Persamaan Dan Perbezaan Tiga Tamadun

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 8

PENGENALAN

Malaysia merupakan sebuah negara yang unik di mana Malaysia menerima


pengaruh daripada pelbagai tamadun yang tanpa kita sedar sudah sebati dalam kalangan
masyarakat. Tiga bangsa terbesar di Malaysia iaitu Cina, India dan Melayu secara tidak
langsung menggabungkan tiga pengaruh daripada tiga tamadun yang berbeza iaitu
Tamadun Cina, Tamadun India dan Tamadun Melayu. Banyak persamaan dan perbezaan
tiga tamadun ini yang dapat kita lihat dalam masyarakat mahupun budaya yang wujud kini
terutamanya dalam bidang pendidikan, sosiobudaya dan ekonomi.

PENDIDIKAN

CINA MELAYU INDIA


Tujuan bagi Membolehkan anak melayu Pendidikan Tamil diberikan
mengembangkan bahasa terus kekal mewarisi kemiskinan agar mereka dapat
dan budaya Cina dan memenuhi perjanjian mengintegrasikan diri mereka
sewaktu penjajahan apabila kembali ke India
nanti.
Buku teks dan guru datang Pendidikan dikelola, Didirikan di ladang serta
dari negara China serta dikendalikan, dikawal dan dikelola oleh masyarakat
dikendalikan oleh masyarakat diletakkan di bawah kuasa sendiri tanpa bantuan
sendiri tanpa bantuan penjajah Inggeris tanpa dengan buku teks dan
Inggeris mempunyai satu falsafah yang kurikulum daripada India.
Mempunyai 3 tahap konkrit atau dasar pendidikan Terhad sehingga sekolah
pendidikan. kebangsaan. rendah sahaja
Kurikulum selama 4 tahun.
Pada peringkat awal sistem Mendapat pendidikan agama Kekurangan daripada isi
pendidikan mengutamakan dan pendidikan formal diadakan kurikulum, tenaga pengajar
pengajaran dan di pondok dan ulama-ulama dan pedagogi. Sebahagian
pembelajaran nilai tradisional sebagai guru. pelajarnya kekal sebagai
Cina berteraskan teks klasik buruh di ladang.
Cina.
Dihantar ke sekolah Dihantar ke sekolah Dihantar ke sekolah
kebangsaan cina. kebangsaan. kebangsaan tamil.
Isi kurikulum membaca, Menekankan pengajaran quran, Kurikulum berkaitan
menulis, mengira, lukisan, asas menulis, membaca, membaca, menulis, mengira,
bahasa inggeris, ilmu alam, mengira serta Bahasa Melayu, karangan, ilmu alam dan
sejarah, kraftangan dan ilmu hisab, pertanian, kebersihan diri.

1
pengetahuan pertukangan dan Bahasa Arab

Dalam bidang pendidikan, terdapat banyak persamaan dan perbezaan yang dapat
kita lihat dalam tiga tamadun dari sebelum merdeka lagi. Tiga tamadun atau bangsa ini
diasingkan dan mewujudkan tiga jurang dan perbezaan yang ketara dalam bidang
pendidikan. Antara perbezaan tiga tamadun ini pertama, dalam Tamadun Cina pendidikan
awal bertujuan untuk mewujudkan satu sistem pendidikan Cina yang lengkap bagi
mengembangkan bahasa dan budaya Cina yang merupakan keagungan dalam tamadun
tersebut. Hal ini berbeza pula dengan Tamadun Melayu iaitu pendidikan hanya untuk
membolehkan anak melayu terus kekal di desa dan mewarisi kemiskinan keluarga serta
hanya bagi memenuhi perjanjian sewaktu penjajahan sahaja manakala bagi Tamadun India
pula pendidikan Tamil diberikan agar mereka dapat mengintegrasikan diri mereka apabila
kembali ke India nanti.

Kedua, pendidikan dalam Tamadun Cina dikendalikan oleh sendiri oleh masyarakat
tanpa bantuan Inggeris. Mereka menggunakan buku teks dan guru yang diambil khas
daripada negara China. Pendidikan Tamadun Cina mempunyai 3 tahap iaitu sekolah rendah
selama 6 tahun, 3 tahun di ‘junior middle’ dan 3 tahun lagi sebagai ‘senior middle’. Setelah
berjaya melalui 3 tahap ini, pelajar boleh melanjutkan pelajaran dengan memasuki universiti
di negara China. Ini membuktikan atau menunjukkan bahawa masyarakat Tamadun China
sangat mementingkan pendidikan dan menggalakkan pelajar belajar hingga ke peringkat
yang tinggi. Kemudian, dalam Tamadun Melayu pula pendidikan dikelola, dikendalikan dan
diletakkan sepenuhnya di bawah kuasa penjajah Inggeris tanpa mempunyai satu falsafah
yang konkrit atau Dasar Pendidikan Kebangsaan. Pihak penjajah melaksanakan pendidikan
bagi kaum melayu secara lepas tangan atau sambil lewa sahaja. Kurikulum dijalankan
selama 4 tahun. Seterusnya, dalam Tamadun India, kebanyakan sekolah dibina di kawasan
lading kerana mereka ditempatkan di kawasan ladang serta dikelola sepenuhnya oleh
masyarakat sendiri atau majikan tanpa bantuan penjajah serta buku teks dan kurikulum
daripada India. Pendidikan Tamadun India di Malaysia pada peringkat awal sangat terhad
iaitu hanya peringkat sekolah rendah sahaja.

Ketiga, pada peringkat awal juga, sistem pendidikan mengutamakan pengajaran dan
pembelajaran nilai tradisional Cina berteraskan teks klasik dan hingga kini kaum Cina
mengutamakan semangat bekerja keras dan rajin dalam mencari ilmu. Dalam Tamadun
Melayu pula, kaum melayu yang beragama Islam mendapat pendidikan agama dan
pendidikan secara formal pula diperolehi di pondok-pondok dan guru di pondok yang
mengajar agama ialah para ulama’. Hal ini pula berbeza dengan Tamadun India di mana

2
mereka serba kekurangan daripada segi isi kurikulum, tenaga pengajar serta pedagogi dan
ini menyebabkan kebanyakan pelajarnya kekal sebagai buruh di ladang.

Isi kurikulum Tamadun Cina mementingkan 3M iaitu membaca, menulis, mengira,


Bahasa Inggeris, Ilmu Alam, Sejarah, Kraftangan dan pengetahuan. Seterusnya, Tamadun
Melayu juga sama mementingkan 3M, pengajaran Quran, asas menulis, Bahasa Melayu
dalam Tulisan Jawi, ilmu hisab, pertanian, pertukangan serta Bahasa Arab dan kurikulum
bagi Tamadun India pula ialah membaca, menulis, mengira, karangan, ilmuu alam dan
kebersihan diri. Akhir sekali, wujud sekolah vernakular iaitu sistem sekolah yang
menggunakan bahasa ibunda dalam pengajaran dan pembelajaran. Terdapat tiga jenis
sekolah vernakular iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina
Dan Sekolah Kebangsaan.

Walaubagaimanapun, sistem pendidikan tamadun-tamadun ini turut menyaksikan


beberapa persamaan yang ketara terutamanya dalam sistem pendidikan pada masa kini.
Pada peringkat awal ketiga-tiga tamadun ini menekankan atau menerapkan unsur 3M iaitu
membaca, menulis dan mengira sebagai asas utama dalam pendidikan. Selain itu, semua
pendidikan bertujuan untuk melahirkan insan yang sempurna dari segi JERIS iaitu jasmani,
emosi, rohani, intelek dan sosial. Isi kurikulum pada masa kini juga sudah diselaraskan di
semua sekolah di Malaysia. Semua sekolah menggunakan pentaksiran Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). KSSR
menekankan 4M iaitu membaca, menulis, mengira dan menaakul sesuai dengan tahap
penyerapan ilmu pelajar pada masa kini. Semua sekolah dan pendidikan kini menggunakan
sistem yang sama dan semakin tersusun serta cekap.

Di samping itu, tahap pendidikan bagi semua tamadun juga telah diselaraskan dan
semua mendapat pendidikan yang sama. Semua pelajar berhak mendapat pendidikan iaitu
sekolah rendah selama 6 tahun, sekolah menengah selama 5 tahun dan semua rakyat
Malaysia diberi kebebasan menyambung pelajaran ke tahap yang lebih tinggi mengikut
kemampuan dan keinginan sendiri. Namun kerajaan menggalakkan masyarakat
menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi untuk kemajuan negara juga.

3
SOSIOBUDAYA

CINA MELAYU INDIA


Bahasa Cina Bahasa Melayu Bahasa Tamil
Mengekalkan identiti bangsa Mudah menerima perubahan Masih mengekalkan identiti
dan komuniti dan mengasimilasikan bangsa sendiri.
pengaruh tersebut namun
masih mengekalkan beberapa
identiti bangsa.
Tahun Baru Cina, Hari Chap Hari Raya Aidilfitri, Hari Raya Deepavali, Tahipusam
Goh Mei, Perayaan Kuih Aidiladha.
Bulan.
Agama Kristian, Buddha. Agama Islam Agama Hindu, Buddha, Sikh
Mempercayai roh nenek Percaya akan bomoh dan Jainaa.
moyang Percaya akan kuasa dewa
dewi.

Dalam Tamadun Cina bahasa yang digunakan ialah Bahasa Cina iaitu bahasa
ibunda mereka namun mengikut dialek mereka. Terdapat 6 kumpulan dialek utama iaitu
Hakka, Kantonis, Hokkien, Teochew Dan Fuzhou. Kumpulan ini menggunakan dialek yang
berbeza namun Bahasa Mandarin merupakan bahsa pengantar dalam kalangan kaum Cina.
Antara dialek Cina termasuklah Foochow dan Hokkien, Seterusnya, Tamadun Melayu pula
menggunakan Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi. Bahasa Melayu juga mempunyai
beberapa dialek mengikut beberapa negeri seperti dialek Kelantan, Terengganu, Kedah dan
Negeri Sembilan manakala bagi Tamadun India pula, mereka menggunakan Bahasa Tamil
iaitu bahasa ibunda mereka.

Seterusnya, Tamadun Cina sangat mementingkan bangsa dan komunitinya. Hal ini
kerana, mereka berpendapat bahawa kecinaan mereka ialah satu identiti etnik, budaya dan
politik yang harus dikekalkan. Mereka jarang berkahwin campur atas sebab budaya dan
agama. Bagi Tamadun Melayu pula sangat menggalakkan perkahwinan campur untuk
kepelbagaian dan variasi keturunan. Hal ini kerana masyarakat Tamadun Melayu mudah
menerima perubahan dan pengaruh daripada budaya lain dan mengasimilasikan pengaruh
tersebut dengan budaya Melayu. namun begitu, masyarakat Melayu masih mengekalkan
beberapa budaya Melayu seperti adab sopan dan banyak lagi untuk mengekalkan identiti
bangsa. Tamadun India juga sangat mementingkan identiti bangsa mereka dan keturunan.
Buktinya melalui amalan sistem kasta yang menitikberatkan idea kelas dalam masyarakat.

4
Terdapat 4 kasta utama iaitu Brahmin, Ksatria, Vaisya dan Sundra . selain itu, mereka juga
mengamalkan sisitem keluarga yang terdiri daripada 4 peringkat kehidupan iaitu
Brahmacarya, Grahasta, Vanaprasta dan sannyasa.

Dari segi perayaan, Tamadun Cina menyambut Tahun Baru Cina walaupun mereka
menganut agama yang berbeza. Perayaan ini disambut secara besar-besaran oleh
masyarakat Cina di Malaysia yang menandakan tahun baru menurut kalendar mereka,
mereka percaya terdapat 12 binatang yang menauungi kelendar mereka seperti tikus, lembu
dan kambing. Seterusnya sambutan Hari Chap Goh Mei yang menandakan berakhirnya
perayaan Tahun Baru Cina dengan mengadakan upacara sembahyang dan makan besar.
Akhir sekali, perayaan Kuih Bulan sempena menyambut kemenangan orang Cina
menumpaskan penjajah Mongol. Seterusnya, Tamadun Melayu pula menyambut dua
perayaan utama iaitu Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha. Seluruh umat Islam akan
menyambut Hari Raya Aidilfitri atau disebut Hari Raya Puasa pada 1 Syawal tahun Hijrah
setelah sebulan berpuasa di bulan Ramadhan.

Hari Raya Aidiladha pula dikenali sebagai Hari Raya Korban yang disambut pada
tanggal 10 Zulhijjah pada setiap tahun. Perayaan ini disambut bagi memperingati Kisah Nabi
Ibrahim a.s. Akhir sekali, Tamadun India juga menyambut dua perayaan terbesar iaitu
Deepavali dan Thaipusam. Menurut M.Rajantheran, (1994) perayaan Deepavali disambut
bagi menghapuskan segala kejahatan dan menguatkan nilai murni. Manusia juga
berpeluang untuk mengimbas kembali segala perlakuan yang lalu sama ada baik atau
buruk. Hari Thaipusam pula merupakan perayaan bagi menghormati dewa Hindu iaitu Lord
Murugan. Bagi penganut agama Hindu, Thaipusam adalah hari untuk menghapuskan dosa-
dosa dan bertaubat sepenuhnya akan kesalahan yang lepas.

Tamadun Cina menganuti agama Buddha yang dibawa daripada negara India dan
segelintir menganut agama lain seperti Kristian. Masyarakat dalam Tamadun Cina percaya
akan roh-roh nenek moyang dan mereka sentiasa melakukan upacara sembahyang dengan
menyediakan makanan kepada roh nenek moyang. Seterusnya dalam Tamadun Melayu,
masyarakat melayu menganuti agama Islam iaitu agama yang lengkap. Sebelum
kedatangan Islam, kaum melayu mempunyai kepercayaan animisme dan sangat
mempercayai bomoh. Tamadun India pula mempunyai 4 agama utama iaitu agama Hindu,
Buddha, Sikh dan Jaina.

Persamaan dalam sosiobudaya termasuklah semua Tamadun di Malaysia pandai


atau tahu menggunakan Bahasa Melayu di mana walaupun mereka bertutur dalam bahasa
ibunda namun mereka haruslah dapat menguasai Bahasa Melayu dengan baik kerana ianya
merupakan bahasa rasmi negara Malaysia. Selain itu, institusi beraja yang diamalkan dan

5
wujud di Malaysia sejak abad e-15 iaitu semasa pemerintahan Kerajaan Melayu Melaka
yang menerima pengaruh daripada Tamadun India. Seterusnya, dalam adat istiadat iaitu
perkahwinan di mana semua tamadun mengadakan majlis perkahwinan yang meriah dan
upacara dalam perkahhwinan juga sama seperti mengadakan jamuan makan, bersanding,
berinai dan sebagainya.

Tambahan lagi, dari segi kepercayaan, semua tamadun percaya atau berpegang
kepada kewujudan tuhan yang satu. Walaupun dalam tamadun india mereka mempunyai
banyak tuhan namun itu merupakan dewa-dewi sahaja dan mereka masih berpegang
dengan konsep tuhan yang satu. Di samping itu, perkembangan budaya di Malaysia di mana
wujud pertukaran budaya seperti dalam tarian contohnya tarian Inang, Zapin dan Joget. Dari
segi makanan juga Malaysia menerima pengaruh iaitu nasi lemak yang kini digemari oleh
semua kaum dan tamadun serta persamaan dalam proses pembuatan makanan.

EKONOMI

CINA MELAYU INDIA


Berada di kawasan lombong, Berada di kawasan Berada di kawasan ladang.
perindustrian atau Bandar- perkampungan dan menjadi
bandar. petani.
Lebih menumpukan bidang Ekonomi sara diri, cenderung Bidang pembinaan,
perniagaan. bekerja makan gaji. perdangangan, pertanian,
perladangan dan pertahanan

Dalam bidang ekonomi, ketiga-tiga tamadun ini menunjukkan perbezaan yang ketara
pada zaman awal. Kesemua tamadun ini diasingkan dan ditempatkan di tempat yang
berbeza. Tamadun Ciina lebih cenderung dalam bidang perniagaan atau keusahawanan.
Keum ini lebih menguasai ekonomi berbanding tamdun lain. Hal ini kerana, tamdun ini
detempatkan di kawasa Bandar serta perlombongan. Pihak penjajah telah meletakkan
mereka di kawasan lombong, perindustrian atau Bandar-bandar. Kemudian, dalam
Tamadun Melayu pula, mereka berada di kawasan perkampungan dan menjadi petani.
Seterusnya, Tamadun India pula ditempatkan di kawasan ladang dan menjadi buruh di
kawasan ladang.

Tamadun Cina lebih tertumpu dalam bidang perniagaan dan maju dalam bidang
tersebut. Kebanyakan tamadun tersebut kaya dan menguasai ekonomi di Malaysia.

6
Tamadun melayu pula lebih cenderung berada di kawasan perkampungan serta luar Bandar
dan menjadi petani berbanding kawasan Bandar. Mereka juga lebih cenderung bekerja
makan gaji atau dengan kerajaan. Bagi Tamadun India pula, mereka ditempatkan di
kawasan ladang. Tamadun India juga banyak terlibat dalam pembinaan, perdagangan,
pertanian, perladangan dan pertahanan.

Persamaan dalam Tamadun ini dapat dilihat pada masa kini kesemuanya sudah
mula melibatkan diri dalam bidang perniagaan dan kerajaan juga sangat menggalakkannya
dengan memperuntukkan sejumlah dana kepada pemuda atau ahli masyarakat yang ingin
memulakan perniagaan. Latihan atau kemahiran juga banyak ditawarkan sama ada secara
percuma atau berbayar mengikut kemampuan. Kemudian, nilai-nilai murni seperti jujur,
amanah dan tidak melakukan riba sangat dianjurkan dalam perniagaan dan ekonomi.

Kesimpulannya, semua tamadun mempunyai kelebihan dan kekurangan yang


tersendiri dan di Malaysia segala perbezaan itu masih lagi ketara namun dalam usaha untuk
mengurangkan jurang perbezaan tersebut. Semua tamadun dilihat cuba untuk menyerapkan
atau menerapkan nilai baik dalam tamadun lain dan menjadikan contoh yang baik.

7
RUJUKAN

Allard, M. (1952). Averroes rationalisme in his study on the creation, bulletin d’etudes

Orientales 14:7-59. (An account of some of the stresses between the philosophical

and theological approaches to creation.

Ibnu Rushd. Diakses pada 23 Mac 2017. Daripada,

http://tayibah.com/eIslam/ibnu_rusyd.php

M. Azhar Abd Hamid. (2004). Tamadun Cina, Tamadun Melayu, Tamadun India. Johor:

Universiti Teknologi Malaysia

M.Rajantheran. 1994. pengantar Tamadun India. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

Pendidikan Cina di Malaysia. Diakses pada 23 Mac 2017. Daripada,

https://books.google.com.my/books?id=9v5ECQAAQBAJ&pg=PT161&lpg=PT161&dq=pendid
ikan+bangsa+cina&source=bl&ots=qZt9wV84sg&sig=Ed8nGSeqLhZ-
JROdVQBlt5LgmAU&hl=en&sa=X&redir_esc=y#v=onepage&q=pendidikan%20bangsa%20cin
a&f=false.

Pendidikan tamil di Malaysia. Diakses pada 20 Mac 2017. Daripada,

http://studentsrepo.um.edu.my/2088/5/BAB_2.pdf

Kogan , B. (1985). Averroes And The Metaphysics Of Creation, Albany. New York: State

University Of New York Press.

You might also like