Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 8

Sejarah Eropah Sehingga Awal Abad Ke-20

Idea dan Institusi Politik

Kedaulatan Parlimen

 Kedaulatan – kuasa tertinggi yang dimiliki oleh sesebuah institusi dalam masyarakat
politik, untuk membuat keputusan tentang hal-hal yang berhubung dengan
politik

 Jean Bodin (1530 – 1596) menegaskan bahawa kedaulatan sebagai kuasa tertinggi
terdapat dalam sesuatu kesatuan negara yang merupakan suatu kekuasaan yang
mutlak dan abadi daripada negara

Ciri-ciri kedaulatan

Bil Ciri-ciri Tafsiran


1 Kekal Walaupun berlaku pertukaran pemerintah, namun
kedaulatan tidak akan berubah dan yang berubah hanya
pemerintahan negara itu

2 Unsur kuasa tinggi Kuasa ini tidak dapat disaingi oleh mana-mana ciri dalam
negara tersebut kerana jika ada persaingan maka negara itu
tidak lagi merupakan sesuatu yang berdaulat

3 Tidak terbatas Kedaulatan itu merangkumi segenap aspek yang wujud


dalam sesuatu negara dan tiada yang terkecuali

4 Mutlak Kedaulatan tidak boleh dibataskan dan tidak ada apa-apa


yang lebih berdaulat daripadanya

5 Had rangkuman Kedaulatan negara meliputi seluruh rakyat dan merangkumi


setiap pelusuk wilayah negara berkenaan.
Tidak ada sedikit pun kawasan yang terkecuali pada kuasa
mutlak negara.

Konsep perlembagaan
Bil Tokoh-tokoh Nama buku Definisi perlembagaan
1 S. Hornby Oxford Advanced Perlembagaan dimaksudkan sebagai
Learner’s Dictionary satu sistem berkerajaan yang
undang-undang dan prinsip-prinsip
kerajaan itu berpandukan
bagaimanakah sesebuah negara itu
diperintah.

2 Geoffrey Marshall & Some Problems of Perlembagaan sebagai satu


Graeme C.Moodie the Constitution komposisi (gabungan) dan fungsi
kepada prinsip bahagian-bahagian
tertentu sesebuah negara yang
mengawal kerajaan atau badan yang
dikenali sebagai rakyat.
3 C.H. Pritchett International Perlembagaan sesebuah negara itu
Encyclopedia of sebagai satu rangka kerja peraturan
Social Sciences perundangan yang menjadikan atau
membuatkan sistem pemerintahan
negara itu.

4 C.A. Leeds Politics Perlembagaan sesebuah negara


bermaksud prinsip-prinsip atau dasar-
dasar penting berpandukan kepada
cara bagaimana negara itu diperintah
dan diisytiharkan, sama ada dalam
undang-undang, adat kebudayaan,
atau Majlis Piagam Perjanjian.

5 C.F. Strong Modern Political Perlembagaan sebagai koleksi


Constitution prinsip-prinsip kuasa pemerintah,
hak-hak memerintah, dan hubungan
antara kedua-duanya akan diubah.

6 R.N. Gilchrist Principles of Political Perlembagaan mengandungi satu


Science badan atau peraturan bertulis atau
tidak bertulis yang dapat mengenal
pasti kerajaan yang dibentuk, satu
pembentukan kuasa untuk pelbagai
organisasi kerajaan, dan prinsip-
prinsip umum yang akan
menggunakan kuasa ini.

Perjuangan Hak Asasi Manusia

 Bermula pada Zaman Gelap akibat penindasan golongan agama dan pemerintah ke
atas rakyat
 Pemimpin agama Nasrani menafikan hak orang Eropah untuk memiliki kebebasan dan
persamaan dalam kehidupan mereka
 Muncul pemikiran modenisme tidak berpuas hati dengan agama Nasrani yg tradisional
dan wujud usaha-usaha untuk mentafsirkan semula agama sehingga muncul mahzab
spt Protestan
Piagam Agung (1215) / Magna Charta

 Dokumen yang mencatat beberapa hak kebebasan kepada rakyat British yang diberikan
oleh Raja John
 Usaha ini telah dilakukan oleh Archbishop Langton
 Punca termeterainya perjanjian: penindasan dilakukan oleh Raja John terhadap
golongan rakyat hingga menimbulkan rasa tidak puas
hati lalu mereka memberontak

 Kandungan piagam:
i. Raja berserta keturunannya berjanji akan menghormati kemerdekaan, hak dan
kebebasan gereja
ii. Raja berjanji kepada rakyat untuk memberikan hak-hak seperti:
 Para petugas keamanan akan menghormati hak-hak rakyat
 Polis tidak menahan seseorang tanpa bukti yang sah dan saksi
 Seseorang tidak akan ditahan, ditangkap dan dinyatakan bersalah tanpa
alasan

 Piagam ini secara tidak langsung membataskan kekuasaan raja dan hak asasi manusia
pada ketika itu lebih penting daripada kedaulatan raja

 King James I mengiktiraf The Petition of Rights (1621) untuk orang-orang British

 Bill of Rights (1868) dan Act Settlement (1701) telah diluluskan untuk memberikan
kebebasan bercakap kepada orang British

Pernyataan Hak-hak Manusia dan Warganegara (1789)


Declaration des droits l’home et du citoyen

 Hasil daripada Revolusi Perancis – usaha rakyat menentang kezaliman golongan


pemerintah
 Deklarasi ini secara lantang membawa masyarakat untuk mempertahankan hak-hak,
iaitu
o Liberty (kebebasan)
o Equality (kesamaan)
o Fraternity (Persaudaraan)

 Perhimpunan Kebangsaan Perancis telah memasukkan prinsip-prinsip ini dalam


Perlembagaan Perancis (1791) sebelum dipeluaskan pada tahun 1793 dan 1848

Contoh perkembangan perjuangan dan deklarasi moden Hak Asasi Manusia

 The League of Nations Conventions to Suppress the Slave Trade and Slavery daripada
League of Nations 1926

Ciri-ciri acuan hak asasi manusia Barat


i. Bersifat reaktif terhadap sesuatu latar atau senario yang berlaku yang akhirnya
membawa kepada perjuangan Hak Asasi Manusia
 Cth: penindasan, kebangkitan rakyat dan revolusi

ii. Hak asasi manusia berkembang dan tidak ada asas yang kukuh kerana perjuangan
hak asasi manusia pada setiap abad pada masa silam mempunyai isu yang berbeza;
akhirnya konteks perjuangan hak asasi manusia juga bertambah dan berkembang

iii. Hanya menepati kehendak manusia (individualistik) pada sesuatu perkara dan
menafikan unsur-unsur sosial lain, sejarah, masyarakat dan agama

iv. Sekular kerana tiada unsur agama dan campur tangan pihak gereja (di Barat)

v. Hak asasi manusia Barat bukanlah perjuangan hoslitik di seluruh dunia kerana hanya
melibatkan peristiwa-peristiwa yang berlaku di Eropah khususnya
Machiavielli – Matlamat Menghalalkan Cara

 Sering dikaitkan dengan cetusan oleh Machiavelli dalam karyanya mengenai


pentadbiran negara, The Prince, bahawa kesesuaian sepatutnya menjadi asas bagi
suatu tindakan

 Kaedah ini bermaksud bahawa seseorang itu dapat melakukan apa-apa sahaja atau
mengambil apa-apa jua cara, walaupun salah, demi mencapai matlamat atau tujuannya.
Baginya, yang penting atau yang diambil kira ialah matlamat, iaitu tercapainya matlamat,
walau dengan apa-apa cara sekalipun

Kontrak Sosial

 Teori kontrak sosial menjelaskan bahawa negara dibentuk atas kehendak dan kesediaan
anggota masyarakat dalam mengadakan kontrak untuk menjaga kepentingan dan
keselamatan umum
Pencetus idea kontrak sosial

Thomas Hobbes  Tindakan manusia secara kudratnya digerakkan oleh


hasrat nasfu (appetite) dan keengganan (aversion)

 Appetite: hasrat terhadap kekuasaan, kekayaan,


kehormatan, pengetahuan

 Aversion: keengganan untuk hidup sengsara dan mati

 Hasrat manusia tidak terbatas, tetapi pada masa yang


sama tidak mahu hidup sengsara

 Kuasa antara sesama manusia menyebakan kehidupan


menjadi tidak aman

 Penyelesaian: manusia mencipta “kondisi buatan”


(lawan kepada kondisi alamiah), iaitu
yang dinamakan sebagai keperluan sivil

 Hal ini bermaksud bahawa anggota masyarakat


bersedia untuk bersetuju dan bersepakat untuk
melepaskan hak-hak mereka dan memindahkannya
kepada badan atau lembaga (organisasi) yang diberi
kuasa tertentu bagi maksud menjaga kesepakatan itu
agar keselamatan rakyat terpelihara

John Locke  Beliau telah melihat bahawa dalam kondisi alamiah,


sudah wujud pola pengaturan dan hukum alamiah yang
teratur dan manusia mempunyai akal yang dapat
menentukan perkara yang benar dan salah.

 Huru-hara, kekacauan, dan kemusnahan muncul


kerana wujud beberapa golongan yang akalnya
dipandu oleh dorongan dan kepentingan peribadi
 Masalah tidak akan lahir sekiranya setiap orang
dipandu oleh akal murninya, tetapi disebabkan oleh
agenda peribadi oleh mereka yang mengejar dan
memiliki kuasa menyebabkan berlakunya onar dalam
masyarakat

 Melalui kontrak sosial, anggota masyarakat bersedia


untuk menyerahkan sebahagian haknya

 Pemerintah dan masyarakat terikat dalam hubungan


kontrak dan hubungan saling mempercayai (fiduciary
trust)

 3 pihak dalam hubungan saling mempercayai


o Orang yang mencipta kepercayaan (the trustor)
o Orang yang diberi kepercayaan (the trustee)
o Mereka yang memperoleh manfaat daripada
pemberian kepercayaan (the beneficiary)

 Perjanjian berlaku antara trustor dan trustee sedangkan


antara trustee dan beneficiary tidak terjadi kontrak
sama sekali

 Menurutnya, masyarakatlah yang dapat bertindak


sebagai trustor sekali gus beneficiary

 Perkara yang jelas ialah kewajipan dan kepatuhan


masyarakat kepada pemerintah akan bertahan selama
pemerintah masih dipercayai

Jean Jacques Rousseau  Manusia itu sama, tetapi persekitaran serta faktor moral
telah menciptakan ketidaksamaan

 Hasilnya, timbul hak-hak istimewa yang dimiliki


golongan tertentu yang akhirnya membentuk organisasi
sosial dalam masyarakat

 Sering berlaku keadaan apabila organisasi sosial


diperkudakan oleh mereka yang berkuasa untuk
menindas yang lain

 Untuk menghindarik kaedaan ini, maka masyarakat


melaksanakan kontrak sosial berasaskan kehendak
bebas daripada semua semata-mata bagi mewujudkan
keadilan untuk semua

 Lembaga legislatif harus mengutamakan kehendak


umum daripada kehendak semua

 Kehendak bebas harus tercipta daripada kualiti


kehendaknya, bukan daripada kuantiti orang yang
berkehendak
Pengasingan Kuasa (The Separations of Power)

 Konsep pengasingan kuasa kali pertama digunakan di Rom purba


 Republik Rom mempunyai 3 kuasa besar – Konsul, Dewan Senat, Dewan Perhimpunan
 James Harrington dalam buku Oceana telah mengemas kini idea tersebut dan
mencadangkan sistem berdasarkan konsep ini
 John Locke membahagikan kuasa kerajaan kepada 2, iaitu eksekutif dan legislatif
 Montesquieu mengembangkan idea Locke dengan menambah cabang kehakiman
 British telah mewujudkan kaedah sebenar pembahagian kuasa ini dengan lebih formal,
iaitu “Instrumen Kerajaan”

Objektif pengasingan kuasa


a) Tiada penumpuan kuasa – kerana penumpuan kuasa akan memudahkan penguasaan
kuasa

b) Pengasingan kuasa adalah untuk mengelakkan atau menghindari bahaya tyranny yang
dikatakan doktrin pembahagian kauasa (atau fungsi) dapat mewujudkan dan
mengekalkan kepemimpinan, kebebasan sebenar, dan menghindari kemaharajalelaan
(despotisme)

c) Merealisasikan prinsip semak dan imbang. Setiap cabang berkuasa untuk “menyemak”
dan “menyeimbangkan” kuasa dan pelaksanaan kuasa masing-masing yang diberikan
oleh Perlembagaan

Bill of Rights

 Diperkenalkan oleh James Madisn pada kongres pertama Amerika Syarikat pada tahun
1789

 Undang-undang yang telah diterima oleh Parlimen Inggeris sebagai hasil tentangan
terhadap Raja James II dalam revolusi tak berdarah (The Glorious Revolution of 1688)

 Penggubalan undang-undang ini didasari prinsip (Equality Before the Law) atau asas
persamaan hak bagi setiap manusia

 Mereka sangat percaya bahawa hak kebebasan hanya akan wujud apabila hak
persamaan dapat diwujudkan terlebih dahulu dalam sistem masyarakat ketika itu

Isi penting
a) Kebebasan dalam memilih anggota parlimen
b) Kebebasan bersuara dan memberikan pendapat
c) Hak warganegara dalam memilih agama masing-masing
d) Parlimen berhak mengubah keputusan raja
Kebebasan, Persamaan dan Persaudaraan (Revolusi Perancis – 1789)
Revolusi – perubahan dasar kerajaan bagi sesebuah negara
Revolusioner – rakyat yang berusaha untuk mengantikan sistem lama dengan sesuatu yang
baru
Revolusi Perancis 1789

 Dianggap garis sempadan yang memisahkan Eropah lama dan moden


 Titik kemuncak kepada kesedaran nasionalisme, gerakan anti pemerintahan beraja dan
pencapaian gagasan kedaulatan rakyat
 Para revolusioner membawa mesej persamaan, kebebasan dan persaudaraan sebagai
tuntutan terhadap cita-cita liberalisme dan demokrasi
o Cita-cita dipercayai ditanam sejak awal lagi oleh aliran Kesedaran
(Enlightenment)
 Idea kesedaran yang dianggap radikal telah dikaitkan secara langsung dengan
pemikiran yang dibawa oleh golongan pemikir-penulis elit haute philosophes yang
didakwa memainkan peranan utama dalam mencetuskan Revolusi Perancis 1789
 Terdapat 3 bentuk revolusi yang tercetus di Perancis dan ketiga-tiga lahir daripada
pelbagai sebab, kepentingan dan matlamat yang berbeza
Revolusi Pertama – Revolusi aristokrat dan Parlimentaries

 Berlaku pada 1787 dalam bentuk revolusi bangsawan (re’volte nobiliaire)


 Kesan daripada percubaan sebahagian kelas istimewa untuk mengambil alih kerajaan
Perancis
 Dikatakan diperjuangkan berlandaskan cita-cita untuk mengembalikan kedudukan kaum
bangsawan sama seperti zaman pemerintahan feudal
 Hanya tertumpu di Paris sahaja

Revolusi Kedua – Revolusi rakyat kelas bawahan

 Berlaku pada 1789


 Terdiri daripada petani dan bersifat terpencil dan bebas
 Menurut Lefebvre, revolusi ini tidak berkaitan dengan idealisme
 Berlaku disebabkan faktor penindasan berasaskan tanah yang dilakukan oleh tuan tanah
yang dipanggil borjuis bangsawan

Revolusi ketiga

 Menjurus kepada idea-idea kesedaran yang dipelopori oleh pemimpin golongan


kesedaran yang lebih bercorak radikal

Tokoh pemimpin Revolusi Perancis

 Roberpierre
o Pemimpin Revolusi Perancis yang terkenal dan penuh kontroversi
o Atas nama demokrasi, beliau membantu mewujudkan zaman kezaliman apabila
beribu-ribu orang dibunuh kerana disyaki sebagai penentang revolusi
 Danton Geoges Jacques
o Pemimpin Revolusi Perancis yang memperkenalkan dasar, iaitu berani, lebih
berani, selamanya berani, dan Perancis akan terselamat
o Bertanggungjawab terhadap pembunuhan beramai-ramai yang dikenali sebagai
zaman Regin of Terror kerana dia menganggapnya perlu demi menyelamatkan
negaranya

Kesan Revolusi Perancis

 Sistem pemerintahan raja dimansuhkan


 Pemerintahan feudal ditamatkan dan diganti dengan pemerintahan yang mementingkan
kedaulatkan rakyat, serta kebebasan dan persamaan
 Muncul pemerintah enlightenment despot, iaitu raja-raja yang memerintah dengan penuh
kesedaran dan mengamalkan perundangan yang tegas, pemusatan kuasa dalam
pemerintahan, dan perubahan sistem percukaian.
 Hak istimewa golongan bangsawan ditamatkan
 Semangat nasionalisme berkembang di Perancis

Pembentukan sistem pentadbiran baharu

 Perancis dibahagi kepada 83 wilayah


 Wilayah dibahagi kepada daerah
 Daerah dipecahkan kepada commune

 Pentadbiran jabatan diketuai oleh Prefet yang dilantik oleh kerajaan pusat
o Bertanggungjawab secara langsung kepada Menteri Dalam Negeri
o Mengurus perkhidmatan di kawasan tempatan

 Setiap jabatan ditubuhkan sebuah majlis, General Council


o Institusi tempatan yang menghubungkan penduduk tempatan dengan kerajaan
pusat
o Ahli-ahli dilantik oleh pemerintah di peringkat pusat

 Institusi Commune
o Mengendalikan perakara-perkara yang berkaitan dengan pentadbiran bandar
seperti meluluskan permit bangunan, menjaga keselamatan penduduk dan
mengurus pendaftaran perkahwinan

o Memberi perkhidmatan kepada penduduk tempatan seperti pejabat pendaftaran,


mahkamah rendah, jabatan kerja raya, polis tempatan dsbg.

 Commune mentadbir kawasan bandar yang diketuai oleh Datuk Bandar (Mayor) sebagai
ketua eksekutif

 Datuk Bandar
o Dibantu oleh Majlis Bandaran (Municipal Council)
o Wakil kerajaan pusat di kawasan bandar
o Menguatkuasakan undang-undang tempatan
o Mendaftar jurutera awam
o Mengurus pekerja di kawasannya

You might also like