Kelab Bahasa Inggeris

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

SEKOLAH KEBANGSAAN RAPAT SETIA

31350, IPOH, PERAK

KERTAS KERJA
PENUBUHAN KELAB BAHASA INGGERIS
1.0 PENGENALAN

Penguasaan pelajar terhadap Bahasa Inggeris adalah pada tahap rendah pada masa
kini. Hal ini demikian kerana kurangnya penggunaan bahasa tersebut dalam kehidupan
seharian. Pelajar hanya menggunakan Bahasa Inggeris semasa pembelajaran subjek
Bahasa Inggeris dalam kelas sahaja.Bahasa Inggeris merupakan bahasa antarabangsa
yang wajib dipelajari sebagai bahasa perantara. Oleh itu, melalui penubuhan Kelab
Bahasa Inggeris ini akan dapat menangani masalah yang tersebut dengan lebih mudah
dan dengan kaedah yang seronok. Penubuhan kelab ini akan membantu murid untuk
bertutur dengan lebih fasih dan memahami Bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

2.0 IDENTITI KELAB


Nama persatuan ini ialah Kelab Bahasa Inggeris (KBI) atau dalam bahasa inggeris ialah
English Language Club (ELC).

3.0 OBJEKTIF

1. Membina keyakinan dan memotivasikan ahli-ahli dalam penggunaan Bahasa Inggeris

2. Mendedahkan ahli-ahli kepada penggunaan kosa kata yang lebih luas

3. Memupuk minat ahli-ahli terhadap Bahasa Inggeris

4. Meningkatkan ilmu ahli-ahli dalam Bahasa Inggeris melalui pelbagai aktiviti

5. Memilih dan melatih ahli-ahli untuk mengambil bahagian dalam pertandingan yang
dianjurkan oleh JPN, PPD dan lain-lain

4.0 MATLAMAT

1. Membantu melahirkan murid yang berbakat , berkebolehan dalam bahasa.


2. Membentuk generasi murid yang menjiwai semangat perpaduan, memiliki ketrampilan
diri, berdaya saing, kreatif serta inovatif dalam menghadapi pelbagai cabaran
kehidupan.
3. Membantu mengembangkan semua aspek potensi manusia yang berteraskan ilmu
dan amal ke arah pembinaan dan pengukuhan sahsiah murid yang mengamalkan
nilai-nilai murni selaras dengan tuntutan Falsafah Pendidikan Kebangsaan demi
menjayakan Wawasan 2020.
4. Mempelbagaikan kegiatan persatuan di sekolah bagi menyediakan murid-murid
memperolehi pengetahuan, pengalaman, kemahiran,kebolehan mengurus dan
memimpin.
5. Melahirkan generasi murid yang mengetahui, memahami, menghayati dan
mengamalkan nilai murni serta mampu memberikan sumbangan demi kesejahteraan
hidup bermasyarakat dan bernegara.
6. Membina dan mengembangkan kefahaman, kesedaran,kepekaan mengenai isu-isu
semasa di kalangan murid dengan lebih luas serta berkeupayaan untuk bertindak
sewajarnya.

5.0 LOGO DAN MOTO KELAB

KELAB BAHASA INGGERIS

‘A F AMI L Y OF
L EARNI NG’
5.1 MAKSUD LOGO

1. Logo Ini hanya mempunyai satu warna iaitu biru yang membawa maksud
ketenangan, keharmonian dan warna kehidupan
2. Bulatan bermaksud kesepaduan dan bersatu hati
3. Padi bermaksud kesitiaan terhadap negara yang padu, bersatu dan jitu
4. Tangan tersebut membawak maksud kehebatan dan kebijaksanaan dalam
melakukan setiap perkara atau kerja

6.0 LAGU KELAB BAHASA INGGERIS

There is a club in Ipoh school, Ipoh school,

The best, the very best for miles, miles around,

And when we sing, with laughter, loud and free,


the folks all think it's Jubilee! Jubilee!

In the classroom it's Grammar, Speaking, Writing,

And any other subject on the earth, sky and sea,

Hurrah! Hurrah! for ELC, Hurrah! Hurrah!

Our hearts, our hearts they swell with joy, swell with joy.

And our song shallring on many distant shore,

Our Alma Mater evermore, evermore! (2x)

7.0 VISI

Menjadikan KBI Komuniti Berilmu Yang Cemerlang Menjelang Tahun 2019

8.0 MISI

1. Pengurusan dan Kepimpinan yang cekap, berkesan, telus dan tulus


2. Akademik yang berasaskan pengurusan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti
bagi mencapai keputusan peperiksaan awam yang cemerlang
3. Sahsiah yang berasaskan program pembangunan insan
4. Kokurikulum yang berasaskan pembinaan generasi bestari, jati diri dan integrasi
nasional
9.0 STRUKTUR JAWATANKUASA

9.1 Carta Organisasi

PENAUNG
Tuan Haji Khalid
Bin Mohd.

PENASIHAT
Cik Siti Nur Aisyah
Binti Abdul Rahim

PENGERUSI
Ahmad Eijas Bin
Iskandar

NAIB PENGERUSI
Siti Ayunni Binti
Hasyim

SETIAUSAHA
BENDAHARI
Naurah Rose Binti
Lee Jong Suk
Amir Hakim

NAIB SETIAUSAHA Naib Bendahari


Kim Jung Kook Devi a/p Raju

AHLI JAWATANKUASA :

1) Gopal A/L Jarjit


2) Lee Mei Mei
3) Nur Nadhirah Binti Zahari
4) Nur Fazliana Binti Mohd Zahari
5) Nur Syazana Binti Saad
6) Lau Zheng Jun

Senarai ahli di Lampiran.


10.0 RANCANGAN AKTIVITI

(Rujuk lampiran 1)

11.0 PERLEMBAGAAN

(Rujuk lampiran 2)

12.0 PEKELILING KELAB BAHASA INGGERIS

(Rujuk lampiran 3)

13.0 SURAT PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB BAHASA INGGERIS

(Rujuk lampiran 4)

14.0 BORANG KEAHLIAN

(Rujuk lampiran 5)

15.0 NOTIS MESYUARAT AGONG

(Rujuk lampiran 6)

16.0 ANGGARAN PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN

(Rujuk lampiran 7)

17.0 PENUTUP

Kesimpulannya, penubuhan KBI ini merupakan satu usaha murni bagi meningkatkan
pencapaian akademik dan kokurikulum murid-murid dalam bahasa inggeris.
Penubuhan ini bukan sahaja merupakan mampu menarik murid malahan merupakan
satu platform bagi murid untuk mengembangkan bakat mereka dalam bidang bahasa
ini. Justeru, adalah diharapkan kertas kerja penubuhan kelab Bahasa Inggeris ini
mendapat pertimbangan sewajarnya dari pihak pengurusan Sekolah Kebangsaan
Rapat Setia ini.

You might also like