Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 35

961020-08-5906

ABSTRAK

PANTANG LARANG DI KALANGAN MASYARAKAT ORANG ASLI SUKU KAUM


SEMAI DI KAMPUNG SUNGAI LANDOR,CHENDERIANG.

Tujuan kajian ini dilaksanakan adalah untuk mengkaji sosial dan budaya sesuatu
masyarakat di Malaysia.Terdapat dua objektif iaitu mengenal pasti jenis-jenis pantang larang
yang diamalkan di kalangan masyarakat orang asli dan mengkaji kesan pantang larang yang
diamalkan. Kajian ini dijalankan di Kampung Sungai Landor, Chenderiang kerana kampung
ini mempunyai masyarakat Orang Asli yang ramai. Kaedah yang diaplikasikan dalam kajian
ini adalah kaedah soal selidik, temu bual, rujuakan dan pemerhatian. Seramai 30 penduduk
kampung tersebut yang dipilih secara rawak untuk menjawab satu set soal selidik. Set soal
selidik ini mempunyai dua bahagian iaitu Bahagian A dan Bahagian B. Berdasarkan hasil
dapatan kajian, golongan yang berumur 30-49 tahun dan 50 tahun ke atas masih
mengamalkan beberapa jenis pantang larang. Analisis mendapati pantang larang yang
diamalkan tidak langsung menyekat kebebasan mereka malah pantang larang lebih memberi
kesan yang positif iaitu dapat menjaga tingkah laku.

1
961020-08-5906

PENGHARGAAN

Assalamualaikum w.b.t. Alhamdulilah syukur ke hadrat Illahi ke atas limpah


kurniaNya,dapat juga saya menyiapkan kerja kursus Pengajian Am kertas 4 (900/4) penggal 2
tahun 2015 yang bertajuk “Pantang Larang Masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di
Kampung Sungai Landor” dalam masa yang telah ditetapkan oleh guru pembimbing saya
iaitu Puan Azizah Binti Wan Chik selaku guru Pengajian Am di sekolah saya.

Terlebih dahulu saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi terima kasih buat
pengetua Sekolah Menengah Buyong Adil iaitu Puan Natasya Chew Binti Abdullah kerana
beliau telah memberi keizinan kepada pelajar tingkatan 6 atas untuk menyiapkan tugasan ini
dengan baik dan teratur.

Seterusnya,saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada guru mata pelajaran
Pengajian Am saya iaitu Pun Azizah Binti Wan Chik kerana telah banyak meluangkan masa
dan membantu saya untuk menyiapkan tugasan ini dengan sebaiknya. Terima kasih juga
diucapkan kerana banyak memberi semangat kepada saya untuk sempurnakan kajian ini.

Terima kasih yang tak terhingga ditujukan kepada kedua-dua ibu bapa saya iaitu
Encik Azemi Bin Saharu dan Puan Azizah Binti Ismail yang telah banyak berkorban daripada
aspek tenaga serta kewangan untuk memastikan kajian yang dilakukan berjalan dengan
lancar. Mereka juga telah memberi banyak dorongan kepada saya agar kajian ini dapat
dilaksanakan dengan sempurna.

Akhir sekali,saya juga ingin mengatakan terima kasih kepada rakan-rakan


seperjuangan saya serta pihak-pihak yang terlibat dalam kajian ini iaitu penduduk Kampung
Sungai Landor kerana telah memberi kerjasama dengan baiknya untuk menyiapkan kerja
kursus Pengajian Am ini.

Biarpun banyak rintangan dan cabaran yang saya hadapi semasa menjalankan kajian ini
namun atas berkat kesabaran dan semangat yang tidak putus,saya telah menyiapkan tugasan
ini dengan jayanya.

2
961020-08-5906

1.0 PENGENALAN

Setiap lapisan masyarakat di Malaysia mempunyai sosial dan budaya yang tersendiri.
Adat resam adalah salah satu aspek dibawah sosial dan budaya. Namun kini adat resam
semakin kurang dititikberatkan oleh generasi-generasi baharu, contohnya pantang larang.
Oleh yang demikian, pengkaji ingin mengupas kajian yang dijalankan iaitu “Pantang Larang
Di Kalangan Masyarakat Orang Asli Suku Kaum Semai di Kampung Sungai Landor,
Chenderiang”

Menurut Dr. Mohd Arshad Haji Taib,beliau telah menyatakan dalam laman web
(https://dppwp.wordpress.com/usrah/pembangunan%20-sistem-sosio-budaya-islam-dalam-
kontek-masyarakat-malaysia/) bahawa sosio budaya adalah amalan yang berupaya gaya
hidup dan peradaban sesuatu masyarakat yang mana berpunca daripada pegangan atau
kecenderungan dalam sesuatu masyarakat. Amalan atau gaya merangkumi pelbagai aspek
kehidupan. Secara umumnya,sosiobudaya berkait rapat mengenai masyarakat dengan budaya.
Contohnya,cara hidup dan adat istiadat sesuatu masyarakat. Namun, sosial dan budaya
membawa maksud tersendiri, menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (halaman 1301) sosial
bermaksud segala yang berkaitan dengan masyarakat, perihal masyarakat ataupun
kemasyarakatan. Sosial juga membawa maksud kepada pergaulan. Berpandukan kamus yang
sama ,budaya bermaksud tamadun atau peradaban. Contohnya, tamadun Islam. Selain itu,
budaya juga didefinisikan sebagai kemajuan fikiran dan akal budi. Ahmad Fawzi dan Abdul
Rahman (1996) merupakan pengkaji tempatan turut mentakrifkan “budaya” sebagai warisan
sosial sesuatu masyarakat, norma dan adat yang dikongsi bersama-sama dalam lapisan
masyarakat.

Berdasarkan Kamus Dewan edisi ketiga, perkataan adat merujuk kepada sesuatu
peraturan yang diamalkan sejak turun temurun di dalam kalangan masyarakat. Adat
merupakan sesuatu perkara yang harus dipatuhi oleh setiap lapisan masyarakat. Adat ini juga
ditakrifkan sebagai suatu cara yang sudah menjadi kebiasaan. “Adah” adalah perkataan asal
bagi perkataan adat yang berasal daripada bahasa Arab. Adah membawa maksud sesuatu
perbuatan yang dilakukan secara berulang-ulang kali sehingga menjadi kebiasaan, maka
daripada kebiasaan itu tercetusnya adat. Adat resam yang diterima oleh sesebuah masyarakat

3
961020-08-5906

merupakan panduan yang dijadikan satu garis penentu bagi sesuatu hukum yang dilaksanakan
oleh sesuatu masyarakat tersebut.

Pantang larang pula merupakan kepercayaan masyarakat zaman lampau yang berkaitan
dengan adat dan budaya warisan nenek moyang. Menurut Kamus Dewan Edisi yang ketiga,
secara amnya pantang larang bermaksud suatu kepercayaan yang meliputi dari sejak manusia
dilahirkan. Dalam Aktivis Jurnal Akademik Jilid V1 2006 Budaya dan Ilmu (halaman 49)
yang dikaji oleh Arni Binte Johan, menyatakan bahawa pantang larang lebih kepada
khazanah budaya dunia yang terbina daripada pengalaman hidup yang lalu. Tujuan pantang
larang diwujudkan adalah untuk mendidik masyarakat, khususnya kepada generasi muda agar
dapat membawa kepada penerapan nilai-nilai baik yang boleh diamalkan di dalam kehidupan.
Selain itu,pantang larang ini juga merupakan salah satu bentuk “disiplin lisan” yang
dipraktikan oleh sesebuah masyarakat.

Orang Asli pada dahulunya dikenali sebagai masyarakat peribumi, Kamus Dewan
mendefinisikan peribumi sebagai penduduk asli atau bumiputera. Dalam konteks ni,istilah
peribumi digunakan bagi merujuk kepada semua kelompok manusia yang dianggap sebagai
penghuni asal atau terawal di Malaysia. Hasan Mat Nor (1998) merupakan seorang Pensyarah
di salah satu universiti di Malaysia,menyatakan takrifan masyarakat peribumi boleh
diklasifikasikan kepada dua kelompok warga peribumi iaitu bumiputera dan Orang Asli.
Menurutu beliau lagi, kelompok bumiputera adalah seperti Orang Melayu di Semenanjung
dan Sabah dan Sarawak, Iban, Bidayuh, Bajau dan penduduk-penduduk natif lain di Sabah
dan Sarawak. Orang Asli pula meliputi tiga kelompok etnik yang utama iaitu Negrito,Senoi
dan Melayu-Proto.

Kaum Semai adalah salah satu suku kaum masyarakat Orang Asli di Malaysia.
Berdasarkan kajian yang dikaji oleh pengkaji tempatan iaitu Mohd Mizan Bin Mohammad
Aslam dan Shuhairimi Bin Abdullah menyatakan bahawa Kaum Semai terbentuk dari suku
Hoabinhnian dan Neolitik. Suku Kaum Semai ini didapati tinggal bertaburan di Banjaran
Titiwangsa dan kaum ini juga meliputi kawasan seperti Perak Tengah,Perak Selatan dan
Pahang Barat. Mengikut bancian pada tahun 1993, jumlah mereka telah meningkat lebih
daripada 42 000 orang dan suku kaum Semai juga merupakan sebagai suku kaum Orang Asli

4
961020-08-5906

yang terbesar di Semenanjung Malaysia. Suku kaum Semai ini menjalankan pertanian pindah
namun mereka mempunyai tempat tinggal yang tetap. Suku kaum Semai ini terletak dibawah
etnik utama iaitu Senoi. Menurut ensiklopedia,istilah Semai berasal daripada perkataan
bahasa orang Temiar iaitu seman yang membawa maksud orang di bukit selatan.

Jenis pantang larang yang terdapat dalam suku kaum Semai ini adalah pantang larang
daripada segi pemakann/makanan,pantang larang semasa membina rumah,ketika pindah ke
rumah baru. Mereka juga mempunyai pantang larang dalam rumah,pantang larang semasa
membuat ladang baru dan semasa orang meninggal. Sebagaimana yang diketahui
umum,majorti masyarakat orang Asli tinggal di kawasan pedalaman namun mereka juga
mengamalkan pantang larang ketika berjalan dalam hutan dan pantang larang membawa
barang hutan ke dalam rumah.

Secara amnya, masih terdapat segelintir masyarakat Orang Asli yang mengamalkan
pantang larang dalam kehidupan seharian mereka tetapi ada juga yang tidak mengendahkan
pantang larang ini. Oleh itu, rasional kajian yang dijalankan oleh pengkaji adalah untuk
mengenal pasti sejauh manakah pantang larang ini masih diamalkan oleh penduduk di
Kampung Sungai Landor dan apakah kesan sekiranya mengamalkan pantang larang tersebut
dalam kehidupan mereka. Oleh sebab itu, terdapat beberapa perkara yang diutarakan oleh
pengkaji dalam kajian ini iaitu apakah jenis pantang larang yang masih diamalkan dalam
kalangan penduduk Kampung Sungai Landor dan mengkaji kesan pantang larang jika
diamalkan.

5
961020-08-5906

2.0 OBJEKTIF KAJIAN

Dalam kajian yang dijalankan ini penyelidik telah mengemukakan dua objektif kajian. Oleh
itu,penyelidik perlu memenuhi kehendak objektif kajian tersebut :

1. Mengenal pasti pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat Orang Asli,
suku kaum Semai di Kampung Sungai Landor,Chenderiang.
2. Mengkaji kesan pantang larang yang diamalkan kepada masyarakat Orang Asli, suku
kaum Semai di Kampung Sungai Landor,Chenderiang.

6
961020-08-5906

3.0 LOKASI KAJIAN

Negeri Perak terdiri daripada 9 buah daerah. Antaranya adalah daerah Batang
Padang. Daerah Batang Padang ini merangkumi beberapa kawasan iaitu Temoh,
Chenderiang, Tapah, Bidor, Sungkai, Trolak, Slim River dan juga Tanjung Malim. Keluasan
daerah Batang Padang adalah sebanyak 52,836 hektar.

3.1 Peta

Peta 1: Peta Negeri Perak

Sumber : Laman Web Jabatan Kerja Raya Negeri Perak

7
961020-08-5906

Peta 2 : Peta Daerah Batang Padang

Sumber : Google Maps

8
961020-08-5906

Peta 3 : Lokasi kajian yang dijalankan

Sumber : Kajian lapangan

Chenderiang merupakan salah satu tempat yang terdapat dalam Daerah Batang Padang.
Chenderiang ini terletak di antara Tapah dan Kampar. Chenderiang ini terkenal dengan lokasi
peranginan iaitu Lata Kinjang. Kampung Sungai Landor yang terletak di Chenderiang adalah
lokasi kajian yang dijalankan oleh pengkaji. Kampung ini dipilih kerana masih terdapat
sekolompok masyarakat Orang Asli suku kaum Semai dan mereka masih mengamalkan
pantang larang Orang Asli. Kawasan kampung ini merupakan kawasan yang pedalaman
namun masih mempunyai kemudahan yang telah disediakan oleh pihak tertentu. Antaranya
kemudahan yang telah disediakan adalah bekalan air bersih, elektrik dan perumahan
Projek Perumahan Rakyat Miskin Tegar (PPRT). Penduduk di kampung tersebut
menjalankan aktiviti bercucuk tanam sebagai pekerjaan harian mereka. Pendapatan yang
mereka terima adalah hasil daripada aktiviti tersebut. Kampung ini terletak kira-kira 5
kilometer dari Pekan Chenderiang. Di kawasan ini juga terdapat sebatang sungai yang
menjadi bekalan air bersih untuk mereka. Walau bagaimanapun, pengkaji perlu menggunakan
kereta untuk sampai ke lokasi kajian.

9
961020-08-5906

4.0 KAEDAH KAJIAN

Dalam kajian ini, beberapa kaedah telah digunakan untuk mendapatkan maklumat
tentang pantang larang orang Asli suku kaum Semai. Pelbagai kaedah yang digunakan agar
memperoleh maklumat yang betul dan tepat. Kaedah gabungan kualitatif dan kuantitatif
digunakan dalam kajian ini. Kaedah kualitatif digunakan kerana ia dapat memberi gambaran
sebenar suasana yang berkaitan dengan kajian ini. Selain itu, kaedah kuantitatif ialah kaedah
soal selidik. Borang soal selidik disediakan untuk mengumpul data dan menganalisis
maklumat dengan lebih jelas.

4.1 Kaedah Soal Selidik

Kaedah soal selidik digunakan untuk mendapatkan maklumat yang tepat dan betul
mengenai tajuk kajian dan kaedah ini juga memudahkan kajian yang hendak dilaksanakan.
Soalan yang dibentuk bersesuaian dengan tajuk yang hendak dikaji dan objektif kajian agar
dapat memenuhi objektif kajian tersebut. Borang soal selidik diedarkan secara rawak kepada
30 responden di kawasan kajian,iaitu Kampung Sungai Landor,Chenderiang.

Sebanyak 30 borang soal selidik telah diedarkan kepada penduduk kampung


berdasarkan dua objektif kajian tersebut. Soalan-soalan itu perlu ditanda betul pada bahagian
yang berkenaan sahaja. Borang ini diedarkan kepada penduduk kampung yang terdiri
daripada suku kaum Semai. Kesemua soalan dapat dijawab oleh penduduk dan kesemua
responden memberi kerjasama yang baik dalam menyempurnakan kajian ini.

Soalan 1.

Jenis Pantang Larang Ya Tidak

Soalan 2.

Kesan Pantang Larang Skala Likert


SS S TS

10
961020-08-5906

4.2 Kaedah Temu bual

Dalam kajian ini juga,kaedah temu bual dilakukan untuk mendapatkan maklumat
secara lebih mendalam mengenai kajian yang dijalankan. Kaedah ini dilaksanakan secara
tidak formal kerana menemu bual dengan orang persendirian. Kaedah temu bual ini
kebiasaanya memerlukan alat bantuan seperti alat perakam suara untuk merakam perbualan
dan digunakan bagi menganalisiskan temu bual tersebut. Salah seorang penduduk kampung
telah ditemubual untuk mendapatkan persepsinya terhadap pantang larang masyarakat orang
asli.

4.3 Kaedah Rujukan

Kaedah ini dijalankan dengan merujuk kepada buku rujukan di perpustakaan untuk
mendapatkan maklumat tambahan mengenai kajian yang dilaksanakan. Selain merujuk
kepada buku rujukan, rujukan internet juga dilakukan. Hal ini kerana, terdapat banyak
informasi pada internet yang boleh diambil sebagai info tambahan. Kaedah ini amat
membantu pengkaji untuk mendapatkan maklumat-maklumat yang penting mengenai kajian
yang dijalankan.

4.4 Kaedah Pemerhatian

Kaedah ini turut digunakan oleh pengkaji, kaedah ini memerlukan alat seperti kamera
untuk mengambil gambar sebagai bahan bukti pengkaji untuk menggambarkan persekitaran
di Kampung Sungai Landor. Kaedah ini amat membantu pengkaji,di mana pengkaji dapat
reaksi daripada penduduk kampung tentang pantang larang masyarakat Orang Asli. Kaedah
ini diaplikasikan dalam kajian ini untuk melihat sendiri pantang larang yang dijalankan.

Dalam penggunaan kaedah ini,pengkaji menjalankan kajiannya selama satu hari.


Kajian ini bermula seawal jam 9.00 pagi pada hari Khamis yang bertarikh 19 Februari 2015
dan berakhir pada jam 3.00 petang.

11
961020-08-5906

5.0 DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini menjelaskan keputusan analisis data berdasarkan tindak balas responden
terhadap objektif kajian iaitu mengenal pasti jenis pantang larang yang masih diamalkan di
kalangan masyarakat Orang Asli dan mengkaji kesan pantang larang yang diamalkan kepada
kehidupan masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Sungai Landor. Dapatan
kajian yang diperolehi dalam kajian yang dilaksanakan adalah jantina, umur, status dan
kelulusan responden melalui persampelan responden yang terdiri daripada kalangan
masyarakat Orang Asli di Kampung Sungai Landor. Seramai 30 responden dipilih secara
rawak, ini adalah bertujuan bagi mendapatkan perbezaan pendapat responden yang berlainan
jantina, umur, status dan kelulusan.

5.1 Analisis Latar Belakang Responden.

5.1.1 Jantina.

Dalam kajian yang dilaksanakan ini, latar belakang responden berdasarkan jantina juga
diambil kira yang terdiri daripada lelaki dan perempuan.

Jadual di bawah menunjukkan frekuensi responden yang dipilih secara rawak di Kampung
Sungai Landor mengikut jantina responden.

Jantina Frekuensi (responden) Peratus(%)


Perempuan 16 53.3
Lelaki 14 46.7

Jadual 1 : Frekuensi Latar Belakang Responden Berdasarkan Jantina.

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

12
961020-08-5906

Rajah di bawah menerangkan peratus latar belakang responden mengikut jantina.

Jantina
Perempuan Lelaki

47%

53%

Rajah 1 : Peratusan Latar Belakang Responden Mengikut Jantina.

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan Jadual 1 dan Rajah 1, jelas menunjukkan seramai 30 responden yang dipilih
secara rawak bahawa jantina perempuan adalah lebih ramai berbanding jantina lelaki. Dapat
dilihat bahawa seramai 16 responden adalah wanita iaitu bersamaan 53.3 peratus seperti
mana yang ditunjuk dalam rajah 1. Manakala, selebihnya adalah responden lelaki iaitu
seramai 14 responden dengan peratusan 47 peratus.

13
961020-08-5906

5.1.2 Umur.

Dapatan kajian yang diperolehi melalui kajian ini adalah frekuensi responden berdasarkan
umur responden yang dipilih secara rawak di Kampung Sungai Landor. Terdapat empat
peringkat umur iaitu kurang daripada 18 tahun, 19 – 29 tahun,30 – 49 tahun dan 50 tahun ke
atas.

Jadual di bawah menunjukkan frekuensi responden yang dipilih secara rawak berdasarkan
umur.

Umur Frekuensi (responden) Peratus(%)

18 tahun ke bawah 1 3.33

19-29 tahun 8 26.7

30-49 tahun 11 36.7

50 tahun ke atas 10 33.3

Jadual 2 : Frekuensi Latar Belakang Responden Berdasarkan Umur.

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

14
961020-08-5906

Rajah di bawah menjelaskan peratus latar belakang responden mengikut umur.

Umur Responden
18 tahun ke bawah 19-29 tahun 30-49 tahun 50 tahun ke atas

3%

33% 27%

37%

Rajah 2 : Peratus Latar Belakang Responden Mengikut Umur

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

Berdasarkan jadual 1 dan rajah 1 yang tertera di atas menerangkan frekuensi responden yang
dipilih secara rawak dalam kajian ini, hasil mendapati bahawa responden yang berumur
antara 30-49 tahun adalah paling dominan dalam kajian ini dengan seramai 11 orang
responden iaitu bersamaan 37.0 peratus dan diikuti pula dengan 10 orang responden yang
berumur 50 tahun ke atas iaitu 33.0 peratus. Pada masa yang sama, responden yang berumur
18 tahun ke bawah adalah paling sedikit kerana memiliki 1 bilangan frekuensi berbanding
yang lain. Peratusan yang diterima bagi umur 18 tahun ke bawah hanyalah 3.00 peratus
sahaja. Bilangan frekuensi seramai 8 orang responden berumur antara 19-29 tahun dengan
peratusan 27.0 peratus.

15
961020-08-5906

5.2 Analisis soal selidik.


Dalam soal selidik pada bahagian B ini, terdapat dua kategori yang disoal kepada responden
untuk memenuhi kehendak objektif pengkaji.
Objektif 1 : Mengenal pasti jenis pantang larang yang masih diamalkan oleh masyarakat
Orang Asli,suku kaum Semai di Kampung Sungai Landor,Chenderiang

Soalan 1 : Jenis pantang larang yang masih diamalkan dalam keluarga anda.

Bil Jenis pantang larang masyarakat Orang Asli YA TIDAK


.
f (%) f (%)
1. Pantang larang daripada segi
pemakanan/makanan. 30 100 0 0.0
Contoh : Dilarang makan ikan yang berbisa.
2. Pantang larang semasa membina rumah.
Contoh : Dilarang membuat kerja-kerja memasang 23 76.7 7 23.3
rumah di waktu senja.
3. Pantang larang ketika pindah ke rumah baru. 4 13.3 26 86.7
4. Pantang larang dalam rumah.
Contoh : Setiap rumah baru mesti diadakan 13 43.3 17 56.7
kenduri atau ditepung tawar.
5. Pantang larang semasa membuat ladang baru.
Contoh : Kerja-kerja harus dimulakan pada hari 1 3.3 29 96.7
kelima
6. Pantang larang semasa orang meninggal. 30 100 0 0.0
Contoh : Dilarang berpakaian cantik.
7. Pantang larang ketika berjalan dalam hutan.
Contoh : Dalam perjalanan tidak dibenarkan 30 100 0 0.0
bercakap takbur dengan binatang-binatang luas.
8. Pantang larang membawa barang hutan ke
dalam rumah. 30 100 0 0.0
Contoh : Daun serai tidak dibenarkan dibawa naik
ke dalam rumah.
Jadual 3 : Frekuensi dalam mengenal pasti pantang larang yang masih diamalkan oleh
masyarakat Orang Asli

Sumber : Kajian Lapangan 2015

16
961020-08-5906

Rajah dibawah menunjukkan peratus jenis pantang larang yang masih diamalkan dalam
keluarga yang telah ditanda oleh responden.

120

100 100 100 100


100 96.7
86.7

80 76.7

60 56.7

43.3
40
23.3
20 13.3
3.3
0 0 0 0
0
Pantang Pantang Pantang Pantang Pantang Pantang Pantang Pantang
larang larang semasa larang ketika larang dalam larang semasa larang semasa larang ketika larang
daripada segi membina pindah ke rumah. membuat orang berjalan membawa
pemakanan. rumah. rumah baru. ladang baru. meninggal. dalam hutan. barang hutan
ke dalam
rumah.
YA TIDAK

Rajah 3 : Peratusan jenis pantang larang yang masih diamalkan dalam keluarga.

Sumber : Kajian Lapangan 2015

17
961020-08-5906

Berdasarkan dapatan kajian pada jadual 3, terdapat lapan jenis pantang larang yang
masih diamalkan dalam masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di Kampung Sungai
Landor, Chenderiang. Antara salah satu jenis pantang larang yang masih diamalkan dalam
keluarga responden adalah pantang larang daripada segi pemakanan atau makanan. Pantang
larang ini masih diamalkan kerana masih ada penduduk yang mendapatkan rawatan daripada
Tok Halaq atau dikenali sebagai bomoh. Oleh itu,individu yang menerima rawatan perlu ikut
pantang larang yang ditentukan oleh Tok Halaq seperti tidak boleh makan ikan yang
mempunyai sengat atau berbisa dan dilarang makan kunyit, cili, keladi dan makanan yang
berwarna merah. Sekiranya pantang larang ini dilanggar, maka individu tersebut akan
mendapat kesan seperti maut. Mengikut rajah 3, pantang larang ini telah mendapat peratusan
yang tinggi iaitu 100 peratus. Ini bermakna 30 responden telah tanda ‘Ya’ pada pantang
larang ini dalam kertas soal selidik yang diberi seperti yang ditunjukkan dalam jadual 3.

Pantang larang yang kedua adalah larangan semasa membina rumah. Antara larangan
semasa membina rumah adalah kedudukan rumah hendaklah dilarang menghala laluan
matahari. Sekiranya tidak mengikut peraturan ini, penghuni rumah berkemungkinan akan
menerima musibah seperti kerap demam dan sakit. Seterusnya, pemasangan kayu alang dan
gelagar ini hendaklah dipotong mengikut bentuk rumah tersebut agar tidak tertinggal lebihan
kayu yang digunakan dan akhir sekali adalah sebelum rumah tersebut didiami, upacara
tepung tawar perlu diadakan terlebih dahulu. Merujuk kepada jadual 3 dan rajah 3, tidak
kesemua responden mengamalkan pantang larang ini kerana terdapat 23 responden masih
mengamalkannya manakala selebihnya tidak mengamalkan dengan sebanyak 7 responden. Ini
menunjukan bahawa 76.7 peratus bagi yang masih mengamalkan pantang larang tersebut dan
23.3 peratus bagi yang tidak mengamalkan pantang larang ini. Ini berkmana, penduduk
Kampung Sungai Landor,Chenderiang masih mengamalkan pantang larang semasa membina
rumah.

Pantang larang yang ketiga adalah pantang larang ketika pindah rumah baru. Dalam
pantang larang ini, sedikit jamuan, upacara “bersemah” atau tepung tawar perlu diadakan
ketika pindah ke rumah baru. Hal ini bertujuan untuk menjamu hantu-hantu atau makhluk
halus. Sekiranya aktiviti ini tidak dilakukan,keluarga yang baru pindah ke sesebuah rumah itu
akan diganggu oleh makhluk halus. Berdasarkan jadual 3, terdapat responden yang

18
961020-08-5906

mengamalkan pantang larang ini dimana 4 responden telah memilih “ya” dalam kertas soal
selidik yang telah diberi. Namun 26 responden memilih “tidak” dan ini menunjukkan
majoritinya penduduk di kampung tersebut sudah tidak mengamalkan pantang larang ini.
Perbezaan peratusan yang ditunjukkan dalam rajah 3 adalah amat berbeza, hanya 13.3 peratus
sahaja bagi yang memilih “ya” dan mengamalkannya manakala 86.7 peratus adalah bagi
responden yang tidak mengamalkan pantang larang ketika pindah rumah baru.

Pantang larang yang keempat adalah pantang larang dalam rumah. Antara pantang
larangnya adalah setiap rumah baru hendaklah mengadakan kenduri atau ditepung tawar. Jika
perkara ini tidak dilakukan kemungkinan akan mendatangkan nasib malang kepada penghuni
rumah tersebut dan larangan yang seterusnya adalah tidak boleh jatuh di dalam rumah yang
masih dalam pembinaan. Kalau jatuh, ini boleh menyebabkan penghuni rumah tersebut
merasa tidak sihat. Jadual 3 telah menunjukkan bahawa 13 responden yang terdiri daripada
penduduk Kampung Sungai Landor masih mengamalkan pantang larang ini manakala 17
responden yang lain tidak mengamalkan lagi pantang larang tersebut. Berdasarkan rajah 3 di
atas, perbezaan peratusan antara responden yang memilih “ya” dan “tidak” adalah hanya 13.4
peratus sahaja. Ini menunjukkan bahawa 43.3 peratus responden masih mengamalkan dan
56.7 peratus yang memilih “tidak” mengamalkan pantang larang ini.

Bagi pantang larang yang kelima pula iaitu pantang larang semasa membuat ladang
baru, pantang larang ini sering digunakan semasa pembukaan ladang baru. Namun beberapa
larangan yang perlu dipatuhi ketika membuka ladang baru, antaranya adalah kerja-kerja harus
dimulakan pada hari kelima kerana hari lain dianggap tidak baik. Ketika penanaman
dimulakan, beberapa pantang larang perlu dipatuhi. Sebagai contoh, seseorang individu
dilarang mencabut atau mengubah kayu atau tanda-tanda yang dijadikan sempadan antara
satu ladang dengan ladang yang lain. Jika individu melanggar larangan ini, hal ini boleh
mendatangkan penyakit dan ladang tersebut tidak mendatangkan hasil banyak. Berdasarkan
kajian yang dilakukan, jadual 3 menunjukkan bahawa seorang responden sahaja yang masih
mengamalkannya manakala yang selebihnya iaitu 29 responden tidak mengamalkan pantang
larang ini. Perbezaan peratusan yang digambarkan dalam rajah 3 adalah amat ketara kerana
hanya 3.3 peratus bagi yang mengamalkan pantang larang ini manakala 96.7 peratus bagi
yang tidak mengamalkannya.

19
961020-08-5906

Seterusnya, pantang larang yang keenam pula adalah pantang larang semasa orang
meninggal, antara pantang larang yang diketengahkan adalah mayat perlu disimpan sehari di
rumah, atas mayat diletakkan benda yang berat untuk mengelakkan perutnya kembung dan
pada hari seterusnya unggun api dihidupkan untuk menyedarkan simati bahawa dia telah
berada di alam lain. Ketika ini mereka juga ditegah untuk bersukar ria, berpakaian cantik dan
semua kerja ditangguh. Mengikut jadual 3, kesemua responden masih mengamalkan pantang
larang ini kerana 30 responden memilih “ya” pada bahagian ini dan tiada responden yang
memilih “tidak”. Hal ini menunjukkan bahawa, pantang larang ini mendapat peratusan yang
tinggi iaitu 100 peratus seperti mana yang telah ditunjukkan pada rajah 3.

Pantang larang yang ketujuh pula adalah pantang larang semasa berjalan di dalam
hutan. Dalam hal ini, seseorang individu tidak dibenarkan bercakap takbur dengan binatang-
binatang buas ketika dalam perjalanan,seseorang individu juga tidak boleh menunjuk dan
menegur sesuatu yang ganjil. Masyarakat Orang Asli sangat takut menunjuk dan menegur
sesuatu yang ganjil seperti melihat gua-gua besar atau pokok-pokok yang besar dan
menyerupai binatang dan sebagainya. Sekiranya individu tersebut menegur atau menunjuk,
individu tersebut boleh mendapat penyakit atau menjadi cacat pada dirinya. Ketawa pada
benda-benda atau perbuatan yang menggelikan hati adalah dilarang sama sekali kerana hal ini
akan membawa kesan yang memudaratkan seperti boleh mendatangkan petir dan rebut yang
kuat serta banjir di tempat pantang larang tersebut. Majoriti penduduk di Kampung Sungai
Landor, Chenderiang ini masih mengamalkan pantang larang tersebut kerana kesemua (30)
responden menjawab “ya” seperti yang diterangkan dalam jadual 3 manakala tiada responden
yang memilih “tidak” mengamalkannya. Peratusan yang ditunjukkan dalam rajah 3 bagi
yang masih mengamalkan pantang larang ini adalah 100 peratus.

Akhir sekali adalah pantang larang membawa barang-barang hutan ke dalam rumah.
Antara larangan yang ditekankan adalah daun serai tidak dibenarkan dibawa naik ke dalam
rumah kerana dikhuatiri ular masuk dalam rumah dan rotan juga tidak dibenarkan dibawa
balik ke dalam rumah tanpa digulung terlebih dahulu kerana kemungkinan akan didatangi
binatang buas. Oleh itu, dalam kajian ini mendapati bahawa 30 responden memilih “ya” dan
mendapat peratusan iaitu 100 peratus kerana masih mengamalkan pantang larang ini dan

20
961020-08-5906

tiada responden yang memilih “tiada” seperti mana yang diterangkan pada jadual 3 dan rajah
3.

Sebagai kesimpulan berdasarkan analisis ini, pantang larang yang masih diamalkan
oleh penduduk Kampung Sungai Landor,Chenderiang adalah pantang larang daripada segi
pemakanan atau makanan,pantang larang semasa orang meninggal,pantang larang ketika
berjalan dalam hutan dan pantang larang membawa barang-baran hutan ke dalam rumah.
Pantang larang ini masih diamal dikalangan masyarakat Orang Asli di kampung kerana
percaya bahawa sekiranya pantang larang ini dilanggar maka akan berlaku impak yang besar
kepada mereka.

21
961020-08-5906

Objektif 2 : Mengkaji kesan pantang larang yang diamalkan kepada masyarakat Orang
Asli,suku kaum Semai di Kampung Sungai Landor,Chenderiang.
Soalan 2 : Kesan pantang larang yang diamalkan oleh suku kaum Semai kepada masyarakat
Orang Asli di Kampung Sungai Landor,Chenderiang.

Kesan pantang larang kepada Sangat Setuju Setuju Tidak setuju


Bil.
masyarakat Orang Asli
f (%) F (%) f (%)
1. Dapat mendidik masyarakat
21 70 9 30 0 0
tentang warisan Orang Asli.
2. Anak-anak dapat belajar tentang
17 56.7 13 43.3 0 0
pantang larang yang diamalkan.
3. Pantang larang ini dijadikan salah
satu panduan hidup dalam 22 73.3 8 26.7 0 0
masyarakat orang asli.
4. Anda merasa kebebasan anda
tersekat apabila mengamalkan 3 10 6 20 21 70
pantang larang.
5. Pantang larang banyak diamalkan
16 53.3 12 40 2 6.7
oleh orang tua.
6. Pantang larang salah satu cara
menunjukkan budaya masyarakat 24 80 6 20 0 0
Orang Asli.
7. Anda percaya bahawa sekiranya
pantang larang tidak diamalkan
8 26.7 22 73.3 0 0
dalam kehidupan,akan menerima
kesan buruk.
8. Pantang larang dapat menjaga
26 86.7 4 13.3 0 0
tingkah laku seseorang.
Jadual 4 : Frekuensi dalam kesan pantang larang yang diamalkan kepada masyarakat Orang
Asli.
Sumber : Kajian Lapangan 2015.

22
961020-08-5906

Rajah dibawah menunjukkan peratus bagi kesan pantang larang yang diamalkan kepada
masyarakat Orang Asli.

100

90 86.7

80
80
73.3 73.3
70 70
70

60 56.7
53.3

50
43.3
40
40

30
30 26.7 26.7

20 20
20
13.3
10
10 6.7

0 0 0 0 0 0
0
Dapat mendidik Anak-anak dapat Pantang larang Anda merasa Pantang larang Pantang larang Anda percaya Pantang larang
masyarakat belajar tentang ini dijadikan kebebasan anda banyak salah satu cara bahawa dapat menjaga
tentang warisan pantang larang salah satu tersekat apabila diamalkan oleh menunjukkan sekiranya tingkah laku
Orang Asli. yang diamalkan. panduan hidup mengamalkan orang tua. budaya pantang larang seseorang.
dalam pantang larang. masyarakat tidak diamalkan
masyarakat Orang Asli. dalam
orang asli. kehidupan,akan
menerima kesan
buruk.

Sangat setuju Setuju Tidak setuju

Rajah 4 : Peratus kesan pantang larang yang diamalkan kepada masyarakat Orang Asli.

Sumber : Kajian Lapangan 2015

23
961020-08-5906

Setelah dianalisis,kesan pertama mengamalkan pantang larang adalah dapat mendidik


masyarakat tentang warisan Orang Asli. Pantang larang dikategorikan warisan kerana
pantang larang merupakan salah satu ajaran turun temurun. Pantang larang ini telah
diamalkan sejak daripada zaman terdahulu hingga kini. Pantang larang harus dikekalkan agar
generasi yang akan datang dapat mengetahui warisan nenek moyang mereka. Oleh itu
berdasarkan jadual 4, seramai 21 responden memilih “sangat setuju” bahawa pantang larang
dapat mendidik masyarakat tentang warisan Orang Asli. Tetapi terdapat 9 responden yang
hanya “setuju” menegenai kesan ini dan tiada responden yang memilih “tidak setuju”.
Peratusan dapat dilihat mengikut rajah 4 iaitu sebanyak 70 peratus bagi yang memilih “sangat
setuju” dan sebanyak 30 peratus untuk responden yang memilih “setuju”. Hal ini meunjukkan
penduduk sangat setuju bahawa pantang larang sememangnya dapat mendidik masyarakat
tentang warisan Orang Asli.

Terdapat juga kesan yang lain iaitu anak-anak dapat belajar tentang pantang larang
yang diamalkan. Selain dapat mengekalkan warisan, generasi muda juga dapat belajar tentang
pantang larang masyarakat Orang Asli. Jadual 4 telah membuktikan bahawa 17 responden
menjawab “sangat setuju” dan 13 responden memilih untuk “setuju” mengenai kesan ini.
Oleh itu, peratusan yang diterima untuk responden yang menjawab “sangat setuju” adalah
56.7 peratus dan sebanyak 43.3 peratus bagi yang memilih “setuju” seperti mana yang telah
ditunjukkan pada rajah 4.

Walau bagaimanapun terdapat juga kesan lain iaitu pantang larang ini dijadikan salah
satu panduan hidup dalam masyarakat Orang Asli. Pantang larang dikatakan dapat menjadi
panduan hidup kerana pantang larang dapat mengajar seseorang individu mengenai perkara
yang boleh dilakukan dan perkara yang dilarang. Sebagai bukti, responden yang memilih
“sangat setuju” adalah seramai 22 responden manakala yang selebihnya iaitu 8 responden
“setuju” bahawa pantang larang dapat dijadikan sebagai panduan hidup dalam masyarakat
Orang Asli, hal ini dapat dilihat melalui jadual 4. Seperti yang tertera di rajah 4, sebanyak
73.3 peratus “sangat setuju” dengan kesan ini manakala 26.7 peratus menjawab “setuju”.
Analisis ini telah menunjukkan bahawa majoriti penduduk kampung ini sangat setuju akan
kesan tersebut.

24
961020-08-5906

Jika diteliti lagi,berdasarkan responden penduduk seramai 3 responden menjawab


“sangat setuju” , 6 responden memilih “setuju” manakala 21 lagi responden memilih “tidak
setuju” terhadap kesan yang dinyatakan iaitu kebebasan mereka akan tersekat apabila
mengamalkan pantang larang seperti yang dinyatakan pada jadual 4. Ini bermakna,
responden tidak merasa kebebasan mereka tersekat apabila mengamalkan pantang larang
kerana pantang larang yang diamalkan hanyalah untuk mendidik mereka. Berdasarkan jadual
4, hanya 10 peratus bagi responden yang menjawab “sangat setuju”, 20 peratus responden
memilih “setuju” dan paling dominan ialah responden yang menjawab “tidak setuju” iaitu
dengan sebanyak 70 peratus.

Selain itu, kesan lain yang dapat diketengahkan adalah pantang larang banyak
diamalkan di kalangan orang tua. Seramai 2 responden tidak setuju terhadap kesan ini
manakala 12 responden merasa setuju dan 16 responden sangat setuju bahawa pantang larang
banyak diamalkan oleh orang tua. Jika diperhatikan, sememangnya orang-orang tua lebih
mengamalkan pantang larang berbanding orang muda kerana generasi muda sekarang ini
menganggap pantang larang bukanlah perkara yang utama dan penting dalam kehidupan.
Mengikut rajah 4, sebanyak 53.3 peratus untuk responden yang memilih sangat setuju dan 40
peratus bagi yang memilih setuju. Selebihnya iaitu 6.7 peratus untuk yang tidak setuju
terhadap kesan tersebut.

Dapatan kajian juga mendapati, sebanyak 80 peratus responden yang memilih “sangat
setuju” terhadap kesan yang dinyatakan iaitu pantang larang salah satu cara menunjukkan
budaya masyarakat Orang Asli manakala 20 peratus sahaja yang “setuju” tentang kesan ini.
Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan jadual 4 kerana seramai 24 responden telah menjawab
“sangat setuju” dan 4 responden memilih “setuju”. Namun,tiada responden yang memilih
“tidak setuju”

Kesan yang seterusnya adalah percaya bahawa sekiranya pantang larang tidak
diamalkan dalam kehidupan akan menerima kesan buruk. Walau bagaimanapun, ramai
responden yang setuju terhadap kesan ini. Hal ini dapat dibuktikan dengan berdasarkan jadual
4 dan rajah 4, seramai 22 responden telah memilih “setuju” bersamaan 73.3 peratus manakala
8 responden menjawab “sangat setuju” dan bersamaan dengan 26.7 peratus sahaja.

25
961020-08-5906

Kesan yang terakhir adalah mengamalkan pantang larang dapat menjaga tingkah laku
seseorang individu. Berdasarkan dapatan kajian, seramai 26 responden sangat setuju terhadap
kesan ini dan 4 responden telah memilih”setuju”. Mengikut rajah 4 pula, sebanyak 86.7
peratus yang memilih “sangat setuju” dan ini merupakan peratusan yang tertinggi. Responden
yang memilih “setuju” telah mendapat 13.3 peratus sahaja.

5.3 Analisis Temu bual

Jadual di bawah menunjukkan soalan temubual dan jawapan yang diperoleh daripada
responden.

Bil. Soalan Jawapan responden


1. Pada pandangan anda,kenapa pantang larang Pantang larang kurang diamalkan oleh
kurang diamalkan pada masa kini? masyarakat masa kini atas faktor
kerjaya yang dimiliki.
2. Apakah pantang larang yang diamalkan oleh Pantang larang yang masih diamalkan
keluarga anda? oleh keluarga adalah pantang larang
ketika berjalan dalam hutan.
3. Apakah kesan pantang larang yag diamalkan? Kesan pantang larang ini adalah dapat
menjaga tingkah laku seseorang
ketika dalam hutan.

4. Pada pandangan anda, apakah cadangan yang Cadangan yang terbaik untuk
terbaik untuk mengekalkan pantang larang mengekalkan pantang larang adalah
kepada generasi baharu? dengan memberi pendidikan di rumah.

Jadual 5: Soalan temu bual antara pengkaji dan responden

26
961020-08-5906

5.3 Perbincangan

1.Jenis pantang larang yang masih diamalkan dalam keluarga anda.

Berdasarkan analisis yang telah dibuat,pengkaji mendapati bahawa terdapat beberapa


jenis pantang larang yang masih diamalkan dikalangan masyarakat Orang Asli iaitu pantang
larang daripada segi pemakanan atau makanan, pantang larang semasa orang meninggal,
pantang larang ketika berjalan dalam hutan dan pantang larang membawa barang hutan ke
dalam rumah. Mengikut kajian yang telah dilakukan, pantang larang-pantang larang ini masih
diamalkan kerana terdapatnya golongan penduduk yang berumur 30-49 tahun dan penduduk
yang berumur 50 tahun ke atas. Oleh itu, pegangan mereka terhadap pantang larang yang
turun temurun ini masih kuat. Penduduk di kampung ini majoritinya adalah penduduk yang
berumur 30-49 tahun kerana 11 responden tergolong dalam likungan umur tersebut manakala
10 responden berumur 50 tahun ke atas. Hal ini disokong dengan bantuan jadual 2.

Hal ini juga dapat dikaitkan dengan taraf pendidikan penduduk, kebanyakkan
penduduk di kampung ini tidak mendapat pendidikan yang tinggi atas faktor-faktor tertentu
seperti kekurangan pengangkutan dan masalah kewangan. Oleh itu penduduk kampung ini
tidak mendapat pendedahan terhadap dunia luar. Lalu kepercayaan mereka terhadap pantang
larang yang diamalkan adalah tinggi. Berdasarkan kaedah soal selidik ini, ketiadaan
pendidikan yang tinggi menyebabkan penduduk kampung majoritinya bekerja sebagai petani
dan melakukan aktiviti bercucuk tanam. Oleh kerana itu, pantang larang seperti pantang
larang ketika berjalan dalam hutan dan pantang larang membawa barang hutan ke dalam
rumah masih diamalkan dalam keluarga mereka. Menurut temu bual, pantang larang ini
penting sebagai tanda hormati kepada hutan.

Kajian in juga membuktikan bahawa pantang larang daripada segi pemakanan atau
makanan masih diamalkan kerana golongan tua amat mementingkan pantang larang ini dalam
kehidupan mereka. Golongan tua yang tidak mendapat pendidikan percaya bahawa sekiranya
ada individu yang melanggar pantang larang ini akan mendapat kesan yang buruk kepada
individu tersebut. Sepertimana yang telah dikatakan sebelum ini, orang yang menerima

27
961020-08-5906

rawatan daripada Tok Halaq atau bomoh perlu patuhi pantang larang ini. Pengkaji
berpendapat bahawa kawasan yang pedalaman menyukarkan penduduk untuk mendapatkan
rawatan di luar seperti klinik dan hospital. Disebabkan keadaan tersebut, penduduk percaya
terhadap pantang larang tersebut.

Pantang larang semasa orang meninggal ditekankan atau dititikberatkan oleh


penduduk Kampung Sungai Landor kerana penduduk menganggap perkara ini sebagai tanda
menghormati si mati dan keluarga si mati. Golongan-golongan tua di kampung tersebut
menekankan kepercayaan bahawa sekiranya mengamalkan pantang larang ini, roh si mati
tidak akan mengikut pulang ke rumah selepas mayat dikebumikan. Menurut temu bual yang
dilakukan, pantang larang ini kurang diamalkan oleh golongan muda kerana golongan ini
hidup dalam arus pemodenan oleh itu golongan-golongan muda ini sibuk bekerja hingga lupa
bahawa pantang larang ini penting dalam kehidupan mereka.

Walau bagaimanapun, berdasarkan temubual yang dilakukan oleh pengkaji terdapat


juga penduduk kampung yang mengamalkan pantang larang semasa membuat ladang baru
namun tidak ramai. Berdasarkan kaedah pemerhatian yang dilakukan, penduduk kampung
membuat ladang baru pada hari ketiga. Pada hari tersebut, salah seorang penduduk sedang
membersihkan kawasan ladang.

2.Kesan pantang larang yang diamalkan oleh suku kaum Semai kepada masyarakat
Orang Asli di Kampung Sungai Landor,Chenderiang.

Melalui dapatan kajian,kesan yang paling utama adalah pantang larang dapat menjaga
tingkah laku seseorang individu. Ini dapat dibuktikan dengan menggunakan kaedah soal
selidik iaitu seramai 26 responden telah memilih “sangat setuju” terhadap kesan ini. Pantang
larang dapat menjaga tingkah laku seseorang kerana dalam pantang larang terdapat perkara-
perkara yang larang dilakukan. Oleh itu,seseorang individu perlu mematuhi larangan tersebut
agar tidak berlakunya perkara yang tidak diingini dan disamping itu individu akan sentiasa
menjaga tingkah lakunya. Kesan ini dipersetujui oleh golongan yang berumur 30-49 tahun
dan 50 atas keatas kerana majoritinya penduduk kampung adalah berumur dalam lingkungan
tersebut.

28
961020-08-5906

Jika detiliti lagi, berdasarkan kepada respon di dalam kajian ini, responden juga
sangat setuju terhadap kesan yang dinyatakan iaitu pantang larang adalah satu cara
menunjukkan budaya masyarakat Orang Asli kerana masyarakat Orang Asli mempunyai
pantang larang yang sangat berbeza dengan masyarakat lain. Hal ini dapat dikukuhkan lagi
dengan seramai 24 responden menjawab “sangat setuju” mengenai kesan ini. Pengkaji
berpendapat, pantang larang dikatakan dapat menunjukkan budaya masyarakat Orang Asli
kerana budaya adalah suatu bentuk perlakuan yang mencerminkan adat sesuatu masyarakat
itu. Kesan ini telah mendapat peratusan kedua tertinggi.

Menurut kajian ini lagi, responden juga sangat setuju bahawa pantang larang ini
dijadikan salah satu panduan hidup dalam masyarakat orang asli. Hal ini kerana pantang
larang dapat menjaga diri agar tidak ditimpa kesan buruk. Selain itu, pantang larang juga
mengajar seseorang individu untuk mengetahui tentang perkara yang larang dilakukan dan
perkara yang boleh dilakukan. Sebagai mana yang diketahui umum, generasi kini tidak
menghiraukan pantang larang lalu membuat perkara yang dilarang dan ini akan
mendatangkan kesan kepada individu tersebut. Pantang larang perlu diamalkan agar dapat
menjaga perilaku seseorang individu dan seseorang individu tersebut akan lebih berhati-hati
sebelum melakukan sesuatu perkara. Perkara ini disokong dengan seramai 22 responden
sangat setuju terhadap kesan ini sekiranya mengamalkan pantang larang.

Seterusnya, impak yang boleh didapati sekiranya mengamal pantang larang adalah
dapat mendidik masyarakat tentang warisan Orang Asli. Pengkaji berpendapat bahawa
warisan Orang Asli pada masa kini semakin pudar. Oleh yang demikian, dengan adanya
golongan yang mengamalkan pantang larang tersebut maka warisan Orang Asli dapat
dikekalkan dan sekaligus mendidik generasi yang akan datang untuk terus mengamalkan
pantang larang ini. Jika dilihat lagi, kebanyakkan pantang larang sering diamalkan oleh
golongan tua, oleh itu amalan pantang larang yang membawa kebaikkan perlu diserapkan
kepada generasi muda agar warisan Orang Asli tidak pupus di dunia. Impak ini mendapat
sokongan majoriti iaitu seramai 21 responden sangat setuju seperti yang telah dinyatakan
dalam jadual 4.

29
961020-08-5906

Berdasarkan dapatan kajian yang dikaji, kesan yang kelima adalah anak-anak dapat
belajar tentang pantang larang yang diamalkan. Kesan ini telah mendapat peratusan yang
sederhana dengan sokongan seramai 17 responden. Sekiranya ibu bapa mengamalkan
pantang larang dalam keluarga maka anak-anak akan mengikut perlakuan ibu bapa tersebut
secara tidak langsung hal ini dapat mendidik anak-anak untuk sentiasa menjaga tingkah laku
mereka.

Selain itu, pantang larang juga banyak diamalkan oleh orang tua. Hal ini terjadi akibat
generasi muda kini yang tidak menghiraukan pantang larang-pantang larang tersebut kerana
mereka beranggapan bahawa pantang larang tidak begitu penting untuk diamalkan dalam
kehidupan. Pengkaji juga ingin menyatakan, pantang larang kini kurang diamalkan oleh
generasi muda atas sebab generasi kini mempunyai pendidikan yang tinggi. Secara tidak
langsung merekea berfikir bahawa pantang larang yang diamalkan oleh golongan tua adalah
tidak logik daripada segi saintifiknya. Perkara ini juga disokong dengan majoritinya
penduduk kampung adalah golongan tua seperti yang dinyatakan dalam jadual 2.

Kesan kedua terakhir adalah merasa kebebasan mereka tersekat apabila mengamalkan
pantang larang. Walau bagaimanapun kebanyakkan responden tidak setuju terhadap kesan ini
kerana pantang larang tidak menyekat kebebasan mereka malah pantang larang ini menjaga
kebebasan mereka agar tidak terlalu bebas hingga melakukan perkara-perkara yang terlarang.
Kesan yang terakhir adalah percaya bahawa sekiranya pantang larang tidak diamalkan dalam
kehidupan akan menerima kesan buruk. Kesan ini mendapat respon yang paling sedikit
kerana tidak semestinya akan mendapat kesan buruk jika tidak mengamalkan pantang larang.
Kesan yang diterima adalah hanya kebetulan sahaja.

30
961020-08-5906

6.0 RUMUSAN DAN KESIMPULAN

Setelah menjalankan kajian ini ,pengkaji dapat memahami lebih mendalam tentang
pantang larang yang diamalkan oleh masyarakat Orang Asli suku kaum Semai di Kampung
Sungai Landor, Chenderiang.

Walau bagaimanapun, kajian ini telah memenuhi objektif kajian dan menjawab
persoalan kajian. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa masih terdapat beberapa
pantang larang yang diamalkan oleh penduduk Kampung Sungai Landor. Biarpun dunia
dikuasai dengan teknologi moden namun warisan yang telah diamalkan oleh generasi
terdahulu masih terus dipraktikan oleh generasi kini. Secara umumnya, pantang larang yang
diamalkan oleh penduduk kampung tersebut ternyata mempengaruhi sosio budaya sesebuah
masyarakat kerana dengan adanya pantang larang ini, hal ini dapat menunjukkan bahawa
pantang larang masyarakat Orang Asli adalah berbeza dengan pantang larang masyarakat
atau kaum lain.

Selain itu, kesan mengamalkan pantang larang juga dapat dikenalpasti melalui kajian
yang dijalankan ini. Dapatan kajian telah membuktikan bahwasanya amalan pantang larang
membawa kesan yang positif kepada masyarakat. Walaupun sesetengah golongan
menganggap pantang larang membawa kesan yang negatif namun hal ini tetap diteruskan
agar pantang larang tidak hapus begitu sahaja.

Oleh yang demikian, pantang larang perlu diamalkan untuk mengekalkan tradisi
sesuatu kaum supaya generasi yang akan datang dapat mengenal budaya mereka.

31
961020-08-5906

7.0 RUJUKAN

7.1 Buku.
Abdul Rahman Ahmad Hanafiah. 2004. Komunikasi Budaya Melayu: Dari Alam
Rahim Ke Alam Barzakh, Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamarudin, K.H. and Ngah, I. (2007). Pembangunan Mapan Orang Asli(sustainable
development of the Orang Asli). Johor: UTM Publisher.
7.2 Kamus.
Kamus Dewan, 2002. Edisi Ketiga. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
7.3 Karya yang diusahakan oleh Badan, Insititusi atau Jawatankuasa.
Malaysia. Kementerian Pendidikan Malaysia,1998. Budaya,Pantang Larang dan
Amalan Kesihatan Orang Asli Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur:Percetakan Haji
Jamian Sdn.Bhd
7.4 Jurnal.
Arni Binte Johan. “Peranan Pantang Larang Dalam Rites De Passage Melayu”. Dlm.
Jurnal Akademik Persatuan Budaya Melayu Institut Pendidikan Nasional Kampus
Townsville, Jilid VI, hlm 49,2006.
7.5 Kertas kerja.
Mohd Mizan Bin Mohammad Aslam dan Shuhairmi Bin Abdullah, 2004.
“Pembentukan nilai-nilai murni masyarakat Semai melalui konsep pandang dunia (world
view): Satu analisis awal.” Kertas kerja dalam Seminar Antarabangsa Nilai dalam Komuniti
Pasca Modenisme (SIVIC 2004), Hotel City Bayview Langkawi, 4-6 September 2004.
7.6 Wawancara
Wawancara secara bebas antara pengkaji dengan saudari Jamilah A/P Bah Tin salah
seorang penduduk di Kampung Sungai Landor, Chenderiang, pada jam 12 tengah hari, 19
Februari 2015.
7.7 Bahan Internet
Orang Asli (2009). Adat dan Budaya Orang Asli. Kaum Semai.Dicapai pada Mac
22,2009 dari http://adatbudayapermata.blogspot.com/

32
961020-08-5906
Mohd Zul’Adli Mat Noh. Definisi Adat. Dicapai pada September 28,2010 dari
http://sejarah-history.blogspot.com.

LAMPIRAN

Foto 1 : Salah seorang penduduk kampung membersihkan kebun.

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

33
961020-08-5906

Foto 2 : Pengkaji bersama penduduk kampung.

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

34
961020-08-5906

Foto 3 : Salah seorang penduduk menerangkan mengenai pantang larang.

Sumber : Kajian Lapangan 2015.

35

You might also like