Pengenalan Program Cuti Belajar Bergaji Penuh 2018

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 5

PENAWARAN KEMUDAHAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BERGAJI

PENUH PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN,


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA TAHUN 2018

Latar Belakang Pelaksanaan Program Penajaan/Cuti Belajar di


Kementerian Pendidikan Malaysia.

KPM menawarkan program penajaan/Cuti Belajar kepada Pegawai


Perkhidmatan Pendidikan (PPP) untuk mengikuti pengajian di peringkat
pascasiswazah (Ijazah Sarjana dan Kedoktoran) bertujuan untuk
membangunkan warga pendidik yang kompeten bagi memenuhi keperluan
strategik pendidikan negara demi memartabatkan Profesion Keguruan selaras
dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) Tahun 2013-2025.

Pemberian penajaan atau kemudahan Cuti Belajar juga merupakan satu


bentuk penganugerahan dan pengiktirafan kepada PPP yang menunjukkan
prestasi cemerlang dan berpotensi untuk menyumbangkan idea baharu serta
kreatif dan berinovasi khusus dalam bidang yang diperlukan oleh Kementerian.
Setiap tahun, perancangan penajaan dan kelulusan Cuti Belajar bagi PPP
adalah diselaraskan oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) serta Bahagian
Tajaan Pendidikan (BT) bertepatan dengan Perancangan Strategik Penajaan
Dalam Pembangunan Profesionalisme PPP “Strategic Canvas”.

Antara program yang ditawarkan adalah Cuti Belajar Bergaji Penuh Dengan
Biasiswa (CBBP DB), Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)
dan Hadiah Latihan Persekutuan Separuh Masa/Sambilan (HLPS). CBBP DB
dan CBBP TB merupakan program yang dibuka tawarannya kepada PPP untuk
mengikuti pengajian secara sepenuh masa di Universiti Awam di dalam dan
luar negara. PPP yang berjaya ditawarkan program ini layak diberikan Cuti
Belajar Bergaji Penuh sebagaimana yang diperuntukkan di dalam Perintah Am
Bab ‘C’ Perkara 36 iaitu selama 2 tahun (4 semester) bagi pengajian di
peringkat Ijazah Sarjana serta 3 tahun (6 semester) bagi pengajian peringkat
Ijazah Kedoktoran.

Di bawah program CBBP DB, PPP yang berjaya akan menerima penajaan
yuran pengajian serta elemen biasiswa sepanjang tempoh pengajian.
Manakala, CBBP TB pula tidak menawarkan sebarang elemen biasiswa sama
ada pembiayaan yuran pengajian ataupun biasiswa sepanjang tempoh
pengajian.

Selain itu, KPM turut menawarkan satu program khas di bawah CBBP DB iaitu
Sarjana Kaunseling (Dalam Penyalahgunaan Dadah) atau lebih dikenali
sebagai SPADA. Program SPADA ini adalah usahasama Kementerian
dengan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dan Universiti Malaysia Sabah
(UMS) untuk mempertingkatkan kemahiran guru kaunseling khususnya dalam
menangani masalah penagihan dadah dalam kalangan pelajar sekolah.
Pegawai yang ditawarkan program ini akan mengikuti pengajian selama 2
tahun atau empat (4) semester.

HLPS pula adalah program penajaan yang ditawarkan kepada PPP yang
berhasrat atau sedang melanjutkan pengajian secara separuh masa atau
sambilan di universiti awam. Tempoh penajaan yang diberikan kepada
pegawai adalah maksimum sehingga 3 tahun (6 semester) bagi pengajian
peringkat Sarjana dan sehingga 5 tahun (10 semester) bagi pengajian
peringkat Kedoktoran. PPP yang menerima tawaran HLPS berkelayakan
untuk menerima penajaan Yuran Pengajian, Elaun Buku dan Elaun Tesis.
PELAKSANAAN PENAWARAN PENAJAAN/CUTI BELAJAR BAGI TAHUN
2018

Bagi tahun 2018, KPM membuka permohonan penajaan/Cuti Belajar kepada


PPP untuk melanjutkan pengajian dalam bidang dan pengkhususan
berdasarkan ketetapan dan keperluan KPM. (Sila rujuk Lampiran A – Senarai
Bidang Pengajian Program Penajaan/Cuti Belajar Bergaji Penuh Tahun
2018). PPP perlu memastikan bidang yang dimohon adalah berkaitan dengan
kelayakan akademik yang telah dimiliki, kesesuaian opsyen atau pengalaman
perkhidmatan serta perancangan peningkatan kerjaya pada masa akan
datang. PPP juga harus mematuhi ketetapan KPM untuk mengikuti pengajian
dalam dua (2) pilihan mod pengajian iaitu Mod Campuran (Kerja Kursus
Dengan Disertasi/Tesis) atau Mod Penyelidikan Sepenuhnya bagi pengajian
Ijazah Sarjana serta Mod Penyelidikan Sepenuhnya bagi Pengajian Ijazah
Kedoktoran.

PPP yang berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan boleh


mengemukakan permohonan secara dalam talian melalui Sistem e-Penawaran
di laman sesawang KPM yang dijangka akan dibuka pada Februari 2018.
(Sila rujuk LAMPIRAN B – Carta Alir Permohonan Program Penajaan/Cuti
Belajar Bergaji Penuh Tahun 2018). PPP yang berhasrat untuk memohon
kemudahan penajaan/Cuti Belajar digalakkan untuk membuat persediaan dan
perancangan awal termasuk mengenalpasti universiti-universiti yang
menawarkan bidang pengajian yang ingin dimohon (bidang perlu selaras
dengan ketetapan KPM sewaktu penawaran dibuka) dan pensyarah yang
berkelayakan serta berkepakaran untuk dilantik sebagai penyelia sewaktu
pengajian kelak.

KPM akan meneliti dan memilih PPP yang terbaik dan memenuhi kriteria yang
ditetapkan untuk dipanggil temuduga. Sehubungan itu, PPP yang berjaya
dipanggil temuduga dinasihatkan untuk membuat persediaan yang baik
sebelum menghadiri temuduga termasuk membuat permohonan kemasukan
ke Universiti Awam Dalam Negara bagi peringkat Sarjana dan Kedoktoran
atau Universiti terkemuka Luar Negara yang ditetapkan KPM bagi
peringkat Kedoktoran berdasarkan bidang yang dimohon bagi mengelak
kegagalan mendapat tempat untuk kemasukkan sesi September 2018
sekiranya berjaya ditawarkan penajaan/Cuti Belajar kelak.

Selain itu, PPP perlu menyediakan KERTAS CADANGAN PENYELIDIKAN


(dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris untuk pengajian Dalam
Negara dan Bahasa Inggeris bagi pengajian Luar Negara) yang berkualiti
dan ASLI bersesuaian dengan bidang yang dimohon beserta SLAID
pembentangan untuk diserahkan kepada BT dan dibawa semasa sesi
temuduga.

PPP yang berjaya temuduga akan menerima Surat Tawaran Bersyarat dan
WAJIB menghadiri Program Persediaan bagi suatu tempoh yang akan
ditentukan oleh pihak KPM serta LULUS ujian bertulis yang diadakan semasa
Program Persediaan tersebut. Kegagalan PPP untuk menghadiri Program
Persediaan berkenaan boleh mengakibatkan penawaran terbatal.

PPP yang menerima kemudahan penajaan/Cuti Belajar adalah terikat dengan


kontrak perkhidmatan dan tertakluk kepada terma-terma yang terkandung di
dalam perjanjian. Selain itu, PPP bertanggungjawab terhadap pengajian dan
WAJIB menamatkan pengajian dalam tempoh Cuti Belajar yang diluluskan
(Graduate On Time (GOT)).

Sepanjang tempoh Cuti Belajar yang diluluskan, PPP akan mengisi Jawatan
Latihan Bahagian Tajaan Pendidikan (BT), KPM dan BT merupakan Ketua
Jabatan baharu yang berperanan untuk menguruskan hal-hal perkhidmatan
PPP sepanjang tempoh tersebut. Tempoh Cuti Belajar ini juga layak diambil
kira bagi tujuan perkiraan faedah-faedah persaraan. Selain itu, diingatkan
bahawa PPP boleh dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat (Time-Based
Berdasarkan Kecemerlangan) dalam tempoh mengikuti kursus tersebut
sekiranya telah memenuhi syarat dalam skim perkhidmatan berkenaan.

PPP akan kembali berkhidmat setelah tamat tempoh Cuti Belajar sekaligus
perlu memanfaatkan sepenuhnya ilmu dan kepakaran yang dimiliki untuk
kemajuan diri dan organisasi (pulangan ke atas pelaburan). PPP yang melapor
diri akan ditempatkan ke dalam ekosistem pendidikan mengikut keperluan
semasa Kementerian serta bersesuaian dengan bidang kepakaran dan
kekosongan tempat bagi membolehkan KPM melaksanakan perancangan
pembangunan sumber manusia secara berkesan.

Setelah memahami maklumat program penajaan/Cuti Belajar ini, PPP yang


berminat perlu meneliti dan memahami syarat-syarat permohonan (rujuk
Lampiran C - Syarat-Syarat Permohonan Penajaan/Cuti Belajar Bergaji
Penuh Tahun 2018) terlebih dahulu sebelum memohon.

Untuk sebarang perkembangan terkini dan pertanyaan mengenai perkara ini,


boleh layari facebook Bahagian Tajaan Pendidikan atau emel ke:
epenawaran@moe.gov.my atau hubungi 03- 8321 7100/7138.

Bahagian Tajaan Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia

You might also like