Professional Documents
Culture Documents
6K
6K
Malaysia
Masyarakat kapitalis pula membahagikan kelas sosial kepada dua golongan iaitu
bourgeoisie dan proletariat. Bourgeoisie merujuk kepada golongan masyarakat yang
memiliki punca pengeluaran, pengagihan dan pertukaran manakala Proletariat pula
merujuk kepada golongan masyarakat yang mampu menyumbangkan tenaga kerja
sahaja. Seterusnya saya berpendapat bahawa definisi kelas sosial oleh Max Weber
amat sesuai untuk menggambarkan golongan kelas sosial di dalam Malaysia dengan
tepat. Menurut Max Webber (2010), terdapat lima kelas sosial dalam masyarakat kini.
Golongan pertama merupakan golongan bangsawan (Aristokrat) iaitu golongan atasan,
orang kaya dan ahli korporat. Mereka merupakan golongan bangsawan dan elit yang
amat kaya dan hidup dengan mewah. Seterusnya, golongan kedua merupakan
golongan professional ataupun golongan pertengahan atasan berpendidikan tinggi.
Masyarakat dalam golongan kedua ini kebanyakkannya professional dan memegang
jawatan yang baik dalam sesebuah organisasi. Golongan ini juga berprestij dan
menikmati gaji yang tinggi. Golongan ketiga pula merupakan golongan masyarakat
pertengahan bawahan yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah ataupun
graduan universiti yang memiliki sijil ijazah, diploma ataupun master. Golongan ketiga
ini lazimnya amat mementingkan pendidikan anak-anak mereka dengan harapan
bahawa anak-anak mereka akan mempunyai masa depan yang baik. Selain itu,
golongan keempat pula merupakan golongan kelas pekerja atau kolar biru yang hanya
memiliki sijil peperiksaan awam seperti SPM dan PMR. Golongan masyarakat ini
kebanyakkannya bekerja di kilang-kilang, sektor-sektor swasta, ataupun mempunyai
perniagaan kecil-kecilan. Akhir sekali golongan kelima merupakan golongan
masyarakat yang mempunyai kelulusan akademik yang amat rendah ataupun tidak
pernah langsung melalui pendidikan formal. Golongan ini juga tidak mempunyai
kemahiran 3M( Membaca, mengira dan menulis). Oleh itu, golongan kelima ini amat
miskin dan bergaji sikit. Selepas meneliti definisi kelas sosial daripada pakar-pakar di
atas, saya dapat simpulkan bahawa kelas sosial merujuk kepada kebiasaan criteria
yang digunakan untuk mengelompolkan anggota dalam kelas2 tertentu berdasarkan
kekayaan, kuasa, kehormatan dan ilmu pengetahuan.
Isu kedua yang berkaitan dengan ketaksamaan peluang pendidikan ialah isu
jantina. Sejak zaman dahulu lagi, diskriminasi jantina kerap kali berlaku di semua aspek
kehidupan. Lazimnya, kaum wanita ditindas hak-haknya seperti hak bersuara, bekerja,
belajar dan banyak lagi. Pada zaman penjajahan, peluang melanjutkan diutamakan
untuk golongan lelaki. Ini adalah kerana kaum wanita dikatakan hanya sesuai untuk
menjadi pembantu suami dan suri rumah tangga sahaja. Keadaan ini diburukkan lagi
dengan amalan patriarki iaitu menerima budaya lelaki sebagai ketua yang mempunyai
kuasa dan dominasi ke atas wanita dan kanak-kanak. Di kebanyakan negara, jurang
jantina masih wujud dengan ketara. Contohnya hanya 81% perempuan mendaftar di
sekolah rendah berbanding dengan 86% lelaki. Perbezaan ini adalah lebih ketara di
peringkat sekolah menengah. Di negara-negara lain seperti negara Filipina pula,
bilangan pelajar lelaki yang pergi ke sekolah adalah kurang berbanding dengan pelajar
perempuan. Ini adalah kerana ramai pelajar lelaki ingin membantu mencari rezeki hidup
bagi meyara ahli keluarganya. Sementara itu, hak wanita kerap kali diabaikan di
negara-negara yang menyediakan peluang pendidikan sama rata kepada kedua-dua
jantina. Ketaksamaan jantina di sekolah boleh dilihat daripada beberapa aspek seperti
tiada langkah-langkah keselamatan khas diberikan kepada wanita, serangan seksual,
bias jantina dalam buku teks dan bahan pengajaran dan banyak lagi penindasan.
Faktor-faktor ini akan menyumbang kepada penurunan bilangan pelajar wanita di
sekolah, justeru menjurus kepada ketaksamaan peluang pendidikan.
Disebabkan oleh faktor di atas ini, ramai anak-anak kaum minoriti tercicir dalam
pendidikan. Keadaan ini diburukkan lagi dengan kekurangan kemudahan asas sekolah
seperti alat bantu mengajar, keadaan kelas yang teruk dan tidak kondusif, kekurangan
tenaga pengajar dan banyak lagi. Menurut XXX, majority orang asli masih terpinggir
dalam arus pendidikan kerana infrastruktur dan prasarana yang kurang lengkap di
kawasan tempat tinggal mereka. Di sekolah pula, bekalan elektrik tidak mencukupi dan
prasarana seperti kipas, bilik darjah yang selesa dan kondusif tidak dapat dinikmati
sepenuhnya oleh masyarakat orang asli. Bukan itu sahaja, kekurangan tenaga pengajar
di sekolah-sekolah pendalaman merupakan satu isu yang serious. Menurut XXX, isu
tentang kekurangan guru terlatih masih wujud bagi sekolah rendah di kawasan
pedalaman dan di luar Bandar. Antaranya , terdapat kekurangan guru dalam bidang
teras seperti Sains, Matematik dan bahasa Inggeris. Kekurangan guru yang
berkelayakan untuk pendidikan khas dan opsyen-ospyen lain menimbulkan banyak
masalah pengendalian aktiviti kokurikulum di sekolah. Seterusnya, ramai anak-anak
masyarakat peribumi tidak hadir ke sekolah ada disebabkan oleh jarak antara sekolah
dan rumah adalah terlalu jauh. Ada dikalangan pelajar yang perlu menaiki bot untuk
sampai ke sekolah. Ini menyebabkan pelajar-pelajar kaum peribumi hilang minat untuk
datang ke sekolah. Ini disokong oleh XXX, dimana beliau menyatakan bahawa jarak
tempat tinggal yang jauh dari sekolah merupakan anatara punca pelajar orang asli jauh
ketinggalan dalam pendidikan. Jarak yang jauh mendatangkan masalah kepada mereka
untuk menghadir ke sekolah. Masalah sistem pengangkutan seperti jalan raya yang
tidak sempurna dan kurangnya kemudahan asas serta keadaan persekitaran yang tidak
selesa untuk belajar menyumbang kepada keciciran.
Selain itu, perwatakan masyarakat peribumi juga merupakan satu isu berkaitan
dengan ketidaksamaan peluang pendidikan. Menurut XXX, kebanyakkan orang asli
berperwatakan rendah diri, malu, pasif, tidak suka dipaksa untuk melakukan sesuatu,
sensitive, suka kebebasan bergerak, suka melakukan aktiviti fizikal, tidak suka bersaing
dengan kaum-kaum lain dan suka bekerja secara berkumpulan. Ini menyebabkan
mereka berasa kurang selesa untuk belajar dan menelaah buku di sekolah. Masyarakat
peribumi yang sukakan kebebasan juga tidak suka dikonkong dan diberi rutin dalam
kelas. Kenyataan ini disokong oleh XXX, dimana beliau menyatakan bahawa
masyarakat orang asli tidak suka terikat dan tidak suka kepada rutin. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran amat sukar jika pelajar tidak patuh kepada rutin bilik
darjah. Tanpa pengurusan bilik darjah yang berkesan, pengajaran dan pembelajaran
pelajar orang asli amat sukar dilaksanakan. Akhir sekali, bahasa pengantaraan juga
menjadi satu isu dalam bilik darjah. Dalam kelas, pelajaran diajar dengan bahasa
kebangsaan dan bukan bahasa ibunda pelajar-pelajar kaum peribumi menyebabkan
mereka sukar memahami pelajaran yang disampaikan. Selain itu, mereka beranggapan
bahan pengajaran tidak berkaitan kepada kehidupan mereka. Oleh itu, ibubapa orang
asli memberikan kebebasan kepada anak-anak mereka tentang kehadiran ke sekolah.
Semua ini menyebabkan pelajar-pelajar masyarakat asli ketinggalan dalam bidang
akademik dan sukar untuk bersaing dengan kaum-lain lain dalam merebut peluang
pendidikan yang lebih baik.
Pada zaman moden sekarang, kerajaan telah sedar akan kepentingan untuk
member perhatian khas kepada golongan berkeperluan khas ini. Oleh itu Kementerian
pelajaran Malaysia telah mengintegrasikan program pendidikan khas integrasi dalam
sekolah aliran perdana serta pendekatan inklusif dalam sekolah biasa. Program ini
diharapkan dapat memberi peluang pendidikan kepada semua kumpulan berkeperluan
khas. Bukan itu sahaja, kerajaan juga memberi perhatian khas kepada golongan pelajar
yang pintar cerdas. Golongan pelajar ini lazimnya mempunyai IQ yang tinggi (130 dan
ke atas) dan memerlukan program pendidikan yang lebih susah dan mencabarkan.
Dengan itu kerajaan telah membina sebuah sekolah berasrama penuh di Universiti
Kebangsaan Malaysia (UKM) yang dijangka akan mengambil 80-100 pelajar pintar
cerdas. Program ini diberi nama Program Pendidikan Menengah Tinggi Permata Pintar
sudah pun mula mengambil pelajar mulai 17 Januari 2011. Pelajar-pelajar pintar ini
akan diberi peluang untuk mempelajari beberapa kursus disediakan di universiti dengan
bantuan seorang profesor UKM. (Berita Harian, 2011)
Namun begitu, kumpulan berkeperluan khas ini masih menghadapi isu dengan
ketaksamaan peluang pendidikan. Isu ini timbul disebabkan oleh persepsi negatif
masyarakat terhadap kumpulan berkeperluan khas ini. Pada zaman yang serba moden
ini, masih terdapat segelintir ahli masyarakat yang memandang hina golongan
berkeperluan khas. Bagi pendapat mereka, pelajar-pelajar berkeperluan khas ini tidak
perlu diberikan perhatian dan pendidikan khas kerana program-program ini hanya akan
membazir masa dan wang. Keadaan ini diburukkan lagi apabila terdapat segelintir ibu
bapa yang setuju dengan pandangan masyarakat yang naif ini. Ibu bapa kepada
pelajar-pelajar berkeperluan khas berasakan anak-anak mereka hanya akan
membazirkan wang dan masa mereka. Oleh itu mereka tidak menghantar anak-anak
mereka ke sekolah khas dan menafikan hak pendidikan mereka. Akhir sekali,
kekurangan tenaga pengajar yang mahir dalam pendidikan khas juga menjadi satu isu.
Disebabkan oleh kekurangan tenaga pengajar, banyak sekolah tidak dapat
menyediakan kelas khas kepada kumpulan berkeperluan khas ini. Kumpulan-kumpulan
berkeperluan khas ini akan menghadapi masalah dalam pelajaran, sukar untuk
bersaing dengan pelajar biasa dan akhirnya sukar untuk merebut peluang pendidikan
yang baik.
b) Bagaimanakah anda sebagai guru menangani isu-isu tersebut di bilik darjah?
Tugas guru-guru sememangnya berat. Ini adalah kerana guru-guru bukan sahaja
bertangunggjawab untuk mendidik, tetapi juga bertanggungjawab untuk membentuk
sahsiah pelajar-pelajarnya. Guru-guru juga bertanggungjawab dalam mengenal pasti,
mengendali dan mengatasi isu-isu yang akan menjejas prestasi dan masa depan para
pelajar. Antara isu-isu yang perlu diberi perhatian khas ialah isu-isu yang berkaitan
dengan ketaksamaan peluang pendidikan iaitu isu kelas sosial, jantina, kumpulan
minoriti dan kumpulan berkeperluan khas
Bagi menangani isu kelas sosial dalam bilik darjah, saya akan mulakan dengan
memastikan semua pelajar saya dapat bergaul dengan baik. Demi tujuan ini, saya akan
menggabungkan banyak aktiviti berkumpulan dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk memupuk dan mengeratkan hubungan
silatulrahim antara para pelajar dan seterusnya menghapuskan segrenasi kelas sosial
dalam bilik darjah.