Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Ruj.

Kami :
Tarikh : 17 Januari 2019
KEPADA :
Pengarah,
Pejabat Kesihatan Kuala Pilah,
72000 Kuala Pilah,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Tuan/ Puan
JEMPUTAN SEBAGAI PENCERAMAH PROGRAM GAYA HIDUP SIHAT &
PEMERIKSAAN KESIHATAN
Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

2. Untuk pengetahuan pihak tuan, jemputan bagi mengadakan ceramah kesihatan yang
berkaitan gaya hidup sihat dan pemeriksaan kesihatan adalah sebahagian daripada aktiviti
program Cabaran 90 Hari Berat Badan Ideal dan Gaya Hidup Sihat dalam kalangan warga
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Abdul Samad. Aktiviti ini akan dilaksanakan seperti
ketetapan berikut:

Tarikh : 26 Februari 2019


Masa : 2.30 petang
Tempat : Dewan Terbuka SMK DAS

3. Sehubungan dengan itu, pihak sekolah ingin menjemput pihak tuan untuk
menyampaikan ceramah kesihatan berkaitan pemakanan bagi menjamin gaya hidup sihat dan
juga pemeriksaan kesihatan. Sebarang pertanyaan berkaitan program ini pihak tuan boleh
menghubungi Pn Sarah bt Abdull Ghani ditalian 019 4651614.

4. Persetujuan dari pihak tuan amat kami hargai dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian, terima kasih

Saya yang menjalankan amanah,

............................................................
(EZAIDDIN BIN HUSSAIN)
Pengetua,
SMK Dato’ Abdul Samad,
71500 Tanjong Ipoh,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

You might also like