Download as docx, pdf, or txt
Download as docx, pdf, or txt
You are on page 1of 1

0 0Save 9 Share Widgets Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Dec 2011 29 posted

by Mohd Fadzil Bin Abdul Hanid on TEMUDUGA GURU SPP No comments Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) KURIKULUM Standard Sekolah Rendah (KSSR)
diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi
memastikan murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk
memenuhi keperluan semasa serta menghadapi cabaran abad ke-21. Pelaksanaan KSSR
menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi persekolahan Januari
lalu bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran bahasa Inggeris. KSSR
digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard kandungan dan pembelajaran
yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan. Standard Kandungan ialah
penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam tempoh
persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai, manakala Standard
Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti pembelajaran dan pencapaian
yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Berikut adalah soal jawab KSSR bagi
membolehkan kita memahami konsep diperkenalkan Kementerian Pelajaran. Apakah
perbezaan KSSR dengan KBSR? KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang
iaitu Komunikasi; Kerohanian, Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan
Estetika; Sains dan Teknologi serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen
Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK)
secara eksplisit dengan memfokuskan kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan
Menaakul). KBSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi;
Manusia dan Alam Kelilingnya dan Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan
Elemen Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca,
Menulis dan Mengira) Adakah terdapat perubahan mata pelajaran dalam KSSR Tahap Satu?
Dalam KSSR Tahap Satu, ada beberapa mata pelajaran baru di samping penggabungan
semua disiplin ilmu dalam Modul Teras Asas, Modul Teras Tema dan Modul Elektif bagi
pengurusan kurikulum lebih berkesan. Mengapa Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas?
Sains tidak dijadikan Modul Teras Asas kerana Modul Teras Asas memberi fokus kepada
literasi dan numerasi, kesejahteraan diri dan pembangunan rohani. Manakala Sains pula
diperkenalkan dalam Modul Teras Tema bagi memberi pengetahuan asas disiplin ilmu Sains

Invested $100 in Cryptocurrencies in 2017...You would now have $524,215:


https://goo.gl/efW8Ef

You might also like