Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

[Document title]

PERKHEMAHAN TAHUNAN PENGAKAP TAHUN 2018

1.0) SEBELUM PELAKSANAAN PROJEK

1.1) MESYUARAT PERANCANGAN

Mesyuarat perancangan mesti dilaksanakan bagi membincangkan perkara-perkara


berbangkit bagi mengadakan perkhemahan pengakap tahun 2018. Mesyuarat perancangan ini
telah diadakan di tempat yang sesuai iaitu bilik gerakan. Perbincangan mengenai tempat, sasaran
murid terlibat dan tarikh perlu dibincangkan semasa mesyuarat perancangan ini. Lampiran 1

1.2) CARTA GANTT

BIL AKTIVITI BULAN


2 3 4 5 6
1. Mengadakan mesyuarat x x
2. Mengadakan hebahan kepada x x
guru dan murid
3. Menyediakan bahan dan surat x x
menyurat untuk hari perkhemahan
4. Penyediaan sijil dan hadiah x
kepada pemenang
5. Memastikan semua peralatan ada x x
dan mencukupi
6. Latihan asas dalam perkhemahan x x x x x
7 Perkhemahan x

1.3) SURAT MENYURAT DALAMAN DAN LUARAN

i. Surat jemputan guru ke mesyuarat Perkhemahan Pengakap. Lampiran 2


ii. Surat jemputan mesyuarat AJK Perkhemahan Pengakap. Lampiran 3
iii. Surat kebenaran daripada ibu bapa. Lampiran 4
iv. Surat kebenaran daripada pihak pentadbiran Kem Sri Kluang. Lampiran 5

1.4) LANTIKAN AJK, TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB


Rujuk Lampiran 6
[Document title]

1.5) TINJAUAN AWAL (LOKASI, PRASARANA, LOGISTIK DAN KEMUDAHAN)

Tinjauan awal perlu dilakukan bagi mengelakkan sebarang masalah berlaku ketika aktiviti
dijalankan. Antara perkara yang perlu dilakukan tinjauan awal adalah lokasi. Tinjauan awal
terhadap lokasi perlu dilakukan untuk menentukan sama ada lokasi tersebut iaitu Kem Sri Kluang
sesuai ataupun tidak untuk diadakan aktiviti perkhemahan. Prasarana, logistik dan kemudahan
seperti bilik mandi, keadaan tempat dan kelengkapan untuk berkhemah juga perlu dilakukan
tinjauan awal. Tinjauan awal telah dilakukan seperti dalam rajah 1 dan rajah 2.

RAJAH 1 RAJAH 2

1.6) KERTAS KERJA PROJEK


Rujuk Lampiran 7

1.7) PENYEDIAAN INSTRUMEN PENILAIAN/DOKUMEN BERKAITAN

i. Penyediaan senarai nama penyertaan murid. Lampiran 8


ii. Penyediaan senarai semak peralatan semasa perkhemahan. Lampiran 9
iii. Penyediaan syarat dan peraturan acara yang dipertandingkan. Lampiran 10
iv. Penyediaan sijil penyertaan kepada semua pelajar yang terlibat. Lampiran 11
v. Persediaan borang pemarkahan untuk pertandingan semasa perkhemahan. Lampiran
12
[Document title]

2.0) SEMASA PELAKSANAAN PROJEK


2.1) PELAKSANAAN PROJEK
Khamis (3 Jun 2018)

MASA AKTIVITI

2.00 - 2.40 ptg Pendaftaran pelajar

2.40 - 3.15 ptg Taklimat oleh Kem Komandan

3.15 - 4.45 ptg Mendirikan khemah

4.45 - 5.15 ptg Solat Asar

5.15 - 5.40 ptg Minum petang

5.40 - 6.15 ptg Riadah / senamrobik

6.15 - 7.00 ptg Membersihkan diri

7.00 - 7.30 ptg Makan malam

7.30 - 8.00 mlm Solat Maghrib / Motivasi Moral

8.00 - 9.00 mlm Tazkirah / Solat Isyak / Motivasi Moral

9.00 - 11.00 mlm LDK 1 - Ice Breaking

11.00 mlm Minum malam

Jumaat (4 Jun 2018)

MASA AKTIVITI

5.00 - 6.00 pagi Bangun / Kekemasan diri

6.00 - 7.00 pagi Solat Subuh/ Kuliah Subuh /Motivasi Moral

7.00 - 7.30 pagi Senamrobik

7.30 - 8.00 pagi Sarapan pagi

8.00 - 11.00 pagi Aktiviti Ikhtiar Hidup

11.00 – 12 tengahari Pembersihan kawasan Ikhtiar Hidup

12-2 petang Solat Jumaat & Makan


[Document title]

3-5 petang Pertandingan kawad kaki

5-7 petang Pertandingan ikatan

7-8 malam Bersihkan diri

8-10 malam Pertandingan malam kebudayaan

10 malam Makan malam dan bersurai

Sabtu (5 JUN 2018)


MASA AKTIVITI
5.30 pagi Persiapan diri, Solat Subuh
-Kuliah Subuh
7.00 pagi Senaman Pagi
7.30 pagi Sarapan
8.00 pagi Aktiviti (Pertolongan Cemas)
10.00 pagi -Minum pagi
-Meruntuh khemah
-Mengemas tapak perkhemahan
11.00 pagi Majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah

1.00 tengahari Bersurai

2.2) PENILAIAN PROJEK


Para juri yang diwakili oleh para guru pengiring dan urusetia menilai setiap pertandingan seperti
kawad kaki, memasak dan keceriaan khemah sepanjang perkhemahan berlangsung. Kaedah
penilaian menggunakan borang pemarkahan rujuk Lampiran 12.
[Document title]

2.3) KEBAJIKAN DAN KESELAMATAN

Aspek kebajikan yang dititikberatkan semasa menjalankan aktiviti perkhemahan


pengakap ini adalah berkaitan keselamatan murid. Selain itu, segala makan dan minum murid
juga perlu dititikberatkan semasa aktiviti perkhemahan ini.

Dari aspek keselamatan pula, perkara yang perlu dititikberatkan semasa perkhemahan
adalah keselamatan barang-barang berharga seperti telefon dan barang kemas. Barang-barang
ini perlu disimpan di satu tempat yang selamat bagi mengelakkan kecurian. Selain itu kit bantuan
kecemasan juga perlu disediakan setiap masa bagi merawat kecederaan ringan.

2.4) MAJLIS PERASMIAN

Majlis perasmian dilakukan pada hari terakhir perkhemahan. Di dalam tentatif majlis
perasmian ini terdapat ucapan aluan daripada penaung perkhemahan ini iaitu Tuan Haji Che
Husin, ucapan perasmian oleh ketua pengakap daerah Besut dan acara penyampaian hadiah
dan sijil kepada pemenang pertandingan kawad kaki, pertandingan memasak dan pertandingan
khemah terbaik. Lampiran 11

3.0) SELEPAS PELAKSANAAN PROJEK


3.1) PENGURUSAN LOGISTIK

Pengurusan logistik dilakukan selepas perkhemahan selesai dijalankan. Segala


kelengkapan yang digunakan semasa aktiviti mesti dikumpulkan balik dan memastikan segala
kelengkapan mencukupi. Contohnya memastikan bilangan khemah mencukupi agar sama
sebelum perkhemahan dan selepas perkhemahan. Lampiran 10

3.2) LAPORAN PROJEK


Setelah selesai perkhemahan, Setiausaha perkhemahan dikehendaki membuat laporan
projek untuk sepanjang perkhemahan itu berlangsung. Lampiran 13

3.3) MESYUARAT POST MORTEM

Mesyuarat post mortem dilakukan selepas aktiviti perkhemahan. Post mortem dilakukan
bagi mengesan kelemahan semasa aktiviti dijalankan. Selain itu, post mortem dilakukan bagi
membincangkan penambahbaikan yang boleh dilakukan pada masa akan datang. Lampiran 14
[Document title]

3.4) SURAT PENGHARGAAN

Akhir sekali, surat penghargaan diberikan kepada pihak-pihak yang terlibat kerana telah
bertungkus lumus dalam menjayakan Perkhemahan Tahunan Pengakap Tahun 2018 Peringkat
Sekolah SK Tembila. Lampiran 15

You might also like