Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 11

DRAMA IJAT SI TEMPANG

Disediakan oleh: Aiman Bin Abdul Hamid, Aidee Jafrin Dan Syahrizal Bin Sahbudin

1.0 SINOPSIS:

Cerita Ijat si Tempang ini mengisahkan tentang seorang kanak-kanak yang tabah
menghadapi ujian walaupun keadaannya yang tempang menyebabkannya selalu dibuli oleh
rakan-rakannya di sekolah. Walaupun keadaan Ijat sedemikian, ibu bapanya tetap
menyayanginya. Kedua-dua ibu bapa Ijat berusaha memberikan yang terbaik kepadanya
walaupun terpaksa menerima makian dan cacian daripada rakan-rakan Ijat. Ijat yang
mendengar makian tersebut, cuba untuk mempertahankan bapanya daripada makian Oyot,
namun bapa Ijat terpaksa mengalah kerana dia sedar Oyot anak yang berada dan tidak
mahu perbalahan tersebut berpanjangan. Oyot yang tidak berpuas hati dengan keadaan
yang berlaku itu telah mengajak rakannya Zack untuk berjumpa dengan Ijat dan
membulinya. Keinginan Ijat untuk menikmati bekalan makanan yang diberikan oleh ibunya di
taman tidak kesampaian apabila Oyot dan Zack telah membelasahnya dan bekalan
makanan yang dibawa oleh Ijat telah ditumpahkan ke atas kepala Ijat. Ijat berasa sangat
sedih, tetapi Ijat tidak pernah menyimpan dendam kepada mereka, Ijat malah berdoa kepada
Tuhan agar mereka diberikan hidayah agar suatu hari nanti mereka akan sedar dengan
perbuatan mereka. Pada akhirnya, satu keadaan yang tragis telah berlaku kepada Ijat, di
mana kaki Ijat patah dan lumpuh ketika menyelamatkan Oyot yang hampir dilanggar kereta.
Keadaan tersebut, telah menyebabkan Oyot sedar akan kesalahannya kepada Ijat selama
ini. Sejak dari peristiwa tersebut, Oyot tidak lagi membuli Ijat.

2.0 TEMA:

Cerita Ijat si Tempang ini bertemakan tentang ketabahan seorang kanak-kanak dalam
menempuhi setiap dugaan dan cabaran dalam hidupnya. Walaupun Ijat seorang yang
tempang dan serba kekurangan, dia tetap menerima keadaan tersebut dengan seadanya.

3.0 PERSOALAN:

Persoalan kasih sayang seorang sahabat yang sanggup berkorban diri demi menyelamatkan
kawannya.

4.0 LATAR:

1
- Di Sekolah
o Baik pak. Nanti Ijat tunggu bapa di sekolah. Bapa jaga diri elok-elok ya pak.
- Di rumah Si Ijat
o Ijat!!! Tolong bapa potong kayu api ini dulu. Bapa tak larat sudah. (Situasi di
rumah Ijat)
- Di Taman Sekolah
o Sewaktu perjalanan menuju ke sebuah pondok yang terletak di taman
sekolahnya, Ijat bertembung sekali lagi dengan Oyot dan kawan-kawan
- Di Hospital
o Keadaan Ijat terbaring di atas katil no 127A tidak sedar diri, masih dalam keadaan
koma sangat menyedihkan kedua ibu bapanya. Terlihat juga Oyot yang
menggenggam erat tangan Ijat sambil terlihat mulut Oyot seolah-olah
mengatakan sesuatu.
- Di tepi jalan
o Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba Ijat dan bapanya dihampiri oleh sebuah
kereta Alphard. Kereta itu rupanya milik keluarga Oyot Si Pembuli.
o

5.0 WATAK DAN PERWATAKAN:

5.1 Watak Utama

1. Watak : Mohd Shahrizzat


 Merupakan watak utama dalam drama kanak-kanak Ijat Si Tempang.
 Dipanggil dengan nama singkatan iaitu Ijat.
 Seorang yang kurang upaya iaitu tempang.
 Seorang yang tabah dalam menghadapi segala ujian dan dugaan yang menimpanya.
 Seorang yang tidak menyimpan dendam walaupun dia dibuli berkali-kali.
 Seorang yang rajin.
 Sangat menyayangi ibu dan bapanya.
 Seorang yang pemaaf

5.2 Watak Sampingan

2. Watak : Pak Kopek


 Bapa kepada Ijat.
 Seorang yang rajin bekerja.
 Seorang yang merendah diri.
 Seorang yang beriman dan menerima setiap perkara itu adalah ketentuannya.

2
3. Watak : Mak Kopek
 Ibu kepada Ijat.
 Seorang tegas dalam mendidik anaknya.
 Seorang yang tidak mahu anaknya melihat keadaan yang mereka hadapi adalah satu
bebanan.
4. Watak : Oyot
 Anak orang berada
 Seorang yang angkuh.
 Seorang pembuli
 Seorang yang menyimpan dendam
 Seorang yang sedar hanya apabila musibah minimpanya.
5. Watak : Zack
 Rakan kepada Oyot dan Jali.
 Seorang pembuli.
6. Watak : Jali
 Rakan kepada Oyot dan Zack.
 Seorang pembuli.
7. Watak : Cikgu Kutat
 Guru sekolah di sekolah Ijat dan rakan-rakan yang lain.
 Seorang yang tegas.
 Seorang yang mengambil berat.
8. Watak : Mitat
 Murid di sekolah yang sama dengan Ijat.

6.0 PLOT

6.1 Permulaan

Pada permulaan cerpen, ibu tersentak dengan pertanyaan Ijat kepada ayahnya yang
menanyakan mengapakah nasib mereka menjadi keluaraga yang susah. Namun ibu
memberikan semangat dan nasihat kepada Ijat dengan mengatakan “Tak apa Ijat, sekarang
ni Ijat belajar rajin-rajin, bila dah besar nanti Ijat berjaya, Ijat bolehlah capai cita-cita yang Ijat
nak. Berpeganglah dengan kata orang-orang tua dahulu nak, berakit-rakit ke hulu, berenang-
renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian”.

6.2 Perkembangan

3
Perkembangan dalam Drama Ijat Si Tempang adalah di mana ketika Si Ijat dalam perjalanan
menuju ke sekolah dan bertembung dengan Oyot Si Pembuli. Lalu Oyot berkata kepada Ijat
“Hahahahahahahahaha. Pergi sekolah naik basikal saja kau? Sudahlah basikal tua
menunggu ajal menjemput. Dasar anak kampung kau ni Jat!” ejek Si Oyot. Namun pada
waktu itu Si Ijat masih boleh bersabar dengan ejekan Si Oyot. Kesabaran Ijat hilang apabila
Si Oyot mula mengejek ayah Ijat. “Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya kau ada pengayuh
basikal yang hebat. Cuma satulah, pakaian pengayuh basikal kau tu lusuh sangat. Bau pun
sampai aku tak tahan hidu.” Ejek Oyot kepada ayah Ijat. Ijat yang telah hilang sabar kerana
ayahnya telah dihina oleh Oyot lalu mengambil batu kecil dan dibalingkan ke kereta mewah
Oyot. Lalu Oyot berlalu pergi dari tempat tersebut.

6.3 Kemuncak

Klimaks dalam drama ini adalah dimana berlakunya pergaduhan antara Ijat dengan Oyot dan
kawan–kawan. Oyot telah membalas dendam kepada Ijat kerana membaling batu kecil di
kereta mewahnya ketika perjalanan ke sekolah. Ketika Oyot hendak ke taman sekolah untuk
berehat Oyot dan kawan-kawannya telah menahan Ijat lalu merampas bekas makanan pada
tangan Ijat lalu menuangkan isi makanan dalam bekas tersebut di kepala Oyot. “Kau bagi
tahi sama aku, aku bagi tahi sama kau. Mandilah kau dengan bubur sayur mak kesayangan
kau ni!” cakap Oyot kepada Ijat. Mereka juga telah menolak-nolak kepala Oyot. Pada masa
yang sama, kawan Si Oyot iaitu Zack dan Jali menyepak dan menolak-nolak Ijat sampai
tercedera Ijat dibuat oleh mereka. “Kau lapor sama cikgu, nahas kau nanti!” ugut si Jali
sambil menonjol-nonjol kepala Ijat yang berlumuran dengan sup sayur supaya Ijat tidak
berani untuk melaporkan hal tersebut kepada cikgu.

6.4 Peleraian

Semasa Ijat menunggu ayahnya untuk mengambil setelah habis waktu persekolahan, tiba-
tiba Si Oyot telah di kejar oleh Cikgu Kutat kerana Si Oyot telah memecah cermin kereta
cikgu tersebut. Tiba-tiba sebuah kereta hampir melanggar Oyot. Namun Ijat telah
menyelamatkan Oyot dengan menolak Oyot ke tepi. Malangnya Oyot pula yang telah
menjadi mangsa langgar. Oyot tergamam melihat kawan yang selalu dia hina dan buli telah
mengorbankan dirinya untuk menyelamatkan Oyot. Oyot si pembuli terus menyesal dengan
perbuatannya yang lepas terhadap Si Ijat lalu meraung meminta maaf kepada Ijat. “Ijat!
Bangunlah. Maafkan aku Jat. Aku banyak buat dosa kepada kau Jat. Bangunlah!” raung Si
Oyot cuba membangunkan Ijat, tapi cuma sia-sia. Lalu Si Oyot meletakkan kepala Ijat di
pahanya. Setelah itu, Ijat telah berada dalam keadaan koma di hospital. Si Oyot telah

4
menjaga Ijat sepanjang Ijat koma. Bangun sahaja Ijat daripada koma Si Oyot telah meminta
maaf kepada Ijat dan Ijat telah memaafka Si Oyot dan mereka telah menjadi kawan baik
semenjak itu.

7.0 SKRIP DRAMA

BABAK SATU

Di sebuah kampung yang bernama Kampung Pinang Sebatang, tinggal sepasang suami
isteri yang bernama Pak Kopek dan Mak Kopek. Mereka berdua dianugerahkan seorang
anak yang tempang iaitu Ijat (Mohd Shahrizzat). Mereka hidup ibarat kais pagi makan pagi,
kais petang makan petang.

*Tirai pentas dibuka sambil lagu Hajat dimainkan*

Bapa : Ijat!!! Tolong bapa potong kayu api ini dulu. Bapa tak larat sudah. (sambil mengerah
keringat)

Ijat : Yaaa pak, Ijat datang sekarang. (Ijat menuju ke arah bapanya dengan terhincut-
hincut)

Bapa : Ijat buat apa tadi? (sambil membelah kayu api)

Ijat : Tadi Ijat tengah buat kerja rumah yang cikgu bagi tu pak.

Bapa : Oh, baguslah anak ayah ni. (sambil memberikan senyuman kepada Ijat).

Ijat : Pak, kenapa hidup kita tidak seperti orang lain pak. Ada kereta, rumah besar, pergi
sekolah pun kena hantar guna kereta. Sedangkan saya, dihantar menggunakan basikal tua
sahaja.

(Bapa tertunduk-tunduk seperti enggan menjawab pertanyaan Ijat)

Ibu yang sedang menyidai pakaian di halaman rumah, tersentak apabila mendengar
pertanyaan Ijat. Lalu berkata..

Ibu : Ijat… bersyukurlah dengan apa yang kita ada nak.

Ijat : Tapi mak, ijat teringin nak hidup mewah macam kawan-kawan yang lain. Mereka tak
dibuli, makan makanan sedap setiap kali rehat. Ijat? Hmmmm…. (sambil tertunduk diam)

5
Ibu : Tak apa Ijat, sekarang ni Ijat belajar rajin-rajin, bila dah besar nanti Ijat berjaya, Ijat
bolehlah capai cita-cita yang Ijat nak. Berpeganglah dengan kata orang-orang tua dahulu
nak, berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersusah-susah dahulu, bersenang-
senang kemudian.

Ijat : Baiklah ibu. (Ijat teruskan tugasnya memotong kayu api) * tirai pentas ditutup*

BABAK DUA

*Perjalanan menuju ke sekolah dengan iringan muzik latar lagu Di Pondok Kecil*

Seperti biasa, Ijat datang ke sekolah dengan harapan yang menggunung. Setiap pagi Ijat
dihantar oleh bapanya dengan mengayuh basikal tua yang agak uzur.

Ijat : (Ijat menyanyi) ….. Wahai abangku sayang, dimana ayah?

Bapa : Ijat, nanti balik bapa mungkin lewat sikit jemput tau. Sebab bapa mahu ke rumah
Pak Dollah dahulu. Pak Dollah minta bapa baiki bumbung rumahnya yang bocor akibat angin
kuat semalam.

Ijat : Baik pak. Nanti Ijat tunggu bapa di sekolah. Bapa jaga diri elok-elok ya pak.

Dalam perjalanan tersebut, tiba-tiba Ijat dan bapanya dihampiri oleh sebuah kereta Alphard.
Kereta itu rupanya milik keluarga Oyot Si Pembuli.

*…..cermin kereta terbuka….*

Oyot : Hahahahahahahahaha. Pergi sekolah naik basikal saja kau? Sudahlah basikal tua
menunggu ajal menjemput. Dasar anak kampung kau ni Jat!

(Ijat tidak menghiraukan apa yang Oyot katakan. Malah pelukan Ijat semakin mendakap kuat
di pinggang bapanya)

Oyot : Tapi tak apa. Sekurang-kurangnya kau ada pengayuh basikal yang hebat. Cuma
satulah, pakaian pengayuh basikal kau tu lusuh sangat. Bau pun sampai aku tak tahan hidu.

*Oyot menunjuk ke arah bapa Ijat yang terus mengayuh basikal tuanya. Jauh dilibuk hati
bapanya berkata:

Bapa : …..hmm Ya Allah berikanlah aku kekuatan dan kesabaran untuk menghadapi
semua ini. Berikanlah kekuatan kepada Ijat anakku untuk menerima ejekkan daripada
kawan-kawannya. (Monolog)

Tiba-tiba Ijat melompat daripada basikal, lalu menghampiri kereta Oyot.

6
Ijat : Cukuplah Oyot! Kau buli aku di sekolah. Kau ejek aku di sekolah. Kau kenakan aku
di sekolah. Aku boleh terima. Tapi, bila kau kata ayah aku sebegitu rupa, aku tidak boleh
Oyot. Itu keterlaluan! Kau tidak berhak pun nak menghukum latar belakang keluarga aku.

(Membaling batu kecil ke arah kereta mewah milik keluarga Oyot)

Bapa : Ya Allah! Ijat! Mari naik cepat. Kamu lambat sudah ni. (Bapanya berhenti dan
menoleh di belakang lalu memutarkan basikalnya menuju ke arah Ijat.

Bapa : Encik. Maafkan anak saya ya. (Bapa Ijat meminta maaf kepada pemandu kereta milik
keluarga Oyot).

Oyot terus meminta pemandunya berlalu pergi secepat mungkin dari tempat tersebut. Ijat
menangis teresak-esak sambil memeluk erat pinggang bapanya yang berkerut tua. Menitis
juga air mata seorang bapa apabila melihat anaknya diperbuat sedemikian oleh kawannya.

*Lagu Ayah dan Ibu daripada Sudirman dimainkan*

BABAK TIGA

Kring, kring, kring. (Bunyi loceng menandakan waktu rehat telah mula)

Ijat : Harini nak makan dekat pondok di taman sekolahlah. Sekian lama rasanya dah aku
tak makan dekat sana. (Ijat bermonolog sambil mengeluarkan bekas makanan dari dalam
begnya)

*sewaktu perjalanan menuju ke sebuah pondok yang terletak di taman sekolahnya, Ijat
bertembung sekali lagi dengan Oyot dan kawan-kawan)

Oyot : Apa yang kau bawa dalam bekas makanan kau tu Ijat? Bau macam sampah, kau
tau tak!

Zack : Memang kau serupa macam pengemis, dah lah bekas makanan pun buruk umpama
mangkuk tandas, baju macam daun pisang buruk, ada hati nak pergi makan di taman.

Ijat : Ni makanan yang mak aku masak, bubur sayur. Kamu semua jangan nak hina aku
lebih-lebih. Sekurang-kurangnya aku bersyukur dengan apa yang ada sekarang ini.

Oyot : Kurang ajar si tempang, aku dah cukup sabar dengan perangai kau. Kau baling
batu dekat kereta mewah aku pagi tadi, sekarang kau nak ceramah aku pula. (sambil melipat
lengan baju)

7
Zack : Apa lagi, kita belasah la si tempang ni, bagi pengajaran sama budak hingusan ni.
(sambil menolak-nolak badan Ijat)

*Bunyi degupan jantung Ijat semakin cepat, dup dap dup dap…*

Tidak sempat Ijat mengeluarkan kata-kata, tiba-tiba Oyot merampas bekas makanan di
tangan Ijat.

Oyot : Kau bagi tahi sama aku, aku bagi tahi sama kau. Mandilah kau dengan bubur sayur
mak kesayangan kau ni!

*Zack dan Jali juga turut menyepak dan menolak-nolak Ijat.*

Jali : Kau lapor sama cikgu, nahas kau nanti! (Menonjol-nonjol kepala Ijat yang
berlumuran dengan sup sayur)

*Ijat terus tundukkan kepala. Ijat tidak berani dan tidak mahu melawan tingkah laku yang
ditunjukkan oleh Oyot dan kawan-kawannya. Oyot dan kawan-kawannya terus meninggalkan
Ijat setelah apa yang mereka lakukan.

Ijat : Ya Allah! Kau ampunkan dosa kawan-kawanku. Kau tunjukkanlah hidayah dan
petunjukmu kepada mereka agar mereka tidak berbuat sedemikian kepada orang lain lagi.

(Ijat menadah kedua belah tangannya sambil mengusap air matanya yang mengalir

BABAK EMPAT

Semua murid-murid di Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang menunggu di stesen bas


sekolah untuk dijemput balik ke rumah masing-masing oleh ibu bapa. Tidak ketinggalan Ijat
yang sentiasa menunggu bapanya. Sementara menunggu bapanya sampai, Ijat akan
meneruskan hobinya iaitu membaca komik.

Cikgu Kutat : Oyottttt !!!!!!!!!! Mari sini kamu.

(Kedengaran suara seseorang yang memekik nama Oyot keluar dari pintu utama sekolah).
Didapati Cikgu Kutat tengah mengejar Oyot yang tengah berlari pantas keluar dari pintu
utama sekolah.

Oyot : Bukan saya cikgu, bukan saya. Ijat yang pecahkan cermin kereta cikgu tu. (Oyot
sambil berlari pantas tanpa menghiraukan keadaan di sekelilingnya)

8
Ijat terserdak dan berasa terkejut bila Oyot berkata sedemikian. Ijat menggelengkan
kepalanya dan lalu ternampak sebuah kereta yang laju daripada arah belakang menuju ke
arah Oyot. Menyedari akan kejadiaan itu, Ijat terus berlari dengan keadaan terhincut-hincut,:

Ijat : Oyot, tepi! (Ijat menolak ayat)

Pushhhhhhhhh!!!!!! Kedengaran bunyi kereta melanggar sesuatu. Keadaan di luar pintu


utama sekolah yang pada mulanya riuh rendah, menjadi senyap seketika. Oyot terus
tergamam lalu bergegas menuju ke arah bunyi tersebut. Oyot mendapati bahawa Ijat telah
dilanggar oleh sebuah kereta semasa hendak menyelamatkannya daripada rempuhan.
Semua orang di sekitar itu pergi ke arah bunyi tersebut.

(Lagu Bila Tiba dendangan kumpulan Ungu mula dimainkan)

Oyot : Ijat! Bangunlah. Maafkan aku Jat. Aku banyak buat dosa kepada kau Jat.
Bangunlah! (Oyot meraung dan cuba membangunkan Ijat, tapi cuma sia-sia. Oyot
meletakkan kepala Ijat di pahanya. Terdapat pendarahan di bahagian kepala Ijat).

Cikgu Kutat : Mitat, cepat kamu panggil Cikgu Liew Kie datang ke sini dengan kadar
segera. (Sambil mengeluarkan telefonnya lalu membuat panggilan kecemasan)

Mitat : Baik cikgu. Saya akan panggil Cikgu Liew sekarang juga. (Berlari)

Cikgu Kutat : Ya Tuhan. Kenapa boleh jadi macamni. Hello tuan, boleh tolong datang ke
Sekolah Kebangsaan Pinang Sebatang dengan keadaan segera tuan.

(Cikgu Kutat risau akan kejadiaan tersebut. Oyot terus memeluk tubuh Ijat yang berlumuran
darah).

Oyot : Janganlah buat aku macam ni Ijat. Bangunlah. Cepat Jat.

BABAK LIMA

Keadaan Ijat terbaring di atas katil no 127A tidak sedar diri, masih dalam keadaan koma
sangat menyedihkan kedua ibu bapanya. Terlihat juga Oyot yang menggenggam erat tangan
Ijat sambil terlihat mulut Oyot seolah-olah mengatakan sesuatu.

Oyot : Kenapalah kau sanggup lakukan semua ini demi aku Ijat? Seharusnya aku yang
terbaring di atas katil ini dengan berpakaian serba hijau ini. (Oyot mengusap pipi Ijat)

Lalu, Oyot dihampiri oleh kedua ibu bapa Ijat. Lalu bapa oyot berkata,

9
Bapa : Sudahlah Oyot. Usah kau kata sedemikian. Ini semua kehendak Allah SWT. Kita
cuma perlu doakan kesihatan Ijat dan semoga Ijat cepat sedar daripada koma.

Ibu : Ya nak. Benda yang sudah berlalu, biarlah berlalu. Makcik tahu, kamu sayang akan
Ijat. Makcik juga percaya bahawa kamu berdua akan menjadi sahabat yang baik suatu hari
nanti.

(Mak Ijat mengusap rambut Oyot untuk menenangkan Oyot yang agak kesal dengan apa
yang telah berlaku)

Oyot merasakan ada sesuatu pergerakan dalam genggamannya. Rupa-rupanya gerakan itu
adalah gerakan jari Ijat. Ijat mula sedar daripada koma selepas dua hari di dalam hospital.
Namun, suatu kejadiaan yang sangat menyayat hati apabila Ijat ingin bangkit daripada
baringnya, dia merasakan sesuatu yang tidak tercapai oleh tangannya. Hakikatnya, Ijat
kehilangan kaki sebelah kirinya dan kaki sebelah kanannya pula lumpuh.

Ijat : Ya Allah! Ibu, bapa, mana kaki Ijat? Kenapa Ijat tidak merasakan adanya kaki Ijat
bu? (Ijat menangis sambil berusaha memegang kedua-dua belah kakinya)

Berderai air mata ibunya saat mendengar rintihan anak tunggalnya itu. Suasana menjadi pilu
dan suram.

Oyot : Ijat, maafkan aku. Sebab akulah, kau jadi begini. Sebab akulah kau terpaksa
kehilangan keupayaan untuk berjalan seperti biasa. Aku menyesal dengan apa yang aku
lakukan sebelum ini Ijat. Kau maafkanlah aku. ( Oyot memeluk penuh tubuh Ijat yang
terduduk diam di katil hospital).

Ijat : Ya Allah! Ujian apakah lagi yang engkau berikan kepada aku. Aku tidak kuat Ya
Allah!

Ijat seakan-akan tidak percaya akan semua yang berlaku pada dirinya. Bapa dan ibunya
cuba menenangkan Ijat. Mereka memeluk Ijat dan Oyot. Lalu bapa berkata.

Bapa : Sabar anakku. Allah tidak akan menurunkan ujian kepada kita sekiranya Dia tahu
kita tak mampu nak. Bapak yakin, anak bapak boleh terima qada qadar ini. Anak bapa kuat
kan?

Ijat : Baik pak. Ijat cuba. (Ijat menangis lalu melihat Oyot yang sedang mengalir air mata)

Ibu memberitahu kepada Ijat bahawa sepanjang Ijat tidak sedar daripada koma, Oyotlah
yang menjaga Ijat siang dan malam di hospital. Mendengar akan semua itu, Ijat lalu berkata,

10
Ijat : Terima kasih Oyot kerana menjaga aku. Aku terhutang budi dengan engkau.

Oyot : Tidaklah Ijat. Aku sepatutnya mengucapkan terima kasih kepada kau kerana
engkaulah yang sanggup mengorbankan keselamatan kau demi aku pada tempoh hari.
Maafkan aku Ijat. Maafkan aku.

Ijat : Tidak mengapa Oyot. Aku sudah lama memaafkan engkau. Tidak sedikitpun aku
simpan dendam dengan engkau. Jangan risau. Kita-kita juga bah ini.

Semua orang yang berada di situ berasa pelik dan hairan, saat mendengar Ijat sanggup lagi
berjenaka dalam keadaannya sebegitu. Itu menunjukkan Ijat seorang anak yang tabah
menghadapi segala dugaan daripada Allah.

(Lagu Di atas bumi ini ku berpijak dimainkan)

(….….disebabkan kejadian itu, Ijat dan Oyot mula berkawan baik…….)

-TAMAT-

11

You might also like