Sejarah Perkembangan Dan Pemikiran Pantun Di Malaysia

You might also like

You are on page 1of 9

Isi Kandungan

Bil. Isi kandungan No. M/s

1.0 Pengenalan 2

2.0 Sejarah Perkembangan dan Pemikiran Pantun di Malaysia 2-4

3.0 Sejarah Perkembangan dan Pemikiran Sajak di Malaysia 5-7

4.0 Penutup 7

5.0 Bibliografi 8

6.0 Lampiran 9

1
1.0 Pengenalan

Sejarah perkembangan Kesusasteraan Melayu di Malaysia dipercayai wujud setelah tahun


1600 masihi dengan kewujudan-kewujudan karya-karya sastera daripada orang Melayu.
Menurut Harun Mat Piah, Ismail Hamid dan Siti Hawa Saleh (1993), sehingga kini pendekatan
sejarah yang telah digunakan oleh para pengkaji ialah pendekatan zaman, penzamanan atau
periodisasi iaitu dengan melihat perkembangan sejarah budaya secara umum. Dengan
pendekatan itu pensejarahan budaya dan sastera Melayu seolah-olah bertolak daripada
budaya Hindu dan Islam, dan terbahagi kepada Zaman sebelum Hindu, Zaman Hindu, Zaman
Peralihan, dan Zaman Islam. Secara asasnya, seluruh hasil kesusasteraan Melayu tradisional
dapat dibahagikan kepada dua bahagian utama. Pertama, yang tergolong sebagai sastera
lisan; atau sastera dalam bentuk lisan. Kedua, yang tergolong sebagai sastera tulisan; atau
sastera dalam bentuk bertulis. Selain itu dari segi bentuk, kesusasteraan Melayu tradisional
terbahagi kepada dua, iaitu prosa dan puisi. Yang tergolong sebagai prosa termasuklah mitos,
lagenda, cerita rakyat, lipur lara, sastera, cerpen, novel, dan drama. Yang tergolong sebagai
puisi termasuklah pantun, syair, nazam, gurindam, seloka, teka-teki, peribahasa berirama,
teromba, talibun, prosa lirik, mantera dan dikir.

2.0 Sejarah Perkembangan dan Pemikiran Pantun di Malaysia

Pantun adalah sejenis puisi atau senandung rakyat yang paling popular di kalangan
masyarakat Melayu Lama. Dalam bahasa Melayu, pantun bermakna quatrain, iaitu karangan
berangkap atau puisi yang berbaris empat dengan pola rima akhirnya abab. Ada juga pantun
yang berbaris dua, enam, lapan, dua belas dan sebagainya. Seterusnya, pantun mempunyai
bentuk dan ciri-ciri tertentu. Pantun mengandungi dua bahagian, iaitu bahagian pembayang
dan bahagian maksud. Setiap baris mempunyai empat perkataan dan jumlah suku kata
adalah antara lapan hingga dua belas. Pantun mempunyai skima rima hujungan yang sejajar,
iaitu a,a untuk pantun dua kerat, a,b,a,b untuk pantun empat kerat, a,b,c,a,b,c untuk pantun
enam kerat.

2
Sehingga kini tidak diketahui dengan tepat bilakah pantun mula digunakan dalam
kesusasteraan Melayu. Walau bagaimanapun, satu-satunya sarjana tempatan yang
mengemukakan asal-usul pantun ialah Pandeta Za’ba. Menurut Za’ba,

“Pada suatu hari dua orang telah bertemu di tengah jalan di dalam satu bendang atau ladang.
Kebetulan pula rumput di dalam bendang itu lebih tinggi daripada padi. Apabila mereka
berjumpa itu mereka pun bercakap di antara satu dengan lain. Pada mulanya mereka
bertanya dari mana hendak ke mana. Beberapa lama kemudian, mereka jatuh cinta. Selepas
itu mereka berjumpa di hadapan khalayak tamu. Pada masa mereka hendak berpisah,
seorang daripada mereka itu berpantun supaya mengingat peristiwa yang lalu, maka timbul
pantun empat kerat”.

Lama sudah tidak ke ladang,

Tinggi rumput dari padi;

Lama sudah tidak ku pandang,

Hampir luput di dalam hati.

Air dalam bertambah dalam,

Hujan di hulu belum teduh;

Hati dendam bertambah dendam,

Dendam dahulu belum sembuh.

Begitulah sejarah asal-usul pantun yang diceritakan oleh Za’ba. Seterusnya, kita lihat dari segi
pemikiran pula, masyarakat Melayu tradisional dahulu menggunakan pantun bagi beberapa
tujuan. Antaranya ialah untuk tujuan berkomunikasi, hiburan, pengajaran, memberi nasihat,
menanam kesedaran, memberi sindiran dan tempelak, dan sebagainya. Sebagai contoh,
orang Melayu menggunakan pantun bagi tujuan komunikasi iaitu dengan menzahirkan
penghargaan dan ucapan terima kasih. Seperti yang kita tahu, orang Melayu kaya dengan
nilai dan sifat santun yang tinggi. Oleh itu, mereka mencipta pantun-pantun sebagai cara
mengucapkan terima kasih dengan cara yang lebih berseni dan kreatif. Sebagai contoh,
dibawah merupakan pantun budi yang menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih :

3
Pisang emas di bawa belajar,

Masak sebiji di atas peti;

Hutang emas boleh dibayar,

Hutang budi dibawa mati.

Pada masa kini, pantun-pantun sebegini masih lagi digunakan terutamanya dalam majlis-
majlis rasmi. Kebiasaannya, pengerusi majlis akan berpantun untuk mengucapkan terima
kasih kepada ahli dewan dan tetamu-tetamu yang hadir sebelum menamatkan sesebuah
majlis. Hal ini menunjukkan penggunaan pantun masih lagi wujud.

Seterusnya, sejak dari berpuluh-puluh tahun sebelum ini lagi, pantun digunakan untuk
tujuan adat istiadat. Sehingga hari ini, pantun masih lagi digunakan dan digunakan untuk
tujuan adat perkahwinan, adat pusaka, adat manusia, dan sebagainya. Antara fungsi pantun
adat ini ialah sebagai alat untuk mendidik dan mengajar masyarakat tentang kehidupan ke
alam berumah tangga. Sebagai contoh;

Burung jelatik burung jeladan,

Mencari sarang burung tempua;

Sama cantik sama padan;

Seperti pinang dibelah dua.

Kesimpulannya, pantun adat adalah bertujuan untuk memartabatkan adat sesebuah


masyarakat terutamanya masyarakat Melayu. Ini kerana, masyarakat Melayu sangat
berpegang pada adat. Dalam hal ini, dapat dirumuskan bahawa pantun bukan sahaja
berfungsi menyampaikan mesej semata-mata, tetapi ia menerangkan tentang kehidupan
sesebuah masyarakat itu bagaimana ia berlaku dan berkesudahan. Pantun masih digunakan
pada masa kini namun penggunaannya tidaklah terlalu meluas seperti zaman dahulu iaitu
hanya digunakan pada situasi-situasi tertentu sahaja.

4
3.0 Sejarah Perkembangan dan Pemikiran Sajak di Malaysia

Sajak adalah karangan berangkap yang bebas, tidak terikat tetapi masih mementingkan
pilihan kata untuk membawa kesan yang mendalam. Sajak lahir dalam Kesusasteraan Melayu
adalah akibat daripada penentangan terhadap ikatan puisi lama yang menyekat pelahiran
fikiran individu secara bebas dan bernilai seni. Kelahiran sajak dalam puisi Melayu ini adalah
dipengaruhi oleh perkembangan sajak di Indonesia. Ini kerana penyair-penyair Melayu
sebelum Perang Dunia Kedua yang kebanyakan guru Melayu lepasan Sultan Idris Training
College (SITC) adalah sangat biasa dengan bahan-bahan bacaan terbitan Indonesia. Antara
majalah-majalah yang menjadi tatapan mereka pada waktu itu termasuklah Bintang Timur,
Hindia Belanda, Pujangga Baru dan sebagainya.

Sajak-sajak sebelum Perang Dunia Kedua bertemakan ialah di sekitar persoalan cinta,
kesedaran kebangsaan dan kemasyarakatan, ekonomi, moral, dan keagamaan. Pada zaman
itu, puisi-puisi dijadikan sebagai medium untuk menyedarkan bangsa Melayu tentang
keadaan sosio-ekonomi, politik dan agama mereka. Bagi tema pula, tema cinta yang paling
banyak disentuh oleh penyair-penyair dalam zaman itu. Ini termasuklah cinta muda-mudi,
cinta kepada bangsa dan tanah air. Penyair seolah-olah cuba membawa pembaca mengalami
perasaan yang sama dialaminya. Sebagai contoh, hal ini dapat dirasakan dalam sajak
Adindaku Sayang oleh Pungguk;

Adindaku Sayang

Bukan tak terdengar ratapmu, oh dinda!

Bukan tak terdengar keluhmu si buah hati

Sesungguhnya hamba mendengar dan mengerti

Menantikan masa hendak dipelawa

Bukan hamba tak rahim, oh adinda!

Bukan kanda tak kisah si buah hati

Adikku dicinta sampai ke mati

Kuletak di dalam piala jiwa.

5
Namun, perbezaan dapat kita lihat pada sajak-sajak Melayu pada tahun 1960-an yang
membawa pemikiran baharu dalam menghasilkan sajak. Hal ini kerana skop penulisannya
yang lebih luas dan bentuk sajaknya tidak lagi terhad kepada suatu aliran dan gaya
pengucapan sahaja. Antara penyair-penyair yang mewakili tahun 1960-an terdiri daripada A.
Samad Said, Kassim Ahmad, Kamala, Abdul Latiff Mohidin, Usman Awang dan lain-lain.
Ramai daripada mereka ini telah berjaya menghasilkan antologi sajak masing-masing. Antara
tema dan persoalan yang digarap ialah meliputi persoalan semangat kebangsaan dan analisis
masalah-masalah pembangunan masyarakat dari aspek politik, ekonomi dan sosial,
pergelutan manusia dengan alam, sejarah sosial yang pernah dilalui oleh masyarakat, dan
persoalan perpaduan kaum.

Sebagai contoh, tema tentang masalah pembangunan yang membawa kesan buruk
kepada masyarakat golongan bawahan seperti kemiskinan, penindasan dan ketidakadilan
dapat dilihat dalam sajak-sajak Masuri S.N., Dharmawijaya dan Kemala dan lain-lain. Sebagai
contoh, sajak Masuri S.N., Ini Nasi Yang Ku Suap cuba meluahkan rasa simpatinya terhadap
kaum petani yang mengikutnya ditindas dan tenaganya selalu diperas.

Jadi yang ku makan bukan berasal dari nasi

Tapi peluh, darah dalam isi mengalir pasti

Jadi yang ku telan bukan berasal dari padi

Tapi dari urat dan nadi seluruh Pak Tani

Dari segi bentuk pula, sajak pada tahun 1960-an terlihat masih lagi terpengaruh kepada sifat-
sifat sajak-sajak sebelumnya. Dari segi susunan berangkap, baris dan rima sajak 60-an masih
memperlihatkan ciri-ciri pantun dan syair, iaitu masih banyak yang diolah dalam bentuk empat
baris serangkap. Pola baris dalam sesuatu baris juga agak panjang dan ini membawa nada
yang melankolik dan romantik. Sebagai contoh, sajak Noor S.I.:

Di bawah kenangan menjelma

dunia hijau mengalir keretakan dunia

kembali manusia diperhitungkan terlunta

mencapai tujuan menuju hidup bernoda.

6
Sajak di atas masih memperlihatkan rima hujung seperti syair iaitu aaaa. Tiap baris pula
mengandungi lebih daripada empat suku kata dan terdapat juga tanda bacaan di tengah-
tengah baris. Dari segi bahasa, sajak-sajak tahun 60-an lebih banyak membuat eksperimen
serta menggunakan istilah dan ungkapan-ungkapan baru yang segar dan hidup. Mereka juga
banyak menggunakan lambing-lambang yang universal sifatnya.

Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dibuat kesimpulan bahawa sajak-sajak


tahun 1960-an sudah memperlihatkan banyak pembaharuan daripada sebelumnya. Hal ini
dapat dilihat dari segi seperti tema, bentuk atau teknik dan gaya.

4.0 Penutup

Kesimpulannya, pantun dan sajak digunakan oleh orang Melayu sejak dari zaman
dahulu lagi. Sehubungan itu, pantun dan sajak ini juga berkembang dari segi beberapa aspek
seperti tema dan gaya pemikiran penulis iaitu dalam menghasilkannya. Oleh itu, selaras
dengan perkembangan sejarah, pantun dan sajak ini juga berkembang dari segi idea dan
pemikiran penyajak.

7
5.0 Bibliografi

Ab.Rahman Ab.Rashid, Rosli Saludin & Zakaria Perngis. (2005). Mutiara Sastera Melayu
Tradisional. Selangor: Pearson Malaysia Sdn. Bhd.

Abd. Rahim Ismail & Khairuddin Mohamad. (2017). Kesusasteraan Melayu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Ali Ahmad. (1987). Karya-Karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Annas Ahmad. (1998). Sastera Melayu Lama dan Baru. Selangor: Masa Enterprise.

Harun Mat Piah. (1989). Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Harun Mat Piah, Ismail Hamid, Siti Hawa Salleh, Abu Hassan Sham, Abdul Rahman Kaeh
dan Jamilah Hj. Ahmad. (2000). Kesusasteraan MelayuTradisional. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Ismail Yusoff. (2008). Kesusasteraan Melayu Lama dan Baru. Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

Tenas Effendy. (2007). Khazanah Pantun Melayu Riau. Kuala Lumpur: Dawama Sdn.Bhd.

Fungsi Pantun Melayu. Diperoleh 05 Februari, 2019 dari

http://retibasa.blogspot.com/2010/09/fungsi-pantun-dalam-masyarakat-melayu.html

8
6.0 Lampiran

You might also like