Oleh demikian, anak-anak mereka sukar untuk bersaing dengan
pelajar-pelajar lain yang mempunyai alat bantu belajar yang moden.

Sebab kedua kelas sosial mampu menyebabkan ketaksamaan peluang


pendidikan adalah kerana perbezaan set minda mereka (Mind set). Golongan pertama
ataupun atasan mempunyai set minda yang inginkan anak mereka untuk berjaya dan
cemerlang dalam hidup mereka. Ini adalah kerana mereka tidak inginkan anak mereka
memalukan nama keluarga mereka. Selain itu golongan atasan ini inginkan anak-anak
mereka untuk mencontohi mereka ataupun mewarisi empayar keluarga. Oleh itu
mereka sanggup menghabiskan jutaan wang ringgit bagi memastikan anak-anak
mereka mendapat menikmati peluang pendidikan yang terbaik dan seterusnya berjaya
dalam pelajaran mereka. Sebaliknya, golongan bawahan pula mengharapkan anak-
anak mereka dapat meluangkan masa dalam membantu keluarga untuk mencari
sesuap nasi. Golongan bawahan ini tidak memberikan harapan yang tinggi ataupun
mementingkan pendidikan anak-anak mereka. Meskipun jauh dalam sudut hati mereka
berharapkan anak-anak mereka mampu berjaya dalam pelajaran dan meninggalkan
kehidupan yang miskin daif itu, namun reality kehidupan mereka yang kejam memaksa
golongan bawahan untuk mementingkan pencarian nafkah hidup lebih daripada
pendidikan anak-anak. Oleh disebabkan itu, anak-anak mereka tercicir daripada
pelajaran dan tidak dapat menikmati peluang pendidikan yang baik.

Isu kedua yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan ialah isu
jantina. Sejak zaman dahulu lagi, diskriminasi jantina kerap kali berlaku di semua aspek
kehidupan. Lazimnya, kaum wanita ditindas hak-haknya seperti hak bersuara, bekerja,
belajar dan banyak lagi. Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan diutamakan
untuk golongan lelaki. Ini adalah kerana kaum wanita dikatakan hanya sesuai untuk
menjadi pembantu suami dan suri rumah tangga sahaja. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai
kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Di kebanyakan negara, jurang
jantina masih wujud dengan ketara. Contohnya hanya 81% perempuan mendaftar di
sekolah rendah berbanding dengan 86% lelaki. Perbezaan ini adalah lebih ketara di
peringkat sekolah menengah. Di negara-negara lain seperti negara Filipina pula,
bilangan pelajar lelaki yang pergi ke sekolah adalah kurang berbanding dengan pelajar
perempuan. Ini adalah kerana ramai pelajar lelaki ingin membantu mencari rezeki hidup
bagi meyara ahli keluarganya. Sementara itu, hak wanita kerap kali diabaikan di
negara-negara yang menyediakan peluang pendidikan sama rata kepada kedua-dua
jantina. Ketaksamaan jantina di sekolah boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti
tiada langkah-langkah keselamatan khas diberikan kepada wanita, serangan seksual,
bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran dan banyak lagi penindasan.
Faktor-faktor ini akan menyumbang kepada penurunan bilangan pelajar wanita di
sekolah, justeru menjurus kepada ketaksamaan peluang pendidikan.

Dalam kontext masyarakat Malaysia pula, kajian terkini menunjukkan hampir


60% pelajar wanita menguasai dan menduduki tempat di IPT. Dalam satu kajian yang
berlainan pula, hasil kajian mendapati bahawa kadar pencapaian pelajar perempuan di
institusi pengajian tinggi telah meningkat daripada 0.5% (1970) pada tahun 1970
kepada 4.9% pada tahun 1991. Ini membuktikan kerajaan Malaysia berjaya
menyediakan peluang pendidikan sama rata kepada kedua-dua jantina. Selain itu kaum
wanita juga telah membuktikan diri mereka mampu bersaing dengan kaum lelaki dan
memecahkan tanggapan serong masyarakat terhadap keupayaan dan kebolehan kaum
wanita. Pada pendapat saya, kaum lelaki bakal menerima saingan yang amat sengit
dalam merebut peluang pendidikan di masa depan kerana kaum wanita semakin
bangkit dan sedar akan hak mereka dalam peluang pendidikan. Walaupun kaum wanita
telah menunjukkan peningkatan dalam penguasaan tempat dan peluang pendidikan,
segregasi dan diskriminasi terhadap kaum wanita/perempuan masih berlaku di
Malaysia. Aminah Ahmad (2000) dalam kajiannya menyatakan bahawa penglibatan
wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut
gender dalam pendidikan di peringkat menengah, sekolah vokasional dan teknik serta
di Institut Pengajian Tinggi, khususnya di Politeknik. Ini adalah kerana kaum wanita
sering digambarkan dalam persekitaran domestik dan terbatas dalam kemahiran serta
kemampuan. Oleh itu, langkah-langkas drastik harus diambil bagi memastikan isu-isu
itu dapat dibendung dengan segera.

Seterusnya, kaum minoriti juga menghadapi isu-isu dengan ketaksamaan


peluang pendidikan. Kaum minoriti ini merujuk kepada golongan kecil manusia yang
sama keturunan, agama, budaya dan sebagainya yang tinggal di sebuah tempat yang
majoriti penduduknya berlainan keturunan, agama dan sebagainya (Kamus Dewan,
2007). Di negara Malaysia yang tercinta ini, kumpulan majority merupakan kaum
Melayu manakala golongan lain seperti Cina, India, Kadazan, Iban, Bidayuh, dan kaum
peribumi yang lain merupakan kumpulan minoriti. Sebelum saya teruskan saya berasa
adalah baik untuk kita memahami definisi kaum peribumi. Menurut Kamus Dewan
(2007), peribumi diertikan sebagai “penduduk asli” dan juga bumiputera. Peribumi
merupakan istilah umum yang digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok
manusia yang dianggap penghuni asal atau terawal di Malaysia. Sementara itu, Hasan
Mat Nor (1998) menyatakan bahawa isitilah peribumi digunakan bagi merujuk kepada
kumpulan etnik natif kepada sesuatu wilayah yang dituntut dan dipertahankan
sepenuhnya oleh sesebuah negara, di mana mereka telah datang lama di wilayah
tersebut sebelum wilayah itu wujud sebagai sebuah negara yang berdaulat. Masyarakat
peribumi ditakrifkan mengikut klasifikasi perundangan, dan di Malaysia terdapat 2
kumpulan warga peribumi iaitu golongan bumiputera dan orang asli. Kumpulan kaum
yang diklasifikasi sebagai bumiputera meliputi orang Melayu di semenanjung, orang
Melayu, Iban, Bidayuh, Kayan, Kenyah, Kelabit, Melanau, Penan serta penduduk natif
lain di Sarawak serta orang Melayu, Kadazan, Dusun, Bajau, Suluk dan penduduk natif
lain di Sabah. Orang asli pula terdiri daripada 3 kumpulan iaitu Nagrito, Senoi, dan
Melayu Proto yang membentuk 18 rumpun bangsa. Di Malaysia, bilangan kaum orang
Asli amat sikit dimana bilangannya tidak melebihi 141,230 orang.

Menurut XXX, isu ketaksamaan peluang pendidikan di pedalaman ialah jurang


digital, kewujudan perbezaan dari segi akses kepada kemudahan teknologi maklumat
dan komunikasi di kawasan pedalaman dan penguasaan kemahiran TMK dalam
kalangan pelajar dan guru. kekurangan kemudahan asas seperti infrastruktur dan
bekalan elektrik serta talian telefon akan menyulitkan rangkaian telekomunikasi
Schoolnet sampai ke sekolah pedalaman. Faktor utama kaum minoriti menghadapi
ketidaksamaan dalam peluang pendidikan adalah kerana faktor geografi ataupun lokasi
kawasan penempatan. Hingga masa kini, kaum minoriti masih lagi tinggal di kawasan
pendalaman yang jauh dan terpencil. Keadaan ini menyebabkan kaum minoriti masih
terpinggir dalam banyak aspek kehidupan dan tidak terikut dengan arus perubahan.
Selain itu, kawasan penempatan mereka yang terpencil ini menyusahkan proses
modernisasi untuk berlaku. Oleh itu kebanyakkan kaum minoriti tidak dapat menikmati
kelengkapan dan kemudahan moden seperti bekalan elektrik, bekalan air bersih,
internet, kemudahan perhubungan, pengangkutan, pendidikan dan banyak lagi.
Kenyataan ini disokong oleh XXX di mana beliau berkata bahawa kumpulan minoriti
seperti di Sabah dan Sarawak juga menghadapi isu ketaksamaan peluang pendidikan
akibat daripada lokasi tempat tinggal mereka di pedalaman, perhubungan dan
pengangkutan, infrastruktur, kemudahan asas dan kelengkapaan sekolah. Menurut
XXX pula, ketaksamaan peluang pendidikan wujud dalam kalangan kumpulan peribumi
dalam aspek jurang pencapaian pelajar dan jurang digital yang disebabkan lokasi
tempat tinggal, latar belakang masyarakat serta status sosioekonomi. Kemudahan asas
dan infrastruktur yang serba kekurangan di kawasan pedalaman merupakan faktor
utama kumpulan peribumi agak ketinggalan dari segi pendidikan. Tempat tinggal
mereka yang jauh dan terpencil dari sekolah dan sistem perhubungan yang kurang baik
merupakan faktor keciciran tinggi.

Disebabkan oleh faktor di atas ini, ramai anak-anak kaum minoriti tercicir dalam
pendidikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan kemudahan asas sekolah
seperti alat bantu mengajar, keadaan kelas yang teruk dan tidak kondusif, kekurangan
tenaga pengajar dan banyak lagi. Menurut XXX, majority orang asli masih terpinggir
dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di
kawasan tempat tinggal mereka. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi dan
prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa dan kondusif tidak dapat dinikmati
sepenuhnya oleh masyarakat orang asli. Bukan itu sahaja, kekurangan tenaga pengajar
di sekolah-sekolah pendalaman merupakan satu isu yang serious. Menurut XXX, isu
tentang kekurangan guru terlatih masih wujud bagi sekolah rendah di kawasan
pedalaman dan di luar Bandar. Antaranya , terdapat kekurangan guru dalam bidang
teras seperti Sains, Matematik dan bahasa Inggeris. Kekurangan guru yang
berkelayakan untuk pendidikan khas dan opsyen-ospyen lain menimbulkan banyak
masalah pengendalian aktiviti kokurikulum di sekolah. Seterusnya, ramai anak-anak
masyarakat peribumi tidak hadir ke sekolah ada disebabkan oleh jarak antara sekolah
dan rumah adalah terlalu jauh. Ada dikalangan pelajar yang perlu menaiki bot untuk
sampai ke sekolah. Ini menyebabkan pelajar-pelajar kaum peribumi hilang minat untuk
datang ke sekolah. Ini disokong oleh XXX, dimana beliau menyatakan bahawa jarak
tempat tinggal yang jauh dari sekolah merupakan anatara punca pelajar orang asli jauh
ketinggalan dalam pendidikan. Jarak yang jauh mendatangkan masalah kepada mereka
untuk menghadir ke sekolah. Masalah sistem pengangkutan seperti jalan raya yang
tidak sempurna dan kurangnya kemudahan asas serta keadaan persekitaran yang tidak
selesa untuk belajar menyumbang kepada keciciran.

Seterusnya, faktor wujudnya ketaksamaan peluang pendidikan di kalangan kaum


peribumi adalah kerana keengganan mereka untuk mengikut dan menerima arus
perubahan moden. Ibu bapa kaum peribumi tidak mementingkan pendidikan kerana
mereka lebih mementingkan pencarian makanan dan pendidikan nilai-nilai traditional.
Menurut Nadchatram (2007) ibubapa orang asli tidak mementingkan pendidikan. Ini
mengakibatkan banyak pelajar orang asli tidak hadir ke sekolah. Dalam hasil kajian
beliau, Nadchatram (2007) mendapati bahawa jumlah enrolmen sekolah bagi
masyarakat peribumi adalah amat rendah dan kadar keciciran adalah amat tinggi
kerana sikap tidak ambil berat yang dipertonjolkan oleh ibu bapa orang asli. Antara
scenario yang diperhatikan ialah –anak anak orang asli berumur 10 tahun akan diminta
untuk berada di rumah dan menjaga adik-beradiknya manakala anak lelaki orang asli
akan dibawa untuk belajar mencari nafkah (Nadchatram, 2007). XXX juga berkata
bahawa ramai orang asli tidak dapat melihat hubung kait antara pelajaran dengan
kehidupan seharian. Mereka lebih suka membantu keluarga di rumah atau bekerja
untuk membantu ekonomi keluarga daripada belajar demi pendapatan yang lebih
lumayan. Di samping itu, sesetengah masyarakat peribumi sukar untuk menerima
masyarakat luar. Pada pendapat mereka, masyarakat luar merupakan pengacau dan
ingin merosakkan keamanan mereka. Mereka juga berpendapat bahawa masyarakat
luar terutamanya guru-guru sekolah akan mempengaruhi anak-anak mereka dengan
budaya-budaya barat dan moden. Kaum peribumi bimbang akan identiti kaum dan jati
diri anak-anak mereka akan menjadi nipis selepas menerima pendidikan formal di
sekolah. Oleh itu masyarakat peribumi lebih selesa dengan pendidikan tidak formal dan
penerapan nilai-nilai dan kemahiran-kemahiran tradisional.

Selain itu, perwatakan masyarakat peribumi juga merupakan satu isu berkaitan
dengan ketidaksamaan peluang pendidikan. Menurut XXX, kebanyakkan orang asli
berperwatakan rendah diri, malu, pasif, tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu,
sensitive, suka kebebasan bergerak, suka melakukan aktiviti fizikal, tidak suka bersaing
dengan kaum-kaum lain dan suka bekerja secara berkumpulan. Ini menyebabkan
mereka berasa kurang selesa untuk belajar dan menelaah buku di sekolah. Masyarakat
peribumi yang sukakan kebebasan juga tidak suka dikonkong dan diberi rutin dalam
kelas. Kenyataan ini disokong oleh XXX, dimana beliau menyatakan bahawa
masyarakat orang asli tidak suka terikat dan tidak suka kepada rutin. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran amat sukar jika pelajar tidak patuh kepada rutin bilik
darjah. Tanpa pengurusan bilik darjah yang berkesan, pengajaran dan pembelajaran
pelajar orang asli amat sukar dilaksanakan. Akhir sekali, bahasa pengantaraan juga
menjadi satu isu dalam bilik darjah. Dalam kelas, pelajaran diajar dengan bahasa
kebangsaan dan bukan bahasa ibunda pelajar-pelajar kaum peribumi menyebabkan
mereka sukar memahami pelajaran yang disampaikan. Selain itu, mereka beranggapan
bahan pengajaran tidak berkaitan kepada kehidupan mereka. Oleh itu, ibubapa orang
asli memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka tentang kehadiran ke sekolah.
Semua ini menyebabkan pelajar-pelajar masyarakat asli ketinggalan dalam bidang
akademik dan sukar untuk bersaing dengan kaum-lain lain dalam merebut peluang
pendidikan yang lebih baik.

Akhir sekali, kumpulan berkeperluan khas juga mengalami masalah berkaitan


dengan ketaksamaan peluang pendidikan. Menurut XXX, kumpulan berkeperluan khas
merujuk kepada kanak-kanak isitimewa yang luar biasa dari segi intelek, jasmani, sosial
atau emosi. Kumpulan ini dianggap sebagai isitimewa kerana ibubapa dan guru perlu
memberikan perhatian yang lebih berbanding dengan pelajar-pelajar normal. Antara
contoh pelajar keperluan khas ialah pelajar austime, sindrom down, masalah
pembelajaran, disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran
atau penglihatan, pintas cerdas, kecelaruan tingah laku dan lain2 lagi. Menurut Dr.
Chua Tee Tee (1982) pula, murid berkeperluan khas merupakan satu program
pendidikan yang dirancangkan khas untuk kanak-kanak istimewa atau luar biasa dari
segi intelek, jasmani, sosial atau emosi. Ini adalah kerana murid berkeperluan khas
mempunyai kecerdasan yang amat rendah serta menghadapi masalah penyesuaian diri
dalam masyarakat dan dalam program sekolah biasa.

Isu ketaksamaan peluang pendidikan bagi kumpulan berkeperluan khas yang


lazim timbul ialah kekurangan infrastruktur ataupun sekolah khas bagi menampung
keperluan mereka. Pada abab ke 19, kumpulan berkeperluan khas ini mengalami
krissis dalam menikmati peluang pendidikan. Namun nasib mereka sudah bertambah
baik dengan adanya peluang pendidikan kepada mereka daripada peringkat sekolah
rendah, menengah dan juga university. Antara contoh sekolah rendah yang paling awal
menyediakan kemudahan pendidikan bagi kanak-kanak kurang upaya penglihatan iaitu
masing-masing dalam tahun 1926 dan adalah Sekolah Rendah Alma (St.Nicholas) yang
terletak di Pulau Pinang dan juga Sekolah Puteri Elizabeth di Johor Bahru (Wong Huey
Slew dan Sandiyao Sebestian, 2002). Dalam salah satu kajian yang berlainan, Naraini
Salleh (1995) mendakwa bahawa sebelum tahun 1960, komuniti murid berkeperluan
khas di negara kita hanya disediakan dengan kemudahan pendidikan pada peringkat
sekolah rendah sahaja. Mereka tidak berpeluang meneruskan pelajaran ke peringkat
sekolah menengah dalam tempoh masa antara tahun 1949 sehingga 1962. Pada tahun
1962, kumpulan berkeperluan khas baru diberikan peluang untuk meneruskan pelajaran
mereka di sekolah menengah melalui rancangan pencantuman.

Pada zaman moden sekarang, kerajaan telah sedar akan kepentingan untuk
member perhatian khas kepada golongan berkeperluan khas ini. Oleh itu Kementerian
pelajaran Malaysia telah mengintegrasikan program pendidikan khas integrasi dalam
sekolah aliran perdana serta pendekatan inklusif dalam sekolah biasa. Program ini
diharapkan dapat memberi peluang pendidikan kepada semua kumpulan berkeperluan
khas. Bukan itu sahaja, kerajaan juga memberi perhatian khas kepada golongan pelajar
yang pintar cerdas. Golongan pelajar ini lazimnya mempunyai IQ yang tinggi (130 dan
ke atas) dan memerlukan program pendidikan yang lebih susah dan mencabarkan.
Dengan itu kerajaan telah membina sebuah sekolah berasrama penuh di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijangka akan mengambil 80-100 pelajar pintar
cerdas. Program ini diberi nama Program Pendidikan Menengah Tinggi Permata Pintar
sudah pun mula mengambil pelajar mulai 17 Januari 2011. Pelajar-pelajar pintar ini
akan diberi peluang untuk mempelajari beberapa kursus disediakan di universiti dengan
bantuan seorang profesor UKM. (Berita Harian, 2011)

Namun begitu, kumpulan berkeperluan khas ini masih menghadapi isu dengan
ketaksamaan peluang pendidikan. Isu ini timbul disebabkan oleh persepsi negatif
masyarakat terhadap kumpulan berkeperluan khas ini. Pada zaman yang serba moden
ini, masih terdapat segelintir ahli masyarakat yang memandang hina golongan
berkeperluan khas. Bagi pendapat mereka, pelajar-pelajar berkeperluan khas ini tidak
perlu diberikan perhatian dan pendidikan khas kerana program-program ini hanya akan
membazir masa dan wang. Keadaan ini diburukkan lagi apabila terdapat segelintir ibu
bapa yang setuju dengan pandangan masyarakat yang naif ini. Ibu bapa kepada
pelajar-pelajar berkeperluan khas berasakan anak-anak mereka hanya akan
membazirkan wang dan masa mereka. Oleh itu mereka tidak menghantar anak-anak
mereka ke sekolah khas dan menafikan hak pendidikan mereka. Akhir sekali,
kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam pendidikan khas juga menjadi satu isu.
Disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar, banyak sekolah tidak dapat
menyediakan kelas khas kepada kumpulan berkeperluan khas ini. Kumpulan-kumpulan
berkeperluan khas ini akan menghadapi masalah dalam pelajaran, sukar untuk
bersaing dengan pelajar biasa dan akhirnya sukar untuk merebut peluang pendidikan
yang baik.
b) Bagaimanakah anda sebagai guru menangani isu-isu tersebut di bilik darjah?

Tugas guru-guru sememangnya berat. Ini adalah kerana guru-guru bukan sahaja
bertangunggjawab untuk mendidik, tetapi juga bertanggungjawab untuk membentuk
sahsiah pelajar-pelajarnya. Guru-guru juga bertanggungjawab dalam mengenal pasti,
mengendali dan mengatasi isu-isu yang akan menjejas prestasi dan masa depan para
pelajar. Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian khas ialah isu-isu yang berkaitan
dengan ketaksamaan peluang pendidikan iaitu isu kelas sosial, jantina, kumpulan
minoriti dan kumpulan berkeperluan khas

Bagi menangani isu kelas sosial dalam bilik darjah, saya akan mulakan dengan
memastikan semua pelajar saya dapat bergaul dengan baik. Demi tujuan ini, saya akan
menggabungkan banyak aktiviti berkumpulan dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan hubungan
silatulrahim antara para pelajar dan seterusnya menghapuskan segrenasi kelas sosial
dalam bilik darjah.

You might also like