Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 1

Sekalung Bicara

Yang Dipertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Nong Chik, Johor Bahru.

Assalamualaikum wrt.wbt dan salam sejahtera.

Terlebih dahulu izinkan saya memanjatkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana
dengan limpah kurnia-Nya, kita dapat bersama-sama dalam majlis Mesyuarat Agung
PIBG Sekolah Kebangsaan Nong Chik kali ke 31 ini. Saya ingin merakamkan ucapan
penghargaan dan syabas kepada Guru Besar selaku Penasihat Jawatankuasa dan Ahli-
Ahli Jawatankuasanya, di atas usaha gigih membuat persiapan sebelum, semasa dan
selepas Mesyuarat Agung ini. Ucapan terima kasih atas kesudian pihak sekolah
mengadakan ruangan ini, buat saya menzahirkan sedikit kata-kata yang diharapkan
menjadi pemangkin penambahbaikkan dalam Mesyuarat Agung sekolah ini.

Kesatuan kita di dalam pertubuhan ini merupakan petanda baik ke arah


meningkatkan prestasi murid dalam bidang akademik, sahsiah mahupun kokurikulum.
Kejayaan yang telah dilakar hari demi hari adalah atas usaha gigih semua pihak iaitu
guru, pihak pentadbir, dan ibu bapa yang bekerjasama dalam menjayakan semua majlis
bagi kemajuan anak-anak SK Nong Chik. Semoga kejayaan dan kesepaduan ini
berkekalan dan sekaligus akan menatijahkan prestasi yang memberangsangkan.

Akhir kalam, mewakili ahli PIBG, saya ingin mengucapkan terima kasih dan
tahniah kepada Ahli Jawatankuasa PIBG sesi 2016/2017 yang telah menabur jasa dan
bakti sejak setahun kebelakangan ini. Dan selamat datang kepada Ahli Jawatankuasa sesi
2017/2018. Semoga kita akan dapat bekerja dengan lebih gigih lagi, dan seterusnya
berupaya mentransformasikan prestasi Sekolah Kebangsaan Nong Chik ke arah yang
lebih cemerlang dan gemilang di masa hadapan.

Sekian, terima kasih.

TUAN HAJI HALID BIN HAJI SONO


Yang Di Pertua,
Persatuan Ibu Bapa dan Guru,
Sekolah Kebangsaan Nong Chik, Johor Bahru,

You might also like