Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan SPM

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan SPM

11.00 pagi: Ketibaan pelajar Tingkatan 5 dan Calon SPM

MC: Perhatian kepada semua Pelajar Tingkatan 5 sesi 2016 dan 2017.
Mohonkerjasama anda agar mengambil tempat masing-masing kerana
majlis akan bermula sebentar saja lagi.

Alu-aluan

MC: Bismillahirrahmanirrahim.

“Melati Kuntum tumbuh melata,


Sayang merbah di pohon cemara,
Assalamualaikum mulanya kata,
Saya sembah pembuka bicara”

Yang Berusaha Puan Hjh Rozita binti Anjuh, Pengetua SMK Bugaya
Semporna

Yang dihormati Encik Zaini bin Mat, Penolong Kanan Pentadbiran SMKB

Yang dihormati Puan Rosni binti Haji Asakil, Penolong Kanan HEM SMKB

Yang dihormati Encik Manja bin Abdul Kahal, Penolong Kanan


Kokurikulum SMKB

Yang dihormati Puan Rosni binti Haji Abdul Jal, Penolong Kanan
Pendidikan Khas, SMKB

Yang dihormati barisan guru kanan akademik, ketua-ketua bidang, guru-


guru, para ibu bapa serta yang dikasihi para pelajar SPM sesi 2016 dan
2017.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


Tuhan yang Maha Agung kerana dengan limpah kurnia-Nya jua maka kita
diberikan luangan waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan, didorong
dan digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan
serbaguna SMK. Bugaya Semporna bagi menjayakan Majlis Pengumuman Rasmi
Keputusan SPM bagi tahun 2017.

Ucapan Pengetua dan Pengumuman Rasmi

MC: “Duduk sekawan si burung unta,


Tepi keramat di waktu malam;
Pada mu tuan kami meminta,
Kata azimat penutup kalam”

Sidang hadirin yang dimuliakan,


Majlis kita pada hari ini dimulakan denganmenjemput dan mempersilakan Yang
berusaha Puan Hjh. Rozita binti Anjuh untuk menyampaikan ucapan dan
seterusnya mengumumkan keputusan rasmi pencapaian peperiksaan SPM bagi
tahun 2017.

Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.


....

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas kesudian menyampaikan


ucapan sebentar tadi.

Penyampaian Sijil Pelajar Cemerlang SPM 2017

MC: “Warga cemerlang tersenyum manis,


Hadir bersama ibu bapa wibawa,
Sambutan anugerah penyeri majlis,
Sematkan gagah di dalam jiwa”

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Majlis kita pada pagi ini diteruskan dengan menjemput sekali lagi Yang
berusaha Puan Haji Rozita binti Anjuh, Pengetua SMKB, diiringi Yang
dihormati Encik Zaini bin Mat, Penolong Kanan Pentadbiran SMKB untuk
tampil bagi menyampaikan Sijil Pelajar Cemerlang SPM sesi 2017.

Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

....

Terima kasih diucapkan kepada Puan Pengetua atas kesudian


menyampaikan sijil Pelajar Cemerlang SPM 2017 sebentar tadi.

Pembentangan Jejak-jejak Juara

MC: “Daun semulur di pekan sari,


Batang jerami rebah ke bumi,
Ucapan tuan dinanti-nanti,
Membuat majlis bertambah seri.”

Majlis kita pada hari ini diteruskan lagi dengan mempersilakan En. Omar bin
_______________________, selaku Kaunselor sekolah untuk menyampaikan ucapan
berjudul “jejak-jejak juara”. Dengan segala hormatnya, dipersilakan.

.....

Majlis merakamkan sekalung bunga terima kasih kepada En. Omar bin
..................................... atas ucapan sebentar tadi.
Perkongsian Tips Belajar daripada Pelajar Cemerlang SPM 2016

MC: Sidang hadirin yang dimuliakan,

Sesungguhnya kecemerlangan dalam bidang akademik itu adalah


disumbangkan bukan sahaja oleh komitmen dan kerja keras semata. Hal
ini juga amat dipengaruhi oleh penglibatan banyak pihak dalam
membantu sesorang pelajar mencapai kejayaan dalam pelajaran.

Dikesempatan ini, majlis dengan sukacitanya mempersilakan Pelajar


Cemerlang SPM 2016 untuk tampil ke pentas bagi berkongsi rahsia
kecemerlangan mereka. Dipersilakan.

....

Terima kasih diucapkan kepada para pelajar yang sebentar tadi telah
memberikan beberapa tips berguna yang boleh dijadikan panduan oleh
generasi SPM 2017. Kami selaku warga pendidik, mengucapkan tahniah
kepada semua pelajar cemerlang SPM sesi 2016 dan kami berdoa agar
anda terus cemerlang dalam apa jua bidang yang diceburi pada masa akan
datang.

Sesi bergambar.

“Bunga dedap di atas para,


Anak Dusun pasang pelita,
Kalau tersilap tutur bicara,
Jemari disusun maaf dipinta.”

Majlis Pengumuman Rasmi Keputusan SPM 2016 pada hari ini kini telah tiba di
pneghujungnya. Saya selaku pengacara majlis mengucapkan ribuan terima kasih
kepada barisan pentadbir, guru-guru dan para pelajar yang hadir bagi
menjayaan majlis kita pada pagi ini. Semoga bersua lagi di acara yang akan
datang.

Sekian, wabillahi taufik walhidayah wassalamualaikum warahmatullahi


wabarakatuh.

Dipersilakan Puan Pengetua dan barisan pentadbir agar tampil bersama-sama


pelajar Cemerlang SPM 2017 untuk sesi bergambar.

You might also like