Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 6

1.

0 Pengenalan

Zaman moden kini seakan-akan menenggelamkan kehebatan Melayu dalam dunia sastera
sekali gus melupakan nama-nama tokoh yang berbakti kepada negara dalam bidang ini.
Hal ini kerana, generasi pada era ini bergantung penuh dengan kecanggihan yang dinikmati
semata-mata untuk melayari laman sesawang seperti Facebook, Instagram, Twitter dan
sebagainya. Kecanggihan ini melalaikan pengguna terutamanya remaja sehingga tidak
mengetahui kronologi negara mencapai kemerdekaan dan tokoh-tokoh pejuang negara. Jika
pejuang kemerdekaan negara tidak diketahui, pastinya tokoh bahasa juga tidak dikenali.

2.0 Konsep Kesusasteraan

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), istilah kesusasteraan membawa maksud
hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri
keistimewaan yang tertentu. Oleh itu, kesusasteraan merupakan sebuah hasil karya yang
dihasilkan oleh seseorang sama ada dalam bentuk puisi atau prosa yang mempunyai ciri-ciri
yang tertentu. Manakala, istilah melayu membawa maksud nama sebuah bangsa dan
bahasa terutama di Semenanjung Malaysia. Oleh itu, kesusasteraan melayu bermaksud
sebuah karya yang menggunakan bahasa melayu dan berunsurkan ciri-ciri melayu sama
ada dalam bentuk puisi atau prosa.

Hashim Awang (1984), menyatakan kesusasteraan bermaksud sebuah hasil ciptaan


seni yang disampaikan menggunakan bahasa. Tetapi, maksud istilah ini didefinisikan
melalui etimologi yang bermaksud kajian asal usul bahasa. Oleh itu, dalam bahasa Sanskrit,
istilah kesusasteraan berasal daripada hasil cantuman perkataan ‘su’ dan ‘sastra’ dan
ditambah dengan apitak ‘ke…an’. Perkataan’su’ membawa maksud baik, indah, cantik dan
berguna. Manakala, perkataan sastera bermaksud sebuah karya sama ada secara lisan
atau bertulis ataupun sebuah buku. Oleh itu, maksud untuk perkataan ‘susastra; bererti
sebuah hasil karya yang cukup indah dan berfungsi atau berguna. Kesimpulannya, istilah
keusasteraan merupakan semua bentuk hasil karya yang bernilai seni dan berfungsi atau
berguna.

Rumusannya, kesusasteraan adalah hasil seni yang disampaikan menggunakan


bahasa dan ditujukan kepada masyarakat yang membaca hasil karya yang bertulis
mahupun mendengar secara lisan iaitu seperti menonton drama dan sebagainya. Oleh itu,
kesusasteraan Melayu ialah satu istilah yang telah bertujuan untuk merujuk mengenai hasil
karya kesusasteraan yang ditulis menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya.

1
Tambahan pula, kesusasteraan mempunyai dua elemen utama iaitu prosa dan puisi
atau lebih dikenali dengan genre sastera yang bercirikan dengan satu gaya, bentuk dan
kandungan yang tertentu. Malahan, bentuk prosa dan puisi memiliki ciri-ciri yang istimewa
mengikut zaman iaitu zaman tradisional yang dikenali sebagai kesusasteraan melayu
tradisional atau lebih dikenali dengan kesusasteraan melayu klasik dan zaman moden iaitu
kesusasteraan melayu moden. Kesusasteraan melayu klasik dapat dikenalpasti apabila
dihasilkan sebelum wujudnya teknologi penerbitan. Malahan hasil karya zaman ini hanya
bersandarkan kepada sastera lisan sahaja dan terdapat beberapa hasil karya yang ditulis
menggunakan tangan dan karya melalui tulisan ini hanya terdapat dalam bilangan kecil
sahaja. Justeru, kesusasteraan Melayu moden dihasilkan selepas wujudnya teknologi
penulisan dan perbezaan yang amat ketara antara hasil karya kesusasteraan tradisional dan
moden iaitu, kesusasteraan melayu moden berbentuk sebuah teks yang dapat dibaca oleh
masyarakat.

Oleh itu, karya sastera telah dibahagikan kepada dua iaitu prosa dan puisi klasik dan
prosa dan puisi moden. Prosa klasik terdiri daripada cerita hikayat dan puisi klasik terdiri
daripada gurindam, seloka, pantun, syair, mantera dan sebagainya. Selain itu, prosa dan
puisi moden terdiri daripada cerpen, novel, sajak dan drama.

Setiap hasil kasrya ini mempunyai bentuk yang tersendiri seperti pantun. Pantun
dihasilkan mempunyai perkaitan dengan kehidupan masyarakat dan menggunakan
perlambangan alam yang dianggap dan dilihat indah oleh pembaca. Begitu juga dengan
hasil karya novel. Memiliki tema yang menjadi isi utama dalam sesebuah jalan cerita dalam
novel tersebut. Malahan, bahasa yang digunakan dalam sesebuah novel tersebut dapat
difahami dan sangat dekat dengan diri pembaca. Selain itu, dalam setiap hasil karya tak kira
pantun, novel mahupun cerpen akan membawa satu mesej atau pesanan, nasihat untuk
para pembaca hasil karya tersebut.

Kesimpulannya, kesusasteraan melayu merupakan penghasilan karya bukan sahaja


untuk sekadar hiburan masyarakat semata-mata tetapi juga ingin membawa pengajaran
atau pesan kepada masyarakat supaya beringat-ingat selalu. Oleh itu, sastera kanak-kanak
merupakan salah satu bidang daripada Kesusasteraan Melayu yang banyak berperanan
dalam perkembangan Kesusasteraan Melayu di Malaysia.

2
3.0 Sejarah pertumbuhan dan perkembangan genre puisi Melayu Moden di Malaysia dalam
abad ke 20.

Perkembangan sejarah puisi moden yang dikenali sebagai sajak tela dihasilkan pada
tahun 1980-an hingga kini kebanyakkannya dimuatkan dalam majalah-majalah dan akhbar-
akhbar selain daripada kumpulan sajak. Sajak merupakan berbentuk bebas. Pada tahun
1980-an penulisan sajak banyak berkaitan tentang kritikan terhdap pemimpin, nasionalisme,
kebudayaan dan banyak lagi. Manakala, melangkah tahun 1990-an, isu yang cuba
disampaikan dalam sajak sekitar tahun ini berkaitan dengan budaya generasi zaman kini, iu-
isu yang berkaitan dengan gejala sosial yang pada ketika itu. Manakala, masuk sahaja
zaman tahun 2000 sehingga kini, isu yang cuba dibangkitkan dalam sajak ialah berkaitan
dengan bahasa, budaya, generasi, pembentukan perpaduan dan sebagainya. Oleh itu,
antara tokoh yang terkenal dalam bidang ini adalah seperti A. Samad Said dan banyak lagi.

Sastera dapat dibahagikan kepada dua, iaitu tradisional dan moden. Puisi Melayu
Moden mempunyai akar dan dasar daripada puisi Melayu Tradisional. Sajak merupakan
puisi Melayu Moden. Perkataan “sajak” dikatakan berasal daripada bahasa Arab iaitu saja’
yang bererti persamaan bunyi (Sahlan, 2005). Sajak bukanlah genre sastera Arab tetapi
hanyalah perkataan yang memberikan beberapa ciri puisi Arab seperti nazam, rubai,
berzanji dan lain-lain.

Perkembangan sajak dapat dibahagikan kepada dua zaman iaitu zaman sebelum
merdeka bermula dari tahun 1933 hingga 1956, dan zaman selepas merdeka iaitu selepas
tahun 1957. Zaman sebelum merdeka ini merangkumi zaman sebelum Perang Dunia Kedua
(1933 hingga 1941), dan zaman pemerintahan Jepun (1942 hingga 1945), serta zaman
selepas pemerintahan Jepun (1946 hingga 1949) sehingga tahun 1950-an. Walaupun
begitu, dua zaman yang ditentukan itu bukanlah rigid sifatnya. Zaman tersebut merupakan
cara untuk lebih terarah kepada perbincangan perkembangan sajak. Seperti Dharmawijaya
dalam Arba’ie (2004) yang membahagikan zaman dalam membincangkan perkembangan
sajak tahun 1942 hingga 1979.

Dari aspek sejarah, Muhammad Yasin Ma’mor merupakan pelopor penulisan sajak
(Masuri S. N dalam Awang Azman, 2003). Buktinya karya beliau yang berjudul “ Di Tengah
Segara” yang telah disiarkan dalam Majalah Guru Jilid. 10. 12, Disember 1933 sewaktu
beliau menjadi ketua pengarang dalam majalah tersebut ( Arba’ie, 2004). Beliau tidak
berhenti di situ sahaja, pada Mac 1934 dalam majalah yang sama tersiar pula lima sajak
nukilan Pungguk yang berjudul “Keluh Kesah”, “Selalu Merayu”, Tak Disangka-sangka”,
“Pujukan Hati” dan “Ibuku”. Sajak-sajak tersebut dikategorikan sebagai zaman sebelum
Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, ada pengkaji yang menyatakan bahawa sajak

3
pertama di Tanah Melayu ialah sajak yang berjudul “Angan-angan dengan Gurindam” karya
Omar Mustafa yang disiarkan oleh Utusan Melayu pada 18 Januari 1913 (Lim Swee Tin,
2007). Ada juga pengkaji yang meletakkan Omar Mustaffa sebagai pelopor kepada sajak.
Jika sajak pertama muncul pada tahun 1913, maka kemunculan sajak di Tanah Melayu
pada hari ini sudah berusia 104 tahun.

Sumbangan Pungguk dalam penulisan sajak memberi impak dan rangsangan


kepada penulis-penulis lain. Buktinya muncul nama-nama penulis sajak seperti Abu Samah
Potot, Debab Pahang, Danial Din dan ramai lagi. Sepanjang zaman 1933 sehingga 1941
banyak sajak yang dihasilkan untuk menyuarakan perasaan penulis didorong oleh pengaruh
dan pengalaman yang dilalui. Pada zaman itu, pemikiran penulis lebih mengarah kepada
aspek sosial dengan tema dan persoalan yang berkaitan dengan moral dan pendidikan. Hal
ini kerana penulis pada masa itu kebanyakannya memegang jawatan sebagai guru (Ali
Ahmad dalam Arba’ie, 2004). Awang Ahmad (2003) menyatakan persoalan yang
disampaikan oleh penyajak pada zaman itu, iaitu persoalan kasih sayang seorang ibu
seperti sajak “Ibuku” karya Pungguk. Sajak ini berkait dengan nilai masyarakat, iaitu
tanggungjawab ibu bapa dan anak yang saling memerlukan.

Zaman pendudukan Jepun pada tahun 1942 hingga 1945 mencetuskan pemikiran
baharu dalam kalangan penyajak. Pyan Husayn dan Ismail Ahmad dalam Awang Azman
(2003) menyatakan bahawa tema dan persoalan yang paling menonjol pada ketika ini ialah
tema keberanian dan kepewiraan. Tema yang berkaitan kasih sayang, alam dan
kepincangan masyarakat tidak ada lagi. Contohnya, sajak “Bisikan Jiwa” oleh Shariff Naning
yang dipetik daripada majalah Matahari Memancar yang disiarkan pada 20 Jun 1942.
Persoalan ini juga jelas dalam sajak “ Perajurit Negara” oleh Masuri S.N. yang tersiar dalam
akhbar Berita Malai pada 12 September 1944. Sajak tersebut memuji dan memberikan
sokongan kepada Jepun dalam kerjasama untuk membebaskan tanah air daripada
penjajahan British. Sajak ini turut memaparkan harapan penduduk di Alam Melayu untuk
membentuk Asia Raya.

Pada zaman selepas merdeka pula, iaitu selepas 1957 muncul pemikiran penyajak
mengenai semangat kebangsaan. Misalnya sajak “ Tanah Air” karya Usman Awang yang
mengharapkan keamanan dan kemajuan negara. Penyajak merasakan tanggungjawab
untuk memajukan dan memakmurkan negara ke arah keharmonian dan kesejahteraan
(Awang Azman, 2003). Penyajak sehingga hari ini masih menggunakan tema kebangsaan
bagi menyedarkan generasi muda agar tidak leka dan sentiasa memastikan kemerdekaan
yang dirai tidak direbut musuh lagi (Lim Swee Tin, 2007).

4
Secara ringkas, kita dapat melihat perkembangan sajak mengikut kronologi dan
setiap zaman berbeza persoalannya. Misalnya, pada zaman sebelum kedatangan Jepun di
Tanah Melayu, persoalan yang ditimbulkan oleh penyajak adalah seperti kasih sayang, rindu
akan kekasih dan perasaan putus asa. Namun, pada zaman pendudukan Jepun tidak ada
lagi tema atau persoalan kasih sayang, perasaan rindu ataupun putus asa. Sebaliknya,
hanya tema keberanian dan kepewiraan yang dibangkitkan oleh penulis yang memaparkan
harapan penduduk di Alam Melayu untuk membebaskan tanah air daripada penjajahan.
Begitu juga pada zaman selepas merdeka, penyajak terus melahirkan sajak yang
bertemakan semangat kebangsaan untuk menyedarkan generasi muda agar tidak leka dan
sentiasa memastikan kemerdekaan yang dirai tidak direbut musuh.

Kesimpulannya, jelaslah terdapat perubahan demi perubahan yang berlaku dalam


bidang Kesusasteraan Melayu, terutamanya dalam prosa dan puisi moden. Sesungguhnya
perkembangan yang berlaku disebabkan oleh gaya hidup masyarakat pada masa kini
seiring dengan kemajuan dala bidang sains dan teknologi juga banyak mempengaruhi idea-
idea yang dikeluarkan dalam bidang sastera ini.

5
4.0 Rujukan

Zikri Kamarulzaman. (2015, Ogos 8). Puisi jadi ‘senjata’ di Parit Sulong. Malaysiakini.
Diakses pada Februari 10, 2017 dari http://www.malaysiakini.com/news/307880

Arbak Othman. (2009). Puisi-puisi Lim Swee Tin: Dari Kreativiti ke Senikarya. Selangor:
Citra Kurnia Enterprise.

Arba'ie Sujud. (2004). Interpretasi Pemikiran dan Teknik Pengungkapan dalam Sajak-Sajak
Dewan Sastera. Unpublished degree’s thesis, Doktor Falsafah, Universiti Putra
Malaysia, Selangor.

Awang Azman Awang Pawi. (2003). Licentia Poetica Puisi Mutakhir Malaysia. Sarawak:
Universiti Malaysia Sarawak.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Sastera dan Kemanusiaan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Dewan Bahasa dan Pustaka. (2017). Usman Awang Sasterawan Ketiga 1983. Diakses pada
Februari 12, 2017, dari http://klikweb.dbp.my/wordpress/?p=4752

Japar Ungki. (1999). Sirna: Antologi Karya Pemenang Hadiah Sastera Sabah 1988/89.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah, Hashim Awang, Ramli Isin, Sahlan Mohd.Saman & Zakaria Ariffin.
(1992). History Of Modern Malay Literature Vol. II. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Ahmad Kamal Abdullah. (1988). Unsur-unsur Islam dalam Puisi Melayu Moden. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A. Wahab Ali. (1988). Tradisi Pembentukan Sastera Melayu Moden. Selangor Darul
Ehsan: Penerbitan Sarjana (M) SDN. BHD.

Awang Azman Awang Pawi. (2003). Licentia Petica Puisi Mutakhir Malaysia. Sarawak:
Universiti Malaysia Sarawak.

Hamzah Hamdani. (1998). Pemikiran sastera Nusantara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka.

You might also like