Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 4

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN PERTANDINGAN CETUSAN IDEA

PENGENALAN
1.1 TUJUAN

 Memberi penjelasan berhubung tatacara penyertaan Kumpulan Inovatif


 Panduan ini dihasilkan selaras dengan pekeliling yang dikeluarkan oleh
Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia
(MAMPU) iaitu Pekeliling Transformasi Pentadbiran Awam Bil. 1 Tahun
2016 berhubung Panduan Pembudayaan dan Pemerkasaan Inovasi
Dalam Sektor Awam Melalui Horizon Baharu Kumpulan Inovatif dan
Kreatif.
 Memaklumkan mengenai syarat-syarat penyertaan, kriteria penilaian dan
skema pemarkahan KIK Horizon Baharu KPKT.

1.2 OBJEKTIF
 Menekankan konsep pengurusan secara kemanusiaan yang
mengutamakan aspek modal insan dan konsep pengurusan secara
penyertaan tanpa mengira kedudukan dalam organisasi diberi peluang
untuk memberi sumbangan yang bermaknakepada organisasi;
 Merupakan satu mekanisme yang melibatkan penyertaan anggota dalam
proses penyelesaian masalah atau penambahbaikan proses kerja sedia
ada atau memperkenalkan sesuatu yang baharu;
 Inovasi penciptaan berdasarkan konsep knowledge-based dan creativity-
driven bagi membolehkan organisasi menghasilkan inovasi yang memberi
nilai tambah kepada produk atau perkhidmatan;
 Memberi tumpuan kepada idea, pembelajaran, perkongsian ilmu dan
penciptaan nilai menerusi strategi pengenalpastian dan penyelesaian
masalah, teknik-teknik penganalisisan serta penghasilan idea-idea
baharu yang kreatif dan inovatif
3.PENYERTAAN

 Penyertaan dibuka kepada semua anggota sama ada cadangan


penyertaan perseorangan atau berkumpulan.
 Penyertaan hendaklah menggunakan Borang Penyertaan seperti di
Lampiran A.
 Projek yang dihasilkan adalah projek yang belum pernah dipersembahkan

di dalam mana-mana peringkat Konvensyen KIK Negeri/Kebangsaan


(Sektor Awam) pada tahun-tahun sebelumnya.

 Projek yang dihasilkan mestilah merupakan projek yang terbaru dan

terkini.

4. KATEGORI PENYERTAAN

Bidang Dan Kategori Projek Kik adalah seperti berikut:

4.1.1 Inovasi Sosial

o Inovasi sosial merangkumi kaedah penyelesaian baharu (idea,


model dan perkhidmatan) yang mampu memenuhi kepentingan
sosial dengan Iebih berkesan dan mengutamakan penglibatan
agensi/masyarakat lain secara menyeluruh.
o Fokus pelaksanaan inovasi sosial tidak hanya kepada pencapaian
impak sosial semata-mata, malah memberikan penekanan kepada
proses penglibatan agensi/masyarakat dalam membangunkan
sesuatu inovasi.
o Ciri-ciri utama inovasi sosial adalah:
i. Pendekatan eksperimen yang berasaskan kepada bukti dan
penemuan hasil pelaksanaan prototaip secara berulang
untuk mendapatkan hasil yang terbaik.
ii. Jalinan rangkaian yang menggalakkan kerjasama dan
kolaborasi merentasi pelbagai sektor termasuk agensi awam,
pihak swasta dan individu dalam masyarakat.
iii. Pembangunan inisiatif baharu oleh agensi Kerajaan bersama-
sama masyarakat bagi rnemastikan penyampaian
perkhidmatan yang menepati keperluan sebenar mereka.

4.1.2 Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

o Inovasi penyampaian perkhidmatan merupakan terjemahan idea


baharu yang kreatif dan inovatif
o Inovasi ini bermatlamat meningkatkan produktiviti, kecekapan dan
keberkesanan penyampaian perkhidmatan ke arah penyampaian
perkhidmatan yang bersepadu dan lancar serta meningkatan
kepuasan hati pelanggan.
o Inovasi yang dihasilkan perlu mempunyai nilai tambah serta
berupaya menyediakan perkhidmatan yang lebih inovatif,
memperluas liputan perkhidmatan dan mudah diakses rakyat.
o Idea-idea ini boleh merangkumi penambahbaikan kepada sistem
dan prosedur, kaedah dan cara bekerja mahupun pengenalan
teknologi baharu dalam pelbagai aspek, antaranya termasuklah
Pengurusan Strategik dan Kepimpinan Organisasi, Budaya Kerja,
Kewangan dan Aset, Pengurusan Perhubungan Pelanggan,
Pengurusan Sumber Manusia, Pengurusan Projek Pembangunan
dan Pembangunan Teknologi Makluniat dan Komunikasi (ICT)
o Ciri-ciri inovasi penyampaian perkhidmatan adalah:
i. Memberi impak ketara dan positif kepada pelanggan.
ii. Meningkatkan kecekapan dan mengoptimum kos dalam
menangani kekangan sumber kewangan dan sumber
manusia.
iii. Memanfaatkan keupayaan teknologi terkini.
iv. Memperkenalkan pendekatan penyampaian
perkhidmatan baharu atau memantapkan kaedah semasa
yang kurang berkesan.

You might also like