Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 7

LAPORAN REFLEKTIF PROGRAM BINA INSAN GURU (BIG)

PISMP AMBILAN JUN 2016 FASA 2 /2018

NAMA: SARANYA A/P MURGAN

NO. IC: 970627-07-6058

ANGKA GILIRAN: 2016151340176

UNIT: PENDIDIKAN PEMULIHAN

Pada 29 oktober sehingga 2 november 2018 yang lepas, saya telah menjalani
program Bina Insan Guru (BIG) yang dianjurkan oleh Institusi Pendidikan Guru Kampus
Raja Melewar. Program Bina Insan Guru merupakan satu program yang memberi banyak
kebaikan, implikasi, pengalaman dan pengetahuan baru kepada saya. Dalam program Bina
Insan Guru Fasa 2 ini, saya telah mempelajari perkara-perkara yang baru dan kemahiran-
kemahiran yang perlu ada pada seorang guru. Sepanjang menjalani program Bina Insan
Guru ada kelebihan, kekurangan dan beberapa penambahbaikan untuk program ini.

Kumpulan BIG mempunyai semua kaum dan Sepanjang menjalani program ini,
Semua ahli kumpulan telah memberi banyak kerjasama, bertolak ansur, tolong menolong
antara satu sama lain tanpa mengira kaum, agama, bangsa. Malah, disitu saya boleh
melihat sebuah kelompak bangsa yang mempunyai ciri-ciri satu Malaysia. Di samping itu,
Setiap ahli telah terlibat secara aktif dan juga memberi idea, sokongan yang tinggi untuk
kejayaan kumpulan masing-masing . Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan dalam program Bina
Insan Guru ini dapat meningkatkan semangat perpaduan dan kerjasama antara semua ahli
kumpulan secara tidak langsung. Kebanyakan aktiviti yang telah dijalankan adalah secara
berkumpulan..
Pada hari pertama, aktiviti LDK telah dilaksanakan iaitu “ice breaking”. Semasa
aktiviti “ice breaking” kami dapat mengenal diri antara ahli kumpulan BIG kami melalui
aktivIti ‘angin koncang arah dimana’. Melalui aktiviti ini saya mendapat kawan-kawan baru
yang berlainan bangsa dan agama. Disitu kami dapat berkolaborasi, berbincang dan dapat
melahirkan hubungan yang mesra antara semua orang. Aktiviti ini sangat seronok dan
menarik sehingga semua ahli terlibat secara aktif. Di samping itu, aktiviti LDK 1 adalah
aktiviti yang dapat menunjukkan sifat keberanian seseorang dengan bercakap tentang tajuk
yang diberikan oleh Dr.Ali dihadapan semua ahli kumpulan. Aktiviti ini telah membantu
meningkatkan sifat keberanian dan keyakinan dalam diri saya. Ia juga membantu melatihkan
diri saya lebih mahir untuk mengajar dihadapan murid-murid pada masa yang akan datang
di sekolah nanti. Melalui aktiviti kumpulan ini kami saling berbincang antara ahli kumpulan
dan ia membantu meningkatkan kemahiran bercakap dengan lebih spontan di hadapan
orang tanpa ada rasa ketakutan. Ia merupakan satu kekuatan yang ada dalam aktiviti
tersebut dan sangat membantu saya dalam menghilangkan rasa ketakutan saya untuk
bercakap dihadapan semua orang.

Seterusnya, sikap kepimpinan dapat ditonjolkan oleh setiap individu kerana


kebanyakan aktiviti dalam program ini dilakukan secara berkumpulan terutamanya dalam
aktiviti LDK. Semasa aktiviti LDK ini saya dapat meenyedari bahawa sikap kepimpinan
seorang ketua dapat mewujudkan kerjasama dan kefahaman dalam kumpulan masing-
masing. Hal ini demikian kerana, sikap kepimpinan perlu wujud dari setiap individu semasa
menjalankan aktiviti kumpulan bagi membina hubungan yang mesra dan harmoni antara ahli
kumpulan tanpa mengira agama, bangsa seseorang. Malah, ia juga dapat mewujudkan
perpaduan dan semangat bekerjasama antara ahli kumpulan. Misalya, sikap kepimpinan itu
akan diaplikasikan semasa aktiviti LDK 2 iaitu pertandingan bertanding dengan kumpulan
lain untuk aktiviti membuat keretapi dengan menggunakan surat khabar dan ahli kumpulan
pula perlu berdiri dan berjalan dalam kereta api yang telah dibina. Semasa melaksanakan
aktivti tersebut ketua kumpulan saya telah memimpin ahli kumpulan dengan kalibar dengan
memberi arahan yang jelas serta idea yang kreatif supaya kumpulan kami menang. Disitu
saya telah belajar tentang kepentingan sikap kepimpinan bagi sesuatu kumpulan.

Tambahan pula, dalam aktiviti LDK seterusnya dapat kebaikan yang selanjutnya
ialah saya dapat belajar mengenai cara untuk mengagihkan tugasan kumpulan mengikut
keupayaan masing-masing. Aktiviti yang diberikan oleh Dr.Ali meliputi aktiviti membina
menara, logo, sorokan dan pertandingan antara kumpulan. Kumpulan kami merangkumi
individu yang mempunyai kelebihan yang berbeza-beza seperti ada yang pandai melukis,
mewarna, menari dan bercerita. Oleh itu, Kami dapat mengagihkan tugasan mengikut
keupayaan masing-masing. Misalnya, semasa aktiviti membina logo kumpulan dan
sorokkan, kami telah mengagihkan tugasan mengikut kebolehan guru pelatih seperti yang
pandai melukis dan mewarna telah mengambil aktiviti membina logo kumpulan dan ahli
yang lain pandai menyanyi dan menari telah mengambil bahagian sorokan. Akhirnya,
kumpulan saya dapat membina logo yang kreatif dan sorokan yang paling menarik.

Di samping itu, kami telah melaksanakan persembahan ‘malam kebudayaan’ dengan


bertema patriotik klasik. Sepanjang aktivti ini kami telah merancang satu drama tentang
“sejarah Malaysia” dengan melibatkan semua ahli kumpulan yang terdiri daripada
melayu,cina dan india. Disitu saya mempelajari semangat kerjasama, perpaduan antara ahli
kumpulan saya. Melalui persembahan ini saya dapat meningkatkan nilai semangat cinta
akan negara dalam diri saya dan pada masa yang sama saya berasa bangga dengan diri
saya sebagai anak Malaysia.

Selain itu, pelbagai ilmu dan kemahiran yang berguna telah dipelajari oleh ahli
kumpulan saya melalui pelbagai aktiviti-aktiviti perkhemahan ini. Contohnya, ahli kumpulan
telah diberi latihan ikatan dan simpulan oleh En Rahim. Kemahiran tersebut sangat
membantu kami untuk mendirikan dan membuka perkhemahan kami dengan jayanya.
Sehubungan dengan itu, saya telah memperolehi pengalaman baharu melalui aktiviti-aktiviti
seperti berkayak, berenang, menyelam, “abseiling”, persembahan dan aktiviti kumpulan..
Aktiviti-aktiviti tersebut merupakan pengalaman baru kepada saya dan pada masa yang
sama saya dapat menguji kekuatan dan keberanian saya sendiri. Disitu saya dapat
memperbaiki kelemahan saya dan dapat menunjukkan sifat keberanian saya dihadapan
semua orang. Misalnya, semasa aktiviti “abseiling” saya dapat menurun dari bangunan
tersebut dengan jayanya dan juga semasa aktiviti berkayak saya dapat menguji daya
kekuatan saya sendiri. Malah, semasa berakit, kami semua diminta untuk berdiri di atas rakit
di tengah-tengah lautan. Aktiviti ini melibatkan kepercayaan ahli kumpulan masing-masing
yang berjaya dapat berdiri atas rakit secara berkumpulan. Keyakinan yang tinggi antara ahli
kumpulan mendorong kami sekumpulan berjaya berdiri atas rakit dan menyanyi lagu “Guru
Malaysia” dengan gembira. Walaupun, rakit tersebut tidak stabil di tengah lautan kami
sekumpulan berjaya menjalankan aktiviti tersebut.Ini merupakan pengalaman yang baru dan
dan juga suatu aktiviti yang sangat menyeronokan.

. Bertitik tolak daripada itu, kerjasama antara semua ahli kumpulan sangat penting
untuk melaksanakan sesuatu aktiviti. Dengan ini, saya sedar bahawa, nilai berkerjasama
dan bertolak ansur perlu wujud di dalam diri setiap individu ketika menjalankan aktiviti dalam
satu kumpulan. Semasa melaksanakan bimbingan dan kebajikan di Sekolah Kebangsaan
Seri Pagi selama sejam, ahli kumpulan saya sangat memahami keadaan dan situasi
disekolah tersebut dan beri berkerjasama untuk melaksanakan aktiviti yang telah kami
dirancang. Aktiviti- aktiviti yang kami rancang dapat dilaksanakan dengan baik pada masa
yang sama murid-murid dapat menfaat. Malah, sifat kepimpinan juga sangat penting dan itu
akan diaplikasikan ketika kita memberi arahan kepada murid-murid yang bakal kita mendidik
nanti. Memberi arahan yang jelas dan tepat salah satu unsur yang penting bagi seseorang
guru untuk mendidik anak.

Namun, terdapat juga beberapa kelemahan sepanjang program ini. Antaranya ialah
kekurangan pengurusan diri dan masa. Jadual waktu yang padat dengan aktiviti seperti
latihan dan penilaian menyebabkan ahli kumpulan tergesa-gesa dalam menyiapkan tugasan
dalam masa yang ditetapkan walaupun, tidak sempurna. Walaupun terdapat masa yang
lebih, keinginan ahli kumpulan untuk menghasilkan hasil kerja yang hebat menyebabkan
kekurangan pengurusan masa berlaku. Oleh itu, penambahbaikan yang boleh dilakukan
ialah merancang masa dengan teliti supaya dapat mengikuti aktiviti dijalankan dengan lebih
sistematik dan teratur. Malahan, takut untuk mencuba sesuatu merupakan salah satu
kelemahan diri saya. Hal ini demikian kerana, semasa aktiviti membina menara dengan
menggunakan belon dan surat khabar merupakan satu cabaran yang besar kepada
kumpulan saya. Walaupun, pada awalnya, kumpulan saya terputus asa untuk membina
menara tetapi akhirnya dengan bantuan dan semangat berkerjasama yang tinggi dari ahli
kumpulan, kami berjaya mendirikan suatu menara yang kreatif, stabil dan kukuh. Disitu
saya dapat mempelajari kerjasama antara ahli kumpulan dapat menyelesaikan sesuatu
masalah dengan cekap. Malahan, pada awal program ini, saya takut untuk mencuba aktiviti
yang lasak seperti berkayak dan “abseiling”. Saya mudah putus asa disebabkan fikiran
negatif saya jika saya jatuh kebawah. Oleh itu, saya perlu sentiasa berfikiran positif dan
berani mencuba segala yang mencabar diri.

Justeru itu, terdapat kelemahan dari segi pembahagian dan pengagihan peralatan
yang perlu digunakan sepanjang perkhemahan. Misalnya, pengagihan khemah kepada
setiap kumpulan adalah terhad dan keadaan khemah dan kayak yang rosak. Perkara ini
dapat dielakkan melalui penyemakan terlebih dahulu sebelum mengagihkannya supaya
mengelakkan masalah yang mungkin akan timbul. Selain itu, AJK Peralatan yang terlibat
perlulah lebih peka dan meminta kerjasama daripada pihak stor untuk memastikan bilangan
peralatan mencukupi dan berada dalam keadaan yang kondusif.
. Kesimpulannya, program BIG ini telah memberi banyak pengalaman yang baru dan
peluang kepada saya untuk berkhayak, menyelam, “abseiling”, khidmat masyarakat dan
sebagainya. Malah, program Bina Insan Guru berjaya dilaksanakan dengan jayanya bagi
melahirkan guru pelatih yang berakhlak mulia, bersemangat juang yang tinggi, mempunyai
ketahanan rohani, mental dan fizikal serta bermanfaat kepada masyarakat selaras dengan
nilai- nilai keguruan. Program BIG ini dapat membina pengalaman yang baharu melalui
aktiviti-aktiviti yang mencabar diri dalam semua aktiviti yang telah dilaksanakan.
Pengalaman yang diperolehi dari program ini tidak akan dilupakan oleh setiap peserta BIG
ini.
LAMPIRAN

Gambar 1 :- Peserta menjalankan aktiviti air iaitu berakit

Gambar 2 :- Ahli kumpulan telah diuji kemahiran simpulan dan ikatan oleh En.Rahim

Gambar 3 :- Ahli kumpulan membina dan membuka khemah


Gambar 4 :- Saya telah melaksanakan aktiviti “abseiling”

Gambar 5 : Kami telah melaksanakan aktiviti khidmat masyarakat di jelebu

Gambar 6 : Kami telah melaksanakan aktiviti menyelam

You might also like