Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 3

Sumber: PGN T4 Bab 1 TUJUAN PERNIAGAAN DAN PEMILIKAN PERNIAGAAN

1.6 Perkaitan antara Penawaran Barang dan Perkhidmatan, Bentuk Pemilikan, Klasifikasi
dan Skala Perniagaan
Penawaran barang dan perkhidmatan, bentuk
pemilikan, klasifikasi dan skala perniagaan
dapat dikaitkan dengan aktiviti perniagaan
seperti yang ditunjukkan dalam gambarajah
sebelah

Perniagaan dengan penawaran barang dan


perkhidmatan
Sesebuah perniagaan boleh menawarkan
barang, perkhidmatan atau kedua-duanya
untuk memenuhi keperluan dan kehendak
pengguna atau pelanggan. Jenis barang atau perkhidmatan yang ditawarkan akan mempengaruhi
perniagaan yang dijalankan. Jika perniagaan yang dijalankan berasaskan perkhidmatan, peniaga
tidak perlu terlibat dengan pengurusan stok dan lebih memberi tumpuan kepada pengurusan
sumber manusia

Perniagaan dengan pemilikan perniagaan dan klasifikasi perniagaan


Pemilik sesebuah perniagaan boleh memilih untuk menubuhkan perniagaan milikan tunggal,
perkongsian, syarikat berhad atau koperasi. Bagi perniagaan yang dijalankan secara kecil-kecilan,
perniagaan bentuk milikan tunggal lazimnya dipilih untuk menawarkan barang atau perkhidmatan.
Apabila perniagaan semakin berkembang atau saiznya bertambah besar, bentuk pemilikan juga
boleh diubah mengikut keperluan perniagaan. Contohnya, perubahan bentuk pemilikan perniagaan
daripada milikan tunggal kepada perkongsian, perlulah didaftarkan di Suruhanjaya Syarikat
Malaysia (SSM).

Perniagaan dengan skala perniagaan dan klasifikasi perniagaan


Perniagaan boleh dikategorikan mengikut skala, iaitu domestik dan antarabangsa. Saiz perniagaan
tidak mempengaruhi skalanya. Sesebuah perniagaan tidak perlu bersaiz besar untuk menawarkan
barang atau perkhidmatan ke pasaran global. Teknologi moden seperti Internet membolehkan
perniagaan yang bersaiz kecil menembusi pasaran pada peringkat antarabangsa. Hal ini akan
meningkatkan jualan dan keuntungan perniagaan.

Perniagaan dengan skala perniagaan, klasifikasi perniagaan dan penawaran barang dan
perkhidmatan
Terdapat tiga sektor dalam perniagaan, iaitu sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga. Di
Malaysia, lazimnya sektor utama seperti pertanian adalah untuk memenuhi pasaran atau skala
domestik. Sektor kedua dan ketiga, iaitu sektor pengilangan dan perkhidmatan adalah untuk
pasaran domestik dan juga antarabangsa. Semua sektor yang terlibat memerlukan aktiviti
perniagaan untuk mengagihkan barang dan perkhidmatan yang ditawarkan. Tanpa aktiviti
perniagaan, barang dan perkhidmatan tidak dapat digunakan sepenuhnya bagi tujuan jual beli
untuk menjana keuntungan.

Sumber: Buku Teks Perniagaan Tingkatan Empat, ms 52 dan 53.

1
Latihan Teka Silang Kata. Sumber Buku Teks PGN T4 ms 52-53

You might also like