Download as pdf or txt
Download as pdf or txt
You are on page 1of 47

BAB 4

REKA BENTUK ELEKTRIK

Bahagian Pembangunan Kurikulum


PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

2.3.1 Mengenal pasti dan menjelaskan sistem-sistem elektrik


iaitu sumber, medium, beban dan kawalan.
Sumber ialah punca pengeluar tenaga elektrik seperti janakuasa
dan bateri. Terdapat sumber yang boleh diperbaharui. Contoh
sumber yang boleh diperbaharui ialah solar. Manakala sumber
yang tidak boleh diperbaharui ialah bateri yang tidak boleh dicas
semula.
(Bateri yang boleh dicas semula dianggap sumber yang boleh
diperbaharui sementara)

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Medium ialah perantaraan di antara sumber dan


beban. Ia bertugas membawa arus elektrik.
Terdapat dua jenis medium iaitu kabel /wayar
dan tanpa wayar.
Contoh medium tanpa wayar ialah gelombang
radio, infrared dan bluetooth.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Beban ialah alat yang melakukan tugas dan


menggunakan tenaga elektrik. Beban ini
menghasilkan kesan tertentu seperti cahaya
pada mentol, bunyi pada pembesar suara dan
putaran pada motor.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Kawalan ialah bahagian yang mengawal


aliran arus elektrik dengan selamat seperti
memutus dan menyambungkan litar. Kawalan
ini boleh dilakukan secara insaniah (manual)
dan automatik contohnya kawalan suis,
kawalan suhu penyaman udara, kawalan
suhu periuk nasi elektrik.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Aksesori ialah peralatan yang membenarkan


arus mengalir seperti suis dan pemegang
lampu

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Contoh kawalan Insaniah (manual) Contoh kawalan Insaniah dan kawalan automatik

Kawalan
insaniah

K awalan
Kawalan insaniah
automatik

Rajah 1 Rajah 2
PenerajuPendidikan Nega
Kawalan
insaniah
Kawalan
automatik

PenerajuPendidikan Nega
Kawalan
automatik

Kawalan
insaniah

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

2.3.2 Menunjuk Cara Reka Bentuk Litar Peralatan Elektrik:


(i) Keselamatan
(ii) Kedudukan peranti dalam litar
(iii) Sambungan litar

Reka bentuk litar elektrik mengandungi susunan komponen atau peranti


untuk melakukan sesuatu tugas yang dikehendaki dengan kriteria seperti
selamat, kemas, cekap, kos yang rendah dan berkualiti. Reka bentuk
litar dalam peralatan elektrik kebiasaannya dibina berdasarkan tiga
aspek, iaitu keselamatan, kedudukan peranti dalam litar, dan sambungan
litar.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
(i) Keselamatan
Litar peralatan elektrik direka bentuk dengan ciri-ciri
keselamatan. Ciri-ciri keselamatan ini penting kerana
dapat melindungi pengguna dan peralatan tersebut daripada
berlakunya litar pintas. Bagi periuk nasi elektrik litar elektrik
ditempatkan di dalam bahagian bawah periuk. Kedudukan
litar adalah tersembunyi dan tidak dapat dicapai tangan serta
tidak terdedah. Ciri-ciri seperti itu dapat melindungi
keselamatan pengguna daripada renjatan elektrik yang boleh
membawa maut.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

(ii) Kedudukan Peranti Dalam Litar (periuk nasi elektrik)

Reka bentuk kedudukan peranti-peranti seperti sensor


tekanan, sensor suhu dan elemen pemanas diletakkan
bersama dengan litar elektrik. Reka bentuk seperti ini
bertujuan untuk penjimatan ruang selain menekankan aspek
keselamatan. Di samping itu juga litar elektrik periuk nasi
kelihatan kemas dan menarik susunannya. Ini penting untuk
menjadikan reka bentuk litar elektrik sesuai untuk tujuan
komersial seperti Rajah 3.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Switch for Cook and Warm modes Port for electrical plug

Switch for Cook


and Warm modes Switch for Cook
and Warm modes

Plunger

Outside of
cooking chamber

Rajah 3
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Kedudukan peranti dalam litar elektrik - periuk nasi elektrik
berdasarkan Rajah 4 di bawah.

Rajah 4
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

(iii) Sambungan Litar


Reka bentuk sambungan litar elektrik pada komponen atau peranti
disusun mengikut sesuatu tugas yang dikehendaki. Contohnya,
susunan reka bentuk sambungan litar pada periuk nasi elektrik yang
menekankan ciri selamat, cekap, kemas, dan berkualiti. Terdapat
pelbagai jenis litar dalam sambungan litar elektrik, antaranya
termasuklah litar tertutup, litar buka, litar pintas, litar salah kekutuban,
litar bocor ke bumi, dan litar bypass.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Litar Tertutup
Litar ini mempunyai satu kitaran lengkap pergerakan arus,
voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya lampu
menyala apabila suis ditekan.

Litar Buka
Litar ini ialah litar yang tidak mempunyai satu kitaran lengkap
arus, voltan dan kuasa dalam satu litar elektrik. Contohnya suis
lampu tidak menyala kerana suis tidak ditekan.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Litar Pintas
Litar pintas ialah satu keadaan yang berlaku di mana wayar hidup (L)
bersentuhan dengan wayar neutral (N) tanpa melalui beban. Contohnya
penebat wayar yang bocor dan bersentuhan antara wayar hidup (L) dan wayar
neutral (N) secara terus akan menghasilkan percikan bunga api dan akan
menyebabkan kebakaran.

Litar Salah Kekutuban


Litar salah kekutuban ialah jenis litar yang terhasil akibat daripada salah
memasang kekutuban pada sumber elektrik. Contohnya wayar L dan N pada
kipas angin tersalah kekutuban dan mengakibatkan motor berpusing secara
terbalik.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Litar Bocor ke bumi
Litar bocor ke bumi ialah litar yang terjadi akibat daripada kebocoran arus
pada wayar hidup dengan badan logam perkakasan elektrik.
Litar Bypass
Litar bypass terjadi kerana penyambungan wayar dibuat pada fius
yang sama untuk soket perkakasan elektrik yang berlainan.
Contohnya, satu fius di papan agihan elektrik digunakan untuk
perkakasan peti sejuk dan penghawa dingin. Ini akan mengakibatkan
berlakunya lebihan bebanan pada wayar tersebut dan boleh
menghasilkan haba berlebihan pada penebat wayar dan berlakunya
litar pintas.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.3 Membuat Pengiraan Parameter Elektrik dalam Reka Bentuk Litar
Parameter elektrik seperti voltan, arus, rintangan dan kuasa. Hubungan voltan
dan arus elektrik adalah berkadar terus. Ini bermaksud apabila voltan
bertambah, arus elektrik akan bertambah juga. Manakala hubungan rintangan
dan arus elektrik adalah berkadar songsang. Hubungan antara dua parameter
ini menerangkan bahawa apabila rintangan bertambah tetapi arus akan
berkurangan. Keadaan ini dapat disimpulkan dalam rumusan yang dipanggil
sebagai hukum ohm. Parameter ini boleh dikira jumlah penggunaannya.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Pengiraan Menggunakan Hukum Ohm

Untuk mencari nilai voltan (Volt): V = I X R V : voltan


I : arus
Untuk mencari nilai arus (Ampere): I = V
R R : rintangan
P : kuasa elektrik.
Untuk mencari nilai rintangan (Ohm): R = V
I

Untuk rumus bagi kuasa (Watt): P = V x I

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Cara-cara Pengiraan 1

Murid dibekalkan satu litar lengkap seperti di bawah. Diberi nilai arus 1.5 ampere
dan nilai beban 4 ohm. Kira nilai voltan dan kuasa pada litar.
Manakala untuk
Untuk mencari
mencari nilai
nilai voltan
kuasa (P),
gunakan formula:
gunakan formula:
V=IxR
P=VxI
V = 1.5A x 4 ohm
P = 6 V x 1.5 A
V = 6.0 V
P = 9 watt

Rajah 5 Voltan: 6 V dan Kuasa : 9watt

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Contoh Pengiraan 2
Diberi nilai voltan 9V dan nilai beban 3 ohm. Cari nilai arus pada litar
tersebut.
I= V
R

I= 9v
3 ohm

I= 3A
Rajah 6
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Contoh Pengiraan 3
Diberi nilai voltan 9v dan nilai arus 0.9 ampere. Cari nilai
rintangan pada litar tersebut.
R=V
I

R=9v
0.9 A

R = 10 ohm
Rajah 7
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.4 Menghasilkan Lakaran Reka Bentuk Litar Elektrik yang akan Dibuat
Contoh:
Apabila membuka pintu almari pakaian, kita akan menghadapi masalah untuk mencari
pakaian dan barang yang disimpan di dalam almari kerana keadaanya gelap. Bagi
mengatasi masalah ini kita akan membina satu gajet elektrik yang dapat menerangi
keseluruhan dalam almari apabila almari dibuka. Kenal pasti kedudukan gajet dalam
almari supaya kedudukan gajet dapat menerangi keseluruhan almari tersebut.
Sebelum membina gajet, lakaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebagai gambaran
awal projek gajet elektrik ini. Tujuannya untuk memastikan kuantiti dan kedudukan
komponen-komponen seperti mentol, suis, bateri dan wayar. Pemilihan wayar
mestilah sesuai kerana wayar hendaklah disembunyikan di tepi papan almari. Contoh
lakaran litar elektrik lampu almari adalah seperti yang ditunjukkan pada Rajah 8.

PenerajuPendidikan Nega
Lampu 1 Lampu 2 Lampu 3 Lampu 4

Positif

Rajah 8 Bateri Suis


Negatif

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Selepas lakaran litar elektrik lampu almari dibina, langkah seterusnya ialah melakar
reka bentuk litar skematik lampu almari. Litar skematik dibina dalam dua keadaan
iaitu suis terbuka dan tertutup. Jenis suis yang digunakan ialah suis tekan buka.
Apabila suis tekan buka ditekan iaitu pintu almari ditutup, pintu almari akan menekan
suis tekan buka. Keadaan ini akan menyebabkan litar menjadi terbuka dan tiada
pengaliran arus elektrik dan lampu tidak menyala.

Situasi kedua ialah apabila pintu almari dibuka. Suis akan dilepaskan kerana tiada
tekanan. Dalam keadaan ini suis tekan buka akan tertutup dan menyebabkan litar
elektrik lengkap. Lampu akan menyala dan menerangi keseluruhan di dalam almari
pakaian.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Rajah 9 Litar siri sebelum suis dibuka Rajah 10 Litar siri apabila suis dibuka

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Bagi melihat kecerahan mentol, pengiraan pada parameter perlulah dilakukan.
Tujuannya adalah untuk melihat kecerahan mentol tersebut bersesuaian dengan
keluasan almari tersebut.
Dalam Rajah 9 menunjukkan litar elektrik yang lengkap yang telah diberi nilai parameter
voltan dan arus. Nilai rintangannya dapat dihitung seperti yang berikut:
Jumlah rintangan Nilai rintangan bagi setiap
R = V mentol ialah 36.0 Ω.
I
Pemilihan mentol perlulah
R = 3
sesuai dengan voltan yang
0.0833
dihasilkan dalam litar
R = 36 Ω supaya kecerahan mentol
Foto 1: Lampu menerangi ruang
adalah maksimum. di dalam almari pakaian

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

2.3.5 Menganalisis Elemen Sistem Elektrik pada Gajet yang akan Dihasilkan

Aktiviti menganalisis elemen sistem


elektrik dilakukan pada medium,
beban dan kawalan dalam litar
elektrik. Litar elektrik yang lengkap
terdiri daripada:
• sumber elektrik seperti bateri
• medium iaitu dawai penyambung
• beban iaitu komponen elektrik
• suis sebagai kawalan.

Rajah 9
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Aktiviti 1
Pengujian sambungan litar pada gajet
yang akan dihasilkan
1. Mentol disambung bersebelahan antara
satu dengan yang lain dalam satu baris
(siri).
2. Sambungkan setiap mentol dengan wayar,
suis dan bateri.
3. Hidupkan suis supaya lampu menyala.
4. Lihat kepada kecerahan lampu yang
menyala. Rajah 10 litar elektrik yang disambung
secara bersiri
5. Tanggalkan satu mentol, apa yang terjadi
pada mentol lain?
6. Buat kesimpulan
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Contoh kesimpulan:
Walaupun nilai arus yang mengalir sama tetapi jumlah voltan pada bateri akan
diagihkan kepada mentol lain yang ada dalam litar. Kecerahan setiap mentol itu
diperhatikan.

Voltan dalam litar siri diukur menggunakan voltmeter. Dalam litar ini, sel-sel disambung
secara bersiri, dan voltannya bertambah. Jika satu komponen elektrik yang
disambungkan dalam litar itu mengalami kerosakan maka seluruh litar tidak akan
dapat berfungsi.

Litar selari merujuk kepada litar yang mempunyai lintasan arus yang lebih daripada
satu. Ini bermaksud penyambungan arus dilakukan dengan menggunakan wayar lebih
daripada satu komponen disambung sebelah-menyebelah. Arus elektrik akan mengalir
melalui lintasan yang berbeza. Apabila salah astu mentol terbakar, mentol yang lain
masih menyala.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Contoh:
Membina gajet elektrik pada almari pakaian. Litar asas untuk pembinaan gajet
terdiri daripada bateri, mentol, wayar lembar tunggal berpenebat dan suis mikro.
Aksesori yang digunakan ialah pemegang mentol.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Mentol 1 Mentol 2 Mentol 3 Mentol 4

Wayar
Wayar
lembar tunggal
lembar tunggal

Bateri Suis Mikro

Rajah 11: Gambar rajah blok litar


asas gajet elektrik pada almari pakaian

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Menganalisis Elemen Sistem Elektrik
Analisis dilakukan untuk memastikan setiap elemen dalam litar elektrik mencukupi dan mematuhi
nilainya. Contoh analisis dapat dilihat seperti yang dipaparkan pada Jadual 1.
Nilai Contoh Komponen
Elemen Elektrik Kuantiti Sambungan
Bil. Parameter Elektrik
1 Sumber - bateri 1 3V Positif bekalan ke mentol 1

2 Beban 4 3V Mentol 1 ke mentol 2 ke mentol 3


- mentol dan ke mentol 4

3 Medium - wayar Ikut saiz panjang Sambungan daripada bateri ke


lembar tunggal dan lebar almari mentol 1, 2, 3 dan 4 ke kaki suis
mikro
4 Kawalan - suis 1 Mentol 4 ke kaki NC suis mikro
dan kaki COM ke bekalan negatif
bekalan elektrik
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.6 Membina Gajet Elektrik Berfungsi
Pada peringkat ini, satu gajet yang
Mentol 3
berfungsi akan dihasilkan untuk Mentol 1
diletakkan di dalam almari pakaian.
Berdasarkan lakaran reka bentuk
Mentol 4
litar yang telah dihasilkan pada Mentol 2

2.3.4, terjemahkan lakaran tersebut


kepada litar bergambar untuk
Bateri dan
membina gajet elektrik berfungsi. Suis mikro pemegang

Jenis penyambungan yang Rajah 12 bateri

digunakan untuk litar gajet ini ialah


litar bersiri.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Berdasarkan litar bergambar di atas, gajet tersebut dipasang di dalam almari pakaian.
Contoh kedudukan gajet elektrik di dalam alamari pakaian adalah seperti yang
ditunjukkan dalam Rajah 12

Langkah-langkah Pembinaan Litar Gajet Eletrik


1. Sediakan bahan-bahan yang diperlukan dengan merujuk lakaran atau litar
bergambar.
2. Sediakan empat mentol berkuasa 3V, dua bateri bersaiz AA bersama pemegang
bateri, suis mikro (tekan buka), dan wayar lembar tunggal mengikut saiz.
3. Kemudian, tentukan susunan dan kedudukan gajet pada almari pakaian.
4. Lakukan penyambungan litar gajet.
5. Selepas penyambungan lengkap, pasang penyambungan litar gajet itu di dalam
almari pakaian.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Rajah 13 Kedudukan gajet elektrik di dalam almari


PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.7 Membuat Pengujian dan Penilaian Kefungsian Gajet

Pengujian
Tujuan pengujian dilakukan pada gajet adalah untuk memastikan gajet pada
litar dapat berfungsi sepertimana yang dikehendaki. Sambungan mentol dan
suis dipasang mengikut litar skematik dan litar bergambar. Litar ini disambung
dengan sumber elektrik, iaitu bateri. Ujian dibuat apabila suis mikro dilepaskan
dan didapati kesemua mentol menyala.

Penilaian
Penilaian dilakukan selepas pengujian. Penilaian dilakukan ke atas semua
komponen pada gajet litar elektrik. Jadual 2 menunjukkan contoh penilaian
yang dibuat terhadap gajet.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Jadual 2 Contoh jadual penilaian reka bentuk gajet litar elektrik lampu almari pakaian
Aspek yang Berfungsi atau
Bil. Catatan
Dinilai Tidak Berfungsi
1 Mentol Berfungsi Mentol menyala apabila pintu dibuka
dan terpadam apabila pintu ditutup
2 Pendawaian Berfungsi Disambung kepada semua
wayar komponen
3 Litar Berfungsi Terdapat bekalan kuasa pada litar
4 Bateri Berfungsi Membekalkan kuasa yang
mencukupi
5 Suis makro Berfungsi Suis berfungsi dengan baik mengikut
objektif, iaitu apabila pintu almari
ditutup dan dibuka
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Hasil Penilaian
• Hasil daripada penilaian didapati bahawa kecerahan lampu kurang menerangi
keseluruhan ruang di dalam almari. Lebih-lebih lagi, pada waktu siang.
• Kedudukan susunan pemasangan gajet pada bahagian almari perlu ditambah baik
dan diperkemas. Kedudukan wayar perlu ditempatkan di bahagian yang tidak dapat
dilihat seperti di belakang almari pakaian. Manakala bahagian yang menempatkan
mentol perlu dibuat lubang agar bahagian mentol sahaja kelihatan di permukaan.
• Pemegang bateri pula perlu diletakkan di belakang bateri untuk tujuan kekemasan
tetapi ini mungkin akan menimbulkan masalah semasa hendak menukar bateri yang
lemah. Kedudukan suis mikro adalah tepat kerana tuil penolak suis mikro akan
tertekan apabila pintu almari ditutup. Oleh itu, gajet elektrik ini perlu dilakukan
penambahbaikan fungsi agar menjadi lebih cekap dan kemas.

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
2.3.8 Mencadang Penambahbaikan ke atas Reka Bentuk Gajet yang Telah Dibina
Bagi penambahbaikan kecerahan mentol, satu uji kaji telah dikenal pasti. Uji kaji
dijalankan ke atas dua jenis litar, iaitu litar siri dan litar selari. Uji kaji ini dilakukan
untuk membuktikan kecerahan mentol dan jumlah nilai parameter rintangan yang
terdapat dalam litar siri dan litar selari. Bagi membuktikan kecerahan mentol, uji kaji
dibuat dengan menggunakan komponen elektrik yang sama dan dilakukan dengan
cara menukar litar siri kepada litar selari. Keputusannya, mentol menyala lebih terang
jika dipasang dalam litar selari. Hal ini kerana beban rintangan pada litar selari
menjadi lebih rendah berbanding litar siri. Uji kaji seterusnya ialah membuat
pengiraan jumlah nilai parameter rintangan pada litar tersebut. Pengiraan dilakukan
dengan merujuk pada Rajah 14 dan Rajah 15 yang telah diberi nilai voltan dan arus.
Jumlah nilai rintangan pada litar di atas akan dihitung.
PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Rajah 14 Litar selari Suis mikro tidak ditekan Rajah 15 Litar selari Suis mikro semasa ditekan

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Cara Pengiraan Untuk membandingkan jumlah nilai rintangan pada


kedua-dua jenis litar, iaitu litar siri dan litar selari maka
Jumlah rintangan, pengiraan akan dilakukan antara kedua-dua litar
tersebut. Hasil uji kaji ini menjelaskan bahawa nilai
R = _V__
rintangan yang kecil akan memberikan kecerahan
I yang lebih tinggi berbanding dengan nilai rintangan
yang besar.
R = __3__
1.33
R = 2.25 Ω

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Litar Siri
Jumlah rintangan
R = _V__
I
R = ___3___
0.0833
R = 36.014 Ω

Keputusan uji kaji : Lampu malap


kerana jumlah rintangan sangat
tinggi.
Rajah 16 Litar siri Suis mikro tidak ditekan

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK
Litar Selari

Jumlah rintangan,
R = _V__
I
R = __3__
1.33
R = 2.25 Ω

Keputusan uji kaji : Lampu menjadi terang


kerana jumlah rintangan rendah

Rajah 17 Litar selari Suis mikro tidak ditekan

PenerajuPendidikan Nega
2.3: REKA BENTUK ELEKTRIK

Oleh itu, sebagai penambahbaikan dicadangkan agar litar siri pada


gajet itu ditukarkan kepada litar selari. Penambahbaikan ini perlu
dilakukan kerana bukti daripada uji kaji menunjukkan bahawa
cahaya mentol-mentol yang diatur dalam kedudukan selari adalah
lebih terang berbanding dengan litar siri.
Begitu juga dengan kedudukan pemegang bateri dan wayar lembar
tunggal pada almari pakaian. Kedudukan pemegang bateri perlu
dibuat penambahbaikan supaya kedudukannya disembunyikan,
iaitu di dalam kotak khas di sebelah bawah di dalam almari
pakaian. Manakala pendawaian dibuat di sebelah luar almari
pakaian tersebut.

PenerajuPendidikan Nega
STANDARD PRESTASI
TAHAP
TAFSIRAN
PENGUASAAN
1 Menyatakan elemen yang terdapat dalam sistem elektrik.

2 Menerangkan fungsi setiap elemen sistem elektrik.

Membuat pengiraan parameter elektrik bagi memastikan sumber, medium, beban


3
dan kawalan sesuai digunakan dalam reka bentuk gajet yang dihasilkan.

4 Menganalisis parameter voltan, arus, rintangan dan kuasa pada satu gajet elektrik.
Memberi justifikasi kepada produk sistem elektrik yang dipilih dari sudut kesesuaian
5
reka bentuk dan keselamatan.
6 Membina gajet yang berfungsi dan memenuhi kriteria reka bentuk litar elektrik.

PenerajuPendidikan Nega

You might also like