Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 2

TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru

(Teacher Sharing Sessions)

Sesi Perkongsian Guru


Nama Ahli Kumpulan:
1. Yii Hea Lang
2. Nurul Hanim bt Ismail

Tempat/Tarikh/Masa:
Makmal Komputer / 20 Julai 2017 / 8.00 pagi

Fokus: Nyatakan fokus perkongsian yang dijalankan

Perkongsian difokuskan kepada pelaksanaan PdPc secara berpusatkan pelajar. Tajuk yang
dibincangkan adalah Siri Kereaktifan Logam (Sains Tingkatan 4, Bab 5). Cikgu Nurul membuat
perkongsian tentang prosedur untuk menjalankan aktiviti makmal bagi tindak balas kimia yang
melibatkan logam yang reaktif seperti natrium dan kalium serta langkah berjaga-jaga yang perlu
diambil.

Interpretasi: Apakah aspek yang paling penting/menarik/relevan yang dibincangkan? Adakah


perkongsian ini boleh memberi impak kepada pembelajaran murid? Bagaimana?

Hasil perkongsian antara guru, PdPc bagi tajuk ini dijalankan secara amali, di mana pelajar-pelajar
menjalankan eksperimen bagi mengkaji tindak balas kimia yang melibatkan logam reaktif. Daripada
eksperimen yang dijalankan, pelajar dapat membina Siri Kereaktifan Logam berdasarkan pemerhatian
yang diperoleh. Strategi ini telah meningkatkan kemahiran saintifik pelajar dan memupuk semangat
koperatif sesama pelajar. Pelajar juga lebih mudah memahami isi kandungan pembelajaran & lebih
mudah mengingati apa yang dipelajari melalui pengalaman secara langsung.

Hasil: Apa yang saya pelajari? Bagaimanakah perbincangan ini boleh memberi kesan kepada
profesionalisme saya?

Jika sebelum ini, saya hanya sekadar menunjukkan tindak balas logam melalui video sahaja. Namun,
setelah sesi perkongsian antara guru dilakukan, strategi PdPc yang dipilih telah diubahsuai supaya
lebih menepati ciri-ciri pembelajaran abad ke-21.
TOOL KIT 1: SesiPerkongsian Guru
(Teacher Sharing Sessions)

Laporan Bergambar

Semasa sesi perkongsian guru

Semasa PdPc: Pelajar menjalankan eksperimen

You might also like