Download as doc, pdf, or txt
Download as doc, pdf, or txt
You are on page 1of 26

Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak

LAPORAN ASAS RUJUKAN

1.0 PENGENALAN

1.1 Tujuan Asas Rujukan

Tujuan penyediaan Asas Rujukan ini adalah :-


i. Sebagai panduan untuk menyediakan Kajian Semula
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh,
Perak.
ii. Menerangkan tentang matlamat, objektif, cadangan, skop
kerja dan prosedur yang perlu dikaji dalam penyediaan
Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya.
iii. Untuk menjelaskan dengan terperinci mengenai kehendak-
kehendak pelanggan;

Penyediaan Kajian Semula Bandar Baru Meru Raya perlu


mematuhi dan mengambil kira dokumen-dokumen berikut:-

i. Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 (Akta 172)


ii. Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 1995 (Akta
A933)
iii. Akta Perancang Bandar dan Desa (Pindaan) 2001 (Akta
A1129)
iv. Dasar dan Strategi Pembangunan Negara dan Negeri.
v. Rancangan Struktur Ipoh (Pengubahan)

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


1
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

2.0 KEPERLUAN KAJIAN


Cadangan Pembangunan Bandar Baru ini dijalankan, berikutan beberapa
lokasi lain yang terletak berhampiran dengan Lebuhraya Utara Selatan
telah pesat membangun, akan tetapi kawasan kajian terus ketinggalan
dalam arus pembangunan. Berikut adalah beberapa isu yang dikenalpasti
kenapa begitu perlu kajian mengenainya dilaksanakan;

i. Tidak Mencapai Sasaran serta Matlamat Asal Pembangunan.

Bandar Baru Meru Raya telah dicadangkan sebagai Koridor Bistari


Negeri Perak supaya dapat membawa kemajuan kepada negeri dari
segi ICT/ MSC. Walau bagaimanapun, ianya tidak mampu untuk
mencapai matlamat asal asas pembangunan Bandar tersebut seperti
yang dicadangkan.

ii. Ketidakutamaan Dasar Oleh Kerajaan Negeri.

Dasar Kerajaan Negeri yang tidak memberikan fokus dan


keutamaan kepada projek pembangunan Bandar Baru Meru Raya
juga menjadi faktor kepada kurangnya penglibatan pelabur-
pelabur.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


2
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Tiada Sokongan Dan Promosi dari Kementerian Perdagangan


Antarabangsa

Sokongan dan promosi dapat membantu kepada pembangunan


sesuatu pelan perancangan. Akan tetapi, dalam pelan perancangan
Bandar Baru Meru Raya sebagai Koridor Bistari Negeri Perak,
kelemahan dua aspek penting yang sewajarnya diberi perhatian
oleh Kementerian Perdagangan Antarabangsa ini telah
menyebabkan kegagalan terhadap pembangunan Bandar Meru
Raya sebagai pemangkin kepada indstri berteknologi tinggi.

iv. Ketidaksesuaian Pengisian Elemen Pembangunan

Pengisian elemen pembangunan yang tidak sesuai dengan


statusnya sebagai Koridor Bistari Negeri Perak menjadikan ianya
tiada daya tarikan utama yang mampu meyokong kedayamajuan
suatu kawasan bandar baru. Oleh itu, kajian semula bagi bandar ini
akan lebih memberi penekanan terhadap aspek tersebut.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


3
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

3.0 KAWASAN KAJIAN


Tasik Pedu yang merupakan kawasan kajian terletak kira-kira 90 Km dari Pusat Bandar
Alor Star, 30 Km dari pekan Kuala Nerang dan 5 Km dari Sempadan Malaysia Thailand
merupakan sebuah tempat pelancongan di mana komponen utamanya ialah hutan simpan.
Aktiviti utama di kawasan Tasik Pedu ialah pelancongan dan pertanian/perhutanan.
Kawasan kajian juga mengambilkira keseluruhan tasik pedu seluas 75 kilometer persegi.
Kawasan kajian yang hendak dibangunkan berkeluasan 1600 ekar dengan sebahagiannya
telah dibangunkan sebagai resort iaitu Mutiara Pedu Lake Resort, Anjung Pedu dan Desa
Utara Pedu Lake. Kawasan kajian yang terletak dalam lingkungan Pakej Insentif
Pembangunan Pelancongan Koridor Utara ini telah dicadangkan untuk dijadikan
Destinasi Pelancongan Baru di Tanah Semenanjung Koridor Utara sebagai destinasi
percutian keluarga.
Bandar Baru Meru Raya yang merupakan kawasan kajian ini terletak kira-
kira 11 km dari pusat bandaraya Ipoh, merupakan kawasan yang strategik
kerana mempunyai sistem kemudahsampaian yang baik disamping
berdekatan dengan Lebuhraya Utara–Selatan melalui susur keluar
Jelapang,
Kawasan kajian meliputi keseluruhan kawasan Bandar Baru Meru Raya,
Perak yang berkeluasan 1500 ekar dengan sebahagiannya telah
dibangunkan untuk perumahan, rekreasi, perniagaan dan perindustrian.
Kawasan kajian yang terletak dalam lingkungan Koridor Tengah Perak ini
telah dicadangkan untuk dijadikan pusat tempatan utama dan ruang
untuk pertumbuhan sektor perdagangan dan perkhidmatan bertaraf
separa wilayah, khususnya antara Ipoh–Sungai Siput(U) dan Ipoh–Seri
Iskandar–Lumut. Keadaan Topografi kawasan kajian adalah beralun dan
mendatar dengan ketinggian antara 30 – 150 meter dari aras laut.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


4
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Rajah 1: Pelan Lokasi

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


5
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

4.0 ISU-ISU UTAMA PERANCANGAN

i. Tidak Berdaya Saing


Dasar kerajaan negeri yang mewujudkan pelbagai jenis koridor
dengan tujuan mempercepatkan proses pemajuan bagi negeri
Perak menyebabkan hilangnya fokus terhadap pembangunan
Bandar Baru Meru Raya walaupun fungsi utamanya adalah sebagai
Pusat Tempatan Utama. Oleh yang demikian Bandar Baru Meru
Raya ini tidak berdaya saing berbanding dengan bandar-bandar
yang terdapat di Lembah Kelang dan Pulau Pinang

ii. Kelemahan Sistem Perhubungan


Bandar Baru Meru Raya yang terletak di pinggir bandar Ipoh, tidak
mendapat kemudahan perhubungan melalui perlabuhan seperti
bandar Kuala Lumpur, Johor Baharu mahupun Georgetown dan
Butterworth di Pulau Pinang. Perlabuhan Lumut yang terletak
kira-kira 100 km dari bandar Ipoh menimbulkan kesukaran bagi

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


6
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

pelabur-pelabur luar untuk berurusan dengan pelabur tempatan


bagi urusan perdagangan. Secara tidak langsung ia sukar menjana
perkembangan sektor perindustrian dan perdagangan bagi
memantapkan lagi ekonomi negeri Perak.

iii. Ketidakselarasan Dasar Pembangunan


Dasar pembangunan yang dicadangkan oleh kerajaan negeri tidak
selaras dengan dasar pembangunan yang telah direncanakan oleh
kerajaan Persekutuan bagi memajukan Negeri Perak sebagai
Koridor Tengah. Ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak jelas
dengan arah tuju sesebuah pembangunan dan perlaksanaannya.
Selain itu, dasar-dasar yang dicadangkan oleh kerajaan negeri juga
tidak dapat menonjolkan kedayamampuan untuk mencapai
sasaran.

iv. Suntikan Projek Mega Dari Peringkat Nasional


Melalui dasar kerajaan Persekutuan untuk memajukan Wilayah
Pembangunan Utara, pembangunan projek-projek mega yang
bersempadanan dengan negeri Perak iaitu di Lembah Kelang,
Pulau Pinang dan Kedah secara tidak langsung telah menyebabkan
terpinggirnya rancangan untuk melaksanakan pelan pembangunan
bagi negeri ini.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


7
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

v. Anjakan minda
Kengkangan dalam menyampaikan idea-idea baru bagi sesuatu
rancangan pembangunan menyebabkan tiadanya anjakan
paradigma dalam perlaksanaannya. Hal ini secara tidak langsung
memberi impak negatif terhadap tren pembangunan semasa
kerana tidak mampu bersaing dengan kemajuan teknologi bandar-
bandar di sekelilingnya.

5.0 MATLAMAT DAN OBJEKTIF KAJIAN

Wawasan Pembangunan
* Wawasan Pembangunan Negeri Perak.
Wawasan pembangunan yang dicadangkan untuk RSIP
ialah “BANDAR SEJAHTERA”. Wawasan tersebut disokong
oleh empat teras utama iaitu kosmopolitan, hijau, dinamik
dan cekap.

* Wawasan Pembangunan Kawasan Kajian.

• “Meningkatkan penyertaan penduduk setempat dalam sektor pelancongan melalui


peningkatan skala dan kecemerlangan industri kraftangan dan pertanian setempat (in situ)

• menjadikan Bandar Baru Meru Raya sebagai kawasan pembangunan yang
progresif dan berdaya maju berteraskan fungsi perkhidmatan, perdagangan
dan pengangkutan serta menjadikan kawasan kajian sebagai Pusat
Tempatan Utama peringkat wilayah”

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


8
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

5.1 Matlamat
“MENYEDIAKAN PELAN PERANCANGAN PEMBANGUNAN
FIZIKAL KAWASAN BANDAR BARU MERU RAYA, YANG
MENEKANKAN ASPEK PEMBANGUNAN SECARA
BERSEPADU, MAMPAN, SERTA BERDAYA MAJU SELARAS
DENGAN WAWASAN PEMBANGUNAN NEGERI PERAK”
dengan mempertingkatkan kehidupan yang berkualiti disamping
memperkukuhkan kualiti alam persekitaran.’

5.2 Objektif
5.3 Meningkatkan jaringan perhubungan antara Lapangan Terbang Alor Setar ke Kuala
Nerang
5.4 Meningkatkan jaringan perhubungan antara Kuala Nerang ke Tasik Pedu
5.5 Mewujudkan aktiviti-aktiviti tasik yang memenuhi standard pelancong luar negara
yang tinggi. Antaranya seperti luncur air, memancing dan bersampan
5.6 Mengendalikan acara tempatan atau serantau seperti perlumbaan bot, pertunjukan
atau kejohanan luncur air dan lain-lain
5.7 Menarik minat muzium atau pameran utama, khusus untuk keluarga dan kanak-
kanak. Sebagai contoh, pameran “Ripley’s Believe it or Not”
5.8 Memperkenalkan beberapa aktiviti keluarga seperti belon udara panas dan taman
tema air
5.9 Mewujudkan kem percutian untuk kanak-kanak
5.10Mewujudkan pusat pembelajaran interaktif /eksplorasi seperti pusat angkasa dan
pusat sains
5.11Mewujudkan beberapa padang golf di kawasan sekitar

i. Menjadikan Meru Raya sebagai kawasan pusat bandar baru.

ii. Mencapai perseimbangan pembangunan diantara pusat


petempatan dalam kawasan Majlis Bandaraya Ipoh, selaras
dengan Hierarki Bandar.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


9
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Mewujudkan kawasan petempatan yang terancang dan


bersepadu yang dapat menampung limpahan pembangunan
dari Bandar Ipoh dari segi kawasan perumahan,
perdagangan dan perindustrian.

iv. Membangunkan kawasan-kawasan perumahan pelbagai


jenis untuk semua golongan masyarakat yang dilengkapkan
dengan kemudahan awam bagi mempertingkatkan integrasi
sosial dan kualiti kehidupan.

v. Meningkatkan penyediaan infrastruktur dan utiliti bagi


menyokong pembangunan perbandaran, perindustrian dan
perumahan.

vi. Memperbaiki dan mempertingkatkan laluan dan aliran


lalulintas, rangkaian laluan pejalan kaki, tempat letak kereta,
dan kemudahan pengangkutan awam supaya lebih
menyeluruh dan bersepadu.
vii. Meningkatkan pembangunan kawasan-kawasan hijau dan
landskap bagi mengindahkan kawasan-kawasan bandar.

viii. Memelihara dan memulihara kawasan sensitif alam sekitar


bagi mewujudkan keseimbangan antara pembangunan dan
kawasan semulajadi.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


10
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

6.0 PENDEKATAN KAJIAN


Berdasarkan kepada matlamat, tema, objektif, bidang dan skop kajian
cadangan pembangunan pelan induk Bandar Baru Meru Raya, Ipoh,
Perak adalah berikut:

6.1 PAKEJ 1: PERSPEKTIF MAKRO DAN PEMBANGUNAN


KAWASAN SEMPADAN
i. Rumusan –rumusan dasar peringkat makro
ii. Perancangan Strategik Pelan Spatial Negara dan Rancangan
Struktur Negeri
iii. Pembangunan kawasan sempadan

6.2 PERANCANGAN FIZIKAL

6.2.1 Gunatanah fizikal


a. Menganalisis corak, tren dan taburan jenis-jenis
gunatanah.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


11
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

b. Mengenalpasti masalah dan prospek berkaitan


gunatanah.
c. Mengkaji dan menganalisis topografi serta struktur
geologi untuk mengenalpasti kawasan yang mempunyai
halangan dan berpotensi untuk pembangunan.
d. Membuat unjuran keperluan gunatanah utama sehingga
tahun 2020.
e. Mengemukakan cadangan serta cara-cara mengatasi
masalah yang dikenalpasti dengan mengambilkira aspek
alam sekitar dan pembangunan mampan.

6.2.2 Perumahan
a. Mengkaji dan menganalisis taburan dan jenis
perumahan sediada.
b. Mengenalpasti dan menganalisis isu-isu,
permasalahan dan prospek berkaitan perumahan.
c. Membuat unjuran keperluan rumah mengikut
kategori iaitu kos rendah, kos sederhana dan kos
tinggi (unjuran kategori rumah berdasarkan unjuran
pendapatan penduduk).
d. Mengemukakan cadangan strategi bagi mengatasi isu
dan masalah yang dikenalpasti.

6.2.3 Perdagangan
a. Menganalisis jenis, trend dan corak aktiviti perdagangan
semasa.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


12
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

b. Menganalisis isu/masalah dan prospek perdagangan.


c. Mengkaji keperluan ruang untuk aktiviti perdagangan.
d. Mengemukakan cadangan strategi bagi mengatasi
isu/masalah yang dikenalpasti.

6.2.4 Perindustrian
a. Mengenalpasti isu/masalah dan prospek pembangunan
industri dikawasan kajian.
b. Mencadangkan cara-cara mengatasi dan lain-lain
cadangan penambahbaikkan kepada pembangunan
industri dengan mengambilkira aspek alam sekitar.

6.2.5 Kemudahan Masyarakat


a. Menganalisis penawaran kemudahan masyarakat
berdasarkan keperluan penduduk
b. Menyediakan inventori kemudahan masyarakat
sediada mengikut bilangan, taburan dan hierarki
petempatan.

c. Menganalisis isu/masalah berkaitan kemudahan


masyarakat.
d. Membuat unjuran keperluan kemudahan masyarakat
sehingga tahun 2020.
e. Mengemukakan cadangan bagi mengatasi
isu/masalah yang dikenalpasti.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


13
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

6.2.6 Alam Sekitar dan Landskap


a. Menganalisis kemudahan rekreasi sediada serta
mengenalpasti isu/masalah berkaitan landskap dan
rekreasi.
b. Mengemukakan cadangan bagi mempertingkatkan
kemudahan rekreasi dan keindahan pusat-pusat
petempatan dari segi landskap.
c. Mengemukakan cadangan hierarki kawasan
rekreasi/taman.
d. Menganalisis isu/masalah berkaitan kemudahan
masyarakat.
e. Membuat unjuran keperluan kemudahan masyarakat
sehingga tahun 2020.
f. Mengemukakan cadangan bagi mengatasi
isu/masalah yang dikenalpasti.

Rajah 2: Carta Aliran Pendekatan Penyediaan Kajian

Penyediaan Asas Rujukan Cadangan Teknikal Cadangan Kewangan

Perlantikan Perunding

Pengumpulan Data

Analisis Maklumat Dan Unjuran


AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah
14
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Penyediaan Laporan Teknikal Dan


Pelan Konsep Pembangunan

UPEN
LULUS
Draf Awal Pelan Induk

MBI

LULUS
Draf Akhir Pelan Induk

Jabatan
Perancang Negeri

LULUS
7.0 HASIL KAJIAN
Hasil utama kajian pembangunan Bandar Baru Meru Raya adalah
merupakan;
i. Pelan Cadangan.
ii. Pernyataan Bertulis.

7.1 Pelan Cadangan

Pelan cadangan adalah merupakan cadangan gunatanah terperinci


keseluruhan kawasan kajian yang menunjukkan taburan
AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah
15
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

gunatanah utama. Ianya akan dijadikan sebagai asas panduan


berkaitan perancangan sesuatu pembangunan yang hendak
dijalankan. Selain daripada pelan cadangan, beberapa pelan lain
turut disediakan bagi menyokong pelan gunatanah cadangan
berkenaan seperti Pelan Pengezonan, Pelan Subjek dan Pelan Sisip.
Pelan-pelan ini akan menunjukkan dengan terperinci berkaitan
dengan subjek-subjek yang dikaji seperti berikut ;
i. Pelan Konsep Pembangunan
ii. Pelan Induk Susun Atur

7.2 Pernyataan Bertulis

Hasil kajian yang dijalankan akan dipersembahkan dalam bentuk


laporan-laporan tertentu yang akan disediakan oleh pasukan
kajian. Ianya akan disediakan dalam beberapa peringkat laporan
bagi melengkapkan kajian yang dijalankan. Antara laporan-laporan
lain yang disediakan bagi melengkap kajian ini adalah seperti
berikut;
i. Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian
ii. Laporan Kajian Feasibiliti

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


16
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Laporan Cadangan Pembangunan

Pernyataan bertulis ini akan menerangkan secara terperinci


berkaitan sesuatu cadangan dan ianya akan menyokong Pelan
Cadangan yang dikemukakan. Konsep dan strategi yang
digariskan turut terkandung dalam laporan-laporan yang
dikemukakan.

7.3 Penyerahan Laporan


Jadual 1: Jenis Laporan dan Tarikh Penyerahan.
BIL JENIS LAPORAN TARIKH
Laporan Teknikal dan Anggaran
1. • 4hb Ogos 2007
Kos Kajian (Individu)
Laporan Kajian Feasibiliti
2. • 25hb Ogos 2007
(Kumpulan)
Pelan Konsep Pembangunan • 1hb September
3.
(Individu) 2007
Pelan Induk Susun Atur • 22hb September
4.
(Individu) 2007

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


17
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Laporan Cadangan Pembangunan • 29hb September


5.
(Individu) 2007

8.0 ORGANISASI KAJIAN

8.1 Pasukan Kajian


Pasukan Kajian adalah terdiri daripada pasukan Teras, Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan, UPEN Perak, dan Pasukan Kajian.

8.1.1 Pasukan Teras


Pasukan Teras terdiri daripada pegawai/kakitangan, UPEN
Perak, Bahagian Rancangan Pembangunan, JPBD Negeri
Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan diketuai oleh Pengurus

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


18
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Projek. Tugas-tugas dan tanggungjawab pasukan teras


adalah :-
i. Menyelaras pengurusan kajian;
ii. Membuat kajian lapangan untuk penyediaan
data/maklumat asas guna tanah;
iii. Mengawas, menyelia dan memberi nasihat teknikal
kepada perunding;
iv. Menyelaras pengumpulan maklumat dan data;
v. Menyemak laporan-laporan;
vi. Menentukan supaya kajian berjalan lancar dan
perkara-perkara penting dikaji serta diberi penekanan
dan tindakan segera;
vii. Persiapan untuk cetakan laporan Draf (Akhir)Pelan
Induk Laporan Cadangan Pembangunan Bandar Baru
Meru Raya, Ipoh, Perak.

8.1.2 UPEN PERAK


Tugas-tugas dan tanggungjawab UPEN Perak adalah :-
i. Selaku penghubung di antara Kerajaan Negeri, Pihak
Berkuasa Perancang Tempatan dan agensi-agensi
kerajaan dengan Pasukan Teras dan pihak perunding;
ii. Menyemak bersama-sama Pasukan Teras dan Pihak
Berkuasa Tempatan, laporan-laporan agar menepati
keperluan asas rujukan dan mencapai kualiti yang
ditetapkan;

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


19
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

iii. Mengurus proses membawa Draf Pelan Induk


Laporan Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru
Raya, Ipoh, Perak untuk kelulusan Majlis
Perancangan Fizikal Negara setelah diperakukan oleh
Jawatankuasa Perancang Negeri Perak.

8.1.3 Pegawai Perancang MBI


Tugas-tugas dan tanggungjawab Pegawai Perancang MBI
adalah :-
i. Menyemak bersama Pasukan Teras dan Jabatan
Perancangan Bandar dan Desa Negeri Perak, laporan-
laporan agar menepati keperluan asas rujukan dan
mencapai kualiti yang ditetapkan;
ii. Membantu Pasukan Teras dan Perunding dalam
penyediaan data/maklumat asas;
iii. Membantu memberi nasihat teknikal kepada perunding;
dan
iv. Mengurus dan mengemukakan laporan-laporan untuk
pembentangan di Mesyuarat peringkat Pihak Berkuasa
Tempatan.

8.1.4 Pasukan Kajian


Pasukan kajian ini terdiri daripada kalangan mereka yang
profesional yang mempunyai kepakaran dalam bidang yang
berkaitan dengan kajian yang akan dijalankan. Bidang tugas

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


20
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

dan pengkhususan masing-masing dapat diperincikan


seperti jadual disebelah ;

Jadual 2 : Pasukan Kajian


PAKEJ PENGKHUSUSAN NAMA
PAKEJ PERSPEKTIF
MAKRO DAN Pengurus Projek/
En. Anas Bin Dolah
PEMBANGUNAN Jururancang Bandar
SEMPADAN
En. Muhamad
Jururancang Gunatanah
Hisham Bin Hashim
Pn. Noor Azila Binti
PAKEJ PERANCANGAN Jururancang Perumahan
Ramli En.
FIZIKAL
Jururancang Kemudahan Puan Norshahila Binti
Masyarakat Mohyidin
Arkitek Landskap En. Amir Bin Zakaria
PAKEJ ASAS EKONOMI Jururancang Cik Shafa Marzidah

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


21
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Perniagaan/Perindustrian Binti Abdullah Ayeop


Jurutera Infrastruktur En. Nahirul Nazeli
Dan Utiliti Bin Ismail
PAKEJ KEJURUTERAAN
Jururancang Mohd Nizam Bin
Pengangkutan Zainal
PAKEJ KEWANGAN DAN Juruanalisa Kewangan Cik Rohana Binti
PERLAKSANAAN dan Perlaksanaan Projek Mohamed Kassim

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


22
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Jadual 3:
PROGRAM KERJA
KAJIAN CADANGAN PEMBANGUNAN BANDAR BARU MERU RAYA, IPOH,
PERAK DARUL RIDZUAN.

PERKARA MINGGU

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 12 13 14

Asas Rujukan

Laporan Teknikal dan Cadangan Kewangan


Laporan Awalan

Pengumpulan Data
Lawatan Tapak

Laporan Teknikal (Analisis dan Penemuan)


Laporan Strategi Pembangunan

Laporan Cadangan Pelan Induk

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah 23


Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

9.0 PROGRAM KERJA


Kajian ini dijangka akan mengambil masa selama 14 minggu dan dimulakan
pada 7 Julai 2007. Program kerja seperti dilampiran sebelumnya
menunjukkan peringkat kerja dan had masa yang diperuntukan bagi
menyiapkan kajian.

10.0ANGGARAN KOS KAJIAN

10.1 Anggaran Kos Kajian


Bagi menjalankan kajian ini, anggaran kos kajian adalah berjumlah
RM 800,000.00. Anggaran kos kajian ini terbahagi kepada dua
komponen utama, iaitu:-
i. Anggaran perbelanjaan perunding; dan
ii. Anggaran perbelanjaan pengurusan.

10.2 Bayaran Kemajuan Perunding


Pembayaran kepada perunding melibatkan bayaran khidmat
kepakaran perunding mengikut man-month, khidmat sokongan
perunding, imbuhan balik perunding, kaji selidik dan kajian lapangan
(termasuk 5% cukai perkhidmatan). Anggaran kos perbelanjaan
perunding adalah sebanyak RM 500,000.00. Pembayaran yuran
perunding adalah secara berperingkat dan berdasarkan kemajuan
kajian seperti berikut:-
i. Laporan Teknikal dan Anggaran Kos Kajian - 20%
ii. Laporan Kajian Feasibiliti - 30%
iii. Pelan Konsep Pembangunan - 10%
iv. Pelan Induk Susun Atur - 25%
v. Laporan Cadangan Pembangunan - 15%

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


24
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

Bayaran yuran perunding akan dibuat setelah laporan diterima dan


diperakui oleh Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal. Bagaimanapun,
sebanyak 10% daripada setiap peringkat pembayaran yuran perunding
akan ditangguhkan sehingga semua pindaan laporan (jika ada, hasil
dari perbincangan dan mesyuarat) telah dibuat dan diterima oleh
Jawatankuasa Penyelarasan Teknikal.

Jumlah sebenar `man-month’ khidmat perunding adalah bergantung


kepada keputusan perundingan pelantikan perunding dan cadangan
perincian `man-month’ mengikut kepakaran masing-masing.

10.3 Anggaran Perbelanjaan Pengurusan


Angaran perbelanjaan pengurusan Pasukan Teras melibatkan tuntutan
perjalanan, penyediaan bahan publisiti termasuk menjalankan sesi
Perbincangan Kumpulan Sasaran, sesi verifikasi data/maklumat,
percetakan laporan, pembelian alat tulis, dan sebagainya. Perbelanjaan
pengurusan adalah dianggarkan sebanyak RM 300,000.00.

Kos kajian adalah terdiri daripada komponen-komponen seperti jadual


3 di bawah ;

Jadual 4 : Anggran Perbelanjaan Pengurusan


BIL BUTIRAN KOS (RM)
1 Bayaran Khidmat Pakarunding 500,000.00
2 Kos Imbuhan Balik 100,000.00
3 Kaji Selidik dan Pengumpulan Data 30,000.00
4 Percetakan Laporan 75,000.00
5 Kos-Kos Tidak Dijangka 25,000.00
6 Pengurusan Pasukan Kajian 70,000.00
JUMLAH 800,000.00

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


25
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara
Cadangan Pembangunan Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak
LAPORAN ASAS RUJUKAN

11.0 KESIMPULAN

Penyediaan Asas Rujukan ini adalah diharapkan dapat memberikan


gambaran juga hala tuju kajian yang akan dilaksanakan. Selain itu, ia juga
dapat menjadi panduan dalam menggerakan pasukan kajian agar berada di
landasan yang betul semasa menjalankan kajian Cadangan Pembangunan
Bandar Baru Meru Raya, Ipoh, Perak Darul Ridzuan.

AP221 – Sarjana Muda Perancangan Bandar Dan Wilayah


26
Fakulti Senibina, Perancangan dan Ukur
Universiti Teknologi Mara

You might also like