Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

SEKOLAH KEBANGSAAN JAYA BARU

WDT 22 No. Tel : 089-561134


90200 KINABATANGAN, SABAH XBA : 2234

Ruj Kami : XBA2234/PRA/600-08/12/2(06)


Tarikh : 01 Ogos 2016

Pengurus
Sepilok Orang Utan Rehabilitation Center
Batu 14, Jalan Labuk,
WDT 200,
90009, Sandakan.

Melalui:
Guru Besar
SK Jaya Baru
WDT 22
90200,Kinabatangan
Sabah.

Tuan,

MEMOHON KEBENARAN MELAWAT SEPILOK ORANG UTAN REHABILITATION CENTER

Dengan segala hormat dan sukacitanya ingin menarik perhatian pihak tuan berkenaan perkara
di atas.

2. Dengan segala hormatnya dimaklumkan bahawa Prasekolah SK Jaya Baru ingin


mengadakan lawatan sambil belajar ke Sepilok Orang Utan Rehabilitation Center pada tarikh,
masa dan hari seperti berikut :

Tarikh : 22 September 2016


Masa : 10.00 pagi
Hari : Khamis

3. Untuk pengetahuan pihak tuan, rombongan kami seramai 50 orang pelajar dan diiringi
oleh 3 orang guru, 3 orang pembantu pengurusan murid dan 20 orang penjaga.

4. Sokongan, pertimbangan yang sewajarnya daripada pihak tuan amat kami harapkan
dan hargai. Sekiranya terdapat kemusykilan, kami berharap pihak tuan tidak keberatan untuk
memaklumkan kepada kami. Sebelum mengakhiri, saya dahulukan dengan ucapan ribuan
terima kasih.
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA“

Yang benar,

...........................................
(MUIN BIN AMIL AMZA)
Guru Besar
Sk Jaya Baru
WDT 22
Kinabatangan, Sabah.

Sk. fail

You might also like