Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 3

PSIKOLOGI PERKEMBANGAN MANUSIA

NAMA : ERWAN SHA BIN HABINULLAH

NO MATRIK: D20152072240

RUMUSAN

1) Perkembangan Otak, Tubuh Badan Dan Kemahiran Motor (Kanak-Remaja).

Berdasarkan dengan tajuk diatas dapat disimpulkan bahawa adalah perkembangan otak
kanak-kanak hingga dewasa adalah berbeza. Hal ini kerana kanak-kanak akan mengalami
pertumbuhan otak yang cepat berbanding remaja. Perkembangan otak pada usia ini berbeza
antara belahan otak kanan dengan belahan otak kiri, dimana belahan otak kiri lebih
berkembang penuh. Perkembangan otak ini berpengaruh terhadap kecenderungan
penggunaan salah satu tangan yang dominan dibanding yang lainnya. Kanak –kanak lelaki
lazimnya lebih cenderung bertangan kidal dibandingkan dengan kanak-kanak perempuan.
Perkembangan otak pada masa kanak-kanak bermula dengan pertumbuhan struktur,
khususnya lobus frontal. Lobus ini terletak di bagian depan otak bawah tengkorak yang
berfungsi antara lain untuk perencanaan, penalaran, penilaian sosial, etika, dan pengambilan
keputusan. Tahap perkembangan otak juga terbahagi kepada 5 tahap iaitu tahap embrio,tahap
emosi(0-3thn),tahap berfikir(4-8thn),tahap spiritual(9-16thn) dan tahap aplikasi (17 tahun
keatas).

Manakala perkembangan tubuh badan bagi kanak-kanak ialah purata berat bayi sihat
yang baru dilahirkan ialah tiga kilogram. Berat badan bayi bertambah dengan cepat pada
peringkat awal kanak-kanak. Kebanyakan bayi bertambah bertambah berat badan sebanyak
satu kilogram pada akhir bulan pertama, kadar pertumbuhan pada tempoh ini dianggap paling
cepat. Pada usia 6-12 tahun ialah perkembangan motor yang merangkumi kemahiran-
kemahiran koordinasi otot untuk menjalankan aktiviti-aktiviti fizikal. Contohnya ialah seperti
berjalan, berlari, memanipulasi objek, duduk, melompat dan sebagainya. Selain itu,
perkembangan fizikal juga merangkumi perkembangan sensori, khasnya penglihatan dan
pendengaran. Ketika umur meningkat kepada 11 hingga 14 tahun iaitu zaman awal remaja,
pertumbuhan paling utama sekali ialah melibatkan perkembangan organ seks. Bagi remaja
perempuan, pada ketika ini akan berlaku penambahan lemak pada bahagian tertentu badan
dan pada ketika ini, biasanya remaja perempuan akan mengalami kematangan lebih awal
berbanding lelaki. Remaja perempuan mula keluar haid dan mencapai klimaks kepada
pertumbuhan badan. Bagi remaja lelaki, pada ketika inilah pertumbuhan mula memuncak dan
kesedaran orientasi seksual mula wujud.
Seterusnya ialah perkembangan kemahiran motor pada kanak-kanak ialah motor halus
dan motor kasar. Kemahiran motor halus juga melibatkan pergerakan manipulatif. Pergerakan
ini memerlukan kanak-kanak mengawal penggunaan anggota badan mereka seperti tangan
dan kaki. Misalnya kebolehan kanak-kanak untuk memegang, membuka dan melepaskan
gengaman. Malahan aktiviti seperti melambaikan tangan atau membaling objek juga dapat
mengembangkan motor halus kanak-kanak tersebut. Contoh aktiviti motor halus ialah
bermain pasir, mengikat tali kasut, memasang butang baju, mengguna sudu dan garpu,
membentuk objek dari plastisin, memotong kek atau mainan plastisin, melekatkan gambar,
menggunakan ‘mouse’ komputer, menulis nama, melorek atau mewarna gambar. Bagi motor
kasar pula ialah melibatkan kebolehan kanak-kanak untuk berpaut dan memegang dengan
stabil. Kanak-kanak juga akan cuba untuk memijak secara tetap. Aktiviti ini akan
menguatkan otot kaki kanak-kanak. Selain itu, mereka juga akan cuba menggunakan
bahagian badan dan mengubah kedudukan badan untuk memastikan mereka dapat memanjat.
Melalui aktiviti seperti ini juga kanak-kanak akan mengembangkan kemahiran mereka untuk
mengawal keseimbangan badan. Aktiviti seperti ini membolehkan kanak-kanak
menggunakan bahagian anggota badan mereka untuk mengawal keseimbangan. Mereka juga
akan belajar bagaimana mengawal keseimbangan di tempat yang rata, di atas palang, atau
semasa memanjat.

Bagi perkembangan psikomotor remaja pula ialah biasanya kemahiran bagi remaja
perempuan ialah 13 hingga 14 tahun. Selepas usia ini kemahiran jasmani remaja perempuan
akan berkurangan. Manakala bagi remaja lelaki perkembangan psikomotor akan berterusan.
Oleh itu, rancangan untuk latihan jasmani yang betul dapat membantu pembentukan
pergerakan dan pembinaan kemahiran.
2) Perubahan Psikologi Remaja

Secara kesimpulanya, menurut psikologi, remaja adalah suatu periode transisi dari masa
awal anak anak hingga masa awal dewasa, yang dimasuki pada usia kira kira 10 hingga 12
tahun dan berakhir pada usia 18 tahun hingga 22 tahun.Masa remaja bermula pada perubahan
fizikal yang cepat, pertambahan berat dan tinggi badan yang dramatis, perubahan bentuk
tubuh, dan perkembangan karakteristik seksual seperti pembesaran buah dada, perkembangan
pinggang dan kumis, dan dalamnya suara. Pada perkembangan ini, pencapaian kemandirian
dan identiti sangat menonjol.Remaja dewasa awal ialah 10 hingga 14 tahun, dewasa
pertengahan ialah 15 hingga 17 tahun, dewasa akhir ialah 18 hingga 21 tahun. Masa remaja
sering dianggap sebagai masa storm & stress, masa yang penuh tekanan dan konflik, masa
harus dilakukannya penyesuaian diri, masa percintaan, masa pemisahan diri dari masyarakat
dan kebudayaan orang dewasa. mereka akan sering berhadapan dengan apa yang disebut
sebagai trial and error. Emosinya juga sangat sensetif dan boleh melibatkan fizikal. Apa yang
dirasakan oleh remaja pada suatu saat tertentu boleh dirasakan sebagai perasaan yang sangat
mendalam. Ianya Penting juga bahawa segala sesuatu yang “abnormal” tetapi sebaliknya
itulah yang normal bagi remaja. Hal ini demikian, remaja akan memberontak jika dikekang,
membangkang jika keinginanya tak tercapai.

Selain itu, antara ciri emosi remaja ialah mudah keliru dan mudah marah atau
memberontak. Remaja yang mempunyai ciri-ciri ini adalah remaja yang mengalami tarikan
heteroseksual (tarikan antara remaja yang berlainan kelamin) melalui pendampingan mereka
dengan remaja lain. Pada zaman remaja adalah puncak wujudnya perasaan cinta, perasaan ini
membawa pengertian bahwa mereka menganggap dan menggambarkan individu yang
dicintai itulah yang paling ideal, mempunyai watak, sahsiah atau ciri-ciri yang memikat hati
remaja. Perasaan romantis remaja mempunyai pengaruh mendalam kepada hidup mereka.
Perasaan romantis ini mendorong remaja menulis dalam diari peribadi. Penulisan diari
peribadi adalah ciri yang menunjukkan pengasingan diri dan keupayaannya untuk
menguraikan mengenai dirinya di samping keinginannya untuk lari daripada gelisah melanda
dirinya. Remaja akan mencatatkan peristiwa harian terutama bagi menggambarkan
perasaannya sama ada perasaan cinta, kecewa dan gembira.

You might also like