Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

LAPORAN AJK SIJIL DAN CENDERAHATI

BENGKEL UPSR

1. SEBELUM

Pada 2 Mac 2019 iaitu hari Sabtu, Kelab Bimbingan dan Kaunseling IPG
Kampus Perlis telah menganjurkan bengkel UPSR “Everyone 6A” yang bertempat
di IPG Kampus Perlis, Kangar.

Sebagai AJK sijil dan cenderahati, kita telah membuat draf format sijil
untuk disemak oleh penyelaras program iaitu Encik Rashidi bin Hamzah. Setelah
format sijil telah diluluskan, kita telah mendapat info bilangan peserta daripada
AJK pendaftaran untuk membuat sijil penyertaan. Sebanyak 80 keping sijil
penyertaan, 29 keping sijil penghargaan kepada barisan ahli jawatankuasa, 4
keping sijil penghargaan untuk penceramah dan 3 sijil penghargaan untuk
pensyarah pembimbing telah disediakan. Yuran sebanyak RM800 juga telah diberi
oleh pihak bendahari untuk dimasuk ke dalam sampul sebagai tanda penghargaan
kepada penceramah. Dulang juga telah dipinjam dari Unit Hal Ehwal Pelajar.

Sehari sebelum bengkel UPSR ini dijalankan, kita telah bekerjasama


dengan biro lain untuk membungkus barang seperti sarapan pagi dan fail bahan
modul yang perlu diberi kepada peserta.

Gambar 1: Semua AJK sedang bertungkus lumus membungkus barang untuk para
peserta.
2. SEMASA

AJK sijil dan cenderahati telah bekerjasama dengan AJK pendaftaran dan
AJK makanan untuk mengedarkan sarapan pagi, fail bahan modul berserta
dengan sijil penyertaan kepada para peserta. Pada akhir setiap slot, kita juga
bertanggungjawab untuk menyampaikan sijil dan cenderahati kepada
penceramah.

Gambar 2: AJK sijil dan cenderahati, AJK pendaftaran dan AJK makanan sedang
mengedarkan fail bahan modul, sijil penyertaan dan sarpan pagi kepada peserta.
3. SELEPAS

Semua AJK bekerjasama mengemas dan membersihkan Dewan


Auditorium Haji Anwar. Dulang telah dipulang ke Unit Hal Ehwal Pelajar. Refleksi
telah dibuat.

You might also like