AMALI 1 Kimia

You might also like

Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 10

AMALI 1 : MENENTUKAN HABA PENEUTRALAN ASID KUAT DAN BES KUAT

TUJUAN

Menentukan haba peneutralan di antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida,asid


sulfurik dengan natrium hidroksida, serta asid nitrik dengan kalium hidroksida.

TEORI

Tindak balas peneuralan ialah tindak balas antara asid dengan alkali untuk
menghasilkan garam dan air sahaja. Oleh sebab air dihasilkan dalam semua tindak balas
peneutralan hasil gabungan ion hidrogen, (H+) daripada asid dan ion hidrosida, (OH-)
daripada alkali, maka haba peneutralan ditakrifkan berdasarkan pembentukan air. Oleh itu,
haba peneutralan ialah haba yang dibebaskan apabila satu mol ion hidrogen, (H+) daripada
asid bergabung dengan satu mol ion hidrosida, (OH-) untuk membentuk satu mol air pada
keadaan piawai.

Asid + alkali garam + air

H+ (ak) + OH-(ak) H2O(ce) ∆H = haba peneutralan

Haba peneutralan sesuatu asid ditakrifkan sebagai perubahan haba apabila 1 mol
ion hidrogen (H+) dineutralkan dalam larutan cair pada keadaan yang dinyatakan. Dengan
cara yang serupa, haba peneutralan sesuatu alkali ditakrifkan sebagai perubahan haba
dapabila 1 mol ion hidrosida (OH-) dineutralkan dalam larutan cair pada keadaan yang
dinyatakan. Haba peneutralan tidak mempunyai simbol khusus. Simbol biasa yang
digunakan ialah ∆H(peneutralan), manakala unit bagi haba peneutralan ialah kJ/mol. Semua
tindak balas peneutralan merupakan tindak balas eksotermik. Tindak balas eksotermik ialah
tindak balas yang disertai dengan pembebasan tenaga haba ke persekitaran. Dalam
sesuatu tindak balas eksotermik, tenaga kimia akan ditukarkan kepada tenaga haba, haba
dibebaskan ke persekitaran, dan suhu persekitarannya akan meningkat. Oleh itu, bekas
tindak balas akan terasa panas. Ini juga bermakna perubahan entalpi peneutralan selalunya
adalah negatif. Haba peneutralan antara asid dengan alkali boleh ditentukan melalui
eksperimen. Isi padu bes yang tertentu ditindak balaskan dengan isi padu asid yang
tertentu. Jadi, untuk menghitung haba peneutralan, kita hanya perlu mengetahui isi padu
dan kepekatan bagi asid serta bes, dan kenaikan suhu campuran semasa tindak balas
berlaku.
BAHAN

 Asid hidroklorik 1.0 mol dm-3


 Asid sulfurik 1.0 mol dm-3
 Natrium hidroksida 1.0 mol dm-3
 Asid nitrik 1.0 mol dm-3
 Kalium hidroksida 1.0 mol dm-3
 Air suling

RADAS

 Pipet 25 cm3
 Termometer
 Silinder penyukat
 Cawan polistrena

SUSUNAN RADAS

Rajah 1 : Suhu awal asid dan alkali disukat

Rajah 2 : Suhu maksimum campuran larutan asid dan alkali disukat


PROSEDUR

1) 25.0 cm3 larutan asid hidroklorik dimasukkan ke dalam cawan polistrena


menggunakan pipet.Suhu larutan asid hidroklorik disukat sebagai suhu awal
campuran A di dalam Jadual 1.

2) 60 cm3 larutan natrium hidroksida ditambahkan ke dalam cawan polistrena yang


mengandungi larutan asid hidroklorik dengan menggunakan silinder penyukat.

3) Campuran A dikacau berhati dengan menggunakan termometer dan suhu


maksimum dicatatkan ke dalam jadual 1.

4) Campuran A dibuang daripada cawan polistrena.Selepas itu,cawan tersebut dicuci


serta dibilas menggunakan air suling.

5) Ulang langkah 1 hingga 4 dengan menggunakan


 25.0 cm3 asid sulfurik menggantikan asid hidroklorik, menghasilkan campuran
B
 25.0 cm3 asid nitric dan 60.0 cm3 kalium hidroksida untuk membentuk
campuran C.

6) Haba peneutralan bagi setiap campuran dikirakan dan dicatatkan dalam Jadual 2.
KEPUTUSAN

Campuran A Campuran B Campuran C


Asid hidroklorik + Natrium Asid sulfurik + Natrium Asid nitrik + Kalium
hidroksida hidroksida hidroksida
1 2 3 Purata 1 2 3 Purata 1 2 3 Purata
Suhu 31.0 31.0 31.0 31.0 36.5 37.0 36.5 36.7 30.5 31.0 31.0 30.8
Maksimum, 𝑻𝒇
/ °C

1 2 3 Purata 1 2 3 Purata 1 2 3 Purata


Suhu Awal, 𝑻 27.0 27.5 27.5 27.3 27.5 27.5 27.5 27.5 27.5 27.0 27.5 27.3
/ °C

Kenaikan Suhu , 3.7 9.2 3.5


∆𝑻 / oC
𝑻𝒇 − 𝑻𝒊

Jadual 1
Pengiraan :

𝑀𝑉
Bilangan mol =1000 di mana M ialah kemolaran dan V ialah isipadu yang digunakan

dalam tindak balas.

A) Haba peneutralan antara asid hidroklorik dengan natrium hidroksida


Campuran A
Persamaan kimia:
HCl (ak) + NaOH (ak) NaCl (ak) +H2O (ce)
Jumlah haba yang terbebas, 𝑞 = 𝑚𝑐∆𝑇

= Jisim x Muatan haba tentu x Perubahan suhu

=(25+60)x 4.2 x 3.7

= 1320.9 J

𝑚𝑉
Bilangan mol asid HCl digunakan = 1000

25×1
= 1000

= 0.025 mol

𝑚𝑉
Bilangan mol alkali NaOH digunakan = 1000

60×1
= 1000

= 0.06 mol

Haba peneutralan = (1320.9 J/ 0.025 mol)

= 52836 J mol-1
B) Haba peneutralan antara asid sulfurik dengan natrium hidroksida

Campuran B
Persamaan kimia:
H2SO4 (ak) + 2NaOH (ak) → Na2SO4 (ak) +2H2O (ce)
Jumlah haba yang terbebas, 𝑞 = 𝑚𝑐∆𝑇

= Jisim x Muatan haba tentu x Perubahan suhu

=(25+60)x 4.2 x 9.2

= 3284.4 J

𝑚𝑉
Bilangan mol asid H2SO4 digunakan = 1000

25×1
= 1000

= 0.025 mol

𝑚𝑉
Bilangan mol alkali NaOH digunakan = 1000

60×1
= 1000

= 0.06 mol

Haba peneutralan = (3284.4 J/ 0.05 mol)

= 65688J mol-1
C) Haba peneutralan antara asid nitrik dengan kalium hidroksida

Campuran C
Persamaan kimia:
HNO3 (ak) + KOH (ak) → KNO3 (ak) + H2O(ce)
Jumlah haba yang terbebas, 𝑞 = 𝑚𝑐∆𝑇

= Jisim x Muatan haba tentu x Perubahan suhu

= (25+60)x 4.2 x 3.5

= 1249.5 J

𝑚𝑉
Bilangan mol asid HNO3 digunakan = 1000

25×1
= 1000

= 0.025 mol

𝑚𝑉
Bilangan mol alkali NaOH digunakan = 1000

60×1
= 1000

= 0.06 mol

Haba peneutralan = (1249.5 J/ 0.025 mol)

= 49980 J mol-1

Campuran R (HCl + NaOH) S (H2SO4+NaOH) T (HNO3 + KOH)

Haba
Peneutralan, ∆𝑯 52.84 65.69 49.98
kJ mol-1

Jadual 2
PERBINCANGAN

1. Teori dan fakta menunjukkan bahawa entalpi peneutralan sebarang asid kuat
dengan sebarang alkali kuat adalah hampir tetap, iaitu -57.3 kJ mol-1.Walau
bagaimanapun, nilai entalpi peneutralan yang biasa kita dapat di makmal
menerusi eksperimen adalah lebih rendah daripada nilai yang sebenar.
Keadaan ini mungkin disebabkan oleh:
 Nilai tersebut hanya boleh diperoleh dalam keadaan piawai, iaitu dalam
keadaan ketumpatan dan kapasiti haba spesifik yang telah ditetapkan.
 Sebilangan haba mungkin terserap oleh cawan plastik.
 Sebilangan haba mungkin terbebas ke persekitaran.

2. Haba peneutralan akan dipengaruhi oleh bes asid. Asid monobes seperti
asid hidroklorik, HCl dan asid nitrik, HNO3 akan menghasilkan 1 mol asid
monobes yang akan bertindak dengan 1 mol ion OH-, alkali untuk
menghasilkan 1 mol air. Hal ini bermakna penceraian 1 mol asid hidroklorik,
HCl dan asid nitrik, HNO3 akan menghasilkan 1 mol ion hidrogen, H+.
Oleh itu, secara teorinya nilai haba peneutralan bagi asid HCl dan asid HNO3
adalah sama kerana mereka memiliki adalah asid monobes yang kuat dan
dapat mengion secara lengkap dalam larutan.

3. Tetapi hasil pengiraan menunjukkan bahawa nilai haba peneutralan asid HCl
adalah -52.84kJmol-1dan asid HNO3 iaitu -49.98 kJ mol-1 adalah tidak sama
disebabkan kehilangan haba kepada persekitaran atau campuran tidak dikacau
hingga sekata. Haba peneutralan bagi asid sulfurik, H2SO4 adalah lebih tinggi
daripada asid HCl dan asid HNO3, iaitu -65.69 kJ mol-1. Haba tindak balas asid
sulfurik lebih tinggi kerana 1 mol asid sulfurik, H2SO4 dalam larutan akuesnya
mengandungi 2 mol ion H+. Hal ini bermakna 1 mol asid sulfurik, H2SO4
dineutralkan dengan lengkap oleh 2 mol NaOH dan menghasilkan 2 mol air.
Oleh itu,lebih banyak haba akan dibebaskan kepada persekitaran daripada
tindakbalas asid ini.
4. Berdasarkan teori, haba peneutralan antara asid kuat dan alkali kuat ialah -57.3
kJ mol-1. Dalam eksperimen ini, haba peneutralan bagi tindak balas asid HCl
dan asid HNO3 adalah lebih rendah daripada -57.3 kJ mol-1 kerana sebahagian
haba akan hilang dibebaskan ke persekitaran dan haba yang diserap oleh
cawan polistirena telah diabaikan dalam pengiraan. Selain itu, isipadu asid atau
alkali tidak disukat dengan tepat juga akan mempengaruhi keputusan
eksperimen. Secara teori, haba peneutralan bagi asid dwibes, iaitu asid
sulfurik, H2SO4 juga adalah -57.3 kJ mol-1. Namun, nilai haba peneutralan yang
diperolehi dalam eksperimen ini adalah lebih tinggi daripada -57.3 kJ mol-1
kerana terdapat juga perubahan entalpi oleh pencairan asid sulfurik yang
dibebaskan iaitu semasa pencairan asid sulfurik dalam larutan. Apabila natrium
hidroksida, NaOH ditambah ke dalam asid sulfurik, proses pencairan asid
sulfurik berlaku dan membebaskan lebih banyak haba ke persekitaran. Oleh
itu, perubahan entalpi dalam tindak balas ini adalah jumlah daripada haba
peneutralan dan juga haba pencairan asid sulfurik.

5. Dengan itu, perubahan entalpi yang standard bagi asid sulfurik dan natrium
hidroksida ialah -66.8 kJ mol-1 manakala nilai yang diperolehi daripada
eksperimen lebih kurang iaitu -65.69 kJ mol-1 kerana kehilangan haba ke
persekitaran yang disebabakan oleh penyerapan haba oleh radas-radas
eksperimen atau haba hilang secara terus ke persekitaran. Persamaan
termokimia bagi setiap tindak balas,
 HCl + NaOH → NaCl +H2O, ∆𝐻= -52.84 kJ mol-1
 1 1
H2SO4 + NaOH → 2Na2SO4 +H2O (ce) , ∆𝐻= -65.69 kJmol-1
2

 HNO3+ KOH → KNO3 + H2O , ∆𝐻= -49.98 kJ mol-1

6. Untuk mengelakkan kelemahan eksperimen ini daripada berulang,digalakkan


untuk menggunakan penutup pada cawan polistrena semasa tindakbalas
larutan bagi mengurangkan kehilangan haba kepada udara persekitaran.
Selain itu,cawan polistrena juga boleh dibalutkan dengan kain tebal untuk
mengelakkan haba daripada terbebas melalui dinding cawan.
KESIMPULAN

Haba peneutralan bagi campuran asid sulfurik dan natrium hidroksida adalah lebih
tinggi berbanding dengan campuran asid hidroklorik dengan natrium hidroksida dan
campuran asid nitrik dengan kalium hidroksida.Ketiga-tiga tindak balas merupakan
tindakan endotermik kerana ia membebaskan haba ke persekitarannya. Peneutralan
asid dwibes mebebbaskan nilai haba yang lebih tinggi berbanding asid monobes
kerana perubahan entalpi.Asid dwibws juga menghasilkan lebih banyak molekul air
dan haba berbanding asid monobes.

You might also like