KDM

You might also like

You are on page 1of 17
KOMUNIKASI DALAM MATEMATIK PENGENALAN Komunikasi memainkan peranan yang penting dalam membantu pelajar membina hubung kait antara pengalaman tidak formal de- ngan bahasa matematik. la juga berupaya menolong pelajar mem- buat hubung kait antara fizikal, grafik, gambar, perwakilan, dan simbol dengan idea matematik. Pelajar menggunakan bahasa mate- matik melalui aktiviti komunikasi. Aktiviti tersebut penting supaya para guru memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi de- ngan pelajar yang lain bagi membina pengetahuan, dan mempela- jari daripada rakan tentang cara mereka berfikir dan menjelaskan sesuatu masalah, Komunikasi melalui percakapan, pendengaran, dan penulisan merupakan suatu aktiviti yang patut digalakkan sewaktu pengajar- an Matematik. Apabila pelajar bekerja dalam suatu kumpulan kecil, mereka dapat berbincang dan menyelesaikan masalah serta me ngaitkan bahasa matematik yang mereka faham dengan yang ku- rang mereka faham. Pelajar dapat mempelajari antara satu sama lain dan membuat refleksi semasa mereka berkomunikasi. Dengan menghadirkan diri bersama pelajar yang sedang berbincang, para guru dapat mengetahui tentang pelajarnya dengan lebih baik dan seterusnya boleh membantu guru dalam membuat keputusan tentang perancangan pengajaran Buat masa kini penggunaan teknologi telah meningkat dan me- merlukan pelajar berkomunikasi dengan komputer sambil meng- gunakan kebolehan mereka sendiri sebagai media untuk berkomu- nikasi. Apabila pelajar meningkat dari satu peringkat kepada pering- kat yang lebih tinggi, keupayaan mereka untuk berbincang dan berbahas menjadi lebih baik. Melalui komunikasi, pelajar dapat menjelaskan sesuatu idea dan memberi peluang kepada guru untuk memperoleh maklumat yang terperinci tentang keupayaan pelajar mereka. Guru boleh menggalakkan komunikasi dalam bilik darjah de- ngan menyoal ataupun memberikan masalah untuk diselesaikan oleh pelajar. Penyelesaian masalah boleh dijalankan dalam kumpul- an kecil atau berpasangan. Aktiviti sedemikian dapat menggalak- kan pelajar berkomunikasi antara satu dengan yang lain. Dalam bab ini dibincangkan tentang komunikasi dan bahasa matematik, peranan komunikasi, dan interaksi sosial dalam bilik darjah. Matematik merupakan suatu bentuk bahasa yang melibatkan komu- nikasi antara konsep dan simbol (Sharma, 1992). Bahasa matematik boleh dikatakan sebagai bahasa kedua bagi seseorang individu selepas bahasa ibundanya seperti Kantonis, Tamil, Melayu, dan Ing- geris. Hal ini disebabkan dalam tahap perkembangan pengetahuan kanak-kanak, mereka akan mempelajari bentuk, saiz, ruang, jarak, pola, warna, dan masa. Kesemua konsep tersebut melibatkan bahasa matematik yang asas dan mudah. Di peringkat yang lebih tinggi pula, seseorang pelajar menggunakan bahasa matematik dalam pro- ses pemikiran secara logik dan bersistem seperti mengumpul dan menganalisis suatu data atau maklumat. Dalam situasi masyarakat yang mempunyai pelbagai bentuk bahasa ibunda, proses pengajaran dan pembelajaran Matematik mungkin akan menjadi lebih kompleks dan rumit. Sharma (1992) menyatakan bahawa: Both, the child’s native and the mathematical language play an important role both in the conceptualization of mathe-

You might also like