You are on page 1of 10

1.

0 TRANSKRIP TEMU BUAL

Aminah : Assalamualaikum cikgu, saya Aminah Nurul Nabila Binti Azuman


(Siswa Guru) merupakan siswa guru IPG Kampus Tawau. Saya ingin melakukan
temu bual terhadap cikgu untuk memenuhi keperluan tugasan kursus
EDUP3083 Asas Kepemimpinan dan Pembangunan Profesionalisme
Guru.
Guru : Waalaikumsalam, baiklah Aminah kamu boleh menemu bual saya
Kerana kebetulan saya tidak mempunyai kelas pada masa ini.
Aminah : Cikgu sebelum saya melanjutkan temu bual ini, terlebih dahulu saya ingin
meminta cikgu untuk memperkenalkan latar belakang cikgu secara
ringkas.
Guru : Nama saya ialah Saheria Binti Sirih ialah seorang guru bahasa Inggeris
di Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya, Tawau. Saya merupakan anak jati
daerah Tawau. Saya telah menjadi guru lebih kurang 16 tahun iaitu sejak
tahun 2003 lagi. Setelah tamat pendidikan menengah, saya melanjutkan
pelajaran di Maktab Perguruan Kent. Setelah tamat pengajian di Maktab
Perguruan Kent, saya memulakan kerjaya sebagai pendidik di Sekolah
Kebangsaan Muhibbahraya Tawau sehingga kini. Di sekolah ini, saya
merupakan ketua panitia Bahasa Inggeris dan penyelaras bagi Program
Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).
Aminah : Signifikan dengan usaha Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin
meningkatkan profesionalisme profesion keguruan, kerjaya sebagai guru
merupakan salah satu kerjaya yang dianggap profesional. Berdasarkan
pernyataan tersebut, apakah yang cikgu faham tentang konsep guru
sebagai pemimpin profesional?
Guru : Berdasarkan pemahaman saya, pemimpin bermaksud seseorang yang
mengetuai sesuatu organisasi atau sebuah kumpulan yang diamanahkan
untuk memimpin orang-orangnya atau pengikutnya ke arah mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Maksud guru sebagai pemimpin boleh
dibahagikan kepada dua iaitu pemimpin kepada rakan sejawat dan
pemimpin kepada murid. Sebagai contoh, di sekolah ini Guru Besar
menjadi pemimpin terhadap pentadbiran sekolah dan memimpin guru

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 1


untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance
Indicators (KPI) sekolah. Jika guru biasa seperti saya pula menjadi
pemimpin kepada murid-murid pula bermaksud ketua dalam pengurusan
bilik darjah.
Aminah : Secara umum, bilik darjah merupakan tempat yang paling penting bagi
proses pengajaran dan pembelajaran. Hal ini kerana murid banyak
menghabiskan masa di dalam bilik darjah untuk menimba ilmu. Dalam
konteks pengajaran guru di dalam bilik darjah, bagaimanakah guru
bertindak sebagai pemimpin profesional?
Guru : Guru sebagai pemimpin profesional perlu mahir dalam merancang dan
melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan agar sesuai
dengan dasar pendidikan yang sering mengalami perubahan dengan
mengambil kira aspek kemampuan dan kesediaan murid-muridnya untuk
menerima ilmu agar objektif yang dirancang oleh guru dapat dicapai
dengan jayanya. Oleh itu, guru perlu peka terhadap perubahan dasar
pendidikan ini.
Aminah : Pengurusan bilik darjah antara perkara yang penting bagi mencapai
matlamat Falsafah Pendidikan Negara di samping meningkatkan motivasi
pelajar untuk terus belajar. Kemahiran guru dalam manipulasi saiz dan
ruang bilik darjah akan menjadikan ruang yang sedia ada relevan dan
menarik untuk keperluan pelajar. Dalam aspek pengurusan bilik darjah,
apakah peranan guru sebagai pemimpin profesional agar memastikan
pengurusan bilik darjah yang berkesan?
Guru : Trend pendidikan pada masa kini ialah pembelajaran abad ke-21. Maka,
peranan guru sebagai pemimpin profesional dalam pengurusan bilik
darjah ialah bertindak sebagai pengurus atau organiser kerana dalam
pembelajaran abad ke-21 lebih kepada berpusatkan murid iaitu murid di
beri peluang untuk meneroka kebolehan mereka sendiri. Pada masa itu,
guru hanya berperanan sebagai fasilitator. Bagi memastikan murid-murid
boleh meneroka kebolehan sendiri dan ilmu, guru perlu bijak menjadi
seorang pengurus kepada murid-murid, bilik darjah dan bahan bantu
mengajar. Sebagai contoh, dalam mengatur sebuah kumpulan murid, satu
kumpulan itu tidak boleh dianggotai oleh semua murid yang bijak pandai
sahaja. Oleh itu, guru perlu mengurus dan seimbangkan antara murid

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 2


yang berprestasi tinggi, sederhana dan lemah. Perkara ini bertujuan agar
murid-murid yang berprestasi tinggi boleh menjadi pembimbing rakan
sebaya kepada murid yang lemah dalam pembelajaran.
Aminah : Seterusnnya, komunikasi guru juga penting di dalam kelas terutama
semasa menjalankan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan.
Bagaimana guru sebagai pemimpin profesional membina kecekapan
berkomunikasi di dalam bilik darjah?
Guru : Komunikasi berkesan amat penting dalam bilik darjah kerana komunikasi
merupakan instrumen atau alat dalam memastikan sesi pembelajaran dan
pemudahcaraan itu berjaya atau sebaliknya. Pada pendapat saya, guru
perlu bijak menggunakan kepelbagaian laras bahasa bagi tujuan
meningkatkan motivasi murid dan mengembangkan minat serta potensi
mereka. Misalnya, murid yang boleh memberi pendapat atau menjawab
soalan dengan baik, guru sepatutnya tidak kedekut untuk memberi
mereka pujian kerana perkara ini dapat meningkatkan motivasi mereka
seterusnya mengekalkan minat murid dalam sesi pembelajaran yang
dijalankan.
Aminah : Masyarakat sedia maklum bahawa kaedah pelaksanaan Pentaksiran
Bilik Darjah (PBD) diadakan seiring dengan pemansuhan amalan
peperiksaan pertengahan tahun dan akhir tahun bagi murid Tahap I di
semua sekolah rendah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mulai
tahun 2019. Bagaimanakah peranan guru sebagai pemimpin professional
dalam konteks pentaksiran bilik darjah?
Guru : Pandangan saya, pentaksiran bilik darjah ini terbahagi kepada dua iaitu
formatif dan sumatif yang sentiasa dijalankan di dalam bilik darjah.
Peranan guru dalam pentaksiran ialah seperti yang saya katakan tadi iaitu
menjadi seorang fasilitator dan pengurus dalam membantu
mengembangkan potensi murid-murid. Dengan menggunakan instrumen
yang dirancang oleh guru, murid dapat mengolah idea dan kreativiti
mereka dengan menjalinkan kerjasama dengan rakan bilik darjah. Oleh
itu, guru dapat menjalankan pemerhatian dan membuat penilaian
terhadap murid berdasarkan tahap pencapaian yang telah ditetapkan oleh
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 3


Aminah : Selain menjadi pemimpin kepada murid dalam bilik darjah, guru juga
menjadi pemimpin bagi rakan sejawat. Komuniti pembelajaran profesional
merupakan salah satu indikator yang signifikan untuk membimbing guru
melaksanakan pembelajaran dan pemudahcaraan dengan lebih
berkesan. Sebagai ketua kepada panitia bahasa Inggeris, adakah cikgu
melaksanakan konsep komuniti pembelajaran profesional dan terangkan
cara pelaksanaan tersebut?
Guru : Saya juga berperanan sebagai ketua dalam pelaksanaan konsep
komuniti pembelajaran profesional di sekolah ini dalam mata pelajaran
Bahasa Inggeris. Komuniti pembelajaran profesional merupakan satu
budaya kolaboratif dalam kalangan guru untuk mencapai prestasi yang
baik untuk murid-murid mereka. Antara strategi komuniti pembelajaran
profesional yang saya laksanakan ialah bimbingan rakan sebaya guru.
Berdasarkan strategi ini, saya sebagai ketua panitia memerhatikan proses
pembelajaran dan pemudahcaraan yang dilaksanakan oleh guru yang lain
untuk membimbing mereka. Selain itu, saya juga melaksanakan strategi
pembelajaran menggunakan rancangan pengajaran harian iaitu saya dan
rakan-rakan panitia yang lain berbincang untuk menghasilkan rancangan
pengajaran harian untuk dilaksanakan di dalam bilik darjah. Setelah
pelaksanaan tersebut, saya bersama guru-guru yang lain melakukan
perbincangan untuk menambah baik pengajaran masing-masing. Di
samping itu, strategi komuniti pembelajaran profesional yang saya
gunakan ialah sesi perkongsian guru iaitu semua guru berkongsi dan
berbincang berkenaan dengan amalan pedagogi yang baik.
Aminah : Soalan terakhir daripada saya, bagaimankah guru dapat meningkatkan
kepimpinan profesionalisme mereka seiring dengan dunia pendidikan
yang sering mengalami perubahan?
Guru : Perkara paling penting bagi saya ialah guru perlu mempunyai sikap ingin
memperbaiki diri dan menimba ilmu. Dunia pendidikan pada masa kini
sentiasa berkembang. Oleh itu, ilmu juga semakin luas. Saya mula
berkhidmat pada tahun 2003 dan sekarang tahun 2019. Dunia pendidikan
2003 hingga 2019 telalu banyak yang berubah. Jika guru tidak mempunyai
sikap ingin memajukan diri dan menimba ilmu, guru akan tetap berada di
takuk yang lama. Sikap ingin memperbaiki diri adalah penting supaya ilmu

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 4


pengetahuan guru relevan dengan dunia pendidikan pada masa kini.
Selain itu, komitmen guru yang tinggi juga penting terutama komitmen
terhadap murid-muridnya iaitu bagaimana seseorang guru itu berjaya
melahirkan murid yang cemerlang.
Aminah : Baiklah, cikgu. Setakat ini sahaja perbualan kita. Terima kasih kerana
sudi meluangkan masa dan melakukan sesi temu bual bersama dengan
saya. Saya berharap agar cikgu terus cemerlang dalam melaksanakan
tugas dan menjadi pemimpin yang berkaliber sebagai ketua panitia di
sekolah ini. Saya juga berharap agar segala perancangan yang dilakukan
oleh panitia cikgu dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Guru : Sama-sama Aminah, terima kasih juga kerana sudi menemu bual saya.
Saya berharap agar kamu memperoleh input-input baharu hasil daripada
temu bual ini pada masa akan datang. Segala yang saya sampaikan
sebentar tadi boleh kamu jadikan panduan apabila bergelar guru pada
masa hadapan kelak.

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 5


2.0 LAPORAN SESI TEMU BUAL

Tarikh : 22 Februari 2019

Hari : Jumaat

Tempat: Bilik Guru

Masa : 1.40 petang – 2.00 petang

2.1 Profil Guru

Pada satu sesi temu bual yang telah dijalankan, siswa guru telah menemu bual
seorang guru yang berkhidmat di SK Muhibbahraya, Tawau. Nama beliau ialah Puan
Saheria Binti Surih. Beliau dilahirkan pada tahun 1976 dan merupakan anak jati tawau.
Puan Saheria merupakan seorang guru bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan
Muhibbahraya. Beliau telah menjadi guru lebih kurang 16 tahun iaitu sejak tahun 2003
lagi. Selepas tamat pendidikan menengah, Puan Saheria melanjutkan pelajaran di Maktab
Perguruan Kent. Setelah tamat pengajian di Maktab Perguruan Kent, beliau memulakan
kerjaya sebagai pendidik di Sekolah Kebangsaan Muhibbahraya Tawau sehingga kini. Di
sekolah ini, beliau merupakan ketua panitia Bahasa Inggeris dan penyelaras bagi
Program Pentaksiran Bilik Darjah (PBD).

2.2 Aspek Peranan Guru Sebagai Pemimpin Profesional

Peranan guru sebagai pemimpin merupakan satu tugas yang sangat penting dan
memerlukan komitmen yang tinggi untuk melaksanakan sesuatu tugas. Peranan guru
sebagai pemimpin professional dibahagikan kepada empat iaitu dari aspek pengajaran
guru, pengurusan bilik darjah, komunikasi, pentaksiran dan peningkatan amalan
profesionalisme. Hasil temu bual bersama guru tersebut, beliau mendefinisikan pemimpin
bermaksud seseorang yang mengetuai sesuatu organisasi atau sebuah kumpulan yang
diamanahkan untuk memimpin orang-orangnya atau pengikutnya ke arah mencapai
matlamat yang telah ditetapkan. Kajian Eddy (2013) juga menjelaskan bagi melaksanakan

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 6


tugas seorang pemimpin dengan efektif, pemimpin perlu mempunyai kemahiran dan
keperibadian yang berkualiti di samping pengetahuan dalam bidangnya. Pemimpin yang
kompeten sahaja yang dapat mencapai hasil yang memuaskan melalui kepimpinannya.
Melalui temu bual tersebut juga, guru sebagai pemimpin pula boleh dibahagikan kepada
dua iaitu pemimpin kepada rakan sejawat dan pemimpin kepada murid. Sebagai contoh,
guru besar merupakan pemimpin untuk membentuk sekolah menjadi organisasi
pembelajaran yang berjaya. Guru Besar menjadi pemimpin terhadap pentadbiran sekolah
dan memimpin guru untuk mencapai Petunjuk Prestasi Utama atau Key Performance
Indicators (KPI) sekolah. Selain itu, guru juga bertanggungjawab memimpin murid-murid
terutama dalam pelaksanaan sesi pembelajaraan dan pemudahcaraan (PdPc).

2.2.1 Pengajaran Guru

Kepimpinan yang baik akan sentiasa membawa perubahan positif ke atas pihak
yang dipimpin. Konsep kepimpinan pengajaran adalah berkait rapat dengan kepimpinan
yang memberi kesan langsung terhadap proses pengajaran dan pembelajaran,
melibatkan hubungan antara pengajaran guru, pembelajaran murid dan kurikulum yang
disampaikan (Quah, 2011). Berdasarkan temu bual yang dijalankan, guru tersebut
menjelaskan guru sebagai pemimpin profesional ialah guru mahir dalam merancang dan
melaksanakan proses pembelajaran dan pemudahcaraan agar sesuai dengan dasar
pendidikan yang sering mengalami perubahan dengan mengambil kira aspek
kemampuan dan kesediaan murid-muridnya untuk menerima ilmu agar objektif yang
dirancang oleh guru dapat dicapai dengan jayanya. Oleh itu, seseorang guru perlu
merancang pelaksanaan pembelajaran dan pemudahcaraan secara profesional dan
sistematik.

2.2.2 Pengurusan Bilik Darjah

Selain itu, guru tersebut juga menjelaskan bahawa peranan guru sebagai
pemimpin profesional dalam pengurusan bilik darjah ialah bertindak sebagai pengurus
atau organiser kerana dalam pembelajaran abad ke-21 lebih kepada berpusatkan murid
iaitu murid diberi peluang untuk meneroka kebolehan mereka sendiri. Bagi memastikan
murid-murid boleh meneroka kebolehan sendiri dan ilmu, guru perlu bijak menjadi seorang

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 7


pengurus kepada murid-murid, bilik darjah dan bahan bantu mengajar. Sebagai contoh,
dalam mengatur sebuah kumpulan murid, satu kumpulan itu tidak boleh dianggotai oleh
semua murid yang bijak pandai sahaja. Namun, guru perlu mengurus dan seimbangkan
antara murid yang berprestasi tinggi, sederhana dan lemah agar murid-murid yang
berprestasi tinggi boleh menjadi pembimbing rakan sebaya kepada murid yang lemah
dalam pembelajaran. Pengurusan bilik darjah bagi seseorang guru sememangnya amat
penting selain mengajar dan mendidik murid. Mariani Md Nor et.al (2016) menjelaskan
pengurusan bilik darjah yang berkesan dan sistematik oleh seseorang guru dilihat menjadi
kayu pengukur kepada keberkesanan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.
Pembelajaran Abad-21 kini, guru dilihat bertindak sebagai fasilitator, pembimbing dan
kaunselor yang sentiasa komited dengan kerjayanya yang serba mencabar ini.

2.2.3 Komunikasi dalam Bilik Darjah

Seterusnya, dalam temu bual tersebut dijelaskan bahawa komunikasi berkesan


amat penting dalam bilik darjah kerana komunikasi merupakan instrumen atau alat dalam
memastikan sesi pembelajaran dan pemudahcaraan itu berjaya atau sebaliknya. Pada
pendapat guru tersebut, guru perlu bijak menggunakan kepelbagaian laras bahasa bagi
tujuan meningkatkan motivasi murid dan mengembangkan minat serta potensi mereka.
Misalnya, murid yang boleh memberi pendapat atau menjawab soalan dengan baik, guru
sepatutnya memberi mereka pujian kerana perkara ini dapat meningkatkan motivasi
mereka seterusnya mengekalkan minat murid dalam sesi pembelajaran yang dijalankan.
Hal ini selari dalam kajian Zalina Katmana et.al (2016) yang membuktikan bahawa
ganjaran seperti pujian merupakan salah satu teknik yang mampu memberikan kesan dan
memberi motivasi kepada murid sekiranya teknik tersebut dilaksanakan sesuai dengan
masalah yang hendak diselesaikan.

2.2.4 Pelaksanaan Pentaksiran

Guru tersebut berpendapat bahawa pentaksiran bilik darjah terbahagi kepada dua
iaitu formatif dan sumatif yang sentiasa dijalankan di dalam bilik darjah. Peranan guru
dalam pentaksiran ialah menjadi seorang fasilitator dan pengurus dalam membantu
mengembangkan potensi murid-murid. Dengan menggunakan instrumen yang dirancang

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 8


oleh guru, murid dapat mengolah idea dan kreativiti mereka dengan menjalinkan
kerjasama dengan rakan bilik darjah. Hal ini membolehkan guru menjalankan
pemerhatian dan membuat penilaian terhadap murid berdasarkan tahap pencapaian yang
telah ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). Pentaksiran yang
dijalankan bertujuan mendapatkan maklumat tentang tahap penguasaan murid dalam
pembelajaran dan membantu murid memperbaiki pembelajarannya melalui maklumat
yang diperoleh (Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, 2012). Oleh
itu, pentaksiran dan pendekatan pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah
disesuaikan dan dirancang dengan sistematik agar dapat memberi bukti yang jelas
terhadap hasil pembelajaran yang telah dicapai.

2.2.5 Peningkatan Amalan Profesionalisme

Guru tersebut juga mengatakan perkara paling penting dalam aspek peningkatan
amalan profesionalisme ialah guru perlu mempunyai sikap ingin memperbaiki diri dan
menimba ilmu. Hal ini disebabkan oleh dunia pendidikan pada masa kini sentiasa
berkembang, maka ilmu juga semakin luas. Selain itu, guru tersebut berpendapat bahawa
seorang guru perlu komited terhadap tugas terutama komitmen terhadap murid-muridnya
iaitu bagaimana seseorang guru itu berjaya melahirkan murid yang cemerlang. Guru
tersebut menjelaskan amalan komuniti pembelajaran profesional salah satu kaedah yang
boleh meningkatkan profesionalisme keguruan. Beliau menegaskan, komuniti
pembelajaran profesional merupakan satu budaya kolaboratif dalam kalangan guru untuk
mencapai prestasi yang baik untuk murid-murid mereka. Menurut Muhd Ghani (2017),
cara yang terbaik untuk mengembangkan budaya belajar dalam kalangan guru adalah
dengan amalan komuniti pembelajaran profesional. Antara strategi komuniti pembelajaran
profesional yang dilaksanakan oleh guru tersebut ialah bimbingan rakan sebaya guru.
Dalam konteks pelaksanaan amalan ini, semua guru akan berkongsi dan berbincang
berkenaan dengan amalan pedagogi yang baik bagi sesuatu mata pelajaran yang khusus
untuk meningkatkan ilmu pengetahuan berkaitan pedagogi seterusnya meningkatkan
amalan profesionalisme keguruan.

EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU| 9


3.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, guru-guru berupaya memimpin dengan mendorong warga
sekolah yang lain dapat menyedari kepentingan meningkatkan kemahiran memimpin,
meningkatkan profesionalisme diri, dan meningkatkan iltizam kerja di sekolah.
Meningkatkan kemahiran memimpin merupakan asas yang boleh meningkatkan
keyakinan guru sebagai salah seorang yang mewakili barisan kepemimpinan sekolah.
Saranan yang baik agar setiap guru melibatkan diri untuk membuat keputusan dan terlibat
dalam pentadbiran merupakan kaedah yang paling baik mendedahkan mereka kepada
ciri kepemimpinan. Guru-guru sewajarnya diberi pendedahan untuk mengetuai kumpulan
kerja di sekolah dan diberi peluang untuk mengenal pasti masalah pengurusan sekolah
dalam setiap aktiviti mesyuarat dan pertemuan yang santai.

Guru-guru yang mempunyai cara bekerja secara profesional akan dapat


meningkatkan imej mereka. Guru-guru seharusnya mempunyai kebolehan untuk
meningkatkan teknik pengajaran, dan memahami gaya pembelajaran pelajar bagi
meningkatkan pemahaman para pelajar di kelas. Guru yang mempunyai jangkaan tinggi
terhadap keupayaan pelajar akan memberi keyakinan berusaha dengan lebih gigih.
Kesungguhan guru-guru menyesuaikan matlamat pengajaran dengan misi sekolah akan
membantu pihak sekolah mencapai apa yang telah dirancang bersama. Kesungguhan
guru-guru meningkatkan profesionalisme akan memberi keyakinan kepada guru-guru lain
untuk menjadikan mereka sebagai guru sumber sekolah. Iltizam kerja guru juga boleh
dipertingkatkan dengan membangunkan motivasi diri, serta bersungguh mencapai
piawaian kecemerlangan sekolah. Guru-guru sentiasa bekerjasama bekerja untuk
mencapai sasaran kumpulan bagi meningkatkan prestasi sekolah.

Perkembangan profesionalisme keguruan harus menjadi prioriti dalam


perancangan kerjaya setiap guru. Cabaran-cabaran yang dihadapi guru masa kini dan
masa depan semakin meningkat. Isu yang dihadapi bukan sahaja sekadar masalah murid
dan peralatan tetapi lebih jauh daripada itu termasuk cabaran terhadap kemampuan
ilmiah guru menghadapi masyarakat berasaskan-ilmu serta jati diri dalam mengharungi
isu-isu nilai yang lebih global. Profesion keguruan sentiasa tercabar dengan pelbagai isu
pendidikan. Guru masa kini tidak mungkin dapat bertahan dan mempertahankan kredibiliti
mereka tanpa menunjukkan ciri-ciri profesionalisme seperti profesion-profesion yang lain.
Justeru, setiap guru harus sentiasa siap sedia untuk terus memajukan diri dan
profesionnya.
EDUP3083 ASAS KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN PROFESIONALISME GURU|
10

You might also like